09 May 2009

Anak muridku.

Saat yang paling menggembirakan bagi seorang guru itu ialah apabila anak muridnya menjadi tahu daripada tidak tahu(berbelit da...).
Perkara yang paling menyejukkan hati adalah apabila melihat anak murid khusyuk dan teruja membuat latihan kerana dia sudah tahu atau faham segala ilmu yang diajar.
Imbuhan berharga bagi seorang guru adalah apabila anak muridnya berjaya dalam pelajaran...

Anak muridku tersayang.

Nampak aje aku kuarkan kamera, ada yang senyum-senyum sambil teruskan latihan yang diberikan.



Salah seorang anak muridku yang begitu komited dalam membuat latihan yang diberikan.Siapakah namanya? boleh buat menantu ni...

Selamat Hari Ibu.

Ibuku, nombor dua dari kanan semasa majlis pernikahan adikku.

Aku bersyukur padaMu Ya Rabbi,
Kerana dikurniakan seorang ibu,
Bernama Hajah Zainab @Hamidah Dahalan,
Ibu,

Aku tahu akulah anakmu yang 'lain sikit',
Kata ibu,
Dari alahan semasa mengandung,
Sampailah aku dibesarkan,
memang mencabar kesabaranmu,
Masih lagi aku ingat semasa aku demam tatkala hari pertama SRP,
Aku diserang cirit birit dan muntah-muntah,
Ibu bergegas ke hospital kerana mendapat maklumat aku di wad,
Nyaris dikau dilanggar kereta kerana terlalu memikirkan anakmu ini,
Dengan iringan doamu, aku tetap tabah menghadapi peperiksaan walaupun muntah sepanjang kertas Bahasa Melayu,
Dengan iringan doamu, aku berjaya juga menjadi pelajar terbaik BM SRP 1992 ketika itu,
Ibu,
Masih lagi aku ingat,
Semasa kecil, aku yang nakal ini tak mahu ke tadika,

Sanggup aku berlari tanpa kasut dikejar bapak sepanjang tali air,
Ibu yang dalam pantang adikku Man, marah dalam menyumpah,
"Nanti hang, tak mau pi sekolah no, nanti sampai tua hang pi sekolah"
Memang ibu,
Masin mulutmu,
Aku akan ke sekolah sampai pencen bu,
Ibu,
masih lagi aku ingat aku anakmu yang degil ini,
melanggar pantang semasa melahirkan Danial,
Sudah engkau pesan jangan minum air sejuk,
Tapi, maalumlah aku,
Anak yang kau katakan paling degil dalam semua,
Secara sembunyi minum air Milo kotak sejuk ,
Malam itu,
Perutku menggelodak,bagai diramas,
Angin dalam perut terasa tidak tahu mencari jalan keluar,
Aku menangis kesakitan dan penyesalan,
Ibulah yang berlari ke sana sini mencari ubat,
Habis keluar semua minyak angin,
balm,tungku,halia,hatta minyak tanah,
Ibulah juga yang tidak tidur malam itu,
Melayan aku yang kesakitan,
Aku sangkakan tamatlah nyawa aku malam itu,
Akhirnya, berkat usahamu,
Sakit perutku kembali reda menjelang subuh,
Tak habis-habis aku menyusahkanmu ibu,
Ibu,
Kini, kita seakan rakan karib,
Akulah tempat ibu bercerita,
Akulah tempat ibu meluahkan rasa,
Aku faham ibu,
Ibu amat rindukan arwah bapak,
Pasangan ibu sepanjang 50 tahun perkahwinan,
Hampir setiap malam aku lihat ibu bangun malam,
Membaca yassin untuk dihadiahkan kepada arwah bapak,
Aku kagum itu,
Ibu kata,
Bapak tak pernah meninggi suara,jauh sekali mengangkat tangan,
Ibu kata,
Mana nak cari suami yang tolong bawakan kasut isterinya ke muka pintu tatkala berpergian,
Kata ibu,
mana nak cari suami zaman dahulu,
isterinya menebar murtabak, sisuami tolong gorengkan,
Kata ibu,
Mana nak cari suami zaman dahulu,
isterinya membungkus pulut udang,sisuami bergelumang asap tolong bakarkan,
Mana nak cari suami zaman dahulu yang matchingkan baju dan tudung isterinya,
Aku akui itu,
Semakin ibu dan bapak dipanjat usia,
semakin romantis mereka,
Ke kedai makan berdua,
persis orang sedang berdating dan bercinta,
Makan bersuap hatta sebiji kurma,
Ibu kata,
Sampai bila pun ibu tak akan meninggalkan rumah ibu,
Rumah yang dibina dari rasa cinta seorang suami kepada isteri dan anak-anaknya,
Aku faham itu,
Aku tak akan paksa ibu,
Ikutlah kemahuan ibu,
Kerana itulah,
Aku minta izin suamiku,
untuk bertukar ke Parit Buntar,
dengan harapan dapat tinggal dengan ibu,
Meneman dan menjaga kebajikannya,
Dan kerana ibulah,
Aku usahakan juga bergelar seorang guru,
Kerana kata ibu,
Ibu sudah menandatangani perjanjian untuk ke Maktab Melayu Melaka,
Tapi, kerana fikiran kuno datukku,
kononnya perempuan hanya di dapur,
Kononnya nanti jadi Kristian,
Harapan ibuku berkubur ditengah jalan,
Tapi,tak apalah ibu,
Ibu tak jadi cikgu pun anak-anakmu ada jadi penyambung cita-citamu,

Dan kerana ibulah juga,
Aku bermati-matian menyambung pelajaranku,
Kerana kata ibu,
'hang ni bukannya tak pandai, tapi malas belajar,
Berkeras juga masuk maktab walaupun ibu ingin aku habiskan STPM,
Lepas habis maktab, ibu suruh aku sambung belajar,
aku pulak kahwin,
dah jumpa jejaka idaman ibu, takkan nak lepas,he..he..,
Kini, aku juga sudah bergelar ibu,
Sudah faham harapan seorang ibu kepada anaknya,
Harapan ingin melihat anaknya punya masa hadapan yang cerah,
Hanya satu harapanku,
Juga harapan anak-anakmu yang lain,
Agar ibuku dikurniakan kesihatan yang baik,

Diberi ketenangan dan hati yang gembira menjalani kehidupan dengan anak, menantu dan cucu-cucu tercinta,
Ibu,
SELAMAT HARI IBU DARI ANAKMU.KAULAH RATU HATIKU.