Showing posts with label Anak dan suamiku.. Show all posts
Showing posts with label Anak dan suamiku.. Show all posts

21 August 2009

Puasa tanpa suami di sisi.


Makanan wajib suamiku semasa berbuka...



Kuih apam beras.Kuih yang akan dicari oleh suami di pasar Ramadhan..


Tahun ini, aku ke pasar Ramadhan tanpa ditemani suami...Sedih...isk...isk...Tak apa...tahun ni aku akan ke pasar Ramadhan dengan mak...

Esok umat Islam mula berpuasa.Esok jugalah aku berpuasa tanpa suami di sisi.Malam tadi suami menelefon diriku bertanyakan aku balik atau tidak ke Kedah sempena cuti sekolah ini.Aku menghela nafas panjang.Aku katakan padanya yang aku mungkin tidak pulang ke kedah sebab banyak komitmen lain yang perlu diselesaikan.Satu persatu aku ceritakan sebab musabab aku tidak dapat pulang ke Kedah.


Selasa depan aku akan ambil PTK di SM Kampung Baru Sirusa.Hari Rabu, aku ada temujanji dengan doktor untuk membuang implan di lenganku.Sudah banyak kali hasratku tertangguh.Kini, aku tekad perlu juga buang implan ni.Sudah 4 tahun alat itu tertanam di lengan bimbang timbul apa-apa masalah pula nanti.Hari Sabtu dan Ahad pula aku akan ke UPM kerana ada perjumpaan bersemuka di sana.Aku tidak mahu penat perjalanan belum hilang, aku sudah terpaksa balik ke Lukut semula.Suami pula tidak membenarkan aku memandu sendiri kereta dengan cuma ditemani oleh anak-anak.Suami bimbang aku keletihan.Perjalanan 6 jam bagi suami cukup meletihkan.Akhirnya, persetujuan dicapai.Suami minta aku habiskan cuti di Lukut.Lagipun mak ada menemani aku dan anak-anak.


Aku tanyakan pula pada suami bagaimana dengan sahur dan juada berbuka abang? Hem...makan nasi bungkuslah nampaknya.Sambil ketawa suamiku menjawab.Kesian aku pada suami...Selalunya, waktu sahur aku akan siapkan makanan dan mengejutkan suami apabila semua makanan sudah terhidang.Suami hanya duduk dan terus makan dengan mata yang separuh terbuka..( lucu tengok telatah dia...macam budak-budak...)Waktu petang, bersama-sama pergi ke pasar Ramadhan mencari juadah berbuka..Berbuka bersama-sama tanpa gangguan anak-anak sebab selalunya anak-anak aku sudah beri makan awal-awal lagi.Kurma makanan pertama yang diambil oleh suami.Sekilo kurma boleh habis dalam masa tak sampai seminggu.Jika tidak bertugas pada waktu malam, pasti surau di kuaters ni akan dikunjungi suami untuk mengerjakan solat terawih.Balik solat terawih, tudung saji dibuka semula untuk makan kuih-muih yang dibeli petang tadi...Selalunya kuih jenis kukus-kukus(kuih orang tua...usik aku..kurang kolesterol...jawab suamiku)...


Mulai esok, aku pasti aku akan rindu suasana seperti itu.Sepanjang 7 tahun perkahwinan, ini pertama kali aku berpuasa tanpa suami di sisi...Mudah-mudahan aku kuat menghadapinya..


11 May 2009

Anis pulak demam...

Petang semalam elok aje Anis dan Danial bergurau sesama sendiri.Tup-tup sebelum tidur, aku pegang badan dia panas yang amat.Termometer pulak dah patah dua, tak dapatlah aku nak tengok berapa suhu badannya.Aku pujuk Anis untuk makan ubat demam.Dia bukan sahaja tak mahu tapi terus dia bantai tidur.Aku dapat idea.Aku bukak seluar dia dan masukkan ubat demam kat punggung dia.Lepas tu aku pakaikan pampers.
Malam tadi aku tak nyenyak tidur.Aku sentiasa meraba dahi Anis.Panasnya tak kurang jugak...Aku bangun dan ambil tuala lembab dan letakkan atas dahinya.
Pagi tadi jam 5 pagi aku dah bangun.Badan Anis tetap tak reda panasnya.Aku pujuk lagi Anis untuk makan ubat.Dia tetap tak mahu(mewarisi kedegilan aku ke??)Aku masukkan syrup paracetamol ke dalam air susunya.Laju je dia hisap susu.Haus barangkali.Tapi sekali dua hisap, dia terus letak balik botol susunya.Kenapa? Aku tanya dia.'Susu mama buat pahit'.Alahai...tak menjadi taktik aku.
Aku buka pampersnya dan selepas basuh tangan, aku masukkan kembali ubat demam ke dalam punggungnya.Lepas tu aku suruh dia tidur.
Selepas aku solat subuh, tiba-tiba Anis bangun minta aku bukakan TV.Aku layan ajelah kemahuannya.Tiba-tiba part Jim Jam and Sunny tengah menari, dia boleh join menari jugak...
Aku raba lagi dahinya.Agak beransur kurang panasnya.
Aku hantar anak-anakku ke rumah kak Tipah dan minta agar Kak Tipah tolong beri ubat pada Anis jam 12 tengah hari nanti.Nampaknya Danial ajelah pergi sekolah hari ini.Anis terpaksa ponteng sekolah sebab aku takut dia demam di sekolah nanti.
Aku SMS hubby cerita pasal Anis demam.Tanpa disangka hubby beritahu yang dia nak balik pagi ni naik bas untuk menjenguk anak-anaknya.(jenguk anak aje ke? mamanya macam mana pulak?)Dijangka hubby sampai petang nanti dan aku akan jemput hubby kat Terminal One, Seremban.(Hubby nak balik, aku kena prepair apa yang patut...)