19 May 2009

Adik dan Danial pun nak bagi hadiah kat cikgu ...

Semasa aku buka bungkusan hadiah yang aku dapat semasa Hari Guru semalam, Danial pun minta aku bagi hadiah pada cikgu tadikanya.Anis pun merengek sama.Hari ni aku beli tuppaware yang kak Fadzlon jual secara lelong di sekolah.Aku dapat beli tuppaware di atas dengan harga cuma Rm10.
Malam ni dengan gigihnya aku membungkus hadiah tadi.Anis pulak bagi cadangan " Adik nak tulis nama adik...".Aku pun print la nama depa atas kertas kuning...dah siap semuanya, nampak Danial dan Anis bangga.Masing-masing nak pegang hadiah tu dan beri sendiri pada cikgu.
Budak-budak memang begitu...rasa bangga bila dapat bagi hadiah pada cikgu walaupun hadiahnya tak seberapa...

Danial bergaya dengan hadiah yang bakal diberikan kepada cikgunya...


Sambutan Hari Guru SK Lukut

Kami Guru Malaysia, berikrar dan berjanji mendidik dan memimpin Putera Puteri negara kita...
Setiap kali menyanyikan lagu ni mesti bulu roma aku meremang...
Kek sumbangan dari Umno Teluk Kemang...

Murid-murid menyaksikan cikgu-cikgu depa sukaneka..


Debaran 25 Mei.

Kenapa aku harus berdebar pada tarikh ini?

Kerana pada tarikh ini keputusan permohonan pertukaran akan diketahui melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia.

Harap-harap pertukaran diluluskan.

# Mak dah tak sabar aku duduk rumah Parit Tok Ngah.Dah siap beli bantal besar tempat Danial dengan Anis duduk nak tengok TV.