Hari ni aku rasa sunyi.Sunyi sebab selalu aku balik sekolah, mak aku ada di rumah.Mak aku ada di rumah aku dah sebulan lebih.Seronok sangat mak ada kat rumah.Setiap masa kami berborak2,bergosip...masak2...makan2.Yang paling aku seronok sangat balik sekolah aje, makanan tengah hari dah siap.Tak perlu lagi aku ke Zafas Cafe nak tapau makanan.Sedapnya...haruslah aku bertambah gemuk masa mak aku ada di sini.Danial pun suka sesangat mak aku ada di sini.Tiap2 hari nak cucur udang atau " coq kodok pisang".Aku tak suka sangat buat coq kodok.Tambah2 rupa bentuknya yang tak jadi bulat dan cantik.Hubby aku kata macam coq kodok yang bertanduk...Tapi, kalau mak aku buat, aku la yang nombor satu tukang makan.Sedap dan cantik aje mak aku buat.
Hari ni, aku kembali dengan rutin harian sebelum mak aku ada di sini.Pagi2 sibuk masak bekal makanan anak2, kejutkan anak2 dan angkat 2-3 beg barang ke kereta.Masa mak aku ada di sini, mak aku yang buat bekal anak2 dan mandikan depa berdua.
Ikut perancangan, aku hendak pulang ke kampung pada cuti sekolah ni.Tapi, nak buat macam mana hubby aku tak dapat jemput aku pulang ke kampung.Sebabnya, mulai 14 mac hingga pilihan raya kat kedah tu ( aku pun tak perasan nama tempat tu) hubby aku kena berada di tempat kursus untuk persediaan.Aku nak drive, sendiri dia tak bagi.Mak aku pun kata tak berani naik kereta dengan aku sebab nak balik kampung tu bukannya dekat...
Masa hubby balik Lukut Ahad tadi,aku pujuk lagi supaya membenarkan aku drive kereta balik kampung.Tapi, hubby tetap tak benarkan.Dia minta aku, mak dan anak2 balik kampung naik keretapi.Aku tak sanggup...Aku tahu sangat fiil anak-anak...2-3 jam boleh la duduk senyap.Lebih dari itu, mula la depa jalan sana sini.Bergurau senda.Silap2 gamat satu gerabak keretapi tu.Aku tak sanggup....
Bincang punya bincang..aku ambil keputusan tak balik kampung masa cuti ni.Hubby janji bulan 4 nanti dia akan pulang ke Lukut lagi.Petang Isnin, hubby dan mak aku bertolak pulang ke utara.Mak aku terpaksa balik ke kampung sebab 27 mac nanti mak ada temu janji dengan doktor di Hospital Taiping.Mak sempat buatkan aku tapai pulut.Hubby pulak tak habis2 berpesan kat aku jaga diri dan anak2 baik2.Aku dan anak2 melambai2kan tangan untuk hubby dan mak dengan sayu.Anak2 aku asyik mengomel"abah balik jumpa kita sekejap sangat".Kalau la ada kakitangan Kementerian Pelajaran yang baca blog aku ni...Ketahuilah kalian bahawa berilah ruang kepada aku untuk bertukar ke Kedah.Tegakah kalian melihat hubungan suami,isteri dan anak2 kian menjauh gara-gara karenah birokrasi untuk pertukaran guru antara negeri ???Andai kalian berada di tempat kami...sanggupkah kalian???Simpati dan berempatilah...
Aku dah susun jadual masa cuti ni supaya masa aku terisi.Sabtu dan Ahad aku akan ke UPM untuk perjumpaan bersemuka.Aku dah janji dengan Kak Norziah nak pergi sama2.Hari Isnin masa untuk aku study buku PTK.Hari Selasa aku akan ke SM Teknik untuk ambil Ujian PTK.Hari seterusnya aku akan siapkan tugasan Bahasa dalam Kesusasteraan Melayu.Tajuk tugasan aku susah gak.Semiotik Sebagai Kajian Lambang.Aku minta pandangan tutor aku untuk tugasan aku.Kawan aku yang lain dapat tajuk yang senang.Nasib aku la dapat tajuk yang agak mencabar.Tutor minta aku hubungi pensyarah, untuk tukar tajuk.Tapi, itu bukan prinsip aku.Aku jenis yang tak suka tukar2 benda yang aku dah dapat.Susah macam mana pun aku akan cuba usahakan.Nampaknya, cuti ni aku akan habiskan masa untuk buat tugasan ni.
Siti Asiah ada beritahu aku yang dia akan pulang ke Batu Kurau lepas PTK.Kalau2 aku nak konvoi dengan dia.Suhaili yang kahwin dengan orang Titi Serong pun ada offer aku untuk konvoi ke Parit Buntar.Jangan terkejut wahai ibu dan hubbyku andai aku dan anak-anak tiba-tiba muncul di hadapan kalian...jeng...jeng..