Showing posts with label diari. Show all posts
Showing posts with label diari. Show all posts

02 May 2009

Apa aku buat pada Cuti Hari Pekerja.


Pagi-pagi aku basuh baju dan memasak.Danial dah mandi.Anis malas sikit nak mandi.Sambil tengok TV buka buku buat apa yang patut...Tapi selalunya buat kerja tak takat mana, mata asyik ke TV.


Lauk makan tengah hari dah siap.Simple je.3 orang je nak makan.Sambal udang( masakan yang wajib ada), daging masak kicap, ikan goreng.


Petang, lepas pi cuci kereta bawak Danial dan Anis pergi Billion beli barang dan main-main kejap.


Anis main angsa pulak...Danial tak boleh main sebab terlebih berat.Nanti rosak mainan tu...


Mama nak makan pizza...Tu dah boring le tu tunggu pizza...Lambatnya mama orang tu buat pizza...




Pizza dah siap.Dua keping ni boleh habis sekali hadap aje.Lagi sekeping bagi pada Kak Tipah.Anis awal-awal lagi dah pesan nak belikan pizza kat 'mak' dia.

Makan pizza tak ingat kat mama...


Satu bakul baju yang perlu dilipat.Malasnya...ada sesiapa tak yang sukarela nak tolong lipat ???



17 April 2009

Sekolah kena bakar

Pagi semalam, masa aku punch card, suasana kat pejabat agak kelam kabut.Aku buat tak tahu aje.Malas nak ambil tahu.

Masuk ke bilik guru, barulah aku tahu yang kelas 6 Jupiter kena bakar.Kejadian berlaku kira-kira jam 6.50 pagi.Masa tu Roslinda sudah sampai ke sekolah.Murid-murid yang naik bas pun ramai gak yang sudah sampai.

Roslinda cerita yang tiba-tiba ada murid sekolah menengah berlari beritahu yang kelas tingkat atas terbakar.Dia berlari naik atas dan nampak api agak besar gak la.dengan bantuan beberapa orang murid kebakaran dapat dipadamkan.

Budak-budak yang terkenal dengan gangster pulak yang sungguh-sungguh membantu padamkan kebakaran tu.Budak-budak yang lain semua cabut lari.Habis hidung Roslinda hitam kena asap.

Aku jenguk kelas yang terbakar tu.teruk jugak la.Habis langsir kelas yang lawa tu kena jilat api.Meja dan kerusi ada yang dah hangus.

Kira-kira pukul 8 pagi, bomba dan polis datang untuk jalankan siasatan.Bomba ada jumpa 2 puntung rokok kat situ...Kes masih dalam siasatan...

# aku hairan gak, kalau GB ada kat sekolah macam-macam hal berlaku.Masa dia tak ada sekolah terasa aman damai..Ada orang nak sabotaj GB ke ???

18 March 2009

ais krim Malaysia

Danial dan Anis suka sangat pergi rumah Abang Khalid, jiran aku yang tinggal di Blok B.Depa ke situ untuk membeli ais krim Malaysia.Selalu aku bagi duit RM1 kat depa untuk beli ais krim.Depa bawak balik 6 batang ais krim.Isteri abang Khalid cakap beli 5 percuma 1...
Aku risau gak depa selalu pergi situ.Bukan apa...nak pergi Blok B kena seberang jalan sebab blok aku dengan blok B setentang.Dah tu rumah Abang Khalid aras 1.Depa berdua kena naik tangga.Selalu aku yang teman depa berdua.Aku risau kalau2 Anis tu jatuh tangga ke, apa ke...sapa tak sayang anak wo...
sepanjang cuti sekolah ni aku fikir baik aku buat sendiri ais krim tu.Bukan susah sangat pun.Aku pergi kedai Hadhari.Aku beli plastik ais krim.Baru RM1.80 sepeket.Balik rumah aku bancuh air Milo.Guna setengah tin susu pekat.1 senduk Milo.Bubuh sikit gula.Aku pun dengan tekunnya buat la ais krim Malaysia perasa Milo.Danial dan Anis duk perati aku buat ais krim.depa nak tolong aku tak bagi.Aku cakap boleh tolong tapi tolong tengok aje...
Dah siap, maka dimasukkan ke dalam tempat pembeku.Danial dan Anis seronok sangat.depa tolong kira ada berapa semua ais krim.Satu, dua...wah ada 31 batang air krim semuanya...
Pagi2 bangun dari tido, selalu depa order susu sorang sebotol.sekarang terus ke peti sejuk dan ambil sorang satu batang ais krim.Anis kata " mama buat ais krim sedap..."Mana tak sedap, pekat dan bersari aku buat.
Mulai semalam, anak2 aku mewah dengan ais krim.Tak payah gi lintas jalan ke rumah Abang Khalid lagi...jimat belanja.Mama pun tak risau lagi keselamatan mereka.

17 March 2009

Periksa PTK

Hari ni aku kena ambil periksa PTK.Konon-konon nak baca buku le pada hari Isnin.Tapi...tak adanya.Cuti bebonar aku kat rumah.Asyik melayan karenah anak2.Kami makan2,tengok TV, tolong Danial menulis dan mewarna dalam buku Anis.Mesti cikgu dia hairan tengok buku Anis cantik sangat diwarna.Mana taknya...Mama dia tolong warna..
Malam tadi aku baru buka buku.Study last minute mana tak gelabah.Akhirnya...aku tutup buku.
Pagi2 aku dah bangun.Aku cari maklumat pasal pendidikan dalam internet.Masuk jugala sedikit sebanyak maklumat untuk persediaan PTK nanti.Tapi, tah macam mana...terajin la pulak nak tulis sesuatu dalam blog..Harap aku berjaya dalam PTK nanti.

Perjumpaan Bersemuka UPM

Petang Jumaat aku beritahu Kak Tipah yang esok paginya aku akan hantar anak2 ke rumahnya.Kak Tipah memberitahu aku yang dia nak bawa anak2ku ke kenduri kahwin di Taman Selasih.
Malam itu, aku ambil keputusan untuk membatalkan hasratku ke UPM sebab aku rasa tak sedap hati.Entahlah.Aku pun tak tahu kenapa.Aku segera SMS Kak Norzi yang aku tak jadi ke UPM esok.
Pada hari Sabtu, lepas maghrib, tetiba aku terima call dari Kak Norzi yang dia masih lagi dalam perjalanan ke rumah.Dia terkandas dalam banjir di sekitar UPM.Mujurlah dia tidak keseorangan.Kak Sazelina dan Kak Rusimah turut tumpang kereta Kak Norzi.Mereka terpaksa mencari jalan alternatif lain untuk ke highway seremban.Dia kata tangannya menggigil sebab tak pernah berhadapan dengan keadaan seperti itu.Aku rasa mungkin sebab itu hati aku rasa tak sedap aje nak pergi UPM pada hari Sabtu.
Pagi Ahad, aku sudah bersiap untuk ke UPM.Aku kejutkan anak dan belikan mereka sarapan dahulu barulah dihantar ke rumah Kak Tipah.Danial order nasi lemak dan Anis hendak keow teow goreng.Selepas menghantar anak, aku segera ke rumah Kak Norzi.Sampai di plaza tol ke highway KL, Kak Sazelina dah tunggu aku di situ.Sorry la ye.Lambat sikit.Perjalanan kami berjalan lancar.Aku bawak kereta agak laju.Nak mengejar masa.Macam2 topik yang kami bualkan.Kak Norzi kata kuliah semalam banyak tips berguna yang diberi oleh pensyarah.Rugi gak la aku tak pergi.Tapi Kak Norzi dah tolong ambilkan nota untuk aku.
Sampai di UPM kuliah sudah berjalan kira2 15 minit.Pensyarah Media,Teknologi dan Masyarakat sedang menyampaikan kuliah.Selepas itu, kami minum teh yang disediakan di luar dewan.Selepas itu, Dr.Ma'rof menyampaikan kuliah yang bertajuk Pengantar Psikologi.Seronok sangat dengar kuliah dari Dr. Ma'rof.Jelas, tepat dan kelakar.
Kami bertolak ke rumah jam 12.30 tengah hari.Kami berhenti makan di RnR Seremban.Aku tapau lauk ikan keli masak lemak.Tak larat nak masak balik nanti.
Aku jemput Danial dan Anis dari rumah Kak Tipah.Mereka baru balik dari majlis kenduri doa selamat jiran Kak Tipah.Anis becok cerita yang cucu atok jiran Kak Tipah nak bersunat.Nak kena potong #### dia...Aku tergelak dengar cerita dia...Petang tu, aku suapkan depa makan nasi lauk ikan keli masak lemak cili api.Berselera depa makan.Walaupun pedas, tapi asyik bertambah nasi aje.Wah...selera noghori anak2 aku ni.Macam mana nak balik Kedah? Nampaknya aku kena belajar masak masakan nogori la sebelum berpindah ke sana. Tak apa.Asiah memang terro bab2 memasak terutamanya menu noghori ni...

29 January 2009

Aku lambat bangun pagi

Malam tadi aku set jam kat handphone macam biasa pukul 5 pagi.Lepas pastikan anak2 pergi toilet, aku pun terus berbaring dan terus lena diulit intan.
Sayup2 kedengaran bunyi burung berkicau.Aku buka mata.Ya Allah! dah siang.Aku bergegas ke bilik mandi.Mandi secepat yang mungkin.Aku lihat jam sudah pukul 7.30 pagi.Kalau hari sekolah biasa jam 7.30 aku dah masuk ke kelas mula mengajar.Aku segera hantar sms pada Kak Shaharani yang aku lambat sikit ke sekolah sebab bangun lambat.Lambat sikit?? bukan sikit dah lambat banyak ni...
Aku tepuk dahi.Baju pun belum gosok lagi.Hari ini Khamis.Kena pakai baju batik.Nak gosok baju batik memang lama sikit.Alang2 dah lambat baik aku gosok baju batik sutera tu.Selepas selesai gosok baju, aku segera bersiap.Macam biasa, bekal minuman Danial dan Anis aku sediakan.Walaupun lambat, tugas sebagai ibu tetap aku lakukan.Aku kejutkan anak2 dari tidur.Danial nampak tercengang2 sebab dari cahaya di tingkap, nampak matahari yang semakin meninggi.Dia tanya " hari ni cuti ke mama?" aku jawab " bukan cuti, tapi mama bangun lambat".
Aku bergegas menghantar anak ke rumah Kak Tipah.Dalam perjalanan tanda isyarat minyak sudah menyala.Aku terus belok ke stesyen minyak Shell untuk mengisi minyak.Alang2 lambatkan... Tetiba Kak Sha telefon.Dia pesan jangan tergesa2 bawak kereta tu.Lambat tak apa asalkan selamat sampai ke sekolah.Sayang Kak Sha...prihatin sungguh.
Sampai di sekolah, aku segera ke padang sebab pagi ni ikut jadual masa permainan bola baling.Mujur la permainan bola baling ada 4 orang guru penasihat.Jadi, walaupun aku tak ada masih ada 3 orang guru boleh handle.Di padang, Kak Yanti dah senyum kat aku sambil kata " hai, cik abang tak ada pun bangun lambat gak".Aku cuma gelak je.
Hari ni aku jadi bahan usikan sebab kes bangun lambat.Sebelum ni Kak Pah pun pernah gak pergi sekolah lambat juga kes bangun lambat.Aku pun tak tahu kenapa pagi ni aku boleh tak sedar bunyi jam yang sudah disetkan.Selalunya jam 5 pagi aku akan terjaga dengan sendirinya walaupun jam belum berbunyi lagi.
Aku balik sekolah jam 5 petang sebab ada kelas tambahan Matematik tahun 6.Aku gilir2 dengan Haslinda untuk mengajar kelas tambahan kelas 6 Venus setiap hari Khamis.Hari ini turn aku pulak sebab minggu lepas turn Haslinda.
Bila kawan2ku yang tidak tahu aku ada kelas tambahan bertanya kenapa hari ni aku balik lambat? Aku jawab sambil bergurau." sebab pergi sekolah lambat, so balik pun kena lambat.ganti balik".
Aku harap insiden seperti pagi ini tidak berlaku lagi...Letih aku mengejar masa...

21 January 2009

Cuti rehat khas...

Isnin tadi aku hantar message pada guru Besar aku akan keinginanku untuk meminta cuti rehat khas pada hari Jumaat ini.GB aku MC selama 3 minggu kerana tangannya patah akibat jatuh dari bilik air.Tak lama lepas tu GB balas memberi lampu hijau pada aku untuk memohon cuti.Aku pun apa lagi, terus isi borang dan serahkan pada CC, Kak Roslina.Lepas tu, aku beritahu pada GPK 1 Kak Sabidah yang aku bercuti hari Jumaat ni dan harap dapat buatkan jadual relief untuk aku.
Hatiku berbunga riang.Bukannya apa, perancangan yang dibuat berjalan lancar.Cuma aku agak terkilan kerana aku cuma bercuti selama 4 hari di kampung sebab sekolah aku cuma bercuti hingga hari selasa.sekolah lain semuanya cuti seminggu.Dah nasib...
Hari ini, aku bereskan semua kerja yang tertangguh.Hari ini aku buat meeting untuk AJK Nilam.Aku sebagai penyelaras membuat meeting cukup syarat je.Semua bersorak gembira sebab meeting paling cepat habis.15 minit aje meeting yang aku buat.Cuma nak lantik ketua bahagian masing2 aje.Yang lain, pandai la aku taram dalam minit mesyuarat nanti.Aku selalu macam tu.Walaupun aku pengerusi, tapi minit mesyuarat aku yang buat sebab aku akan puas hati kalau aku yang taip dan mencinta ayat tu.Kalau aku setiausaha dah semestinya aku jugak la yang buat minit mesyuarat.
Balik sekolah, aku terus buat 2 minit mesyuarat.sebabnya esok aku akan serahkan pada GPK 1 dan hari Jumaat aku dah cuti.Punya laju aku menaip minit mesyuarat.Akhirnya siap juga 2 minit mesyuarat.Satu AJK Nilam dan satu lagi Panitia Matematik.Aku kalau kerja last minit ni pandai pulak mencipta ayat.Tetiba ilham datang.
Malam ni, aku akan packing baju untuk balik kampung dan kemas sikit2 rumah.Maalumlah, esok pagi hubby akan sampai ke Lukut dari Kedah.Aku dah kemaskan bilik yang selalu hubby aku landing.Pada anak2 aku dah cerita yang abah akan sampai esok.Nampak Danial macam tak percaya aje..Ikut suka hatilah anak2ku...Asalkan mama percaya dan happy sangat2 atas kepulangan suami ke pangkuanku...Yang lucunya, Kak Sha jiran depan rumahku asyik mengusik aku aje kat sekolah tadi.siap dia kata 1 jam sekali dia nak ketuk pintu aku konon2 nak tanya hal sekolah atau nak bagi juadah apa2 yang patut masa hubby aku ada di rumah...Apa-apalah Kak Sha...
Aku telefon mak malam tadi, beritahu tentang kepulanganku yang hanya 4 hari sahaja.Mak aku kata persiapan dah beres.Jangan bimbang.Mak aku kata dijangka ramai sanak saudara aku jauh dan dekat akan datang sebab ini kenduri kahwin yang terakhir di rumahku.Abang long terpaksa tempah Parit Buntar Inn atau Hotel Damai untuk penginapan kawan2 kakakku dari KL dan Filipina.Aku rasa tak adalah sesak sangat kot rumah aku nanti.sesak sangat, aku tidurlah rumah mentua kat bagan Serai.Apa2 pun aku berharap agar kenduri nanti berjalan dengan lancar.InsyaAllah...

13 January 2009

Bila kereta buat hal...

Pagi Isnin seperti biasa aku bangun jam 5 pagi.Pagi ini aku sempat masak nasi goreng kampung kesukaan anak2 aku.Lepas memasak, aku masukkan ke dalam 2 bekas tuppaware.Satu untuk anak2 dan sati untuk aku.Tapi untuk aku , ada sayur.Untuk anak2 tak ada sayur.Dah jenuh pujuk depa makan sayur, tetapi setakat ini tak berjaya lagi.
Selepas bersiap, aku hantar barang2 ke kereta dan hidupkan enjin kereta.2-3 kali jugak la baru berjaya.Tapi, yang hairannya lampu emergency pulak yang menyala.Padahal aku tak tekan button lampu pun.Aku matikan enjin.Masih lagi lampu tu menyala.Aku syak bateri kereta kong sebab lampu tu ganti kepada alarm kereta.Hubby aku kata kalau bateri kereta kong, alarm akan berbunyi.Tapi kereta aku ni, alarm tak berbunyi tapi diganti dengan lampu yang berkelip2.
Aku kejutkan anak2.Aku cuba gerakkan kereta.Bunyi enjin macam semput2.Aku tak mahu tanggung risiko.Aku segera beritahu Kak Sha yang aku nak tumpang kereta dia.Maka, berduyun2lah aku dan anak2 masuk dalam kereta Kak Sha.Dengan beg sekolah anak2,beg barang ke rumah pengasuh,baju sekolah yang siap dihanger,beg sekolah aku lagi...Sarat sungguh...Danial pulak tak mahu naik kereta orang...Satu hal lagi nak pujuk dia.
Pagi ni aku terpaksa la menyusahkan Kak Sha.Dia kena hantar anak2 aku ke rumah Kak Tipah.Dalam perjalanan aku call Asiah beritahu kami lambat sikit ke sekolah.Tolong punchkan...Sampai ke sekolah budak2 dah menyanyi lagu Negaraku.Lambat sesangat kami sampai ke sekolah...Aku terus call hubby cerita masalah yang berlaku.Aku minta hubby datang tukar kereta.Dia bawak kereta Wira ni dan tinggal kat aku Citra baru.Hubby kata alang2 nak balik lagi 1 minggu.Dia kata petang nanti member dia datang tukar bateri kereta baru.Dia minta aku spare duit RM200.Mujur la hari Sabtu tadi masa ke UPM aku baru cucuk duit.Kalau tidak, haruslah aku terpaksa menyusahkan Kak Sha lagi untuk ke bank.
Lepas sekolah aku pulak meeting Panitia Matematik.Kesian Kak Sha sanggup tunggu aku sampai tersengguk2 mengantuk.Habis meeting jam 3.30petang.Aku balik dengan Kak Sha.Aku tak mahu menyusahkan Kak Sha lagi.Aku kata anak2 tak payah jemput lagi.Nanti aku jemput lepas kereta dah diganti bateri.
Aku call hubby beritahu yang aku dah sampai ke rumah.Hubby kata member dia akan sampai jam 5 petang.Kesian la pulak Danial dan Anis.Aku call Kak Tipah minta dia tumpangkan anak2 aku naik kereta Husna,budak yang dijaga oleh jiran Kak Tipah.Kak Tipah kata okey aje.
Dekat 5.30, kelibat member hubby tak nampak pun.Dari jauh aku nampak kereta Husna dah sampai.Turunlah Danial, Anis, Husna dan Kak Tipah??? Rupa2nya Danial tak mahu naik kereta Husna.Kak Tipah ikut barulah Danial nak ikut.La...menyusahkan Kak Tipah.Terpaksalah dia berjalan kaki balik ke rumah dia...Emak Husna kata, Anis suka aje ikut Husna, Danial tak nak ikut sebab dia kata perempuan.Geli hati aku dengar alasan dia.
Dekat jam 6 barulah sampai member hubby aku tu.Rupa2nya mekanik kat Dataran Segar.Aku serahkan kunci kereta.Selepas dia ceck sana sini dia kata bateri kereta aku rosak.Aku kata gantilah baru.Aku tengok tarikh bateri dalam kereta tu 24.7.2007.Maknanya setahun 5 bulan dah bateri lama tu.Member kat sekolah pun ada kata jangka hayat bateri kereta selalunya setahun lebih aje.Betul la kot, aku bukannya tahu bab2 kereta ni.Yang aku tahu bawak kereta saja.Nak isi minyak kereta pun tak tahu.Sebab tu la aku ke stesyen petrol yang ada pekerja.Kalau kena layan diri, alamatnya aku tak singgah la...
Mekanik tu kata harga RM180.Aku cuba start kereta aku.Nampak cantik bunyi enjin dia.Maka, melayanglah duit aku sebanyak RM180 petang semalam.Hubby kata bulan depan claim kat dia.Mesti...aku tak akan lupa claim kat dia..Aku harap esok aku ke sekolah dengan senang hati dan tidak bermasalah lagi...

05 January 2009

Apa aku buat hari ini.

Pagi tadi aku bangun jam 5 pagi.Siap set jam lagi.Takut terbabas sebab masa cuti aku bangun lambat ckit.Dah siap semua aku tengok jam awal lagi.Baru pukul 6.30pg.Aku pun breakfast la dulu.Ala...makan biskut kering dengan Milo aje.Lepas tu, aku kejutkan Danial dan Anis.Hari ni aku releks aje.Sebab aku tengok jam awal lagi.Sampai rumah Kak Tipah Danial tak mahu turun kereta.Jenuh Kak Tipah pujuk.Anis pulak excited nak pergi sekolah.Dia angkat sendiri beg dia.Dia pun pujuk sama abang dia yang tak mahu turun kereta tu..Susah sangat, aku seret Danial keluar.Aku tengok dia nangis.Aku terus aje jalan.Pandai2 Kak Tipah la pujuk dia.
Nak masuk ke pagar sekolah punya la seksa.Kereta berderet2.Maalumlah hari ni ramai parent hantar anak masing2 ke sekolah.SM Lukut pun sama.Aku belok ke kanan dengan penuh berhati2.Banyak kemalangan kecil berlaku kat situ.Tempat parking sekolah kosong lagi.Menunjukkan ramai lagi yang belum sampai ke sekolah.
Aku bertugas menjaga audio semasa perhimpunan.Minggu ni aku bertugas dengan Kak Sharti.Aku paling tak gemor bertugas masa minggu mula2 sekolah dibuka.Sebabnya ramai ibu bapa yang tengok cikgu bertugas.Mujur Kak Sharti jadi MC hari ni.Kalau aku, ketar la jugak sebab kena cover sopan depan mak bapak.Aku cuma berucap untuk memberitahu nama2 murid yang menerima RMT.Hari ni ramai kawan2 tegur aku pucat.Entahlah, aku rasa sebab period aku yang panjang.Dah masuk hari ke12 hari ni.Kalau pergi klinik mesti doktor bagi pil perancang bagi hentikan darah.Doktor kata takut aku kurang darah dan lemah.Aku malas nak pi klinik sebab problem yang sama aje.Pil perancang ada spare kat rumah.Malam nantilah aku makan.Selalunya lepas 2 hari makan, period pun berhenti.
Lepas rehat aku masuk ke kelas 1Venus,3 Mercury, 3 Saturn dan 1 Mercury.Hari ni cuma sesi perkenalan dan memberitahu murid buku2 yang akan aku gunakan nanti.Lepas tu aku pun test la murid2 baca 1-10 kat murid 1 Mercury.Okey la jugak walaupun 1 Mercury tapi budak India terutamanya pandai gak Maths.Mungkin sebab dalam BI kot.Aku perhatikan sekolah aku ni budak India memang terro2 BI.Aku pun kekadang kalah.
Aku balik jam 2.15 petang.Terus pergi PD.Konon nak cari uniform Danial,tapi saiz yang paling besar pun aku tengok macam tak muat je untuk Danial.Aku beli t shirt putih aje untuk Danial.Nanti aku nak cakap la kat cikgu dia yang baju Danial tak ada saiz.
Lepas tu, aku beli susu dengan Milo kat Billion.Milo sekilo dengan susu sekilo hanya tahan 5 hari aje..Kuat betullah depa ni minum...
Lepas tu aku pergi ke Bank Islam.Kat situ aku bayar bil dengan bank in duit untuk mak aku.Dah selesai semua, aku pun cadang nak balik.Sampai kat depan balai bomba, aku teringin nak beli burger kat situ.Sebabnya Kak Faridah selalu cerita kesedapan burger kat situ.Aku beli la burger lembu 1.Murah aje.RM2.30.
Aku jemput anak2 dari rumah Kak Tipah.Dalam kereta aku tanya la pasal sekolah kat Danial dan Anis.Danial kata dia ada banyak kawan.Hari ni makan biskut aje kat sekolah( bab makan mesti dia tau...)Anis pulak cerita pasal ramai mama kawan dia pergi sekolah.Mama aje tak datang...Masing2 nampak ceria je sekolah hari ni.Nampaknya aku membuat pilihan yang tepat dengan menghantar anak2 aku ke tadika KEMAS.Aku rasa kalau aku hantar tadika lain mesti anak2 aku menangis atau pun nak balik...
Sampai rumah aku cuba baju Danial yang dibeli tadi.Besar la pulak.Nampaknya esok kena tukar ni...
Lepas mandi, aku pun cari tudung warna hitam.Sebabnya tadi kat sekolah GB kata sampai pekeliling mulai esok guru2 kena pakai tudung hitam dan lelaki pakai songkok lilit putih sebab berkabung.Aku tak pasti sampai bila.Tapi, yang pasti sampai minggu depan tiap2 hari kena pakai tudung hitam.Godek punya godek jumpa la 2 helai tudung hitam.Aku tak suka pakai tudung hitam.Mujur masa cuti masa packing barang, aku ada terjumpa tudung hitam dan aku masukkan dalam kotak.Kalau tak packing barang, aku pun tak tahu kat mana tudung hitam aku...

03 January 2009

Guru berang ditukar sekolah
Oleh Zulfa Mohamadzulfa@hmetro.com.my
BUKIT MERTAJAM: Seorang guru lelaki sebuah sekolah menengah dekat sini, tiba-tiba menjerit ke arah sekumpulan guru yang sedang bermesyuarat sambil menghentak meja beberapa kali menyebabkan mereka terkejut, semalam.Guru berusia 30-an itu bertindak meluru masuk ke bilik mesyuarat pada jam 9.30 pagi ketika pengetuanya sedang berbincang dengan lebih 40 guru lain.Menurut sumber, sebaik masuk ke bilik mesyuarat, guru lelaki itu menghentak meja, kerusi dan almari sambil menjerit ke arah kumpulan guru berkenaan.Katanya, guru berkenaan dipercayai mahu menjadikan pengetua sekolah sebagai sasaran tetapi tindakannya menghentak meja menyebabkan semua guru terkejut dan ketakutan.
“Berikutan itu, seorang guru wanita cedera ringan di tangan kerana terkena objek yang melantun akibat tindakan guru berkenaan menghentak meja,” katanya.
Ketika kejadian, tiada pelajar di sekolah itu berikutan sedang bercuti dan sesi persekolahan hanya bermula Isnin ini.Sumber itu berkata, bagi mengelak kejadian lebih buruk, pengetua sekolah menghubungi polis yang kemudian menahan guru berkenaan lalu dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk pemeriksaan.Menurutnya, guru wanita yang cedera ringan juga dihantar ke hospital sama dan menerima rawatan sebagai pesakit luar.Difahamkan, polis sudah mengambil keterangan guru lelaki terbabit untuk menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar dia bertindak begitu.Guru berkenaan dikatakan tidak pernah berkelakuan seperti itu sebelum ini.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Prai Tengah, Asisten Komisioner Dr Mohd Shah Husin Shah mengesahkan kejadian itu berkata pengetua sekolah berkenaan sudah membuat laporan.Katanya, siasatan awal mendapati suspek berang kerana tidak dijemput menghadiri mesyuarat berkenaan.“Suspek sebenarnya tidak berpuas hati kerana dipindahkan ke sekolah lain menyebabkan dia menjerit ke arah pengetua dan menghentak meja ketika mesyuarat berlangsung,” katanya.


Kalau aku yang buat macam tu headline dia "Guru Berang Tidak Dapat Bertukar"

Tapi, aku masih waras.Aku tak akan mengamuk macam tu.Kita ikut la prosedur.InsyaAllah permohonan akan berjaya walaupun makan sedikit masa.


Bahang Sesi Persekolahan Sudah Bermula...
Hari ini jam 6.30 aku bangun dari tidur.Selepas mandi dan bersiap aku mandikan anak2.Aku panaskan dulu air dan masukkan dalam baldi.Jadi tak adalah sejuk sangat depa nak mandi.Danial dan Anis hari ni semangat nak ikut aku pergi sekolah.Jadi, senang saja aku nak kejutkan depa bangun dari tidur.Aku cadang nak hantar je depa ni ke rumah Kak Tipah.Tapi, depa yang nak ikut sangat.Aku fikir okey kot bawak depa sebab nama aku tak ada pulak dalam AJK Program Pendaftaran Tahun Satu ni.Aku saja la nak datang sekolah.Nak sokong kawan2 aku dan tolong apa2 yang termampu.
Selepas beli sarapan, aku terus menuju ke sekolah.Sampai di simpang Springhill, aku dah nampak banyak kereta ibu bapa yang parking kat luar sekolah aku.Aku terus masuk ke perkarangan sekolah.Tu dia...ramainya parent yang dah sampai.Mujur aku bukan bahagian pendaftaran.Kalau tidak, malu gak sebab cikgu yang mai lambat.Aku rasa aku tak lambat...parents yang datang cepat sangat.Jam baru pukul 7.45.Ikut jadual, pendaftaran start jam 8 pagi.Mungkin depa terlalu excited sebab anak nak masuk Tahun 1 kot...
Aku terus bagi soalan Ujian Diagnostik kat Kak Jalila.Lepas tu, aku dan anak2 pergi bersarapan.Danial makan nasi lemak habis 1 bekas.Anis makan beberapa suap.Aku habiskan baki nasi lemak tu.Member2 aku macam biasa akan usha Danial yang montel sesangat tu.Danial buat muka selamba aje.Anis pulak depa suka tanya soalan macam2 sebab dia ni ramah mulutnya.
Aku pergi jengok bilik Ujian Diagnostik.Ramai budak yang sudah siap menjawab soalan.Aku tolong tanda beberapa set kertas.Ramai cikgu yang tolong tanda...Jadi, kerja menanda dapat ditanda dengan cepat.Kertas diasingkan mengikut markah yang budak tu perolehi.Lepas tu, berdasarkan markah, dapatlah nama murid yang akan masuk ke kelas 1 Jupiter,1 Saturn,1 Venus dan 1 Mercury.1 Mercury iaitu kelas yang paling belakang hanya menerima 30 orang murid sahaja sebab senang cikgu KIA nak tumpukan perhatian.Ikut pemerhatian aku, kelas 1 Mercury tahun ni lagi teruk dari tahun lepas sebab yang dapat markah 10 ke bawah saja 40 orang.Yang mana markah 9/20 ada yang dimasukkan ke kelas 1 Venus.Kak Jalila dan Kak Zarina dengan komitednya memasukkan nama murid2 mengikut kelas dan terus print untuk diumumkan pada parents.
Danial dan Anis asyik mengekor aje aku ke hulu ke hilir.Rimas aku dibuatnya...Dah tu sekejap nak pi toilet la, nak minum la..Anis pulak asyik nak ajak aku balik rumah.Aku cadang nak la berkenalan dengan cikgu2 baru.Tak sempat...Cuma bersalaman aje.Ada 5 orang cikgu baru akan masuk ke SK Lukut.Mungkin hari Isnin ni ada lagi kot.Tengok cara cikgu baru yang nampak malu2 lagi dan tak rancak lagi berborak, aku teringat pulak aku yang akan bergelar "Cikgu Baru" pada mungkin bulan 6 nanti di sekolah X.Nanti aku pun macam tu.Dah lama nanti, okey la tu.Aku tengok ramai cikgu yang masuk SK Lukut bila nak pindah, rasa berat hati sebab sekolah ni memang best...Tahun lepas, UPSR mencatat 22 orang 5A.Yang 4A aku tak ingat.So, tahun ni orang2 Springhill ramai yang hantar anak2 depa ke sini.Sebelum ni depa sanggup hantar kat SK Port Dickson sebab konon2nya sekolah tu bagus.Depa tak tau SK Port Dickson budak dia 2 ribu orang.SK Lukut 800 orang.Memang la jumlah yang dapat 5A lagi ramai kat SK PD.Entah la, bagi aku sekolah kat mana2 pun sama.Janji komitmen cikgu dan ibu bapa kena seiring.
Aku balik ke rumah masa ibu bapa turun ke kantin sebab rehat.Tak dak la nampak sangat aku balik awal...Sampai ke rumah, Danial dan Anis terlena selepas minum Milo.Aku pulak bukak sliding door dan angin sepoi2 bahasa pun masuk ke rumah.Lagi la sedap depa tido...
Tadika KEMAS , Tadika MULTIPLE INTELLIGENT MATHEMATICS atau PASTI.
Sebenarnya hingga sekarang pun aku masih belum membuat keputusan nak hantar anak ke tadika mana.Kalau ikutkan, aku nak hantar ke Tadika Mathematics tu tapi Danial mati2 tak mahu ke situ.Masa aku bawak depa masa survey sekolah tu sebelum cuti hari tu, dia tak mahu masuk dalam tadika tu....Anis pulak suka sangat nak sekolah situ.Aku pun suka sebab cikgu tu kata 4 bulan anak dah pandai baca.
Danial nak sekolah tadika KEMAS macam tahun lepas.Mungkin dia dah serasi dengan cikgu tu.Aku bukannya tak suka tapi, dalam silibus memang tak ada mengajar sukukata kat budak2.Silibus dia, menyanyi, mewarna, makan...ABC pun anak2 aku tak berapa kenal sangat.Dalam masa cuti ni, aku ajar anak2 aku .Terus anak2 aku kenal semua huruf siap boleh tangkap perkataan yang aku ejakan.So...apa cikgu dia buat sepanjang setahun anak aku kat situ...
Kat sekolah tadi Kak Ana ada cerita pasal PASTI yang baru dibuka di Springhill.Dia kata bagus sebab ciri2 agama ditekankan.
TADIKA KEMAS
Kelebihan:
1. Anak2 memang suka kat situ.
2. Makanan mewah.
3. Dekat dengan rumah Kak Tipah.Aku tak payah susah2 nak mandikan depa.Kak Tipah uruskan.
4. Yuran murah.Mula2 masuk seorang area RM100.Yuran bulanan RM20.
5. Anak2 pandai menyanyi.
6. Cikgu Melayu.Aku dah kenal.
7. Ada diselitkan bacaan doa yang mudah2.
8. Uniform tak payah beli dah.Uniform depa tahun lepas ada lagi...
Kelemahan:
1. Ramai yang sekolah kat situ sampai umur 6 tahun, tak tahu membaca.
2. Pernah hubby aku pi situ, cikgu dia tido...
3. Silibus tak mantap macam tadika swasta.
4. Langsung tak ada homework.
Tadika Multiple Intelligent Mathematics.
Kelebihan:
1. Bahasa perantaraan BI.Nanti anak2 boleh speaking berabuk...
2. Subjek yang mantap.BM,BI,Maths,Sc,Bhs.Cina,Tarian,Komputer,Seni,Muzik.
3. Aku boleh hantar dari pagi hingga petang.Cikgu tu tolong ajar homework masa petang.
4. Kerja rumah yang banyak untuk budak siapkan.
Kelemahan:
1. Pengetua Cina.( risau gak soal makanan walaupun dia kata tukang masak dia Indon)
2. Kena pagi2 kejut anak, mandikan, hantar sekolah.Kebarangkalian nak pi sekolah lambat adalah cerah.
3. Berhadapan dengan karenah anak2 yang tidak mahu pi sekolah.Jenuh aku nak tunggu...
4. Semua cikgu Cina.( gerenti tak ajar bab2 agama)
5. Yuran yang mahal.Yuran permulaan seorang RM800.Dua orang RM1600.Bulanan seorang RM320.Dua orang dah RM640.
6. Kalau aku hantar kat situ, Kak Tipah mesti kecik hati sebab aku tak hantar anak kat dia.Nanti dia kata dalam hati" masa hari Sabtu pandai pulak cari aku...)
7. Menu utama biskut kering cicah Milo.( kurus anak aku...)
PASTI
Kelebihan:
1. boleh hantar anak dari pagi hingga petang.
2. 100% cikgu orang Islam.(tak was2 soal makanan)
3. Agama ditekankan.
4. Yuran agak murah.Mula2 masuk RM500 seorang.Dua orang RM1000.Yuran Bulanan RM200 seorang.Dua orang RM400.
5. Aku tak payah cari guru agama kat kuaters sebab boleh ustazah kat situ ajar Mukaddam.
6. Selain ilmu agama juga diajar subjek BM,Maths,BI.
Kelemahan:
1. Anak2 aku tak mahu sekolah tu.
2. Aku kena mandikan anak2,siap pakai baju, berkejar masuk ke Springhill, pergi sekolah.Kebarangkalian nak pergi sekolah lambat lagi cerah...
3. Berhadapan dengan masalah kekecilan hati Kak Tipah...
So, aku bertambah pening kepala...Isnin makin dekat.Hubby kata kalau susah sangat hantar aje kat KEMAS.6 bulan aje pun..Mama tolong ajar anak2 mana2 yang tak ada dalam silibus...( mama penat...takut tak sempat...)Anak2 pun dah biasa dengan sekolah tu.Tak ganggu mama dengan masalah anak2 tak mahu sekolah...apa2 pun terpulang lah kat mama mana nak hantar anak2...Senang aje hubby aku cakap...aku jugak yang kena buat keputusan.
AKU MAKIN KELIRU MEMBUAT PILIHAN...Help me!

30 December 2008

Apa aku buat hari ini.

Hari ini jam 6 pagi aku dah bangun.Selepas mandi dan bersiap, aku kejutkan Danial dan Anis.Rupa2nya Danial dah terkencing kat tilam.Geramnya aku...mungkin sebelum tidur dia minum banyak sangat kot.Aku cepat2 kemaskan tempat tidur.Cadar Danial aku cabut dan campak dalam mesin.Sambil mulut mengomel, aku suruh Danial mandi.Kesian dia sejuk...Pagi2 ni aku kena buat kerja dengan cepat.Barang aku angkat depan pintu.Danial aku pakaikan baju.Baju yang sudah mesin, aku jemur.Cadar Danial aku mesin dulu.Balik sekolah baru jemur.
Dah siap semua, kami pun berjalan menuju ke kereta dengan pantasnya.Aku terus ke gerai Abang Polis.Aku tanya Danial dan Anis nak makan apa.Danial nak nasi lemak,Anis nak keow teow goreng.
Selepas siap beli sarapan anak2, aku bergegas ke rumah Kak Tipah.Pintu rumah Kak Tipah pun tak buka lagi.Tengah sedap tidur agaknya.Aku pun bunyikan mangga pada pagar sambil beri salam.Anak dia, Azreen datang buka pintu.Dah cium pipi anak2 yang 'acem' tu, aku pun segera ke sekolah.
Tengah drive, aku sempat lagi makan karipap seketul.Nak kejar masa...Sampai di simpang Spring Hill, berderet2 kereta Aizan,Hasenah,Norliza,ustaz,kak Zai,Kak Noor dan ada la lagi yang mengekor kereta aku.Kiranya, ramai lagi yang belum sampai ke sekolah.
Meeting hari ni punya la panjang.Habis pukul 2 petang.Mujur la ada break minum pagi.Lepas meeting, ada jamuan.Aku yang memang lapar ni makan dengan berselera sekali.Maalumlah, menu hari ni makanan stail kampung.Ada masak lemak, ikan bakar,air asam,ulam.Aku memang suka makan stail kampung ni.Haruslah aku makan dengan banyaknya...
Balik dari sekolah, aku singgah ke pejabat pos lukut.Cadang nak bayar bil internet.Tapi,orang punya ramai...Aku batalkan niatku itu.Aku cadang nak bayar bil di BSN saja.Tapi, nak dijadikan cerita, tak ada tempat parking pulak...Aku ambil keputusan balik saja ke rumah.Lagipun aku dah kepanasan.Maalumlah, kereta tak ada aircond.
Aku ambil Danial dan Anis dari rumah Kak Tipah.Anis dah melompat2 lihat aku dah sampai.Sampai ke rumah, aku tertidur depan tv sebab kepenatan.Buka mata, jam dah pukul4.30.Anak2 tengah minum Milo dalam botol.Mesti Danial tolong bancuhkan.Hai...boleh harap dah anak teruna aku tu...
Selepas mandi, perut rasa lapar.Aku tanya Danial nak makan apa petang ni.Dia nak keow teow goreng.Hai...kat restoran mana la yang sedap masak keow teow goreng ni...Aku penah beli kat Zafas Cafe dan Restoran Fatimah.Tak sedap sangat.Kat Manap Sate boleh tahan jugak.Aku pun bawa anak2 ke Manap Sate.Alahai...tutup pulak.Aku ligat berfikir nak ke mana ni.Last2 aku terus ke PD.Kat restoran sebelah Tabung Haji PD ada restoran yang buat mi goreng mamak sedap.Aku agak2 mesti keow teow dia pun sedap.
Aku bungkus keow teow 1, mi goreng 1.Lepas tu aku terus gi The Store.Danial dan Anis suka ke situ sebab boleh naik ekskulator.Sebelum pijak tangga, dua2 pakat kira one,two,three.Terus melompat naik tangga.Seronok gak jalan santai2 macam ni.Aku beli dalaman dan selipar anak2.Saja beli selipar baru depa untuk ke sekolah tadika.Bagi up sikit semangat depa nak belajar.Sambil2 tu tengok ada sale baju budak2.Beli blouse Anis dan kemeja Danial.Saja beli sebab murah.Harga biasa Rm20+, tadi aku beli Rm8 je sehelai.Semasa kat ekskulator tadi, ada la lelaki tu sebaya hubby aku.Anis dengan kuatnya cakap "Pak cik tu macam abah kita la..."Siap bye bye kat orang tu.Orang tu pun sporting, lambai2 tangan kat depa.Sedih gak aku tengok.Mungkin Anis rindu sangat kat abah dia.Sabarlah anak2ku....satu hari nanti kita akan duduk dengan abah juga...Lepas tu, aku beli jajan depa dan terus balik.
Sampai rumah, aku bancuh Milo ais dan hidang keow teow goreng kat anak2.Depa makan sambil tengok tv.Licin keow teow.Danial nak lagi tapi aku kata dah habis.Aku bagi kat dia mi goreng aku.Dia makan sesuap, dah tak mahu.Tak sedap kata dia.Aku makan sedap je...Dah masing2 kekenyangan, baru mandi.
Lepas mandi,Anis sibuk tengok buku.Anis kata buku dia dah habis buat.Aku lupa nak beli buku tadi.Buku yang aku beli minggu lepas, dah habis dia buat.Danial punya buku pun dia sapu buat.Aku beli silibus sama sebab senang nak guide depa masa buat latihan tu.Aku tengok Anis lebih cepat tangkap daripada Danial.Danial ni cepat fed up.Kekadang geram gak ngajar Danial ni.Tak mau fokus.Danial tak suka sangat abjad2 ni.Dia lebih cenderung ke Matematik.Aku janji esok lusa mama belikan.Aku kata malam ni kita tengok TV.Cerita Doraemon kat ceria.Masing2 ternganga tengok TV.Perut dah kenyang, suka hati...
Tetiba long hantar sms.Dia kata dia dah cakap sendiri kat orang Kementerian Pelajaran pasal masalah aku.Kebetulan orang tu datang ke PPD Kerian.Orang tu kata InsyaAllah je.Long kata doa ajelah supaya dia kesian dan terbuka hati dia nak tolong...Entahlah...aku rasa kalau ada rezeki, tak ke mana...Malam ni, hubby tak ada pulak antar sms.Malam tadi kami dah bersms dah.Dia kata dia nak balik Lukut.Aku kata balik minggu depan la sebab sekarang aku tengah 'cuti'.Heh...heh...

26 December 2008

Perancangan tahun hadapan...

Harapan tinggal harapan.Nampaknya tahun hadapan aku terus kekal di SK Lukut.Semasa meeting hari Rabu tadi, aku diberi jadual tugasan untuk tahun 2009.Em...nampaknya pecah rekod aku tahun depan tak jadi guru kelas...Dah tu subjek aku tahun depan very the simple...Maths thn 1,PJK Tahun 1,Muzik Tahun 3 dan 4.Pecah rekod lagi...Aku tak penah ajar Muzik tetiba ajar Muzik.Rupa2nya rasional aku diberi subjek2 ni sebab sekolah tak mahu murid2 tak belajar kalau aku tukar pertengahan tahun dan cikgu baru tak masuk lagi...Kalau aku ajar Muzik, sekurang2nya subjek tu tak penting.Kalau tak ada cikgu pun tak apa.Lagi satu yang pecah rekodnya, tahun ni aku tak pegang jawatan penting banyak sangat.Banyak tugas2 aku yang aku sandang selama ni diberi pada cikgu lain.Kecuali RMT( Rancangan Makanan Tambahan) aku terus jadi pengerusi 3 tahun berturut2.Seronoknya kalau situasi macam ni sepanjang tahun...rileks sokmo.Ringan beban fikiran tak banyak tanggung jawab.
Oleh kerana aku tak penah ngajar Muzik, balik je sekolah aku terus surf internet cari Rancangan Mengajar Harian Muzik.Siap aku save dlm thumbdrive.Nanti kat sekolah aku print.Sayang la nak print guna ink aku.Banyak gak nak kena print.Dah terlanjur surf internet aku cari sekali Rancangan Mengajar Tahunan dan Mingguan subjek2 yang aku ngajar.Hah...dah siap pun kerja aku.Tak adalah aku teraba2 masa bukak sekolah nanti.
Tadi masa meeting, GB bagi tugasan kena buat Perancangan Strategik.Aku jadi ketua unit HEM untuk buat isu kat sekolah.Kumpulan aku ada 7 orang.Tengah bincang2 tu, Cikgu Sharti dengan Cikgu Haizy bertelagah.Bertentang pendapat...Hangat la jugak...Aku tengok kumpulan lain cool aje berbincang.Cikgu Wan yang jadi tukang catat tak tahu nak tulis mana satu.Sebab 2 orang cikgu tu nak tulis pendapat masing2.Kalau pendapat tu boleh "masuk" tak apa.Ni tak, jauh sangat kesinambungannya...Last2 aku mencelah suruh tulis dua2 pendapat.Nanti balik, aku edit sebab aku sebagai ketua bertanggung jawab serahkan laporan pada GB.Nanti pandai2 aku la nak edit macam mana...Depa bukannya tahu aku tulis apa...Satu lagi kerja aku kena buat laporan pulak...
Hari Selasa ni meeting lagi.Tak habis2 dengan meeting.Rabu tadi meeting dari pukul 8 sampai 2 petang.Selasa ni tak tahu lagi sampai pukul berapa.Sabtu 3 Januari kena datang sekolah juga sebab ada pendaftaran murid Tahun 1.Kalau tahun lepas aku adalah orang yang sibuk sebab aku guru kelas tahun 1.Tahun ni, nampaknya aku rileks sikit sebab tak jadi guru kelas lagi...Aku hanya membantu menanda kertas jawapan ujian diagnostik sahaja.Sekarang ni murid Tahun 1 diberi ujian dahulu untuk menentukan kelas mana dia masuk.Sangat penting masa Tadika sudah pandai membaca dan menulis sebab takut Tahun 1 nanti masuk kelas belakang2.(mudah2an anak2 aku sudah pandai membaca dan menulis sebelum masuk Tahun 1...Amin)

23 December 2008

Esok Mesyarat Guru Kali Pertama sesi 2009.

Hari Jumaat tadi aku menerima sepucuk surat dari SK Lukut meminta aku hadir ke mesyarat guru kali pertama untuk sesi 2009.Mesyuarat bermula jam 8 pagi di Bilik Gerakan.Petang tadi aku dah siap iron baju dan tudung.Baju anak2 juga aku dah siap masukkan dalam bakul.Alat tulis aku pun aku dah siapkan dan masukkan dalam beg sekali dengan buku catatan.Aku dah cakap kat anak2 esok kena bangun awal sebab mama nak hantar ke rumah mak.
Untuk pastikan esok pagi anak2 dapat bangun awal, aku kena masuk tido awal dari biasa.Bila mamanya tido awal, anak2 pun kena juga tido awal...

19 December 2008

Debaran lagi

Pagi2 aku dah bukak internet.Aku nak tengok result untuk semester 4 ni.Tapi masa aku buka portal pelajar, result tak kuar lagi.Dia tulis senat sedang bersidang.Keputusan akan keluar on line pada 20 disember.La...kalau ikut kalander akademik, result kuar hari ni.Tak apalah.Esok pun esoklah.Wah, esok juga keputusan penempatan adik aku ke sekolah akan kuar kat website kem pelajaran.
Aku pun macam biasa habiskan masa dengan anak2 di rumah.Gaji dan bonus dah masuk tapi aku tak ada nafsu nak shopping.Entahlah...sejak hubby duduk jauh ni semangatku seakan terbang entah ke mana.Aku cuma beli barang di kedai aje.Selalunya aku akan ke The Store atau Billion untuk membeli barang keperluan.Entahlah...mood nak pegi jejalan tak ada langsung.
Petang tadi, Danial ajak aku jalan2.Aku kata abah tak ada tak best.Selalunya time abah depa cuti aku akan masak2 dan kami berkelah di tepi pantai.Mungkin dia rindu suasana macam tu.Untuk menunaikan permintaan Danial yang nak pegi jalan2 tu, aku pun ajaklah depa pergi KFC Lukut.Aku bungkus aje dinner plate 1 set.Malas nak layan depa makan kat situ.
Sampai kat rumah, depa tak hiraupun ayam goreng tu.Depa layan tengok TV aje.Lepas maghrib aku try tengok balik website UPM.Tetiba aje result dah kuar.Aku dah agak result aku tak best sangat.Mana taknya, esok exam malam ni baru pulun baca.Subjek yang paling aku boring teori pengenalan komunikasi nasib baik lulus gak.Senior aku semester lepas siap pesan kat aku buat elok2 sebab sem depa ramai yang tak lulus.Aku dah agak GPA aku tak sampai 3 pointer ke atas.Habis la CGPA aku turun.Aku dulu target nak kekalkan CGPA 3 pointer ke atas.Semester ni punya pasal habis semuanya turun.Macam mana nak sambung master? Syarat PJJ Master kat UPM mesti CGPA 3 pointer ke atas.( macam le nak sambung master...degree pun tak lepas lagi he..he..)Penat tengok result aku, aku pun makan la ayam goreng tadi.Aku tengok Danial dan Anis dah mula pegang sorang seketul.Aku punya asyik dengan result aku sampai tak perasan depa ambil sendiri.Selalu aku tolong hidang.Tak apalah, anak mama dah pandai berdikari.Tetiba aku terima sms rindu lagi dari hubby.Aku pun balas guna ayat menggoda punya.he..he..
Debaran nak tahu result dah habis.Esok debaran posting Man pulak.Minggu depan debaran sama ada usaha abang long nak cuba 'seludup' nama aku ke kedah berhasil atau tidak.Abang Long kata Ahad ni dia singgah rumah aku.Dia pergi kenduri kat Gemas hari ni.Thank you abang Long.Abang Long memang abang yang ambil berat kat adik2 walaupun adik2 semuanya dah besar panjang.
Debaran demi debaran...harap debaran berakhir dengan kegembiraan.

01 December 2008

Aku nak balik kampung

Tapak pasar malam Parit Buntar...tunggu kedatangan aku...

Hari ini hari terakhir hubby bekerja di IPD Port Dickson.Dia kata pukul 3 nanti dia balik.Aku dah siap packing barang nak balik kampung.Dia tak cakap pulak pukul berapa nak bertolak.Selalunya dia buat keputusan last minute.Kekadang dia kata " jom balik kampung" on the dot la kena bersiap balik kampung.Hubby aku ni lagi homesick dari aku.Kalau ikut dia tiap2 minggu nak balik kampung.Impiannya sukar dicapai kerana jadual tugas yang tidak menentu dan sukar mendapat cuti.Tapi aku pelik pulak tengok abang ipar yang selalu dapat cuti.Hari raya tiap2 tahun dapat cuti.Kerja sama, cuma berlainan bahagian je.Abg ipar pengiring, my hubby bahagian MPV.Terlalu komitedkah suamiku itu???atau dia malas nak gaduh2 berebut turn cuti ???Kalau bab komited dan komitmen betul la kot.Aku rasa memang layak la dia selalu dapat sijil penghargaan dan tahun ni dapat Anugerah Perkhimatan Cemerlang.Jika dibandingkan dengan aku ni, biasa2 aje.Tak adalah kerja macam nak rak...Apa2 pun asal dia bahagia sudah.Aku sebagai isteri hanya mendoakan yang terbaik untuknya...Mudah2ah la cepat naik pangkat...
Semalam mak aku kata bubu dawai yang mak aku pasang banyak mengena ikan.Ada ikan puyu, sepat.Mak aku kata hari2 depa bakar ikan keli cicah air asam.Terliur aku...Dapat aku bayangkan betapa sedapnya ikan keli yang dibakar dengan sabut.Aromanya bisa mencairkan air liur...Kak Cik pulak hari2 fon aku ajak balik kpg.Dia awal cuti sekolah dah balik.Dia kata tiap2 hari acara makan2.Jealousnya aku...
Danial dengan Anis dah lama ajak aku balik kampung.Nak jumpa Atok,Omey , Faiz kata depa.Aku saja nak tunggu hubby habis kerja kat sini.Lagipun banyak urusan nak settle dulu.Aku balik kampung ni boleh gak tolong apa2 yang patut untuk majlis pernikahan adik bongsu aku ( Man).Mak kata semua dah settle.Hantaran minta tolong Kak Nah, kak iparku yang kreatif itu buatkan.Nanti aku boleh gak tolong sponsor apa2 yang patut.Kek ke, buah ke.Kami adik beradik dah pakat nak konvoi ramai2 pi Kuala Kangsar rumah kenduri belah perempuan pada 13 disember ni.Saja nak memeriahkan suasana dan nak tengok macam mana kenduri kat Kuala Kangsar.Lagipun bakal adik ipar tu ustazah.Masing2 kena kontrol alim nanti...Kenduri belah lelaki buat masa cuti raya Cina.Saja lewatkan sebab nak tunggu Kak Yati balik Mekah dulu.Kesian gak Kak Yati, dia yang buat persiapan bagai nak rak, tak dapat hadir masa kenduri Man.
Aku balik ni pun nak uruskan rumah hubby aku kat Yan.Adik ipar dah tolong cari rumah kat sana.Tapi selagi tak tengok rumah tu, selagi tu la aku tak puas hati.Lagipun aku rasa sewa rumah tu macam tak logik je.Rumah awam sewa sampai RM230.Baik aku cari rumah teres perumahan sederhana.Berbaloi gak.Tak pun duduk kuaters.Apa2 pun pi sana dulu baru boleh citer panjang.Aku pun nak gak survey sekolah yang dekat2 kat situ.Nanti senang nak isi borang pindah tahun depan.Masa aku balik kampung ni, mungkin blog tak update sebab internet kat kampung tak ada.
Okey la nak pergi mandi.Lepas ni nak antar anak2 ke rumah Kak Tipah, pergi Billion beli puting n baju anak,pergi rumah kak Faridah ambil duit kutu aku(turn aku yang paling last...)dan paling aku takut nak cabut implan kat LPPKN...
Oh, Parit Tok Ngah kampungku yang permai tunggu kepulanganku....

28 November 2008

Sunyi la pulak...

Petang tadi Sariza n family pergi rumah Koperal Meor.Sariza kata Koperal Meor ajak sangat dia supaya bermalam di situ.Danial n anis pulak nampak sedih sebab tak ada member.Lepas makan petang tadi, depa pun pergi ke rumah Koperal Meor.Hubby aku bagi sepuluh ringgit kat Aisyah.hubby kata murah rezeki kalau sedekah kat budak2.Budak2 tak dak dosa.Sebelum berangkat, kami hantar depa kat tempat parking.Danial n anis bukan main lagi lambai kat Aisyah.Aku geli hati dengar Anis kata " datang lagi ye...".Pandai pulak dia cakap macam tu.Macam orang dah dewasa pulak dialog dia.
Lepas hantar Sariza n family, aku dan anak2 pakat tengok Doraemon kat Astro Ceria.Rasa sunyi la pulak Sariza n family dah balik.Kalau tidak tak habis2 kami berborak pasal cerita lama, pasal sekolah, pasal dulu2....Hubby pulak pergi ambil baju mak kat rumah Kak Saripah.Kak Saripah kata baju yang aku upah tu dah siap.Boleh mak pakai masa pergi rumah besan kat Kuala kangsar masa kenduri kahwin adik aku 13 disember nanti.Tak sabar aku tengok cantik ke tak baju tu.Aku beli kaler biru sebab mak aku tak suka kaler garang.Mak aku kata" dah tua2 malu nak pakai baju kaler orang muda".Bagi aku, mak aku makin berusia, makin cun n nampak muda.Tu yang aku suka beli baju kat mak.Aku suka tengok mak aku pakai.Semua nampak sesuai, cantik terletak kat badan mak.Kain tu aku beli kat Yusniza.Bayar 2 kali.Sutera Kelantan.Mahal gak, tapi aku rasa sangat puas hati.

Kawan sekolah.

Semalam kira-kira pukul 3 petang, Sariza , suami dia ( aznul) dan anak dia( Aisyah) datang ke rumah aku.Aku masa tu tengah sibuk goreng ikan.Sambal udang, sayur kacang panjang goreng, daging salai masak lemak sudah aku hidangkan.Aku dan Sariza berpelukan gembira.Maalumlah dah lama tak jumpa.Aisyah pulak nampak malu2.Anak2 aku pulak yang dah memang teruja menunggu kedatangan mereka terus melompat2 untuk menarik perhatian Aisyah join depa.Lama2 depa bertiga dah boleh kamceng.Habis permainan lego Danial depa kerjakan.Aku tak kisah...biasalah budak.
Depa makan hidangan yang aku masak.Nampak masing2 kepedasan penangan sambal udang aku.Tapi, makin pedas, semakin rancak suapan.Aku memang suka tengok orang makan masakan aku dengan penuh selera.
Petang tu kami borak2 je sambil tengok anak2 masing2 bermain.Malam tu depa pi rumah Koperal Meor sebab Aisyah nak jumpa isteri dia yang dulu pernah mengasuh Aisyah.Pukul 10 malam semasa hubby aku nak pergi kerja baru depa balik.Danial,Anis dan Aisyah main kejar2 sampai gamat rumah.Kami yang dah letih tak larat nak layan depa.Aku terlena.Sedar2 anak2 dah tido kat sebelah aku.Kelam kabut aku kejutkan Danial suruh kencing.Dia ni kalau tak kencing dulu sblm tido, alamatnya banjir la tilam.Anis pulak aku pakaikan pampers.Dia sebenarnya dah tak pakai pampers.Tapi sebab dia dah lena, kesian nak kejutkan dia suruh kencing.Bilik Sariza pun dah sunyi.Dah lena kot, maalumlah letih dalam perjalanan tadi.Aku pun sambung zzzzz.

27 November 2008

Gi pasar

Aku gi pasar dengan Danial.Anis tinggal rumah dengan abah dia.Dia pun tak kisah tapi siap pesan aiskrim.Aku pegi pasar P.Dickson sebab pasar situ lagi murah jika dibandingkan dengan pasar Lukut.Lagipun tak la jauh sangat dari rumah aku.
Nampaknya tempat parking tak penuh.Maalum la hari Khamis, kalau Sabtu atau Ahad memang ramai orang.Aku pegi bahagian daging.Aku beli daging sekilo dengan ckit tulang.Masa beli daging tu tetiba ada orang tegur aku.Rupa2nya kak Azamah cikgu SK Kpg Sawah.Saja berborak kosong.Macam biasa, pipi Danial jadi sasaran...Pipi yang tembam, gebu...lemak berkrim disukai ramai.Lepas tu, aku dgn Danial pegi beli udang sekilo dengan ikan kerisi.Hemmm...aku teringin siput lala.Beli sekilo gak.Sebelum balik, aku singgah tempat sayur pulak.Aku beli daun sup, kacang panjang, fish cake n tauhu.
Aku singgah kedai jap beli aiskrim Mat Kool 3 batang.Lepas tu singgah gerai abg polis beli lauk ayam bercili 3 ketul dan daging salai masak lemak cili api.Saja malas nak masak tengah hari.Petang nanti baru nak masak sebab Sariza kata dia sampai ptg nanti...Balik rumah sidai baju n masak nasik.

Pagi Khamis yang blues

Aku cuba-cuba buat blog sendiri.Bukan apa, sekurang-kurangnya aku ada diari yang dapat mencatat apa saja yang ingin diluahkan.Zaman sudah berubahkan...dulu buku diari.Sekarang ni blog pulak.Aku try jer buat.Hantam saja.Jadi kalau ada apa-apa kekurangan biasa le...Budak baru belajar.
Danial pulak bangun tido...Dia macam biasa mandi sendiri.Kekadang malu jugak kat anak sulung aku tu...Umur baru nak masuk 5 tahun dah mandi pagi2.Aku kalau cuti sekolah pukul 9 baru nak mandi.Lepas mandi dia pakai baju dan order MILO dalam botol susu dia tu la.Aku bancuh 2 botol.Saja spare untuk anis.
Tak lama lepas tu Anis pulak bangun.Aku bagi Milo kat dia.Dia ambil dengan suka hati.Masing2 asyik tengak ASTRO CERIA sambil menghisap botol susu masing2.
Tetiba baru aku teringat Sariza nak datang hari ni.Aku kena bersiap pi pasar ni...Hubby aku baru balik kerja.Yes... ada bungkusan nasi lemak.X payah aku buat bfast..