22 March 2010

Pengasuh baru Anis

Sejak pindah ke Kedah, anak-anak tidak perlu dihantar ke rumah pengasuh.Aku dan abah boleh urus jadual dan jaga anak di rumah.Abah bekerja 3 syif.Pagi 8-4ptg.Petang, 4-12 malam.Malam, 12-8 pagi.Bila aku pergi ke sekolah waktu pagi abah akan uruskan hal persekolahan Anis.Pukul 8.15 hantar sekolah dan jemput jam 12 tgh hari.Bila aku pulang pukul 1.30 ptg, aku sudah boleh menjaga anak-anak walaupun abah bekerja syif petang atau malam.

Jika abah bertugas syif malam iaitu dari 12 malam hingga 8 pagi aku akan bawa Anis ke balai abah untuk dijaga sementara abah habis bertugas jam 8 pagi.Pada hari Ahad hingga Khamis, abah tidak pernah diberi jadual tugas jam 8 pagi hingga 4 petang kerana syif itu diambil oleh seorang polis wanita( polis wanita tidak diberi syif malam,kat Yan aje la.Kat lain syif malam jugak...)Jadi, jadual kami teratur.Masalah berlaku jika aku berkursus atau menghadiri peperiksaan PJJ.Contohnya semasa aku berkursus baru-baru ini, anak-anak terpaksa dihantar ke kampung untuk dijaga oleh mak atau mentua.Begitu juga ketika aku menghadapi peperiksaan baru-baru ini.Ke kampung jugalah anak-anak di hantar.Mereka tidak ada hal untuk tinggal dengan Atok Mama (mak aku) atau Atok Abah(mak mentuaku).Seronok lagi ada.Boleh main kejar ayam,tengok ASTRO...(rumah aku dah tak ada ASTRO).

Semalam, tiba-tiba abah dapat jadual syif pagi.Tergempar.Polis wanita yang selalu kerja syif pagi tu terpaksa ambil cuti kecemasan kerana suaminya sakit jantung.Kelam kabut juga kami.Tak kan nak hantar ke kampung...Fikir punya fikir aku teringat aku pernah berbual dengan isteri seorang inspektor di taman perumahan yang sama.Aku pernah bergurau kata nak hantar Anis jika abah kerja syif pagi.Bayaran ikut hari.1 hari RM10...Kakak tu bersetuju pulak.

Malam tu, suamiku cuba telefon bertanya pada suaminya.Si suami setuju asalkan si isterinya suka.Yang kelakarnya, suamiku segan dan malu pada mulanya.Apa tidaknya, anak dijaga oleh isteri bos abah...tapi, terdesak punya pasal, tak ada pilihan lain lagi.

Pagi esoknya, Anis dihantar ke rumah Kak Zauyah.Kak Zauyah hantar Anis ke Tadika Matahari pada jam 8.30 dan jemput Anis jam 12 tengah hari.Rumah kak Zauyah ke Tadika hanya selang 5 buah rumah.Balik dari sekolah aku terus jemput Anis kerana bimbang dia tidak betah tinggal di situ.Sampai di situ, nampak Anis sedang berjalan manja sambil pegang tangan Kak Zauyah.Kak Zauyah kata Anis ni budak peramah dan ada saja cerita yang dia nak borak.Kak Zauyah minta agar Anis dihantar lagi sebab tidak puas bermain dengan Anis.yalah, tak sampai 3 jam sahaja Anis di situ. Aku beri Kak Zauyah RM15.Kak Zauyah menolak kerana baginya banyak sangat.Aku minta dia terima kerana sudi jaga Anis pun dah aku syukur.Akhirnya, Kak Zauyah ambil juga dan minta esok Anis dihantar lagi ke situ."Akak sunyi tinggal sorang di rumah.Anak-anak tinggal di asrama.Suami kerja.Ada Anis seronok sikit" kata Kak Zauyah.Aku senyum sahaja.Aku kata InsyaAllah jika abah kerja syif pagi aku akan hantar lagi Anis ke situ.

Dalam kereta aku tanya pada Anis macam mana Acik Zauyah jaga? " Seronok sangat.mak cik tu bagi adik main banyak bear.Banyak barbie doll..Dia bancuh air teh ais kat adik"Anis bercerita.Adik suka ke duduk rumah mak cik? " Adik suka sangat".Nampaknya, selepas ini tak ada masalah lagi Anis dihantar di situ.