28 November 2008

Kawan sekolah.

Semalam kira-kira pukul 3 petang, Sariza , suami dia ( aznul) dan anak dia( Aisyah) datang ke rumah aku.Aku masa tu tengah sibuk goreng ikan.Sambal udang, sayur kacang panjang goreng, daging salai masak lemak sudah aku hidangkan.Aku dan Sariza berpelukan gembira.Maalumlah dah lama tak jumpa.Aisyah pulak nampak malu2.Anak2 aku pulak yang dah memang teruja menunggu kedatangan mereka terus melompat2 untuk menarik perhatian Aisyah join depa.Lama2 depa bertiga dah boleh kamceng.Habis permainan lego Danial depa kerjakan.Aku tak kisah...biasalah budak.
Depa makan hidangan yang aku masak.Nampak masing2 kepedasan penangan sambal udang aku.Tapi, makin pedas, semakin rancak suapan.Aku memang suka tengok orang makan masakan aku dengan penuh selera.
Petang tu kami borak2 je sambil tengok anak2 masing2 bermain.Malam tu depa pi rumah Koperal Meor sebab Aisyah nak jumpa isteri dia yang dulu pernah mengasuh Aisyah.Pukul 10 malam semasa hubby aku nak pergi kerja baru depa balik.Danial,Anis dan Aisyah main kejar2 sampai gamat rumah.Kami yang dah letih tak larat nak layan depa.Aku terlena.Sedar2 anak2 dah tido kat sebelah aku.Kelam kabut aku kejutkan Danial suruh kencing.Dia ni kalau tak kencing dulu sblm tido, alamatnya banjir la tilam.Anis pulak aku pakaikan pampers.Dia sebenarnya dah tak pakai pampers.Tapi sebab dia dah lena, kesian nak kejutkan dia suruh kencing.Bilik Sariza pun dah sunyi.Dah lena kot, maalumlah letih dalam perjalanan tadi.Aku pun sambung zzzzz.

2 comments:

  1. aku ni jer...walapun kg mentua dekat ngan umah ko ttp tak penah singgah sana. nanti ko nak pindah kedah plak..hai bilalah nak jumpa

    ReplyDelete
  2. Tulah dulu aku ajak hg tak nak datang.La ni pun boleh je datang.Tapi bersepah le rumah aku.Kat ruang tamu penuh dengan kotak n plastik hitam.Macam biasa, kalau nak datang habaq dulu.Aku ni kalau orang datang tak ada makan apa2 rasa bersalah sangat...

    ReplyDelete

saya suka baca komen anda...saya amat menghargainya.