17 May 2009

Suamiku sudah kurus.


Hubby dah boleh pakai seluar jeansnya zaman bujang dulu...Gantengnya lakiku...

Balik kali ni, hubby kelihatan kurus.Rupa-rupanya memang dia tengah diet.Siap makan produk kurus badan keluaran Dr.Radzi yang terkenal kat Kedah tu.Makan nasi pun tidak...Cuma makan sup sayur saja...

Hubby minta aku kuruskan badan gak.Memang la aku nak kurus, tapi bab tak makan nasi tu yang tak tahan.Boleh rasa nak demam kalau tak makan nasi ni...Hubby kata nanti dia belikan aku produk tu.Mahal gak, 1 kotak RM200.Maknanya 1 bungkus Rm10.Ikut abang la.Janji jangan buang-buang air masa proses kurus sudah.Teringat dulu aku makan satu produk tu asyik nak membuang aje kerjanya sampai badan jadi lemah.Tekanan darah pun jadi rendah.Nak buat kerja pun tak larat..Akhirnya, aku buang dalam tong sampah.Nak buat macam mana memang jenis badan aku macam ni.Mudah naik.Aku makan nasi sekali je sehari.Tu pun masa rehat kat sekolah.Petang makan mi sup ke, bihun ke.Malam langsung tak makan.Tapi, tak kurus gak...

Ah...aku dah bosan bab-bab nak kurus ni..

Siapkan soalan periksa.

Pagi ni aku bangun dan terus siapkan soalan untuk peperiksaan pertengahan tahun.Aku terpaksa mengolah 2 kertas soalan.Soalan Matematik dan Pendidikan Kesihatan.Susah gak la nak olah soalan ni.Kena ikut aras soalan senang ke susah dan ada JPUnya.Kena rujuk banyak buku latihan.Tak mahu ceduk bulat-bulat aje.Cuba elakkan cut and glue...

Siap berperang dengan Danial dan Anis lagi.Mana taknya, depa tengok aku gunting gambar, depa pun nak gunting gak.Sorang satu aku bagi gunting,kertas dan pensel.Habis bersepah ruang tamu gara-gara nak buat 2 kertas soalan aje pun...


Kertas soalan Mathematics Year 1 yang dah siap.Ada 50 soalan.Kacang aje soalan aku buat.Harap murid-murid aku dapat skor A ye...(Nur Iman mesti skor A punyer...)

Hari ni, aku rasa dah dekat 10 kali aku bancuh Milo+Susu kat dua anak bertuah aku ni.Kali ni aku campur air barli yang direbus dengan gula batu.Itu petua untuk sejukkan badan.Kalau anak-anak demam memang aku selalu buat macam ni.Nampaknya petua ni memang berkesan.Danial siap order " mama, nak Milo macam Mak Ngah bancuh.." Sedap sangat la tu Mak Ngah bancuh.

"Nak air Milo macam Mak Ngah bancuh...",kata Danial.