30 April 2009

Sunah Nabi


Pil herba yang aku beli kat akak tu.Setiap malam makan sebiji setiap pek.Balm tu pulak ekstrak dari air zam-zam.Banyak khasiatnya.

Bekas bekam kat belakang yang mengundang rasa takut anak-anak..Mama kena dera...(18SX tak gambar ni?...)

Gambar tu Danial yang tolong snapkan.Dia terkezut tengok belakang aku jadi macam tu.Dia tanya kat aku sapa yang buat aku.Aku gelak aje tengok reaksi dia.Sayang jugak dia kat aku...

Belakang aku jadi macam tu sebab petang tadi aku buat rawatan bekam.10 cawan bekam digunakan kat belakang aku dan 1 cawan kat kepala aku.

Ngeri??? memang pun.Tapi, nak sihat punya pasal aku tempuhi juga.

Info pasal bekam ni.
APA ITU BEKAM ?


Bekam adalah satu perawatan kesehatan peninggalan Rasulullah SAW yang telah dimodenkan mengikuti kaedah saintifik untuk mengeluarkan sisa–sisa toksid yang berbahaya dari badan kita melalui permukaan kulit.
salah satu cara ‘Detoksifikasi’ (pengeluaran toksid) yang berkesan serta selamat tanpa ada kesan sampingan. Kulit adalah organ terbesar dalam tubuh, karena itu banyak toksid berkumpul di dalam kulit.
Berbekam sangat berkesan untuk melegakan atau menghilangkan kesakitan, memulihkan fungsi tubuh badan serta memberi seribu harapan pada pesakit untuk terus berikhtiar mendapat rawatan.Bekam ialah istilah Melayu yang berarti “Pelepasan Darah”, dipanggil “Cupping” dalam bahasa Inggeris. Dalam bahasa Arab diterjemahkan sebagai “al-Hijamah”.

Hadis-hadis mengenai bekam.
Hadits dari Ibn Abbas r.a. menerangkan : “Bahwa ada 3 cara pengobatan yang dilakukan pada masa Rasulullah SAW, yaitu : Madu (Al ’Asl), Berbekam (Al-hijaamah) dan Pemanasan (Al-Kayy) dan Rasul menghindari pengobatan Kayy”.


Dari riwayat lain yang bersumber dari Mujahid dari Ibnu Abbas disebutkan bahwa Nabi bersabda : “Berobat itu dengan BERBEKAM”.Madu menjadi dasar obat-obatan, terutama obat yang berasal dari tumbuhan (Herba) yang alamiah dan tidak mengandung Kimia sintetis. Bekam, menjadi dasar kepada Pembedahan, dan Api menjadi dasar kepada perobatan Laser.


Dalam Hadits lain riwayat Tirmidzi menerangkan : “Bahwa ketika Nabi SAW dalam perjalanan Isro Mi’raj, Baginda bertemu dengan Malaikat yang memerintahkan supaya umat Muhammad SAW menggunakan Bekam sebagai kaedah rawatan penyakit”. Pesan tersebut berulang-ulang sehingga Baginda Rasul takut hal tersebut menjadi Fardlu atas umatnya.

Rasulullah memuji orang yang berbekam : “Dia membuang darah yang kotor, meringankan tubuh, serta menajamkan penglihatan”. Allah menghususkan dalam satu tahun sebulan di bulan Ramadlan untuk mencuci ‘Rohani’ dengan ber ’puasa’, jadi wajarlah kita mensucikan ‘Jasmani’ dengan ‘Berbekam’. Berbekam sebelum berpuasa akan lebih baik manfaatnya.


Aku buat bekam ni sebab hari ni ada 3 orang akak dari Pusat Rawatan Islam Cinta datang kat sekolah aku.Depa buat promosi pasal bekam ni.1 cawan RM10.Ada diskaun sebab kalau kat tempat lain satu cawan area RM15-Rm25.Aku yang sudah lama menyedari kebaikan bekam ni tekad melakukannya.


Mula-mula Kak Zarina buat rawatan.Aku yang masih takut-takut hanya menonton aje.Ngeri aku tengok akak tu layangkan pisau cukur kat belakang Kak Zarina.Aku tanya Kak Zarina sakita tak? Sebab aku tengok Kak Zarina nampak releks aje.Kak Zarina kata macam semut aje.
Aku ni tanya macam-macam kat akak tu.Ala-ala reporter pulak.
Aku : Apasal darah dalam cawan ni nampak hitam sikit dan cawan sana tu nampak macam darah berminyak ?
Akak petugas :Darah yang kehitaman ni adalah toksid dan darah yang nampak berminyak tu adalah kolesterol dan asid urik.
Aku :Akak tak buat ke bekam lintah?
Akak : Bekam lintah ni okey gak tapi kelemahannya lepas bekam, darah kekadang keluar lagi kat tempat lintah hisap.Jadi leceh sikit la nak solat.Terpaksa pastikan kebersihannya.Bekam cara ni lepas bekam, luka tak keluarkan darah.
Aku : Bekam angin tu pulak apa ?
Akak :Bekam angin tu kelemahannya kulit yang disedut berpotensi nak jadi bisul sebab darah kotor dikumpul kat satu tempat tapi tak dikeluarkan.Bekam tu hanya keluarkan angin jahat saja.
Aku :Bekam kat kepala boleh ke ?
Akak : Bekam kat kepala la yang paling bagus.dapat hilangkan migrain, resdung, terangkan mata dan tajamkan fikiran.
Aku : Kat tempat lain ?
Akak : Kat mana-mana pun boleh kecuali kat tapak kaki, dahi dan lubang-lubang macam lubang dubur, lubang telinga dll.
Sampai la turn aku pulak.Aku berkemban dan meniarap atas katil.Akak tu tanya nama aku dan nama ibu.Lepas tu dia baca doa sambil urut-urut belakang aku guna minyak.
Mula-mula akak tu tekap cawan bekam kat belakang aku.Masa ni rasa macam kulit tegang dan macam ditarik.Lepas tu akak tu buka cawan tu dan dia ambil pisau cukur dan layang-layangkan kat belakang aku.Tiba part ni, aku rasa pedih sikit dan terjerit kecil.Akak tu minta aku baca selawat banyak-banyak.Lama-lama rasa pedih tu hilang.Lepas tu cawan bekam ditekap lagi sekali.Masa ni la darah-darah kotor keluar.Aku boleh lena masa ni.Rasa asyik sekali.Rasa macam disedut-sedut.Rambut aku dicukur sedikit supaya senang nak letak cawan bekam. Darah kotor kat kepala aku agak banyak.Sampai 2 kali akak tu sedut pakai alat vakum dia.Kat area belakang darah tak banyak sebab akak tu kata belakang aku banyak angin jahat.Cawan bekam tu penuh dengan wap-wap udara.Yang kelakarnya, aku asyik sendawa masa rawatan ni.( mujur le tak kentut...)Akak tu kata angin jahat dalam badan aku dah pecah-pecah.Lepas tu, akak tu lap sisa-sisa darah kat belakang aku dan letak ubat sikit kat tempat luka tu.Masa ni pedih la jugak...

Sebelum balik, akak tu bekalkan 2 jenis herba bertujuan nak lancarkan aliran darah dan sistem pencernaan.Semua kos bekam dengan pil herba RM170.Berbaloi juga sebab lepas tu aku rasa kepala aku ringan.Selalu rasa berat aje.Sengal-sengal kat belakang pun dah hilang.Yang ada sekarang cuma rasa pedih-pedih sikit akibat luka torehan.
Aku rasa aku nak bekam lagi sebab ianya sunah nabi dan rawartan ini adalah rawatan Islam serta tiada kesan sampingan.


Tahniah Man.


Tahniah untuk adikku Mohd Noor Azman bin Sulaiman kerana berjaya dengan cemerlang dalam kursus KPLI.Tabik spring dariku kerana anda sudah berjaya membuktikan bahawa kerjaya perguruan bukanlah pilihan kerjaya yang terakhir.Buktinya adikku ini menolak tawaran sebagai jurutera KTM semata-mata ingin berbakti kepada anak bangsa.Kakak salute la kat hang...Bertambahlah lagi keluarga Haji Sulaiman menjadi pendidik anak bangsa!


Adik nak baby macam ni...




Anak-anak aku adalah cucu yang sulung sebelah hubby.Sebelah family aku pulak Danial cucu yang ke 7 dan Anis cucu yang ke 9.Selepas adik ipar aku kahwin, dia ada 2 orang anak yang masih kecil.Umairah nama anak dia selalu jadi perhatian kami setiap kali balik ke kampung.Maalumlah...aku ni suka kat budak-budak kecik ni.
Setiap kali balik kampung, haruslah lunyai pipi anak saudara aku tu di cium oleh Danial dan Anis.Mana tak geram, pipi yang tembam dan kulit yang putih gebu.


Yang bestnya, Anis siap cakap kat aku " Adik nak baby macam ni ye mama".Dia ingat nak buat baby semudah membeli ikan di pasar???


Sebenarnya aku pun teringin baby montel macam tu lagi...Bila ??? Aku pun tak pasti bila.Ada rezeki ada lah...


kesian suamiku


Hari Selasa tadi hubby tersayang balik ke Lukut.Seronoknya.Yang bestnya hubby beli kamera digital Canon Powershot A1000IS.Hadiah, kata hubby.Wah...lepas ni haruslah setiap entry aku ada gambar gitu...
Aku dengan gigihnya study la user guide kat kamera tu.Yang penting cara nak upload gambar.Senang je rupa-rupanya.
Hasilnya, dapat la aku kuarkan gambar di atas.Gambar kat atas adalah gambar rumah sewa hubby kat Yan, Kedah.Hubby sewa rumah kat taman perumahan kat situ.Hubby kata taman perumahan tu depan hospital Yan.
Kesian aku tengok keadaan rumah sewa hubby.Tak terurus...Maalumlah, suri rumah tangga tak ada kat situ.Hubby kata langsir pun tak ada.Semalam jugak aku tempah langsir kat Kak Rubi untuk rumah sewa hubby.Bulan depan hubby boleh pasang langsir.
Sumpah aku tak tahu begitu daif sekali keadaan hubby kat sana.Hubby aku bukanlah jenis yang suka bercerita kecuali kita buka mulut dan bertanya.
Tak apalah, nanti aku pindah kat sana aku akan 'proses' rumah hubby kat sana.