28 March 2009

Saman + Hadiah

Khamis tadi, lepas aje sekolah tamat, aku segera ke Terminal One, Seremban.Saja jejalan nak cari kain ela dan kain tudung kat situ.
Aku cari parking di aras satu.Semuanya penuh.Aku ni jenis gayat nak bawak kereta naik tempat tinggi.Sampai aras dua aku tengok ada tempat kosong tapi ada tu parking reserved.Hantam sajalah..Tuan dia lambat lagi kot nak parking.Aku cukup trauma nak ke tempat yang tinggi.Asyik teringat kereta jatuh langgar tembok..
Lepas shopping baju dan tudung seba sedikit, aku pun jalan2 cuci mata sekejap.Lepas tu aku ke tempat parking.
Tu dia...tayar kereta aku dah kena rantai da...Nak menjerit rasanya..Lepas tu aku nampak sorang pak cik tu baru kemas2 barang yang dia lock tu.Dia datang ke tempat aku.Dia kata ikut undang2 kat sini, kalau nak bukak rantai tu kena bayar denda dulu RM50.Aku terkedu.Mak ai...mahal bebenor.Aku kata tak kan tak boleh kurang kot.Aku ngaku aku salah, tapi aku kata aku parking sekejap aje, takut naik tinggi2.Dia kata dia jalankan tugas.Aku kata undang2 manusia boleh diubah.Bukan tak nak bayar, tapi aku minta kurang sikit aje.Aku tengok muka pak cik tu dah seba salah.Kesian pun ada.Tapi...kesian lagi kat aku.RM50 tu boleh lepas duit minyak kereta aku seminggu wo...Aku pun goreng la kata duit aku dah habis buat shopping tadi.Duit yang ada ni cukup2 nak bayar duit tol aje.Aku kata aku datang dari jauh ni.Dia tengok plat kereta aku plat KL dia percaya kot aku dari jauh.
Last2 pak cik tu kata berapa sajalah anak boleh bayar berapa.Aku nak kata aku sanggup bayar Rm10 je rasa kesian lak pulak nanti pak cik tu kena marah dengan boss dia.Aku kata RM20 boleh pakcik? Dia kata bolehlah.Kesian kat anak tak dak duit.Iskh..iskh...dia perli aku ke atau memang dia kesian kat aku tak tau la..Akhirnya, duit bertukar tangan dan aku dengan rasa nyesal + marah + terkilan =berasap meninggalkan tempat itu tanpa menoleh lagi.Aku perasan ada sorang mamat security kat situ senyum sinis kat aku.Rasa macam nak tunjuk penumbuk aje kat mamat tu...
Aku ngadu kat hubby.Dia kata anggap la duit tu sedekah.Dah memang salah pun.Dah hampir 3 kali dah aku buat salah yang sama.Dulu, aku parking kat depan Billion PD kena gak denda.Pun denda RM20 gak kena bayar kat Majlis Perbandaran PD.Lepas tu sekali aku parking kat depan SBC Bookstore PD nyaris-nyaris gak kena saman majlis perbandaran sebab parking bukan di tempat sepatutnya.Tapi aku nasib baik masa tu sebab baru aje dia nak keluarkan surat saman, aku segera pergi ke situ dan minta maaf.Dia tak jadi nak saman.
Tapi, kali ni peristiwa ni memang meninggalkan kesan. Sebabnya...tayar kereta aku kena rantai dengan besi yang gadang..Ngeri betul...
Aku balik ke rumah dengan longlai.Sampai kat rumah ada sepucuk surat dari BSN.Baucer minyak Petronas hadiah peraduan tu dah sampai.Aku senyum sinis.Sebabnya, hadiah kemenangan tu jugak RM50.Sama dengan denda aku.Ironi sekali...