21 February 2009

Aku tak kira...

Lega rasanya dah siap satu tugasan.Baru satu.Ada 4 lagi tugasan menanti.Suka atau tidak aku terpaksa juga siapkan.Ini jalan yang aku pilih.Aku sabarkan diri...
Dah lama aku tak tulis kat blog aku ni.Walaupun banyak perkara menarik yang berlaku, tapi aku tak ada masa untuk menulis sesuatu di sini.Mak aku yang ada di rumah aku sekarang pun banyak kali cakap pada aku." kesian mak tengok hang ni.Terkejar-kejar ke sana sini." Nak buat macam mana mak.Di sini, akulah ibu, akulah abah anak2ku,akulah guru dan akulah pelajar.
Malam tadi hubby beritahu yang cuti dia dibekukan sebab Bukit Selambau kat Sungai Petani nak buat pilihan raya.Ini bermakna cuti bulan Mac nantilah saja untuk aku dapat berjumpa dengan hubby.Rasa rindu pada hubby hanya Tuhan saja yang tahu.
Pagi tadi aku dapat slip PTK.Ikut jadual PTK jatuh pada hari Selasa,17 Mac iaitu semasa cuti sekolah bulan Mac nanti.Aku tak kira...Aku dah nekad tak mahu ambil PTK sebab aku nak balik Kedah.Nak jumpa hubby aku.Biarlah aku kena penalti sebab tak ambil PTK.Biarkan...

14 February 2009

Aku stress

Tarikh hantar tugasan semakin hampir.Tugasan yang perlu dihantar pada 20hb ni belum siap lagi.Adus...aku semakin tertekan.Maklumat yang dikumpul sudah aku simpan.Aku bercadang hari ini adalah hari aku akan siapkan tugasan tu.Tapi, setelah berhempas pulas, aku akur akan kemampuanku.Hanya 6 mukasurat mampu aku siapkan untuk hari ini.Tajuk tugasan tu" Sila bincangkan bagaimana media teknologi komunikasi dapat menyumbang kepada pembangunan diri anda dalam menjadi pelajar cemerlang".Kalau setakat karangan macam form 6 dulu masa sekolah di Sek Men Panglima aku rasa aku boleh buat dalam masa 2 jam.Tapi ni tahap esei ilmiah.Tak kan aku nak buat tanpa sokongan sarjana dan penulisan ilmiah.
Dari pagi tadi aku ngadap komputer cabuk aku ni.Dah banyak kali jugak aku menjerit kat anak2 sebab kenakalan depa.Biasa la budak2.Sekejap ketawa sambil bergurau.Tak lama lepas tu menangis pulak sambil menyalahkan satu sama lain.Aduh...mama banyak kerja la anak-anakku.Harap faham okey...

06 February 2009

Mak bapak budak sekolah zaman sekarang...

Pagi tadi, semasa aku parking kereta di hadapan sekolah, aku nampak sorang mak budak yang berpurdah sedang bercakap dengan jaga sekolah aku.Aku kenal mak budak tu.Tahun lepas aku ajar anak dia.
Aku terus ke pejabat, punch card dan ke bilik guru.Selepas masuk kelas 1 Venus, aku free sampai pukul 10.30.Tetiba Haizy ke tempat Hasenah.
Haizy : Apa citer pagi tadi.Aku tengok mak U tu bukan main lagi.
Hasenah : Dia tak puas hati aku kata kat anak dia.
Haizy : Kau kata apa ?
Aku berminat untuk mendengar apa yang berlaku.Menurut Hasenah, dari bulan lepas dia pesan pada semua murid kelas 1Venus supaya membawa buku lukisan sorang sebuah.Dia kata tak payah beli yang mahal, yang harga RM2 pun tak apa.Janji ada buku lukisan.Lebih tersusun dan kemas.Tak perlu murid2 beli kertas lukisan sekeping setiap kali subjek lukisan.
Semua murid dah bawa buku lukisan tu.Hasenah simpan di dalam kelas.Sampai minggu ni, anak mak budak tu tak bawa juga buku lukisan.Dia tanya kenapa tak bawa.Tempoh diberi cukup lama.Budak tu senyap aje.Hasenah pun kata le" tak ada duit sangat ke sampai buku RM2 pun tak boleh nak beli? kalau tak ada duit cikgu boleh bagi."
Itu aje isunya...Mak budak tu datang sebab tak puas hati.Bagi dia cara Hasenah cakap macam menyindir dia.Macam dia tak ada duit sangat.Macam sengkek sangat.Hek eleh...Itupun nak jadi isu..Aku hairan sungguh la.Pakai purdah...Cikgu cakap macam tu pun nak sentap...Rajin sungguh mai sekolah semata2 nak jumpa cikgu pasal benda remeh tu.Kalau jumpa cikgu pasal perkembangan pelajaran anak2 ada jugak faedahnya...
Itu satu kes.Hari Jumaat sebelum cuti raya Cina hari tu, Norliza diserang oleh bapak budak.Budak 1 Venus jugak.Aku tak ada semasa kejadian tu sebab aku ambil cuti rehat khas.Hasenah la yang cerita kat aku.
Pagi Jumaat tu, Norliza sebagai guru kelas 1 Venus macam biasa masuk kelas.Dia perasan mata sorang budak tu, si M merah dan berair.sekejap budak tu gosok mata dia.Norliza pun tegur la jangan gosok mata kamu.nanti lagi sakit.Jangkit satu kelas nanti.
Tetiba semasa semua guru tengah meeting jam 2 petang, ada suara bapak budak berteriak kat bawah.GPK turun nak tengok apa yang berlaku.Tak lama lepas tu, GPK panggil Norliza turun ke dewan.
Bapak budak tu kata Norliza baling buku kena mata anak dia sampai merah.Tuduhan yang tak betul tu sudah pasti dinafikan oleh Norliza.Norliza kata mata budak tu dah memang merah dan berair masa dalam kelas.Dalam kelas saya mengajar, bukannya membaling buku tak tentu pasal pada budak.Bapak budak tu masih tak puas hati.Siap sindir lagi , cikgu gred DG berapa? Isteri saya pensyarah Politeknik tau.Hek eleh...berlagak tak kena gaya.Yang lawaknya, memang la bini dia pensyarah.Tapi dia tu pencen askar dan sekarang tak kerja.Jadi suri rumah tangga.Jaga anak kat rumah.Tu pun nak angkuh tak kena gaya.Yang hairannya, dia tak bawak sekali anak dia.Dia percaya sangat cakap anak dia.Lain kali, kalau nak hantam cikgu, bawak sekali anak dia.Baru la boleh dengar cerita dua belah pihak.
Dia mahu Norliza minta maaf.Norliza kata kalau dia salah memang la dia minta maaf.Ini dia langsung tak sentuh anak dia.Macam mana nak minta maaf.Dalam bebelan yang tak tentu hujung pangkal bapak budak tu pun balik...
Nampaknya kedua2 kes awal tahun ni kelas 1 Venus.Kelas yang aku ngajar tu.Aku mangsa amukan mak bapak yang seterusnya???Minta jauhkan dari bahaya...Kekadang, sikap mak bapak budak yang cepat melatah membantutkan hasrat dan semangat cikgu.Aku senang aje.Aku ikut rentak mak bapak.Dulu aku bagi kerja rumah, ada mak bapak komplen anak depa bukan robot.Hah...sekarang memang aku tak bagi kerja rumah.Hanya kerja dalam kelas sahaja.Setiap hari Jumaat saja aku bagi kerja rumah.tu pun tak banyak.Maalum la anak depa bukan robotkan...Kerja tak siap ??? Tak kuasa aku nak denda anak depa...Aku bagi nasihat aje...Kalau ada perubahan.Good.tapi kalau dah memang memanjang budak yang sama buat kerja cincai, kerja tak pernah siap...aku cuma cakap " Ikut kamulah.Kamu yang hendak pandai.Kamu malas cikgu tak rugi apa2.Gaji cikgu tetap jalan..Nak rotan??? Tak kuasa aku.Nanti ada pulak mak bapak yang datang serang aku...Itu kehendak mak bapak zaman sekarang.Aku cuma mengikut rentak mereka...

05 February 2009

Anak2 Penyejuk hati, Penenang fikiran

Antara topik yang paling popular ketika aku dan kawan2 sekolah aku berborak2 semasa waktu free ialah topik anak2.Aku selalu menjadikan kakak2 yang lebih senior sebagai idola cara mereka membimbing dan mendidik anak mereka terutamanya jika anak2 mereka itu ' menjadi'.
Aku bercadang hendak menghantar Danial dan Anis ke kelas Iqra.Ustazah Sumariha, ustazah j-Qaf di sekolah aku bersetuju hendak mengajar Danial dan Anis.Tapi, rumah Sumariha jauh sangat.Kat Springhill.Aku terus cari alternatif lain.Aku pujuk Asiah yang tinggal di kuaters sama dengan aku.Asiah memohon maaf sebab tak dapat mengajar anak2 aku.Kesibukannya menguruskan 3 orang anak yang rapat2 menyebabkannya penat dan tak ada masa.
Kak Zainon, ustazah yang duduk di hadapan aku di bilik guru mencadangkan aku menghantar anak aku ke Pusat Pengajian Islam yang terletak berdekatan dengan kuaters tempat tinggalku.
Petang tadi aku bawa anak2ku ke tempat berkenaan.Anis nampak begitu teruja.Danial nampak takut2.Danial bersongkok dan Anis pulak aku pakaikan tudung.Sampai di situ, ustaz Hafiz meminta aku mengisi borang pendaftaran.Menurutnya, kelas mengaji tu setiap hari Isnin- Jumaat.Bayaran pendaftaran RM40 dan bulanan sebanyak RM40.Aku bayar RM160 untuk bayaran pendaftaran dan bulanan untuk anak2ku.
Ustaz meminta Danial dan Anis masuk ke kelas mengaji.Aku lihat terdapat kira2 6 orang murid2 yang berusia lingkungan 6-10 tahun.Danial mula menyorok di belakangku.Aku memimpin tangan anak2ku masuk.Yang lucunya, semasa aku hendak keluar dari bilik tu, depa berdua pun mengekor sekali.Mahu tak mahu aku pun duduk sekali dengan mereka.Ustaz tu pujuk Danial dan Anis untuk belajar baca Iqra.Anis terus duduk berhadapan dengan ustaz tu.Laju je dia ikut ustaz tu baca " A, Ba, A"... cepat tangkap jugak anak aku tu.Otak anak2 umpama span yang mudah menyerap apa sahaja yang diajar.
Sampai turn Danial, dia dah tunjuk ragam.Dia langsung tak mahu duduk atas kerusi.Pujuk punya pujuk, ustaz tu bawa Danial ke ustazah bilik sebelah pulak.Kali ni tempatnya lebih santai.Duduk bersila atas lantai.Aku turut duduk sebelah Danial.Nak gelak pun ada.Ustazah tu minta Danial ikut dia baca, Danial muncungkan mulut dia.Aku pujuk dia lagi.Akhirnya, dia pun ikut baca.Untuk kali ke dua, ustazah tu tunjuk je dan minta Danial baca.Boleh je dia baca...tak sampai 5 minit dah habis 1 mukasurat.Ustazah tu nak masuk mukasurat kedua, Danial dah angkat punggung.Dia ajak aku balik, 'Danial nak makan, lapar...' katanya.Ustazah tu gelak aje dan meminta agar esok mereka datang lagi.
Selepas bersalaman, kami pun turun ke kereta.Danial nak makan sate, Anis pulak nak pizza.Aku kata hari ni makan pizza dan esok makan sate.Anak2ku bersorak gembira.Aku minta depa berjanji esok mesti datang mengaji lagi.Danial mengangguk dalam paksa.Anis cepat je mangangguk.Aku terus ke PD untuk beli pizza.Aku sebenarnya dah lama tak beli barangan Amerika sebagai tanda boikot aku.Nampaknya hari ini terpaksa berkorban demi anak2.
Di PD, aku singgah ke kedai buku membeli Iqra sebab di rumah cuma ada 1 set sahaja.Nanti berebut pulak Danial dan Anis.Lepas beli buku dan pizza, aku ke kedai Sakan membeli tudung untuk Anis.Aku beli2 helai.Satu warna putih dan 1 lagi warna peach.Sampai ke rumah, aku telefon hubby.Kedengaran suara ceria hubby mendengar anak2nya belajar mengaji.Dia juga bercakap dengan anak2ku dan menasihati anak2 supaya rajin2 pergi mengaji.
Untuk hari ini sahaja habis duitku RM200++ untuk pengajian Al-Quran anak2.Tapi , tak apa, jumlah itu masih kecil jika dibandingkan dengan manfaatnya nanti.Aku rasa tak rugi aku menghantar anak aku ke situ sebab setiap Jumaat, ustaz itu akan mengajar anak2ku sembahyang.Selama ini anak2 aku cuma meniru pergerakan aku dalam solat sahaja.semoga nanti, bacaan dalam solat juga dapat dipelajari oleh anak2ku dengan jayanya.Mulai esok, bermulalah rutin aku menghantar dan menjemput anak2ku ke kelas pengajian Islam.

Mengajar Anak Tidur Di bilik Sendiri.
Aku dah lama nak ajar anak2 aku tidur berasingan dengan aku.Tapi, tak pernahnya menjadi.Mana taknya, semasa nak tidur, selagi tak dapat bau ketiak aku, anak2 tak mahu tidur.Selalunya, aku dan anak2 tidur bertiga di atas tilam yang diletakkan di atas lantai.Seorang di sebelah kiri dan seorang lagi di sebelah kanan.Kepala masing2 diselitkan di bawah ketiakku.Dah lena, barulah aku boleh angkat tanganku yang kekadang sudah lenguh dan umpama seekor burung sedang mengembangkan kepaknya.
Malam tadi, aku dapat satu idea.Anis yang sudah terlena di depan TV aku angkat dan letakkan di atas katil bujang di bilik.Aku minta Danial tidur di katil lagi satu yang terletak bersebelahan katil adiknya.Danial tak mahu.Aku paksa jugak.Akhirnya, aku kunci bilik aku dan biarkan dia di luar.Dia menangis sekejap.Aku buat tak tahu.Tak lama kemudian,suasana menjadi senyap aje.Tak lama selepas itu, aku buka pintu bilik.Kelihatan Danial sudah tidur di atas katil.Akhirnya usaha aku untuk mengajar anakku tidur di bilik berasingan dengan aku sudah berjaya.Walaupun cara aku agak kejam...