20 December 2008

Tahniah Man.

Tahniah kepada adik aku Mohd Noor Azman atau lebih mesra di panggil Acu Nan oleh anak buahnya kerana berjaya posting ke Negeri Perak.Bila nama dah berada di Perak, mudahlah abang long yang bekerja di PPD Kerian nak susun nama dia agar bertugas di sekolah yang berdekatan dengan isteri dia.Aku tumpang gembira dengan berita gembira ini.Tak payah nak gaduh duduk berjauhan dengan isteri.Macam aku ni bila tah boleh tukar dan tinggal dengan suami..
Sebenarnya adik aku tu mendapat 3 tawaran serentak di KTM sebagai jurutera, di MARDI sebagai pegawai tadbir dan ke Institut Perguruan Kangar untuk kursus KPLI.Kami sekeluarga amat menyokong dia menerima tawaran sebagai jurutera KTM.Maalumlah dalam family kami tak ada lagi yang jadi jurutera ni.
Dia bertugas sebagai jurutera KTM di Kuala Lumpur hanya selama seminggu.Tetiba aje masa aku telefon mak, mak beritahu Man tak mahu jadi jurutera.Dia balik kampung dan terus mendaftar diri ke KPLI.Aku tepuk dahi.Tolak tuah betullah adik aku tu.Orang berlumba nak kejar gaji tinggi, dia tak mahu pulak.Dari 5 ribu orang yang ditemuduga,dia antara yang berjaya dalam temuduga yang hanya mengambil 3 orang sahaja jurutera KTM...Jadi cikgu apa yang ada? Tak glamour langsung.
Semasa aku pulang ke kampung, aku berpeluang bertanya sendiri pada adik aku tu kenapa dia tak mahu teruskan kerjaya sebagai jurutera tu.Dia senyum aje.Dia memang macam tu.Kuat berahsia.
Aku korek cerita dari mak aku.Mak aku pun bercerita.Menurut cerita mak aku memang la jurutera KTM tu nampak glamour.Siap ada driver dan kereta pacuan empat roda diberi.Adik aku pulak ditugaskan di stesyen yang paling sibuk.Tapi,masa dengan keluarga kurang.Cuti hari raya pun belum tentu dapat.Tak macam cikgu, cuti banyak.
Oh...macam tu.Maknanya adik aku tu tak mengejar material.Yang penting bagi dia masa yang diluangkan untuk keluarga lebih banyak.Aku rasa terkilan gak.Tapi dah empunya diri buat keputusan macam tu nak buat macam manakan...Aku dah bayangkan kerjaya sebagai cikgu ni tak semudah yang disangka.Sentiasa berkorban.macam lilin...tapi dia tetap dengan keputusannya.
Tak apalah, cikgu Azman.Teruskan perjuanganmu...

Undangan ke majlis perkahwinan...

Tahniah kepada adik aku, Mohd Noor Azman kerana sudah sah menjadi suami kepada Asmaa Al Husna.Kenduri di pihak perempuan sudah berlangsung dengan selamat pada 13 disember tadi.Sepatutnya kenduri di pihak kami berlangsung pada 14 disember.Tetapi memandangkan kak Yati,orang kuat majlis kenduri tu berangkat ke tanah suci, kenduri ditangguhkan kepada tarikh seperti kad undangan di bawah.Semua dijemput hadir.Ini adalah kenduri kahwin yang terakhir diadakan di rumah ini sebab adik aku tu yang paling bongsu.


Gambar semasa pernikahan.Kenduri menyambut menantu akan menyusul.Semua dijemput hadir.


Walimatul Urus

HJH. ZAINAB @ HAMIDAH BINTI HJ. DAHALAN (IBU)
dan
HJ. MOHD NOOR AZMI BIN HJ. SULAIMAN (ABANG)

Sekapur sirih seulas pinang, semekar senyum seikhlas hati dengan
penuh kesyukuran ke hadrat Ilahi kami mempersilakan
Dato’ / Datin / Tuan / Puan / Encik / Cik

………………………………………………………
seisi keluarga ke Majlis Perkahwinan Putera Bongsu kami yang dikasihi

MOHD.NOOR AZMAN BIN HJ. SULAIMAN
dengan pasangannya
ASMAA-ALHUSNA BINTI HJ. ABDULLAH

InsyaAllah pada hari Ahad, 25 Januari 2009
bersamaan 28 Muharram 1430H
di kediaman kami
F-213 PARIT TOK NGAH,
34250 TANJUNG PIANDANG,
PERAK DARUL RIDZUAN.

Aturcara Majlis
11.30 pagi – 4.00 petang (Jamuan Makan)


Semoga kehadiran para hadirin sekalian akan menyerikan
lagi majlis kami dan diberkati Allah S.W.T.

Terima Kasih, Wassalam.

Gambar sekitar pernikahan Mawi & Ekin


Gambar kiri: Tinggal kenangan.Semoga Ina Naim berbahagia hingga ke akhir hayat dengan Ustaz Suhaimi.
Gambar kanan: Mawi...jika itulah pilihanmu.Apa nak buat.Dah jodoh.Moga berbahagia.





Dah kahwin boleh le posing ala manja2 gitu.


Ta..ta..."Ina,aku dah menang."kata Ekin di dalam hatinya.


Wajah teruja pengantin.(Tak malu ke posing over macam tu? macam seronok sangat dah kahwin.


Tunjuk cincin kahwin.


Hantaran dari Mawi kepada Ekin.


Gambar ketika raptai.Kembar Ekin lagi cun dan lembut daripada Ekin..


Gambar ketika raptai.Keluarga Ekin.Muka Ekin iras bapak dia.Bapa dia handsome gak sebab tu la Ekin pun cun...

Masa tengok kat saluran Oasis tadi, jenuh bertekak dengan anak.Depa nak tengok detektif conan.Aku nak tengok oasis.Tak puas tengok sebab asyik tekan remote tukar2 channel.
Malam ni nak tengok majlis persandingan pulak juga di saluran oasis jam 8 malam.

Kenangan di raya haji


daging masak hitam yang aku masak.



kari daging yang aku masak raya haji tadi.



Setiap kali raya tidak kiralah raya puasa atau raya haji, setiap orang ditugaskan memasak masakan masing2 hingga selesai.Hari Raya Puasa hari tu, aku masih di PD.Jadi, aku tidak merasai kemeriahan kesibukan memasak juadah hari raya.Aku balik kampung pada pagi raya kedua.
Mak aku cerita pada hari raya puasa tadi family aku masak nasi beriani lauk ayam masak merah, kari daging dan acar.Masa aku balik raya kedua hari tu, mak aku ada tinggalkan lauk ayam masak merah kat aku.Nasi dah licin.Mak aku kata ramai adik-beradik yang jauh2 datang rumah masa raya puasa tadi.Sampai nasi beriani tak cukup.Kena masak nasi putih pulak.Sesiapa yang datang belah petang, makan kuih raya aje lah.Sebab semuanya dah licin.
Raya haji ni, mak aku nak buat pulut pasung aje.(pulut yang diikat dalam daun pisang dan dikukus).Petang sebelum raya tu, abang long datang ke rumah bawak 5 kilo daging dan 4 ekor ayam.Mak aku tugaskan aku masak kari daging.
Aku pun dengan tekunnya menyiapkan kari daging tu.Bahan2 menumis sudah disediakan oleh kakak ipar dan anak buah.Aku kata kat mak aku banyaknya nak masak kari, apa kata separuh lagi daging tu kita masak daging masak hitam.Mak aku kata ikut sukalah.
Kalau kat rumah aku, aku masak kari tak pernah bubuh santan.Nak kurangkan kolesterol.Tapi kari daging ni, mak aku nak bubuh santan.Biasalah, orang dulu2 kalau kari tak letak santan bukan kari namanya.Aku ikut ajelah cakap mak.Lagipun santan tak payah beli.Mesin aje kelapa yang berlambak kat rumah tu.
Lepas kari daging tu masak, aku masak pulak daging masak hitam.Aku hantam saja resepi dia.Janji ada kaler hitam.Tengah aku masak tu, abang long sibuk masak ayam masak merah.Mak pulak sibuk masak pulut.Kak Cik sibuk bakar ikan keli.Nak makan petang nanti.Aku siap pesan jangan lupa buat air asam sekali.Aku merasa banyak kali sebab takut tak sedap.Dah la masak sampai 3 kilo.Selalu kat rumah aku, aku masak setengah kilo je.Setelah tambah apa yang patut, akhirnya siap sudah daging masak hitam aku tu.
Masa makan nasi petang tu( merangkap makan tengah hari dan malam)daging masak hitam aku tu laku.depa kata sedap...cewah tahun depan mak aku kata aku lagi tangkap kontrak masak kari daging dengan masak hitam.