Tujuan blog ini ditulis : Mencatat peristiwa yang berlaku sepanjang hari dan meluahkan apa yang terbuku di dalam hati ini.
03 April 2010
Danial malu-malu
Danial( berdiri paling tepi) masih takut-takut di atas pentas.Satu permulaan yang baik anak mama.Lain kali jangan takut lagi...
Majlis Maulidur Rasul sebenarnya sudah lama dibuat di SKL.Semasa majlis tu, semua kelas digalakkan mengadakan persembahan bertemakan keagamaan.Aku selaku guru kelas 1Karisma menghantar seorang murid yang punya bakat besar untuk mendeklamasikan sajak yang bertajuk "Rasul Junjungan".Aku cipta sendiri sajak tu.Murid yang punya bakat luar biasa tu hanya mengambil masa satu hari untuk menghafal sajak tu.Hasilnya, murid tu mendapat hadiah khas sebab keberanian dan bakat luar biasanya walaupun baru berumur 7 tahun.
Aku sebenarnya suka jika seseorang murid itu berani tampil ke hadapan.Bakat boleh digilap, yang penting rasa keyakinan murid itu untuk berhadapan dengan audiens.Guru memang memainkan peranan yang amat penting untuk membawa murid itu ke hadapan.Pupuk keberanian dan gilap bakatnya.
Danial yang belajar di pra juga aku harap agar berani ke hadapan.Tidak gentar berhadapan dengan orang ramai.
Semasa majlis tu, kelas Danial dijemput untuk memberi persembahan.Kelakar aku lihat Danial dengan muka pucat naik ke pentas.Kebetulan dia murid yang pertama naik ke pentas sebab dalam barisan dia paling tepi sekali.Murid lain berdiri elok untuk menyanyi lagu "Alif, Ba, Ta" dan "Sayang Allah dan Rasul".Danial aku tengok macam tidak berani lihat penonton.Bahasa badannya jelas menunjukkan yang dia gelabah.Aku yang berada di bawah pentas, menunjukkan isyarat bagus padanya.Danial tak senyum.Tangannya erat menggenggam baju melayunya.
Nasyid yang dinyanyikan bagus dan jelas.penonton bertepuk tangan tanda seronok menyaksikan persembahan adik-adik pra menyanyi.Lepas turun ke pentas, aku segera pergi ke Danial."Kenapa danial masam aje? takut ke?" "Danial tak tahu yang kena nyanyi depan orang ramai.Takut",kata Danial.Aku pujuk Danial kata sedap suara Danial.Mama suka.nanti dapat hadiah.
Sebelum majlis selesai, semua murid menerima hadiah.danial sangat suka sebab dapat hadiah berupa kotak pensel dan alat-alat tulis.Balik sekolah, habis dicanangnya hadiah tu pada Anis dan abah.
Aku selongkar gambar aku semasa zaman persekolahan.Aku tunjukkan padanya gambar mama masa sekolah.Ada gambar aku bercerita, berpidato,kuiz dan pesta pantun.Danial dan Anis nampak kagum lihat gambar mamanya aktif semasa sekolah dulu.Aku tunjukkan juga gambar aku terima hadiah semasa Hari Penyampaian Hadiah."mama dulu tak takut naik kat pentas.Seronok dapat hadiah.danial dengan Anis mesti berani macam mama tau.Dapat banyak hadiah macam mama.".Danial tersenyum malu."Danial kena berani.lain kali Danial nak menyanyi lagi tak atas pentas?".Aku bertanya.Danial mengangguk-anggukkan kepalanya."Adik tak takut naik pentas," kata Anis.
Aku harap cikgu depa dapat menggalakkan anak-anakku mencuba apa sahaja bentuk pertandingan yang sesuai dengan bakat mereka.Semasa zaman sekolah inilah waktu yang paling sesuai menggilap bakat kanak-kanak dan memberi keyakinan kepada mereka dalam berkomunikasi dan berhadapan dengan khalayak.
Subscribe to:
Posts (Atom)