29 January 2009

Aku lambat bangun pagi

Malam tadi aku set jam kat handphone macam biasa pukul 5 pagi.Lepas pastikan anak2 pergi toilet, aku pun terus berbaring dan terus lena diulit intan.
Sayup2 kedengaran bunyi burung berkicau.Aku buka mata.Ya Allah! dah siang.Aku bergegas ke bilik mandi.Mandi secepat yang mungkin.Aku lihat jam sudah pukul 7.30 pagi.Kalau hari sekolah biasa jam 7.30 aku dah masuk ke kelas mula mengajar.Aku segera hantar sms pada Kak Shaharani yang aku lambat sikit ke sekolah sebab bangun lambat.Lambat sikit?? bukan sikit dah lambat banyak ni...
Aku tepuk dahi.Baju pun belum gosok lagi.Hari ini Khamis.Kena pakai baju batik.Nak gosok baju batik memang lama sikit.Alang2 dah lambat baik aku gosok baju batik sutera tu.Selepas selesai gosok baju, aku segera bersiap.Macam biasa, bekal minuman Danial dan Anis aku sediakan.Walaupun lambat, tugas sebagai ibu tetap aku lakukan.Aku kejutkan anak2 dari tidur.Danial nampak tercengang2 sebab dari cahaya di tingkap, nampak matahari yang semakin meninggi.Dia tanya " hari ni cuti ke mama?" aku jawab " bukan cuti, tapi mama bangun lambat".
Aku bergegas menghantar anak ke rumah Kak Tipah.Dalam perjalanan tanda isyarat minyak sudah menyala.Aku terus belok ke stesyen minyak Shell untuk mengisi minyak.Alang2 lambatkan... Tetiba Kak Sha telefon.Dia pesan jangan tergesa2 bawak kereta tu.Lambat tak apa asalkan selamat sampai ke sekolah.Sayang Kak Sha...prihatin sungguh.
Sampai di sekolah, aku segera ke padang sebab pagi ni ikut jadual masa permainan bola baling.Mujur la permainan bola baling ada 4 orang guru penasihat.Jadi, walaupun aku tak ada masih ada 3 orang guru boleh handle.Di padang, Kak Yanti dah senyum kat aku sambil kata " hai, cik abang tak ada pun bangun lambat gak".Aku cuma gelak je.
Hari ni aku jadi bahan usikan sebab kes bangun lambat.Sebelum ni Kak Pah pun pernah gak pergi sekolah lambat juga kes bangun lambat.Aku pun tak tahu kenapa pagi ni aku boleh tak sedar bunyi jam yang sudah disetkan.Selalunya jam 5 pagi aku akan terjaga dengan sendirinya walaupun jam belum berbunyi lagi.
Aku balik sekolah jam 5 petang sebab ada kelas tambahan Matematik tahun 6.Aku gilir2 dengan Haslinda untuk mengajar kelas tambahan kelas 6 Venus setiap hari Khamis.Hari ini turn aku pulak sebab minggu lepas turn Haslinda.
Bila kawan2ku yang tidak tahu aku ada kelas tambahan bertanya kenapa hari ni aku balik lambat? Aku jawab sambil bergurau." sebab pergi sekolah lambat, so balik pun kena lambat.ganti balik".
Aku harap insiden seperti pagi ini tidak berlaku lagi...Letih aku mengejar masa...

27 January 2009

Kenangan kenduri


Gambar Man yang aku ambil dari azimfoto fotopages.Gambar yang lain aku tak sempat nak ambil dalam bentuk soft copy.

Jumaat.

Pagi Jumaat,23 hb aku,hubby dan anak2 sudah meninggalkan Lukut dan menuju ke Parit Buntar.Kami bertolak jam 10.35 pagi.Aku singgah ke Tadika anak2 untuk membayar yuran untuk bulan Februari.Selesai urusan, kami meneruskan perjalanan.Anak2 nampak seronok sangat sebab hendak pulang ke kampung untuk bertemu atok,sepupu dan paling best bak kata Anis,"Acu Nan nak kawin dengan makwe dia".


Sampai di Sepang, anak2 dah tertidur.Aku dah masak dengan feel depa.Dalam kereta, bagi sorang satu botol susu,turunkan kerusi,tak sampai setengah jam tidurlah mereka.Hubby dapat memandu dengan tenang.Kereta di lebuh raya tak banyak sangat.Pemanduan hari ini sangat selesa.


Kami cuma berhenti di R&R Tapah untuk berehat, makan tengah hari dan solat.Jenuh gak nak kejutkan anak2 yang sedang lena diulit intan...Kami makan dengan agak berselera.Maalumlah dari pagi perut tidak diisi...


Kami singgah di Parit Gabis, Bagan Serai rumah mentuaku.Emak mentua menyambut kedatangan kami dengan sangat gembira.Terkocoh2 mak mentua dan Kak Faizah, kakak iparku memasak nasi dan goreng ikan.Aku katakan pada mereka jangan susah2 sebab kami dah makan.Tapi, ibu mentuaku memang begitu, akan memastikan kami makan nasi dahulu jika datang ke rumahnya.


Lepas makan, kami terus ke Parit Tok Ngah.Sampai di rumah, Kak Yati dan Abang Cu sedang sibuk menghias bilik pengantin.Abang Long sedang sibuk membungkus cenderahati tetamu.Selepas bersalaman, semua tekun menyambung kerja.Aku yang masih pening2 lalat hanya mampu berehat.Aku buka tudung saji.Wow! ada lauk masak lemak labu dengan keli goreng dan sambal belacan.Kami makan nasi lagi.Danial begitu berselera makan.Sampai 3 pinggan.Hubby yang dah kenyang pun habis juga sepinggan makan.


Sabtu
Hari ini masing2 sudah sibuk dengan tugas masing2.Aku dari pagi hingga ke petang tidak berhenti buat macam2 kerja.Hubby dan abang iparku menggoreng ayam.Aku menyiapkan bahan untuk menggoreng bihun.Petang itu, ramai jiran2 yang datang untuk menolong kami menyiapkan cenderahati.Kak Yati selaku chef memasak bihun goreng.Hubby ditugaskan membancuh air untuk tetamu.Aku dan Kak Cik menggelarkan diri kami AJK Jamuan menyiapkan hidangan ala bufet.Kami hidangkan bihun goreng, kuih seri muka, air dan kurma dari Mekah yang dibawa oleh Kak Yati.


Petangnya, ramai saudara mara aku yang datang.Mak Lang dari Bagan Datoh, Pak Anjang dari Kajang,mentua Kak Yati dari Melaka dan sepupu2ku yang jauh2.Ada yang bermalam di rumahku,rumah Mak Teh, di rumah jiran yang kami sewa dan ada juga yang tidur di hotel di Parit Buntar.


Malamnya, masing2 sibuk dengan kerja yang ada2 saja dan belum selesai sepenuhnya.Aku tidur jam 12 malam.Aku tak tahu yang lain tidur pukul berapa sebab semasa aku tidur, suasana masih riuh rendah.


Corat-coret di hari kenduri...
1. Tanganku melecur gara2 terpegang besen berisi ayam yang diletakkan berdekatan dengan api gas.4 jari kiriku melecur agak teruk.Suasana agak kecoh sebab aku menangis kesakitan sambil merendamkan tangan dalam kolah bilik mandi.Ada yang lumurkan ubat gigi, madu lebah dan air gamat.Hingga sekarang, pergerakan aku agak terbatas sebab jari aku mengelembung dan agak sakit.

2. Rombongan pengantin terpaksa berjalan sejauh kira2 800meter sebab kereta tidak dapat masuk ke dalam tali air di rumahku gara2 ada tetamu yang parking kereta agak ke tengah dan menghalang laluan kereta lain.Kesian pada pengantin dan rombongan yang terdiri dari orang tua dan yang berkerusi roda sebab terpaksa berjalan jauh.


3. Nasi yang disediakan oleh pihak katering habis di saat ramai tetamu datang.Kelam kabut kakakku masak nasi guna periuk besar di rumah.Akibatnya, tetamu terpaksa menunggu sebentar sementara menunggu nasi masak.Pihak katering menghantar nasi tambahan kemudiannya.


4. Kira2 jam 2 petang, lauk pula habis.Tetamu masih ramai yang datang.Aku segera maklumkan pada kakak2ku.Kami segera mengeluarkan ayam masak merah yang sengaja kami masak pagi tadi.Lauk ikan goreng untuk kenduri tahlil malam sebelum juga kami keluarkan dan hidangkan untuk tetamu.Sambal ikan bilis untuk sarapan pagi tadi juga turut dihidangkan.Timun kami potong dan jadikan jelatah.Tak sangka lauk on the spot tu jadi kesukaan tetamu terutamanya sambal ikan bilis dan jelatah.Depa kata lain dari lain lauk kenduri kali ini.Yang sebenarnya lauk itulah jadi penyelamat keadaan.


5. Tetamu yang datang diluar jangkaan.Tempahan makanan katering untuk 1000 orang tetamu tidak dapat menampung tetamu yang hadir.Mujurlah kami ada lauk penyelamat iaitu ayam masak merah,sambal ikan bilis,jelatah dan ikan goreng.Cenderahati untuk tetamu berjumlah 1000 buah beg juga habis menjelang jam 1 petang.Tetamu yang datang selepas waktu itu terpaksa pulang dengan tangan kosong.


6. Sudah 2 minggu kampungku tidak hujan.Tiba2 semasa rombongan pengantin ingin pulang, hujan turun dengan lebatnya.Orang kata hujan semasa kenduri memberi petanda pengantin sentiasa murah rezeki.Mudah-mudahan.Amin.

7. Kami sekeluarga memakai baju sedondon berwarna ungu.


8. Sariza dan Hasnah rakan sekolahku turut datang bersama suami dan anak masing2.Tak sangka Hasnah yang mempunyai kelulusan Ijazah Kejuruteraan mempunyai anak yang sudah besar berumur 8 tahun dan menjadi suri rumahtangga sepenuh masa.


8. Aku dan hubby ditugaskan untuk menyambut kedatangan rombongan pengantin perempuan di susur keluar Bandar Baharu.


9. Man, selaku pengantin bersiap di rumah Abang cu di Bandar Baharu.Pengantin mengenakan pakaian berwarna kuning.


10. Aku, hubby dan anak2 pulang ke Lukut jam 6 petang hari kenduri tu.Kami singgah di rumah mentua.Selepas makan dan solat, kami tidur sebentar.Konon hendak bertolak ke Lukut jam 12 malam.Hubby terlena sehingga jam 4 pagi.Kami bertolak ke Lukut dari Bagan Serai jam 4 pagi dan sampai ke Lukut jam 8 pagi.

Hubby dah balik Kedah.
Petang semalam, jam 6 petang hubby dah bertolak ke Kedah.Aku sedih sangat.Tak puas lagi nak bermesra dan bermanja. Anak2 pulak nampaknya releks aje.Aku sudah siapkan barang2 untuk hubby bawa ke Kedah.Kuih Almond London 1 bekas, air masak 1 bekas 8 liter dan buah limau mandarin.Aku panjatkan doa agar hubby sampai dengan selamat sebab hubby aku bawa kereta Wira yang aku sendiri rasa risau kalau2 kereta tu buat hal di tengah jalan.Hubby sanggup berkorban dengan meninggalkan kereta yang selesa dan besar untuk aku dan anak2 di sini.Sedangkan hubby terpaksa membawa kereta Wira yang sudah berusia 10 tahun, tak ada aircond dan gear box yang ada sikit problem.Teringat ciuman perpisahan dan lambaian tangan untuk kami anak beranak.
Jam 12 malam aku hantar sms untuk bertanyakan keadaan hubby.Syukur hubby sudah sampai di Jawi dan menurut hubby, jalan tidak sesak dan kereta juga tidak menghadapi masalah.Aku rasa lega sangat dan barulah aku dapat melelapkan mata untuk tidur.Jam 8 pagi, hubby terpaksa bekerja.Maknanya hubby masih ada masa untuk tidur dan berehat.Aku harap hubby dapat ke tempat kerja dengan segar dan ceria.

21 January 2009

Cuti rehat khas...

Isnin tadi aku hantar message pada guru Besar aku akan keinginanku untuk meminta cuti rehat khas pada hari Jumaat ini.GB aku MC selama 3 minggu kerana tangannya patah akibat jatuh dari bilik air.Tak lama lepas tu GB balas memberi lampu hijau pada aku untuk memohon cuti.Aku pun apa lagi, terus isi borang dan serahkan pada CC, Kak Roslina.Lepas tu, aku beritahu pada GPK 1 Kak Sabidah yang aku bercuti hari Jumaat ni dan harap dapat buatkan jadual relief untuk aku.
Hatiku berbunga riang.Bukannya apa, perancangan yang dibuat berjalan lancar.Cuma aku agak terkilan kerana aku cuma bercuti selama 4 hari di kampung sebab sekolah aku cuma bercuti hingga hari selasa.sekolah lain semuanya cuti seminggu.Dah nasib...
Hari ini, aku bereskan semua kerja yang tertangguh.Hari ini aku buat meeting untuk AJK Nilam.Aku sebagai penyelaras membuat meeting cukup syarat je.Semua bersorak gembira sebab meeting paling cepat habis.15 minit aje meeting yang aku buat.Cuma nak lantik ketua bahagian masing2 aje.Yang lain, pandai la aku taram dalam minit mesyuarat nanti.Aku selalu macam tu.Walaupun aku pengerusi, tapi minit mesyuarat aku yang buat sebab aku akan puas hati kalau aku yang taip dan mencinta ayat tu.Kalau aku setiausaha dah semestinya aku jugak la yang buat minit mesyuarat.
Balik sekolah, aku terus buat 2 minit mesyuarat.sebabnya esok aku akan serahkan pada GPK 1 dan hari Jumaat aku dah cuti.Punya laju aku menaip minit mesyuarat.Akhirnya siap juga 2 minit mesyuarat.Satu AJK Nilam dan satu lagi Panitia Matematik.Aku kalau kerja last minit ni pandai pulak mencipta ayat.Tetiba ilham datang.
Malam ni, aku akan packing baju untuk balik kampung dan kemas sikit2 rumah.Maalumlah, esok pagi hubby akan sampai ke Lukut dari Kedah.Aku dah kemaskan bilik yang selalu hubby aku landing.Pada anak2 aku dah cerita yang abah akan sampai esok.Nampak Danial macam tak percaya aje..Ikut suka hatilah anak2ku...Asalkan mama percaya dan happy sangat2 atas kepulangan suami ke pangkuanku...Yang lucunya, Kak Sha jiran depan rumahku asyik mengusik aku aje kat sekolah tadi.siap dia kata 1 jam sekali dia nak ketuk pintu aku konon2 nak tanya hal sekolah atau nak bagi juadah apa2 yang patut masa hubby aku ada di rumah...Apa-apalah Kak Sha...
Aku telefon mak malam tadi, beritahu tentang kepulanganku yang hanya 4 hari sahaja.Mak aku kata persiapan dah beres.Jangan bimbang.Mak aku kata dijangka ramai sanak saudara aku jauh dan dekat akan datang sebab ini kenduri kahwin yang terakhir di rumahku.Abang long terpaksa tempah Parit Buntar Inn atau Hotel Damai untuk penginapan kawan2 kakakku dari KL dan Filipina.Aku rasa tak adalah sesak sangat kot rumah aku nanti.sesak sangat, aku tidurlah rumah mentua kat bagan Serai.Apa2 pun aku berharap agar kenduri nanti berjalan dengan lancar.InsyaAllah...

17 January 2009

Tetiba aku rasa sebak...

Hari ini aku dan anak2 betul2 berehat di rumah.Sekolah lain hari ini hari persekolahan sebab nak ganti cuti untuk hari raya Cina nanti.Sekolah aku cuma cuti 4 hari untuk hari raya Cina.Jadi, hari ini tak perlu ke sekolah...Anak2 seronok sangat lihat aku ada di rumah.Kalau tidak asal hari Sabtu aje aku akan ke kelas di Seremban dan mereka ditempatkan di rumah Kak Tipah.Hari ini aku hanya berkemas rumah dan menonton televisyen.Makanan pun beli sahaja di kedai.Makan tengah hari di Ijaz Corner dengan menu burung puyuh goreng dan kari sotong pedas.Menu petangnya pula aku beli sate dan nasi impit di Gerai sate Wak Sukirman.Lepas maghrib, anak2 dah tergolek terlena di depan tv.Masing2 kekenyangan dan puas hati sebab hari ini macam2 aktiviti kami lakukan sama2.Sidai baju,sapu sampah, main buaian dan makan2.selepas anak2 tidur, aku pun mula melayari internet.Aku buka blog isuhangat.Tetiba aku rasa sebak baca cerpen ni.Aku memang mudah terasa sayu jika ada cerita berkaitan dengan budak2.Mungkin sebab naluri keibuanku dan anak2 yang semakin membesar.Moral dari cerita ni, walau bagaimana lasak dan nakal pun anak, mulut kita mesti jaga dan jangan cakap yang bukan2.Tambah2 kita sebagai ibu.Kata2 seorang ibu adalah satu doa.Layan dulu cerita di bawah...

Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta di halakan ke dalam garaj. "Horey! Papa balik!" Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya."Tepi! Bahaya tau tak?" Jeritnya. Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar."Aimin bawa adik ke belakang." Arahnya pada anak yang sulong. Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka."Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita," pujuk Laila.Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun. "Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat!Tutup paip tu! Buka shower!" Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya. "Asal saya balik rumah mesti bersepak. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?" sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu."Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman." Balas isterinya lembut. "Fail saya kat depan tu mana?""Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan." "Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi." Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu. Suasana sepi kembali.Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya. "LailaĆ¢€¦.." Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa. "Saya nak ke out station minggu depan!.""Lama?" Soal Laila."Dalam seminggu.""Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?""Budak-budak? " "Ikut jugalah.""Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana.Tengok masa kat Legacy dulu tu!""Masa tu Amirul kecik lagi." Balas Laila. Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku.Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi."Bolehlah Pa! Lama sangat kita tak ke mana-mana.""Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung," Muktamad!Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama."Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!""Manalah saya ada masa.." "Takpe.. pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!" Dia tersentak dari khayalannya. "Kalau tak suka pulangkan balik!" Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir. Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan.. bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma.. "Mizi, makan!" Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu.. "Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah." "Papa! Makan!" Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya. "Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?"Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur. "Awak masak apa?""Mama masak sup tulang dengan sambal udang!" jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut."Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!""Papa nak ke mana?" Soal isterinya perlahan."Keluar!""Mama dah masak Pa!""Awak saja makan!""Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!"Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan. "Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?" Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi. "Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan." "Abang tak suka tengok papa marah-marah. ." "Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macamgorilla kan?"Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa? Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong."Laila.." serunya"Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti." Kata ibunya yang muncul tiba-tiba. "Sunyi pulak rumah ni mak,""Lama-lama kau biasalah."Airmatanya menitis laju. "Kalau tak suka pulangkan!" Dia rasa terhukum.Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat. "Papa beli apa untuk Aiman?" Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya."Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu.""Tak ada lah?""Ingat papa ni cop duit?"Aiman termanggu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang mendulang berisi hidangan minum petang.Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya. "Awak tak sihat ke?"Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan."Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi." Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya.Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat."Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!" Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis.Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya."Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!"Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak."Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan. " Ujar Laila perlahan "Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya?Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana, kecah barang. Gila apa?" Omelnya kembali.Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka."Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni."Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang. Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah. "Celaka betul!" Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja."Abang!""Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan!Perangai satu-satu macam tak siuman!" Getusnya kasar.Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak. "Pak Ngah, Eddie nak balik!" Shamizi terpana. Dia mengangguk. "Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti." Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A. "Laila!""Papa nak ke mana hensem-hensem gini?" Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. "Wangi-wangi lagi. Dating ye?""Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff." Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya. "Ikut boleh?""Dia tak ajak family. Staff only!" Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang. "Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami.""Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. ""Papa pesanlah.."Nantilah besar sikit." Dalihnya. "Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun." "Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,"Laila terdiam. "Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki.""Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik." "Mama tanya sikit boleh?"Dia mengangguk "Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?"Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya."Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik," ujar Mr. Kwai, tuan rumah.Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran.. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain.Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan. "Kalau tak suka pulangkan!" Kata-kata itu semakin keras di fikirannya. Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian. "Kamu semua ni.. kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan! " Laila merenungnya dalam..Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah.Bekal di dalam bekas tidak diambil. Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa.. "Kalau tak suka pulangkan," Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan.. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambatrindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila& Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya. Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah. Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan.

15 January 2009

Hal sekolah, anak2 dan sekitar...

Sejak semalam aku asyik bersin dan tekak rasa perit.Balik sekolah aku makan ubat selsema dan terus tertidur.Aku pesan pada anak2 jangan main di luar dan kalau nak makan ambil makanan di atas meja.Malamnya, badan rasa seram sejuk.Aku tidur dengan memakai stokin.
Hari ini aku ke sekolah dengan rasa yang tidak riang.Aku gagahkan juga diri.Mujurlah hari ini aku hanya mengajar 3 jam sahaja.Walaupun asyik bersin, aku dapat mengajar Matematik di kelas paling belakang 1 Mercury dengan baik( aku rasa la).Kesian aku dengan beberapa murid yang tidak mengenal nombor 1-10.Bila baca cekap tapi bila aku tunjuk nombor secara rawak...hampeh...Penat aku ngajar.Tak dapat2...Aku urut dada tahan sabar.Esok lusa aku kena ulang lagi sampai budak tu boleh.Yang buat aku angin satu badan, dah la tak pandai, masa aku ajar memain.Kan ada yang menangis aku kerjakan...
Kelas 1 Venus bebudaknya pandai2.Tak ada masalah nak kenal nombor.Aku ngajar dengan seronok.Objektif tercapai.Kerja sekolah aku bagi banyak gak.Ada yang dapat siapkan masa tu juga.Tapi ada jugak yang tak siap.Aku minta siapkan di rumah...Tapi...tengoklah esok mesti ada yang tak siapkan.Lupalah cikgu...itu alasan lapok yang dah muak aku dengar...
Semalam, semasa aku dan anak2 menulis, aku ceck beg Anis pensel warna yang aku baru beli hari tu dah tak ada dalam beg.Aku tanya dia,mana colour adik.Danial beritahu aku colour adik tinggal kat sekolah.Pagi tadi aku minta Kak Tipah tolong tanyakan cikgu dia pasal warna tu.Tadi, semasa aku jemput anak2, Kak Tipah beritahu cikgu dah buat spotceck tak ada pulak pensel warna Anis tu..Seingat aku pensel warna Anis tu hilang semasa dia tinggalkan beg dia di rumah Kak Tipah...Tapi, ah malas aku nak syak pada sesiapa.Sementara waktu ni aku minta Anis pinjam dulu pensel warna Danial kalau ada kerja mewarna.
Sampai di rumah Danial cerita pada aku hari ni Danial makan roti aje cicah air.Aku tanya kenapa? mak tak masak ke? Danial jawab mak kata beras mak dah habis.Biar betik???Patut pun aku tengok Kak Tipah macam ada masalah aje.Dulu, ada seorang ibu budak yang turut dijaga oleh Kak Tipah ada cerita pada aku yang Kak Tipah selalu pinjam duit dia nak beli beras.Aku tak tahu lah pulak sebab aku selalu je beri beras kat dia.Tak kan aku nak beli beras setiap bulan untuk family dia pulak.Bengkoklah teman...Esok aku kenalah masak nasi untuk anak2 aku makan.Kesian gak anak2 aku kena tempias sama...Esok aku rasa aku bagilah dulu separuh dari duit jaga anak2 aku walaupun belum hujung bulan.Nanti dah sampai hujung bulan aku tolak la berapa dah aku bayar.Ye lah, mungkin dia malu kot nak pinjam duit aku.Entah2 dah lama depa tak makan nasi.Baru aku ingat hari Sabtu tadi semasa aku ke UPM, balik aje Danial kata lapar.Kat rumah mak makan keropok aje.Masa tu aku tak ambil kisah sangat...Hari ni aku mula kisah...


Kejutan untuk hubby
Semalam tetiba aku teringat 19 Januari ni birthday hubby aku.Aku nak bikin kejutan kat dia.Jenuh memikirkan apa benda last2 aku fikir aku nak hantar kad aje lah dan di alamatkan di balai tempat dia kerja.Balik sekolah aku singgah kedai buku beli kad birthday.Malamnya aku surf internet cari alamat balai tu.Malam tadi aku mengarang kata2 power kat kad tu.Tengah demam2 ni pun aku gagahkan juga diri menulis.Dan tadi, balik sekolah aku pos.Semoga hubby aku dapat terima sebelum dia bercuti pada 21 hb ni.Dia kata dia akan sampai ke lukut pada hari Khamis.Seronoknya...dan ada lagi kejutan untuk hubby masa dia sampai di Lukut nanti.Jeng...jeng...( sebenarnya aku tak ada idea lagi nak buat kejutan apa).

13 January 2009

Bila kereta buat hal...

Pagi Isnin seperti biasa aku bangun jam 5 pagi.Pagi ini aku sempat masak nasi goreng kampung kesukaan anak2 aku.Lepas memasak, aku masukkan ke dalam 2 bekas tuppaware.Satu untuk anak2 dan sati untuk aku.Tapi untuk aku , ada sayur.Untuk anak2 tak ada sayur.Dah jenuh pujuk depa makan sayur, tetapi setakat ini tak berjaya lagi.
Selepas bersiap, aku hantar barang2 ke kereta dan hidupkan enjin kereta.2-3 kali jugak la baru berjaya.Tapi, yang hairannya lampu emergency pulak yang menyala.Padahal aku tak tekan button lampu pun.Aku matikan enjin.Masih lagi lampu tu menyala.Aku syak bateri kereta kong sebab lampu tu ganti kepada alarm kereta.Hubby aku kata kalau bateri kereta kong, alarm akan berbunyi.Tapi kereta aku ni, alarm tak berbunyi tapi diganti dengan lampu yang berkelip2.
Aku kejutkan anak2.Aku cuba gerakkan kereta.Bunyi enjin macam semput2.Aku tak mahu tanggung risiko.Aku segera beritahu Kak Sha yang aku nak tumpang kereta dia.Maka, berduyun2lah aku dan anak2 masuk dalam kereta Kak Sha.Dengan beg sekolah anak2,beg barang ke rumah pengasuh,baju sekolah yang siap dihanger,beg sekolah aku lagi...Sarat sungguh...Danial pulak tak mahu naik kereta orang...Satu hal lagi nak pujuk dia.
Pagi ni aku terpaksa la menyusahkan Kak Sha.Dia kena hantar anak2 aku ke rumah Kak Tipah.Dalam perjalanan aku call Asiah beritahu kami lambat sikit ke sekolah.Tolong punchkan...Sampai ke sekolah budak2 dah menyanyi lagu Negaraku.Lambat sesangat kami sampai ke sekolah...Aku terus call hubby cerita masalah yang berlaku.Aku minta hubby datang tukar kereta.Dia bawak kereta Wira ni dan tinggal kat aku Citra baru.Hubby kata alang2 nak balik lagi 1 minggu.Dia kata petang nanti member dia datang tukar bateri kereta baru.Dia minta aku spare duit RM200.Mujur la hari Sabtu tadi masa ke UPM aku baru cucuk duit.Kalau tidak, haruslah aku terpaksa menyusahkan Kak Sha lagi untuk ke bank.
Lepas sekolah aku pulak meeting Panitia Matematik.Kesian Kak Sha sanggup tunggu aku sampai tersengguk2 mengantuk.Habis meeting jam 3.30petang.Aku balik dengan Kak Sha.Aku tak mahu menyusahkan Kak Sha lagi.Aku kata anak2 tak payah jemput lagi.Nanti aku jemput lepas kereta dah diganti bateri.
Aku call hubby beritahu yang aku dah sampai ke rumah.Hubby kata member dia akan sampai jam 5 petang.Kesian la pulak Danial dan Anis.Aku call Kak Tipah minta dia tumpangkan anak2 aku naik kereta Husna,budak yang dijaga oleh jiran Kak Tipah.Kak Tipah kata okey aje.
Dekat 5.30, kelibat member hubby tak nampak pun.Dari jauh aku nampak kereta Husna dah sampai.Turunlah Danial, Anis, Husna dan Kak Tipah??? Rupa2nya Danial tak mahu naik kereta Husna.Kak Tipah ikut barulah Danial nak ikut.La...menyusahkan Kak Tipah.Terpaksalah dia berjalan kaki balik ke rumah dia...Emak Husna kata, Anis suka aje ikut Husna, Danial tak nak ikut sebab dia kata perempuan.Geli hati aku dengar alasan dia.
Dekat jam 6 barulah sampai member hubby aku tu.Rupa2nya mekanik kat Dataran Segar.Aku serahkan kunci kereta.Selepas dia ceck sana sini dia kata bateri kereta aku rosak.Aku kata gantilah baru.Aku tengok tarikh bateri dalam kereta tu 24.7.2007.Maknanya setahun 5 bulan dah bateri lama tu.Member kat sekolah pun ada kata jangka hayat bateri kereta selalunya setahun lebih aje.Betul la kot, aku bukannya tahu bab2 kereta ni.Yang aku tahu bawak kereta saja.Nak isi minyak kereta pun tak tahu.Sebab tu la aku ke stesyen petrol yang ada pekerja.Kalau kena layan diri, alamatnya aku tak singgah la...
Mekanik tu kata harga RM180.Aku cuba start kereta aku.Nampak cantik bunyi enjin dia.Maka, melayanglah duit aku sebanyak RM180 petang semalam.Hubby kata bulan depan claim kat dia.Mesti...aku tak akan lupa claim kat dia..Aku harap esok aku ke sekolah dengan senang hati dan tidak bermasalah lagi...

08 January 2009

Aku yang penat...

Sudah empat hari aku mula bertugas semula di sekolah.Empat hari ni aku rasa badan aku lembik sesangat bila sampai di rumah.Di sekolah keletihan tidak dirasai.Tapi, bila sampai sahaja di rumah, letih yang amat.Kaki rasa sengal2.Jalan penyelesaiannya, rebahkan diri di atas tilam dan lelap seketika.Bila bangun, barulah boleh buat tugas2 rumah.Mujurlah anak2 dah agak besar dan boleh berdikari sendiri.Kalau tidak, aku rasa mungkin aku akan menangis atau menjerit sambil ketap gigi( salah satu cara melepaskan stress).
Sudah empat hari jugalah aku pulang ke rumah jam 5 petang.Ada2 saja urusan yang perlu dibuat.Beli barang keperluan anaklah, meetinglah...Esok selepas waktu sekolah, aku sudah berjanji dengan Kak Norzi hendak ke Pusat Pembelajaran di Kolej Mara Seremban nak ambil modul semester 5.Janji nak pergi lepas sekolah.Mesti sampai rumah lewat petang juga.Sabtu pula, aku dan Kak Norzi akan ke UPM untuk menghadiri Face to Face.Ikut jadual dari pagi hingga ke petang.Maknanya separuh hari aku di sana.Hari Ahad juga aku akan ke UPM juga untuk Face to Face.Dari pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari.Maknanya, satu minggu aku tak cuti...Kalau ikutkan memang tak salah kalau tak pergi Face to Face tu.Tapi, aku rasa rugi sebab itulah peluang kita berjumpa dengan pensyarah.Lepas tu memang tak jumpalah.Namanya pun PJJ (Pengajian Jarak Jauh).Masa Face to Face ni la tips nak buat tugasan dan bentuk2 soalan untuk exam akan dibincangkan.Sementara aku tinggal kat sini, dapatlah aku ke UPM.Nanti dah pindah ke Kedah memang aku tak pergi kot...Jauh dan memenatkan.Kalau aku pindah Kedah nanti, alamatnya aku belajar sendiri ajelah.Baca modul dan waktu exam pergi ke center Kedah.Nak skor pointer yang bagus pun tak berani dah.Aku harap asalkan lulus pun jadilah.Asalkan status DGA29 boleh berubah ke DGA41.
Dengar macam sambil lewa aje aku ni belajar...Tapi dah badan aku ni jenis tak berapa lasak.Sibuk sikit, kena angin banyak ckit,stress dan banyak sangat tanggung jawab, mulalah badan rasa seram sejuk dan rasa macam nak demam.So, oleh kerana aku rasa badan ni nak guna lama, aku terpaksalah buat apa yang terdaya sahaja.Nanti, kalau demam sampai tak boleh nak bangun depa kat sekolah jugak yang susah sebab kena buat relief untuk aku...Anak2 tak apa boleh juga aku uruskan lagi sebab 95% benda depa boleh buat sendiri.
Aku dah makan makanan tambahan macam vitamin B kompleks seperti yang disarankan tapi, aku rasa selera makan aku bertambah..Nanti bertambahlah gedempol aku ni...So, aku dah tak ambil.Ada2 saja kesan sampingan kalau aku cuba ambil apa2 makanan tambahan ni...Aku hanya mampu berdoa agar aku dianugerahkan tubuh yang sihat untuk menjalankan tugas sebagai Khalifah di muka bumi ini...

06 January 2009

Tahniah Maisarah

Semasa aku sedang panaskan enjin kereta pagi Isnin tadi, tetiba bunyi isyarat message diterima.Aku cepat2 buka.Rupa2nya message tu dikirim oleh Maisarah, member aku semasa sekolah dahulu.Dia beritahu aku yang dia sudah selamat melahirkan cahayamata ke-2 pada pukul 4 pagi tu.Terkejut juga aku sebab baru pukul 8 malam tu aku berbalas2 sms dengan dia.Patut la masa bersms tu dia ada tanya aku kalau perut rasa tegang, tanda2 nak bersalin ke.Aku pun balas kalau aku la, tanda tegang perut, kuar lendir sikit, tak sampai sehari la aku akan bersalin.Dia ada cerita yang dia cadang nak pergi hospital lepas tu sebab dia terpaksa bersalin di hospital taiping.Jauh dari rumah mak dia.Aku pun ada nasihat kat dia baik pergi hospital awal sebab di hospital, ada nurse dan doktor.Keselamatan terjamin.Rupa2nya memang malam tu la dia bertolak ke hospital.
Aku nak balas sms, aku pulak sibuk kat sekolah.Aku hanya sempat sms dia semasa tengah hari.Baby kedua dia ni juga lelaki.Maknanya, ada 3 hero kat rumah dia termasuk hubby.Dia sorang ajelah perempuan.Tak apa, boleh cuba lagi untuk mendapatkan anak perempuan pulak.Dulu anak sulung dia operate, anak kedua ni dia kata bersalin secara normal.Wah, dua2 dia rasa macam mana.Aku tanya mana lagi okey, operate ke normal ? Dia kata sama2 sakit cuma bezanya bersalin normal letih nak teran.Operate tak payah nak teran.Tapi, bersalin normal ni lepas bersalin dah boleh berjalan ke sana kemari tanpa rasa sakit kat perut.Operate dia kata hai, jangan harap la nak berjalan2.Nak bangun pun seksa.Oh, begitu rupanya...
Bila tengok member ada baby kecik ni, teringin gak aku nak ada baby lagi.Anis pun dah bising nak adik.Kalau dia nampak baby kecik, siap la pipi baby tu dia cium.Siap cakap lagi" mama, adik nak baby macam ni."Aku bukan tak nak tambah ahli keluarga lagi, tapi buat masa sekarang ni tangguh la dulu.Aku dah selesa dengan keadaan sekarang.Tidur malam tak diganggu, tak perlu dukung anak ke sana ke mari.Cuma bab mandi, cebok,kena pantau la sikit.Kalau aku rasa rindu zaman depa kecik2 dulu, sekali sekala aku suapkan makanan depa.Saja, nak bagi 'air tangan' aku ni meresap kat depa walaupun jarang aku masak(sekarang aje la, dulu selalu masak).Lagi pun kesibukanku dengan study dan tugas seharian, membuatkan aku menangguhkan hasratku itu.Sejak akhir2 ni juga aku selalu diserang selsema.Bila selsema, sakit kepala dan badan terasa lemah.Kalau ada baby, sukar juga aku hendak uruskan dalam keadaan yang kurang sihat tu.
Aku target tahun 2010 adalah tahun aku hendak menambah anak lagi.InsyaAllah.

05 January 2009

Apa aku buat hari ini.

Pagi tadi aku bangun jam 5 pagi.Siap set jam lagi.Takut terbabas sebab masa cuti aku bangun lambat ckit.Dah siap semua aku tengok jam awal lagi.Baru pukul 6.30pg.Aku pun breakfast la dulu.Ala...makan biskut kering dengan Milo aje.Lepas tu, aku kejutkan Danial dan Anis.Hari ni aku releks aje.Sebab aku tengok jam awal lagi.Sampai rumah Kak Tipah Danial tak mahu turun kereta.Jenuh Kak Tipah pujuk.Anis pulak excited nak pergi sekolah.Dia angkat sendiri beg dia.Dia pun pujuk sama abang dia yang tak mahu turun kereta tu..Susah sangat, aku seret Danial keluar.Aku tengok dia nangis.Aku terus aje jalan.Pandai2 Kak Tipah la pujuk dia.
Nak masuk ke pagar sekolah punya la seksa.Kereta berderet2.Maalumlah hari ni ramai parent hantar anak masing2 ke sekolah.SM Lukut pun sama.Aku belok ke kanan dengan penuh berhati2.Banyak kemalangan kecil berlaku kat situ.Tempat parking sekolah kosong lagi.Menunjukkan ramai lagi yang belum sampai ke sekolah.
Aku bertugas menjaga audio semasa perhimpunan.Minggu ni aku bertugas dengan Kak Sharti.Aku paling tak gemor bertugas masa minggu mula2 sekolah dibuka.Sebabnya ramai ibu bapa yang tengok cikgu bertugas.Mujur Kak Sharti jadi MC hari ni.Kalau aku, ketar la jugak sebab kena cover sopan depan mak bapak.Aku cuma berucap untuk memberitahu nama2 murid yang menerima RMT.Hari ni ramai kawan2 tegur aku pucat.Entahlah, aku rasa sebab period aku yang panjang.Dah masuk hari ke12 hari ni.Kalau pergi klinik mesti doktor bagi pil perancang bagi hentikan darah.Doktor kata takut aku kurang darah dan lemah.Aku malas nak pi klinik sebab problem yang sama aje.Pil perancang ada spare kat rumah.Malam nantilah aku makan.Selalunya lepas 2 hari makan, period pun berhenti.
Lepas rehat aku masuk ke kelas 1Venus,3 Mercury, 3 Saturn dan 1 Mercury.Hari ni cuma sesi perkenalan dan memberitahu murid buku2 yang akan aku gunakan nanti.Lepas tu aku pun test la murid2 baca 1-10 kat murid 1 Mercury.Okey la jugak walaupun 1 Mercury tapi budak India terutamanya pandai gak Maths.Mungkin sebab dalam BI kot.Aku perhatikan sekolah aku ni budak India memang terro2 BI.Aku pun kekadang kalah.
Aku balik jam 2.15 petang.Terus pergi PD.Konon nak cari uniform Danial,tapi saiz yang paling besar pun aku tengok macam tak muat je untuk Danial.Aku beli t shirt putih aje untuk Danial.Nanti aku nak cakap la kat cikgu dia yang baju Danial tak ada saiz.
Lepas tu, aku beli susu dengan Milo kat Billion.Milo sekilo dengan susu sekilo hanya tahan 5 hari aje..Kuat betullah depa ni minum...
Lepas tu aku pergi ke Bank Islam.Kat situ aku bayar bil dengan bank in duit untuk mak aku.Dah selesai semua, aku pun cadang nak balik.Sampai kat depan balai bomba, aku teringin nak beli burger kat situ.Sebabnya Kak Faridah selalu cerita kesedapan burger kat situ.Aku beli la burger lembu 1.Murah aje.RM2.30.
Aku jemput anak2 dari rumah Kak Tipah.Dalam kereta aku tanya la pasal sekolah kat Danial dan Anis.Danial kata dia ada banyak kawan.Hari ni makan biskut aje kat sekolah( bab makan mesti dia tau...)Anis pulak cerita pasal ramai mama kawan dia pergi sekolah.Mama aje tak datang...Masing2 nampak ceria je sekolah hari ni.Nampaknya aku membuat pilihan yang tepat dengan menghantar anak2 aku ke tadika KEMAS.Aku rasa kalau aku hantar tadika lain mesti anak2 aku menangis atau pun nak balik...
Sampai rumah aku cuba baju Danial yang dibeli tadi.Besar la pulak.Nampaknya esok kena tukar ni...
Lepas mandi, aku pun cari tudung warna hitam.Sebabnya tadi kat sekolah GB kata sampai pekeliling mulai esok guru2 kena pakai tudung hitam dan lelaki pakai songkok lilit putih sebab berkabung.Aku tak pasti sampai bila.Tapi, yang pasti sampai minggu depan tiap2 hari kena pakai tudung hitam.Godek punya godek jumpa la 2 helai tudung hitam.Aku tak suka pakai tudung hitam.Mujur masa cuti masa packing barang, aku ada terjumpa tudung hitam dan aku masukkan dalam kotak.Kalau tak packing barang, aku pun tak tahu kat mana tudung hitam aku...

04 January 2009

Apa nak jadi dengan anak muda sekarang ?

Megah tiada daraOleh FUAD HADINATA YAACOB dan SHAMRAN SARAHANmetahad@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Mengaibkan apabila semakin ramai remaja perempuan beragama Islam di negara ini kehilangan dara pada usia muda.Lebih membimbangkan, segelintir mereka berbangga dengan status itu dan beranggapan remaja yang masih dara sebagai kelompok ketinggalan zaman.Hasil temu bual Metro Ahad dengan sekumpulan remaja yang pernah terjerumus dalam pelbagai gejala sosial juga mendapati, ada remaja yang kini berusia 15 tahun memberitahu kali pertama mereka melakukan hubungan seks ketika berusia 10 tahun.Ada juga yang mengaku seawal usia lapan tahun, mereka mula merokok, minum arak dan mengambil dadah jenis syabu. Ikuti pengakuan mereka yang ditemu bual FUAD HADINATA YAACOB dan SHAMRAN SARAHAN.
MIRA, 15, dari Johor“PERTAMA kali saya melakukan hubungan seks ketika di tahun 5. Pasangan saya ialah teman lelaki saya ketika itu. Masa itu saya tak tahu apa-apa tetapi ia berlaku sekali saja. Masuk tingkatan satu, saya lakukan sekali lagi bersama teman lelaki juga.Sejak itu, seminggu dua atau tiga kali saya buat. Ketika tingkatan tiga, saya mula bertukar pasangan. Pernah saya buat dengan dua lelaki sekali gus.Apabila sudah kerap, saya jadi ketagih. Jika dulu teman lelaki tolong puaskan tetapi bila dia tiada, saya cari orang lain, termasuk juga yang baru sehari kenal.Rumah dan hotel antara tempat saya memuaskan nafsu dan seingat saya, pernah 20 lelaki menjadi pasangan saya pada satu masa. Bila ketagih, saya cari lelaki yang ada masa lapang. Jika tidak, saya ke bandar bersama rakan, cari lelaki yang boleh jadi mangsa.Malah, saya buat jadual untuk aktiviti ini. Pagi ke sekolah dan petang saya lakukan aktiviti merosakkan ini. Sabtu dan Ahad saya khaskan untuk teman lelaki, manakala Selasa dan Rabu untuk lelaki lain. Khamis dan Jumaat pula dengan rakan dan ada juga dengan lelaki lain.Cuma Isnin saya berehat di rumah kerana tidak mahu aktiviti saya diketahui keluarga. Kebanyakan pasangan saya berusia 20 tahun ke atas dan bekerja. Jika saya lakukan hubungan seks bersama rakan sekolah, pasti kegiatan saya mudah terbongkar.Di kalangan kira-kira 20 kawan perempuan saya, saya percaya 17 sudah tiada dara. Ini satu kebanggaan buat kami.Siapa yang masih ada dara akan kami kutuk dan pulaukan. Ada juga sebelum ini masih dara tetapi selepas dipengaruhi, mereka terjebak dan turut menggadaikan tubuh.Bagi yang enggan lakukan seks, kami pulaukan dan hasut mereka melakukan seks dengan mana-mana lelaki. Saya berani kata situasi ini seperti satu trend di kalangan kami, malah sesiapa yang berkawan dengan mat rempit dipandang hebat.Sikap cabar-mencabar ini menyebabkan ramai remaja rosak akhlak, tidak kira lelaki atau perempuan. Remaja lelaki juga ramai yang tiada teruna kerana mudah dapat ‘awek’ seperti saya.Saya kini ketagih, malah sehari pernah buat sampai lima kali bersama lima lelaki berasingan. Kali terakhir sebelum PMR pada Oktober lalu dan kini saya masih cuba bertahan. Semuanya berpunca daripada pergaulan bebas saya bersama rakan.”
NANI, 16, dari Kuala Lumpur “SAYA mula mengenali seks tahun lalu apabila menjadi mangsa kerakusan teman lelaki ketika saya tinggal bersamanya selama tiga hari selepas keluar rumah. Sejak itu, saya mula ketagih seks.Apabila ketagih datang, saya melakukan onani untuk memuaskan diri sendiri, sama ada di tandas sekolah atau rumah. Ada ketika saya tak mampu tahan sehingga menawarkan diri kepada lelaki, tetapi bukan rakan sekolah.Sekurang-kurangnya, sekali sehari saya melakukan seks. Ada lelaki yang saya kenal dua ke tiga minggu, terus saya ajak lakukan seks.Malah pernah saya pelawa seorang lelaki bangsa lain yang saya baru kenal beberapa minit. Sukar untuk memuaskan ketagihan saya. Malah saya pernah melakukan seks bersama lima lelaki, namun masih tidak puas.Apabila ketagih, saya hubungi mana-mana lelaki yang saya kenal dan ajak mereka lakukan seks. Biasanya rumah atau hotel murah menjadi lokasi pilihan saya untuk melampias nafsu. Pernah juga saya lakukan seks di tepi tasik pada waktu tengah hari kerana tidak mampu tahan gelora nafsu.Saya cuba bertahan daripada melakukan perbuatan terkutuk ini, namun tidak mampu. Perkara ini masih berterusan dan kali terakhir saya melakukannya dua minggu lalu.”
ANIS, 15, dari Negeri Sembilan“SAYA mula terbabit dengan rokok, arak dan dadah sejak darjah dua. Semuanya kerana pengaruh mat rempit. Melalui mereka juga, saya mula kenal syabu. Selain itu, saya kerap keluar bandar ikut mereka dan mengikuti perlumbaan haram. Selepas menang, kami minum arak beramai-ramai dan bila mabuk, kami melakukan seks.Siang saya sekolah seperti biasa dan petang saya keluar. Saya pernah bekerja di kedai makan dengan gaji RM60 sehari. Duit ini saya beli syabu yang dibekalkan teman lelaki dan apabila sudah kena, saya tidak tidur dua ke tiga hari.Pernah saya tidak tidur lebih sebulan angkara syabu. Dalam tempoh itu saya bekerja di kedai makan ini dari petang sampai jam 3 atau 4 pagi setiap hari. Dapat duit, saya ‘enjoy’ dan ‘make up’ (mencantikkan) motosikal.Ramai rakan sebaya saya boleh dikatakan tiada dara. Bagi kami, dara tidak penting lagi, yang penting seronok dan gembira. Sesiapa yang ada dara akan diperlekehkan.”
SARAH, 15, dari Selangor“TIADA istilah ‘suci’ atau masih dara di kalangan saya dan rakan. Malah, kami mengutuk rakan yang tiada teman lelaki dan masih dara. Apa salahnya kalau saya dan rakan mahu berseronok dan melakukan hubungan seks ketika masih muda?Di sekolah sekitar Klang, saya sering melakukan hubungan seks bersama rakan lelaki, terutama di kalangan pelajar tingkatan empat dan lima. Pada mulanya saya tidak berani, tapi perasaan itu hilang semata-mata tidak mahu dikutuk rakan.Saya anak sulung daripada empat adik beradik. Saya tidak suka dipanggil budak perawan di kalangan rakan.Ketika di tingkatan dua, saya berkenalan dengan seorang pelajar lelaki tingkatan empat. Bersamanya, saya mula berjinak-jinak dengan seks. Saya kerap melihat video klip lucah dalam telefon bimbit rakan.Kali pertama saya dan teman lelaki lakukan hubungan seks di sebuah stor di sekolah. Akibat ketagihan, kami kerap lakukan hingga di luar sekolah, sama ada di rumah atau hotel murah. Dalam pada itu, saya juga mula berasa bangga dan rakan pula tidak lagi boleh memperkecilkan saya.Namun tanpa disedari, saya tersilap langkah terlanjur dengan teman lelaki. Selepas setahun berkenalan, saya disahkan mengandung. Kini saya bergelar ibu. Tidak sangka jadi begini, daripada seronok bertukar menjadi mimpi ngeri buat saya.”
NIZA, 16, dari Pahang“SEBAGAI bukti cinta kepada kekasih, saya serahkan kesucian (dara) saya kepadanya. Kami menjalin hubungan sejak dua tahun lalu ketika di tingkatan dua dan kerap melakukan hubungan seks jika berpeluang bersama.Kami terlanjur ketika baru saling mengenali selama dua hari. Ketika itu dia berusia 19 tahun dan bekerja. Mulanya memang saya takut melakukannya, tapi dia mendesak dan menyatakan dia sayangkan saya.Akhirnya saya tewas dengan pujukan dan sanggup menyerahkan tubuh. Sejak itu saya mula seronok ketika bersamanya.Apabila tamat waktu sekolah, dia datang ambil saya. Ketika itu, jika ada ruang dan peluang, kami melakukan hubungan seks, tidak kira di mana. Pernah kami lakukannya di kawasan ladang dan semak di kawasan kampung saya (perkampungan Felda sekitar Kuantan, Pahang).Selepas lama bersama, saya disahkan mengandung pertengahan tahun ini. Saya tidak menyesal menyerahkan tubuh kepadanya, walaupun sekarang kami sudah lama tidak berhubung.”


Nauzubillah.Jauhkanlah perkara ini terjadi dalam keluargaku.
Darjah 2 dah tahu dadah, rokok dan arak? Biar betik...Aduh... apa nak jadi dengan anak bangsaku.Bila hilang dara di tangan lelaki bukan bergelar suami menjadi satu kebanggaan...aku rasa memang bangang betullah orang tu..Sepatutnya malu.Ini bangga pulak.Sakit dada aku bila baca berita ni.Sakit dada sebab kesal dan sebak dengan kelakuan anak Melayu dan beragama Islam.Mana ibu bapa mereka ??? Tak kan tak tahu langsung kegiatan anak sendiri?Kalau beginilah gaya hidup orang kita...memang maruah diri boleh dipijak2.Murah betullah harga dirinya...Ngeri aku...
Tidakkah dia terfikir masa depannya?? Adakah lelaki yang sudi menerimanya sebagai isteri.Aduh...tolonglah insaf...Tapi dari cara cakap yang diceritakan pada wartawan tu, macam tak insaf je...Kalau la ada depan mata aku.Dah lama aku basuh budak2 ni...

03 January 2009

Guru berang ditukar sekolah
Oleh Zulfa Mohamadzulfa@hmetro.com.my
BUKIT MERTAJAM: Seorang guru lelaki sebuah sekolah menengah dekat sini, tiba-tiba menjerit ke arah sekumpulan guru yang sedang bermesyuarat sambil menghentak meja beberapa kali menyebabkan mereka terkejut, semalam.Guru berusia 30-an itu bertindak meluru masuk ke bilik mesyuarat pada jam 9.30 pagi ketika pengetuanya sedang berbincang dengan lebih 40 guru lain.Menurut sumber, sebaik masuk ke bilik mesyuarat, guru lelaki itu menghentak meja, kerusi dan almari sambil menjerit ke arah kumpulan guru berkenaan.Katanya, guru berkenaan dipercayai mahu menjadikan pengetua sekolah sebagai sasaran tetapi tindakannya menghentak meja menyebabkan semua guru terkejut dan ketakutan.
“Berikutan itu, seorang guru wanita cedera ringan di tangan kerana terkena objek yang melantun akibat tindakan guru berkenaan menghentak meja,” katanya.
Ketika kejadian, tiada pelajar di sekolah itu berikutan sedang bercuti dan sesi persekolahan hanya bermula Isnin ini.Sumber itu berkata, bagi mengelak kejadian lebih buruk, pengetua sekolah menghubungi polis yang kemudian menahan guru berkenaan lalu dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk pemeriksaan.Menurutnya, guru wanita yang cedera ringan juga dihantar ke hospital sama dan menerima rawatan sebagai pesakit luar.Difahamkan, polis sudah mengambil keterangan guru lelaki terbabit untuk menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar dia bertindak begitu.Guru berkenaan dikatakan tidak pernah berkelakuan seperti itu sebelum ini.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Prai Tengah, Asisten Komisioner Dr Mohd Shah Husin Shah mengesahkan kejadian itu berkata pengetua sekolah berkenaan sudah membuat laporan.Katanya, siasatan awal mendapati suspek berang kerana tidak dijemput menghadiri mesyuarat berkenaan.“Suspek sebenarnya tidak berpuas hati kerana dipindahkan ke sekolah lain menyebabkan dia menjerit ke arah pengetua dan menghentak meja ketika mesyuarat berlangsung,” katanya.


Kalau aku yang buat macam tu headline dia "Guru Berang Tidak Dapat Bertukar"

Tapi, aku masih waras.Aku tak akan mengamuk macam tu.Kita ikut la prosedur.InsyaAllah permohonan akan berjaya walaupun makan sedikit masa.


Bahang Sesi Persekolahan Sudah Bermula...
Hari ini jam 6.30 aku bangun dari tidur.Selepas mandi dan bersiap aku mandikan anak2.Aku panaskan dulu air dan masukkan dalam baldi.Jadi tak adalah sejuk sangat depa nak mandi.Danial dan Anis hari ni semangat nak ikut aku pergi sekolah.Jadi, senang saja aku nak kejutkan depa bangun dari tidur.Aku cadang nak hantar je depa ni ke rumah Kak Tipah.Tapi, depa yang nak ikut sangat.Aku fikir okey kot bawak depa sebab nama aku tak ada pulak dalam AJK Program Pendaftaran Tahun Satu ni.Aku saja la nak datang sekolah.Nak sokong kawan2 aku dan tolong apa2 yang termampu.
Selepas beli sarapan, aku terus menuju ke sekolah.Sampai di simpang Springhill, aku dah nampak banyak kereta ibu bapa yang parking kat luar sekolah aku.Aku terus masuk ke perkarangan sekolah.Tu dia...ramainya parent yang dah sampai.Mujur aku bukan bahagian pendaftaran.Kalau tidak, malu gak sebab cikgu yang mai lambat.Aku rasa aku tak lambat...parents yang datang cepat sangat.Jam baru pukul 7.45.Ikut jadual, pendaftaran start jam 8 pagi.Mungkin depa terlalu excited sebab anak nak masuk Tahun 1 kot...
Aku terus bagi soalan Ujian Diagnostik kat Kak Jalila.Lepas tu, aku dan anak2 pergi bersarapan.Danial makan nasi lemak habis 1 bekas.Anis makan beberapa suap.Aku habiskan baki nasi lemak tu.Member2 aku macam biasa akan usha Danial yang montel sesangat tu.Danial buat muka selamba aje.Anis pulak depa suka tanya soalan macam2 sebab dia ni ramah mulutnya.
Aku pergi jengok bilik Ujian Diagnostik.Ramai budak yang sudah siap menjawab soalan.Aku tolong tanda beberapa set kertas.Ramai cikgu yang tolong tanda...Jadi, kerja menanda dapat ditanda dengan cepat.Kertas diasingkan mengikut markah yang budak tu perolehi.Lepas tu, berdasarkan markah, dapatlah nama murid yang akan masuk ke kelas 1 Jupiter,1 Saturn,1 Venus dan 1 Mercury.1 Mercury iaitu kelas yang paling belakang hanya menerima 30 orang murid sahaja sebab senang cikgu KIA nak tumpukan perhatian.Ikut pemerhatian aku, kelas 1 Mercury tahun ni lagi teruk dari tahun lepas sebab yang dapat markah 10 ke bawah saja 40 orang.Yang mana markah 9/20 ada yang dimasukkan ke kelas 1 Venus.Kak Jalila dan Kak Zarina dengan komitednya memasukkan nama murid2 mengikut kelas dan terus print untuk diumumkan pada parents.
Danial dan Anis asyik mengekor aje aku ke hulu ke hilir.Rimas aku dibuatnya...Dah tu sekejap nak pi toilet la, nak minum la..Anis pulak asyik nak ajak aku balik rumah.Aku cadang nak la berkenalan dengan cikgu2 baru.Tak sempat...Cuma bersalaman aje.Ada 5 orang cikgu baru akan masuk ke SK Lukut.Mungkin hari Isnin ni ada lagi kot.Tengok cara cikgu baru yang nampak malu2 lagi dan tak rancak lagi berborak, aku teringat pulak aku yang akan bergelar "Cikgu Baru" pada mungkin bulan 6 nanti di sekolah X.Nanti aku pun macam tu.Dah lama nanti, okey la tu.Aku tengok ramai cikgu yang masuk SK Lukut bila nak pindah, rasa berat hati sebab sekolah ni memang best...Tahun lepas, UPSR mencatat 22 orang 5A.Yang 4A aku tak ingat.So, tahun ni orang2 Springhill ramai yang hantar anak2 depa ke sini.Sebelum ni depa sanggup hantar kat SK Port Dickson sebab konon2nya sekolah tu bagus.Depa tak tau SK Port Dickson budak dia 2 ribu orang.SK Lukut 800 orang.Memang la jumlah yang dapat 5A lagi ramai kat SK PD.Entah la, bagi aku sekolah kat mana2 pun sama.Janji komitmen cikgu dan ibu bapa kena seiring.
Aku balik ke rumah masa ibu bapa turun ke kantin sebab rehat.Tak dak la nampak sangat aku balik awal...Sampai ke rumah, Danial dan Anis terlena selepas minum Milo.Aku pulak bukak sliding door dan angin sepoi2 bahasa pun masuk ke rumah.Lagi la sedap depa tido...
Tadika KEMAS , Tadika MULTIPLE INTELLIGENT MATHEMATICS atau PASTI.
Sebenarnya hingga sekarang pun aku masih belum membuat keputusan nak hantar anak ke tadika mana.Kalau ikutkan, aku nak hantar ke Tadika Mathematics tu tapi Danial mati2 tak mahu ke situ.Masa aku bawak depa masa survey sekolah tu sebelum cuti hari tu, dia tak mahu masuk dalam tadika tu....Anis pulak suka sangat nak sekolah situ.Aku pun suka sebab cikgu tu kata 4 bulan anak dah pandai baca.
Danial nak sekolah tadika KEMAS macam tahun lepas.Mungkin dia dah serasi dengan cikgu tu.Aku bukannya tak suka tapi, dalam silibus memang tak ada mengajar sukukata kat budak2.Silibus dia, menyanyi, mewarna, makan...ABC pun anak2 aku tak berapa kenal sangat.Dalam masa cuti ni, aku ajar anak2 aku .Terus anak2 aku kenal semua huruf siap boleh tangkap perkataan yang aku ejakan.So...apa cikgu dia buat sepanjang setahun anak aku kat situ...
Kat sekolah tadi Kak Ana ada cerita pasal PASTI yang baru dibuka di Springhill.Dia kata bagus sebab ciri2 agama ditekankan.
TADIKA KEMAS
Kelebihan:
1. Anak2 memang suka kat situ.
2. Makanan mewah.
3. Dekat dengan rumah Kak Tipah.Aku tak payah susah2 nak mandikan depa.Kak Tipah uruskan.
4. Yuran murah.Mula2 masuk seorang area RM100.Yuran bulanan RM20.
5. Anak2 pandai menyanyi.
6. Cikgu Melayu.Aku dah kenal.
7. Ada diselitkan bacaan doa yang mudah2.
8. Uniform tak payah beli dah.Uniform depa tahun lepas ada lagi...
Kelemahan:
1. Ramai yang sekolah kat situ sampai umur 6 tahun, tak tahu membaca.
2. Pernah hubby aku pi situ, cikgu dia tido...
3. Silibus tak mantap macam tadika swasta.
4. Langsung tak ada homework.
Tadika Multiple Intelligent Mathematics.
Kelebihan:
1. Bahasa perantaraan BI.Nanti anak2 boleh speaking berabuk...
2. Subjek yang mantap.BM,BI,Maths,Sc,Bhs.Cina,Tarian,Komputer,Seni,Muzik.
3. Aku boleh hantar dari pagi hingga petang.Cikgu tu tolong ajar homework masa petang.
4. Kerja rumah yang banyak untuk budak siapkan.
Kelemahan:
1. Pengetua Cina.( risau gak soal makanan walaupun dia kata tukang masak dia Indon)
2. Kena pagi2 kejut anak, mandikan, hantar sekolah.Kebarangkalian nak pi sekolah lambat adalah cerah.
3. Berhadapan dengan karenah anak2 yang tidak mahu pi sekolah.Jenuh aku nak tunggu...
4. Semua cikgu Cina.( gerenti tak ajar bab2 agama)
5. Yuran yang mahal.Yuran permulaan seorang RM800.Dua orang RM1600.Bulanan seorang RM320.Dua orang dah RM640.
6. Kalau aku hantar kat situ, Kak Tipah mesti kecik hati sebab aku tak hantar anak kat dia.Nanti dia kata dalam hati" masa hari Sabtu pandai pulak cari aku...)
7. Menu utama biskut kering cicah Milo.( kurus anak aku...)
PASTI
Kelebihan:
1. boleh hantar anak dari pagi hingga petang.
2. 100% cikgu orang Islam.(tak was2 soal makanan)
3. Agama ditekankan.
4. Yuran agak murah.Mula2 masuk RM500 seorang.Dua orang RM1000.Yuran Bulanan RM200 seorang.Dua orang RM400.
5. Aku tak payah cari guru agama kat kuaters sebab boleh ustazah kat situ ajar Mukaddam.
6. Selain ilmu agama juga diajar subjek BM,Maths,BI.
Kelemahan:
1. Anak2 aku tak mahu sekolah tu.
2. Aku kena mandikan anak2,siap pakai baju, berkejar masuk ke Springhill, pergi sekolah.Kebarangkalian nak pergi sekolah lambat lagi cerah...
3. Berhadapan dengan masalah kekecilan hati Kak Tipah...
So, aku bertambah pening kepala...Isnin makin dekat.Hubby kata kalau susah sangat hantar aje kat KEMAS.6 bulan aje pun..Mama tolong ajar anak2 mana2 yang tak ada dalam silibus...( mama penat...takut tak sempat...)Anak2 pun dah biasa dengan sekolah tu.Tak ganggu mama dengan masalah anak2 tak mahu sekolah...apa2 pun terpulang lah kat mama mana nak hantar anak2...Senang aje hubby aku cakap...aku jugak yang kena buat keputusan.
AKU MAKIN KELIRU MEMBUAT PILIHAN...Help me!

01 January 2009

Selamat Tahun Baru

Selamat tinggal 2008 dan selamat datang 2009.
Ramai orang membuat azam baru sempena Tahun Baru.Seingat aku, aku tidak pernah membuat azam setiap Tahun Baru.Aku akan membuat azam ke arah kebaikan selepas setiap peristiwa yang aku rasa aku boleh buat lagi baik berlaku.Jadi, aku sentiasa berazam setiap masa.Tak kiralah tahun baru ke, apa ke.Sebagai contoh, semasa aku tengok result exam semester 4 hari tu, aku rasa aku boleh buat lagi baik untuk semester hadapan.Jadi aku berazam untuk mendapat result yang lagi bagus untuk semester hadapan.
Aku juga selalu membuat target.Dulu aku target sebelum umur 25 kalau boleh aku hendak mempunyai keluarga sendiri, sebelum umur 30 dapat membeli rumah dan kereta sendiri.Alhamdulillah, target aku dimakbulkan.Ada lagi beberapa target atau matlamat aku yang masih belum tercapai.Aku sentiasa berusaha mencapainya.Target yang belum lagi tercapai:
1. Berjaya dalam pengajian dan naik keDG41.
2. Sebelum umur 45 hendak pergi menunaikan haji.
3. Tak mahu jadi guru sampai pencen.Sekurang2nya aku hendak ke PPD atau ke Jabatan Pelajaran Negeri ( jadi cikgu ni sentiasa dipantau...kerja kat PPD atau JPN aku pulak yang pantau he...he...)
4. Umur 40 an hendak tinggal di rumah sendiri di kampung.
Semoga dimakbulkan apa yang aku cita-citakan.Amin.