Oleh kerana aku sudah mula merasa alahan, aku terasa sangat malas menulis apa-apa di blog ini.Mana tidaknya, baru sahaja nak menulis, kepala sudah rasa berat.Kemalasan bukan sahaja untuk menulis blog, malah juga malas nak buat tugasan.Aku harap pensyarah tidak marah aku hantar lambat tugasan.Aku tidak pernah lagi culas menghantar tugasan,tapi kali ini entahlah...Semoga aku diberi kekuatan untuk menyiapkan tugasan untuk semester ini...
Aku juga malas nak memasak...semuanya dibeli.Dari sarapan hingga ke makan malam.Terima kasih kepada suami yang memahami.Danial dan Anis tidak sabar menatap wajah adik baru...Danial hendak baby boy, Anis hendak baby girl.Setiap hari diciumnya perut aku.Digosoknya perut sambil memanggil 'baby'.Gelaran 'adik' masih tidak mahu digugurkan.Mama dan abah tak kisah.Lelaki atau perempuan akan diterima dengan syukur.Doa diminta agar baby sihat dan sempurna.
Rasa di hati ingin menulis lagi...tapi nampaknya kepala sudah terasa berat.Sampai jumpa lagi...