17 December 2008

Boringnya...

Sudah 3 hari hubby tinggal di kedah.Sudah 3 hari jugalah aku dan anak2 ditinggalkan di kuaters ni.Hari pertama ditinggalkan, aku tak rasa apa2.Tapi masuk hari ketiga ni, aku tak dapat membohongi hatiku yang aku rasa kesunyian dan kekosongan.Tapi, aku lihat anak2ku macam biasa aje.Tak bertanya pun kemana abah mereka.Semasa aku telefon hubby pun, anak2 tak menunjukkan keterujaan mereka hendak bercakap dengan abah.Mungkin sebab abah mereka sudah kerap kerja tinggalkan mereka kerja tak tentu masa.Ada kala, hubby pergi kerja semasa anak2 masih tidur,balik kerja anak2 sudah masuk tidur.Jadi, aku lebih rapat dengan anak2 dan mungkin jika aku yang lama tinggalkan anak2 mungkin mereka akan tercari2 aku.
Sejak hubby tak ada di rumah, aku tidak ghairah lagi nak masak atau mencuba resepi istimewa.Hari ini aku cuma masak ikan keli sambal aje.Hendak ke kedai berhampiran pun tak ada mood.Tambahan pula kereta ke-2 yang hubby tinggalkan kat sini panas.Penghawa dingin rosak.Setakat nak ke kedai yang ambil masa 3 minit pun anak2 dah gaduh panas.Aku dan anak2 malas nak berjalan ke mana2.Dari pagi hingga ke malam asyik mengadap TV aje.Sampai dah hafal dialog kartun astro ceria tu...Penat tengok TV, internet la sasaran aku.Habis macam2 benda aku baca.
Petang tadi, semangatku seakan ditiup kembali.Abang long telefon aku memberitahu dia akan mencuba sedaya upaya supaya aku dapat tukar kedah jugak.Aku pun tak tahu dia nak buat macam mana.Aku cuma mengiyakan saja.Dah malas fikir dapat ke tidak.Aku ni jenis malas nak rayu2 ni.Aku ni jenis 'Yes Sir' aje...Buatlah apa yang patut Abang Long...
Hubby aku pun antar sms rindu.Cewah..macam dialam percintaan pulak.Aku pun rindu gak kat dia.Tapi aku malu nak ngaku sebab masa dia nak ke kedah hari tu aku ada cakap kat dia aku ni tak kisah duduk jauh dari hubby.Sebab selalu kena tinggal.Aku kata aku ni super woman...Super women???jauh panggang dari api.
Macam mana la aku nak menempuhi hidup berjauhan begini dalam masa 6 bulan lagi?...Oh tidak...Mudah2an usaha abang long berhasil...