Terima kasih suamiku kerana membuat kejutan ini...
Aku masih bersedih kerana keguguran tempoh hari.Tiba-tiba suamiku memberitahuku yang dia akan membawa kami bercuti di Langkawi.Tambah seronok percutian kali ini suamiku bercadang membawa ibuku, adik ipar , ibu dan bapa mentua sekali.Suami meminta aku mencari hotel untuk menginap di Langkawi selama 3 hari 2 malam.Sudah puas aku mendail deretan nombor hotel-hotel di Langkawi.Semuanya penuh.Sudah habis ditempah...hampa...
Idea dari birasku, Nurul yang mencadangkan agar kami menginap di Rumah Persekutuan menjana idea kepada suamiku untuk menginap di Mes Pegawai PDRM di Langkawi.Alhamdulilah, rezeki kami masih ada.Masih ada lagi bilik yang kosong.Murah pulak tu.Semalam cuma RM70.Anggaran penjimatan tempat penginapan jika kami menginap di hotel ialah kira-kira RM400.Duit penjimatan tu boleh kami shopping dengan lebih mewah...
Kami menyewa teksi Pak cik Man sekali dengan perkhidmatan pemandu selama 8 jam dengan bayaran RM200.Kalau ikutkan, bayarannya RM240.Tapi, aku pandai mengayat...dapat murah sikit..Mudah kerana tidak perlu pening kepala buka map untuk ke mana-mana.Aku sudah serik dengan percutian ke Langkawi tahun lepas yang amat memenatkan gara-gara kami tersesat kerana memandu sendiri kereta sewa.Badan penat, lawatan pun tak sempurna...Yang bagusnya pak cik ni, amat menepati masa.Janji 9.30 pagi, 9.15 sudah sampai.Pak cik ini juga menjadi pemandu pelancong kami.Mencadangkan tempat2 yang menarik dan tempat shopping yang murah...Kalau kami ke Langkawi lagi akan kami hubungi Tok Wan ni lagi( Danial panggil pak cik ni Tok wan)
Semasa di Jeti Kuala Kedah.Feri kami akan berangkat pada jam 11.30 pagi.Ramai sungguh orang di situ.Maalumlah cuti sekolah...Motif aku pakaikan baju Danial dan Anis serupa?..senang nak cari di tengah kesibukan manusia...
Emak mentua, adik ipar dan anak-anakku bergambar di Under Water World.
Aku dan emak tidak masuk kerana aku masih lagi loya dan pening penangan naik cable car sebelum tu.Emak pulak sakit lutut, tak larat nak berjalan.Sementara menunggu suami, anak2, adik ipar ,bapa dan emak mentuaku melihat hidupan laut, aku dan emak dah berkeroncong perut.Aku ajak emak makan nasi lauk udang besar...he..he...
Emak mentuaku juga tidak melepaskan peluang untuk shopping kain batik.Bapa mentuaku sudah jeling2...ala sporting la abah, bukan selalu mak mai sini...
Semasa naik feri dari Kuala Kedah ke Langkawi.Tambang untuk dewasa RM23 dan kanak-kanak RM18.Feri yang kami naik masih baru dan cantik.Perjalanan selama 1 jam 30 minit.Masa pergi ni laut agak bergelora.Feri kami agak bergoncang.Aku dan Danial pening kepala.Emak sapu kepala aku dengan minyak cap kapak.Danial tidur.Selalunya dia la hero...Adik pulak mantain releks aje.
Di hadapan tempat penginapan kami.Mes Pegawai PDRM.Harga untuk semalam hanya RM70.Jadi untuk 2 malam suamiku hanya membayar harga penginapan sebanyak RM140 sahaja.tempat penginapan ni ada 2 bilik.Aku kongsi bilik dengan emak.Emak dan bapa mentua bilik yang lagi satu.Suami dan anak-anak tidur di ruang tamu.Ada tilam extra.Jadi depa dapat tidur dengan selesanya...Penginapan ini hanya dikhaskan untuk anggota polis dan keluarganya sahaja...(gemuks sungguh wanita berbaju biru itu...)
Emak sedang shopping kain batik dan kain pelikat.Borong sampai 12 helai.Bukan untuk berniaga, bukan untuk simpanan peribadi tetapi untuk buah tangan.Semua anak menantu dapat sorang sehelai...jangan cemburu , jangan iri hati.Semua dapat, corak sahaja yang berbeza...
Suamiku dan Anis sebenarnya control takut dan cuak.Mana taknya, tinggi sangat.Gayat dan sayup sahaja.Bayangkan anda berada pada ketinggian setinggi Gunung Mat Cincang.Sebenarnya aku tidak mahu naik cable car tu.suamiku terus mendesak.Kerana patuh pada suami, aku ikut sekali.Ramai banget orang nak naik cable car tu.Dekat 2 jam beratur tunggu giliran.Aku serik sangat naik cable car ni.Nak bergerak pun rasa cuak.Yang turut serta dalam cable car ni aku, suami, anak2, adik ipar dan bapa mentua.Emak dan emak mentua takut untuk turut serta.Mereka tunggu kami di kaki gunung tu. Danial dan Anis pun angkat tangan serender..."adik tak nak naik dah cable car ni.Tinggi sangat2...hu..hu..".
Kesimpulannya...memang bestlah percutian kali ini...