Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, santau bermaksud racun yg paling berbahaya (dibuat drpd berbagai-bagai ramuan).
Aku terpanggil untuk menulis tentang tajuk ini sebab sejak sebulan ni aku dapat berita 2 orang yang aku kenali terkena santau ni.
A yang pada mulanya hanya sakit kerongkong dan tidak dapat makan selama seminggu turut batuk-batuk.Dia terpaksa ditahan di wad sebab kehilangan banyak air dalam badan sebab tidak dapat makan dengan sempurna.semasa di dalam wad, ada seorang pak cik yang kebetulan melawat anak dia terlihat A.Pak cik tu kata A pada firasatnya terkena santau.Dia nasihatkan supaya berubat dengan segera sebaik-baiknya sebelum masa 3 bulan.Keluar dari hospital, A segera berubat dengan seorang ustaz di Pulau Pinang.Semasa berubat, A telah mengeluarkan serpihan berwarna hitam dan dipercayai miang buluh!
Baru-baru ni aku lihat A kelihatan kurus dan cengkung.Masih ada batuk-batuk kecil dan masih terasa ada sesuatu yang menjolok pangkal kerongkongnya.Ustaz yang merawat meminta agar bersabar kerana santau ni memang memakan sedikit masa untuk sembuh.
Aku ada bertanya pada A bagaimana dia boleh terkena? A kata satu hari tu dia makan kat Seremban.Dia order mi goreng mamak.Penuh pinggan dia kata mi yang dia order.Lepas makan, dia rasa kerongkong dia hangat.Tak lama lepas tu sakit kerongkong dan batuk-batuk.Selalu pitam dan pengsan.
Sekarang, aku nak makan kat luar pun dah rasa takut.Tapi, terpaksa gak tak ada pilihan.Cuma mampu bertawakal dan setiap hari baca ayat Qursi yang dipercayai boleh menjauhkan sihir.Aku surf internet, ikut petua orang-orang tua santau hanya aktif dalam makanan yang panas.Jadi, kalau nak order air kat restoran, order je minuman sejuk.Selain tu, kalau air panas kita pegang bawah cawan.Kalau bawah cawan rasa sejuk,jangan minum air tu.Tu kalau air.Kalau makanan tak tau la pulak macam mana.
Baru-baru ni juga aku diberitahu oleh hubby yang isteri kawan dia pun dipercayai terkena santau.Isteri dia yang juga kawan aku, S sekarang sedang dalam proses berubat.Aku harap agar S dan A bersabar dengan dugaan Tuhan dan semoga cepat sembuh.Semua penyakit ada ubatnya dengan izin Tuhan.Yang aku kesalkan di zaman yang semakin canggih dan berkembang maju ni masih ada manusia yang menggunakan ilmu hitam semata-mata melunaskan dendam kesumat.Ada juga pengamal santau yang dan terpaksa melepaskan santaunya pada sesiapa sahaja kerana itu perjanjian ilmu syaitannya itu.Nasiblah sesiapa yang terkena.Nauzubillah...
Tujuan blog ini ditulis : Mencatat peristiwa yang berlaku sepanjang hari dan meluahkan apa yang terbuku di dalam hati ini.
19 April 2009
17 April 2009
Sekolah kena bakar
Pagi semalam, masa aku punch card, suasana kat pejabat agak kelam kabut.Aku buat tak tahu aje.Malas nak ambil tahu.
Masuk ke bilik guru, barulah aku tahu yang kelas 6 Jupiter kena bakar.Kejadian berlaku kira-kira jam 6.50 pagi.Masa tu Roslinda sudah sampai ke sekolah.Murid-murid yang naik bas pun ramai gak yang sudah sampai.
Roslinda cerita yang tiba-tiba ada murid sekolah menengah berlari beritahu yang kelas tingkat atas terbakar.Dia berlari naik atas dan nampak api agak besar gak la.dengan bantuan beberapa orang murid kebakaran dapat dipadamkan.
Budak-budak yang terkenal dengan gangster pulak yang sungguh-sungguh membantu padamkan kebakaran tu.Budak-budak yang lain semua cabut lari.Habis hidung Roslinda hitam kena asap.
Aku jenguk kelas yang terbakar tu.teruk jugak la.Habis langsir kelas yang lawa tu kena jilat api.Meja dan kerusi ada yang dah hangus.
Kira-kira pukul 8 pagi, bomba dan polis datang untuk jalankan siasatan.Bomba ada jumpa 2 puntung rokok kat situ...Kes masih dalam siasatan...
# aku hairan gak, kalau GB ada kat sekolah macam-macam hal berlaku.Masa dia tak ada sekolah terasa aman damai..Ada orang nak sabotaj GB ke ???

14 April 2009
Video Majlis Perkahwinan Adikku.
YouTube - mnazman's Channel
Muka aku tak banyak dalam video ni.Sebab apa no?...sangat sibuk atau buat-buat sibuk...

Label:diari,anak2,pengalaman
kenduri
PJJ ( Perkahwinan Jarak Jauh)
Sekarang, aku sedang menjalani 2 jenis PJJ.Pengajian Jarak Jauh dan Perkahwinan Jarak Jauh.Kedua-duanya begitu mencabar.Calang-calang semangat boleh angkat bendera putih.Mengalah sebelum berjuang.
Dahulu, aku tak pernah ambil tahu tentang PJJ.Sekarang aku dah masak malah ranum dengan keadaan kedua-dua PJJ ini.Di antara keduanya, aku lebih suka PJJ yang pertama.Walaupun aku terpaksa bertungkus lumus menyiapkan tugasan dan dalam masa yang sama terpaksa bekerja, tapi aku seronok kerana aku memilih bidang yang aku minati dan semasa menghadiri kelas setiap hujung minggu, aku rasakan bagaikan satu terapi kepadaku setelah penat bekerja.Penat belajar last minute terasa terubat setelah melihat result yang kekadang tak disangka-sangka.Kekadang cemerlang, kekadang cukup makan..Aku terima seadanya.
PJJ yang kedua...Bulan pertama berjauhan dengan suami tersayang bagaikan satu kejutan bagiku.Walaupun aku berlagak macam super woman, tapi aku terpaksa terima hakikat apabila sudah bergelar seorang isteri kita tak terdaya membuat kesemuanya walaupun semasa bujang dahulu kita sudah terbiasa berdikari.Lain rasanya berdikari semasa bujang dan berdikari semasa bergelar 'puan'.Sunyi rasanya bila balik ke rumah.Sunyi dalam keriuhan telatah anak-anak.Sunyi dalam erti kata lain rindu dengan sokongan orang yang paling rapat dalam hidup.
Aku tidak keseorangan sebenarnya dalam mengharungi PJJ kedua ini.Di sekolahku ada 6 orang guru perempuan yang berPJJ dengan suami masing-masing.Aku,Yusniza,Kak Yati,Aziani,Linda dan Kak Jalila.Senasib denganku.Aku dan Kak Yati banyak persamaan.Sama-sama PJJ UPM, sama-sama tinggal dikuaters,sama-sama permohonan pindah ikut suami tidak diluluskan dan sama-sama mendapat arahan pertukaran suami pada bulan Disember tahun lepas.Yusniza, si pengantin baru dan sedang berbadan dua lebih memilukan.Dengan jarak Negeri Sembilan-Kelantan yang jauh, menyukarkan lagi keadaan.Aziani, Linda dan Jalila nampaknya lebih bernasib baik kerana suami masing-masing bekerja di K.Lumpur.Setiap minggu berjumpa.Mereka langsung tidak mahu memohon pertukaran mengikut suami kerana lebih selesa di sini.
Aku tidak begitu menggalakkan suami balik tiap-tiap minggu.Aku faham jarak yang jauh amat memenatkan jika memandu.Naik bas ekspres??? lagilah aku tak benarkan.Ditambah pula dengan berita kemalangan bas ekspress yang amat menakutkan.Lihatlah sahaja berita hari ini.Kebanyakan penumpang bas yang terlibat dalam kemalangan itu adalah suami-isteri yang PJJ.Suami di KL,isteri di Gurun.Isteri di KL,suami diPerlis...Aku harap dengan perangkaan ini, pihak menteri dapat berfikir sikit agar diberi kemudahan kepada proses pertukaran.Kasihan suami isteri yang terpaksa berjauhan.Itu belum lagi kisah kasih yang beralih arah gara-gara berjauhan..Minta dijauhkan...
Permohonan pertukaran untuk bulan 6 sudah bermula.Aku,Kak Yati dan Yusniza sudah menghantar borang pertukaran.Aku berharap sangat dapat pindah.Sekarang, selalu aje setiap dialog aku dan kawan-kawan di sekolah aku akan cakap " nanti kalau saya pindah...".Dan akhir-akhir ini juga kalau ada lawak tak genius yang dibuat oleh member-member di bilik guru, selalu keluar dialog " nanti, kalau Liza dah pindah, mesti dia ingat lawak bodo ni...".
Ya, aku memang rasa seronok bekerja di sini.Walaupun mula-mula bertugas di sini aku agak terkejut dengan keadaan murid-muridnya yang agak agresif.Mula-mula mendaftar diri juga aku agak gementar sebab dari luar, nampak sekolah ni begitu gah.Ala-ala sekolah wawasan.Tapi, setelah lama bertugas di sini, sebenarnya biasa saja.Banyak yang aku belajar di sini.
Kalaulah, pertukaranku diluluskan,semestinya perasaanku bercampur aduk.Gembira,sedih,hiba,keliru dan sebagainya.Namun...tempat seorang isteri adalah di sisi suaminya..

Luahan hati
06 April 2009
Suspen aje...
Dulu, semasa aku bawa anak2 pergi check up kat klinik ibu dan anak PD aku diminta menjalani pap smear.Aku pun buat ajelah walaupun takut2 jugak.
Yang lucunya masa aku diperiksa tu, danial dan Anis intai-intai aku kat celah-celah curtain dalam bilik tu.Depa hairan gak tengok aku berbaring sambil mengangkang kat atas katil.
Danial : Mama ada baby...
Anis : Ye ke? seronoknye...
Aku dan nurse kat situ pun gelak la dengar dialog jujur dan ikhlas dari anak-anakku.Depa ingat asal baring aje atas katil sambil diperiksa oleh nurse ngandung le tu...
Aku gerun jugak masa nurse tu masukkan alat tu dalam ###.Nurse minta aku lembutkan badan.Aku tengok alat tu bentuknya macam mulut itik.Rupa-rupanya tak adalah sakit.Sekejap sahaja prosesnya.Tak sampai 15 minit.
Lepas selesai, aku tanya pada nurse tu lepas ni macam mana kita nak tahu result pap smear tu.Nurse tu kata kalau ada apa-apa kes depa akan hubungi kita.Kalau tak dihubungi maknanya normal.
Hari ni, selepas kira-kira sebulan dari kejadian tadi aku tiba-tiba menerima panggilan dari satu nombor yang aku tak tahu dari siapa.
X : Itu Puan Norhasliza ?
Aku : Ya saya.
X : Saya dari klinik kesihatan PD.Puan ada jalani pap smearkan?
Aku : Ya.Mengapa?
X : Keputusan kami dah terima ( aku dah berdebar masa ni)Hasil dari ujian tu semuanya normal Puan.
Alhamdulillah.Aku syukur sangat.Buat suspen aje nurse tu.Aku yang masih terkejut, nak ucapkan terima kasih pun terlupa.
Aku bukannya apa.Dulu, nurse tu kata kalau keputusan okey depa tak hubungi.Tu yang aku takut tu bila nurse tu tetiba telefon aku.
Aku bersyukur padaMu Ya Allah kerana memberikan nikmat kesihatan kepadaku.Kepada ibu-ibu yang masih belum menjalani pap smear ni aku sarankan buat le.Bukan sakit pun.Tak ada benda...Tapi, malu jugak la sebab dah lama tak kangkang depan orang lepas bersalin dulukan...he..he...

03 April 2009
eG Tukar
1 April, tarikh yang aku nanti-nantikan.Bukan sebab nak April Fool kan orang , tapi sebab nak isi borang tukar yang perlu di isi secara on line di laman web Kementerian Pelajaran Malaysia.
Semuanya selamat diisi dan sudah siap di cetak.Segala dokumen sokongan sudah aku sediakan dengan lengkap.Dah siap semuanya, semua borang dan dokumen sokongan aku hantar pada Pembantu Tadbir sekolah.
Aku tidak mohon tukar ke Kedah, tapi ke Perak.Daerah Kerian, tempat kelahiranku.Harap permohonanku kali ini berjaya.Aku sudah bosan berjauhan dengan suami tersayang.walaupun pengajianku bakal berhadapan dengan sedikit masalah, tapi aku redha sebab aku yakin Tuhan akan sentiasa permudahkan urusan hambaNya yang bersabar,redha dan ikhlas.

28 March 2009
Saman + Hadiah
Khamis tadi, lepas aje sekolah tamat, aku segera ke Terminal One, Seremban.Saja jejalan nak cari kain ela dan kain tudung kat situ.
Aku cari parking di aras satu.Semuanya penuh.Aku ni jenis gayat nak bawak kereta naik tempat tinggi.Sampai aras dua aku tengok ada tempat kosong tapi ada tu parking reserved.Hantam sajalah..Tuan dia lambat lagi kot nak parking.Aku cukup trauma nak ke tempat yang tinggi.Asyik teringat kereta jatuh langgar tembok..
Lepas shopping baju dan tudung seba sedikit, aku pun jalan2 cuci mata sekejap.Lepas tu aku ke tempat parking.
Tu dia...tayar kereta aku dah kena rantai da...Nak menjerit rasanya..Lepas tu aku nampak sorang pak cik tu baru kemas2 barang yang dia lock tu.Dia datang ke tempat aku.Dia kata ikut undang2 kat sini, kalau nak bukak rantai tu kena bayar denda dulu RM50.Aku terkedu.Mak ai...mahal bebenor.Aku kata tak kan tak boleh kurang kot.Aku ngaku aku salah, tapi aku kata aku parking sekejap aje, takut naik tinggi2.Dia kata dia jalankan tugas.Aku kata undang2 manusia boleh diubah.Bukan tak nak bayar, tapi aku minta kurang sikit aje.Aku tengok muka pak cik tu dah seba salah.Kesian pun ada.Tapi...kesian lagi kat aku.RM50 tu boleh lepas duit minyak kereta aku seminggu wo...Aku pun goreng la kata duit aku dah habis buat shopping tadi.Duit yang ada ni cukup2 nak bayar duit tol aje.Aku kata aku datang dari jauh ni.Dia tengok plat kereta aku plat KL dia percaya kot aku dari jauh.
Last2 pak cik tu kata berapa sajalah anak boleh bayar berapa.Aku nak kata aku sanggup bayar Rm10 je rasa kesian lak pulak nanti pak cik tu kena marah dengan boss dia.Aku kata RM20 boleh pakcik? Dia kata bolehlah.Kesian kat anak tak dak duit.Iskh..iskh...dia perli aku ke atau memang dia kesian kat aku tak tau la..Akhirnya, duit bertukar tangan dan aku dengan rasa nyesal + marah + terkilan =berasap meninggalkan tempat itu tanpa menoleh lagi.Aku perasan ada sorang mamat security kat situ senyum sinis kat aku.Rasa macam nak tunjuk penumbuk aje kat mamat tu...
Aku ngadu kat hubby.Dia kata anggap la duit tu sedekah.Dah memang salah pun.Dah hampir 3 kali dah aku buat salah yang sama.Dulu, aku parking kat depan Billion PD kena gak denda.Pun denda RM20 gak kena bayar kat Majlis Perbandaran PD.Lepas tu sekali aku parking kat depan SBC Bookstore PD nyaris-nyaris gak kena saman majlis perbandaran sebab parking bukan di tempat sepatutnya.Tapi aku nasib baik masa tu sebab baru aje dia nak keluarkan surat saman, aku segera pergi ke situ dan minta maaf.Dia tak jadi nak saman.
Tapi, kali ni peristiwa ni memang meninggalkan kesan. Sebabnya...tayar kereta aku kena rantai dengan besi yang gadang..Ngeri betul...
Aku balik ke rumah dengan longlai.Sampai kat rumah ada sepucuk surat dari BSN.Baucer minyak Petronas hadiah peraduan tu dah sampai.Aku senyum sinis.Sebabnya, hadiah kemenangan tu jugak RM50.Sama dengan denda aku.Ironi sekali...

18 March 2009
ais krim Malaysia
Danial dan Anis suka sangat pergi rumah Abang Khalid, jiran aku yang tinggal di Blok B.Depa ke situ untuk membeli ais krim Malaysia.Selalu aku bagi duit RM1 kat depa untuk beli ais krim.Depa bawak balik 6 batang ais krim.Isteri abang Khalid cakap beli 5 percuma 1...
Aku risau gak depa selalu pergi situ.Bukan apa...nak pergi Blok B kena seberang jalan sebab blok aku dengan blok B setentang.Dah tu rumah Abang Khalid aras 1.Depa berdua kena naik tangga.Selalu aku yang teman depa berdua.Aku risau kalau2 Anis tu jatuh tangga ke, apa ke...sapa tak sayang anak wo...
sepanjang cuti sekolah ni aku fikir baik aku buat sendiri ais krim tu.Bukan susah sangat pun.Aku pergi kedai Hadhari.Aku beli plastik ais krim.Baru RM1.80 sepeket.Balik rumah aku bancuh air Milo.Guna setengah tin susu pekat.1 senduk Milo.Bubuh sikit gula.Aku pun dengan tekunnya buat la ais krim Malaysia perasa Milo.Danial dan Anis duk perati aku buat ais krim.depa nak tolong aku tak bagi.Aku cakap boleh tolong tapi tolong tengok aje...
Dah siap, maka dimasukkan ke dalam tempat pembeku.Danial dan Anis seronok sangat.depa tolong kira ada berapa semua ais krim.Satu, dua...wah ada 31 batang air krim semuanya...
Pagi2 bangun dari tido, selalu depa order susu sorang sebotol.sekarang terus ke peti sejuk dan ambil sorang satu batang ais krim.Anis kata " mama buat ais krim sedap..."Mana tak sedap, pekat dan bersari aku buat.
Mulai semalam, anak2 aku mewah dengan ais krim.Tak payah gi lintas jalan ke rumah Abang Khalid lagi...jimat belanja.Mama pun tak risau lagi keselamatan mereka.

diari
17 March 2009
Pemenang Peraduan Bayar Bil dan Menang BSN
Minggu lepas abang long beritahu aku yang surat dari BSN telah sampai di rumahku.Aku tanya abang long tentang isi kandungan surat tu.Abang long kata surat tu bertujuan memberitahu aku bahawa aku adalah salah seorang pemenang peraduan bayar bil dan menang.Aku kata pada abang long betul ke.sebabnya pada zaman sekarang ni ramai orang ambil kesempatan dengan menggunakan peraduan.Silap haribulan tertipu.Abang long kata nanti dia hantar emel kat aku tentang isi kandungan surat tu.
Tadi, semasa aku sedang surf internet, abang long hantar sms beritahu surat dari BSN dia dah hantar melalui emel.Aku pun baca la emel tu dengan ghairahnya.Ada nombor telefon untuk dihubungi.Memang sahlah, bukan sindiket penipuan sebabnya ada alamat ibu pejabat BSN KL.
Aku pun telefon la nombor yang diberi.Siap ada sambungan lagi.Panggilan aku dijawab oleh seorang lelaki.Suaranya romantis gitu...Dia ucapkan tahniah sebab aku terpilih sebagai pemenang.Dia sambungkan panggilan aku ke pegawai yang berkaitan.Panggilan aku disambut oleh seorang wanita pula.sungguh lunak dan sopan santun suaranya.Aku pun beritahu tujuan aku telefon.Dia minta alamat baru aku sebab urusan hadiah akan dihantar ke alamat baru aku.Rupa-rupanya aku terpilih sebagai pemenang bulan Februari.Hadiah saguhati aje.Baucer minyak dari Petronas sebanyak RM50.Saguhati pun jadilah...Lepas jugak duit minyak aku untuk seminggu...Sapa nak bagi???
Bulan Mac ni aku bayar bil TNB,bil air,bil telefon dan multimedia,bil astro guna kad ATM Giro BSN.Aku harap potensi untuk aku terpilih sebagai pemenang bulan Mac cerah sebab bulan lepas aku bayar 2 jenis bil aje.Kalau 2 jenis bil aku bayar terpilih sebagai pemenang saguhati, tak kanlah 4 jenis bil yang aku bayar bulan ni tak terpilih sebagai pememang utama kan??
Kalau la ada petugas BSN yang baca blog ku ni, PILIHLAH AKU JADI PEMENANGMU...
Ha...ha...mudah-mudahan.

Periksa PTK
Hari ni aku kena ambil periksa PTK.Konon-konon nak baca buku le pada hari Isnin.Tapi...tak adanya.Cuti bebonar aku kat rumah.Asyik melayan karenah anak2.Kami makan2,tengok TV, tolong Danial menulis dan mewarna dalam buku Anis.Mesti cikgu dia hairan tengok buku Anis cantik sangat diwarna.Mana taknya...Mama dia tolong warna..
Malam tadi aku baru buka buku.Study last minute mana tak gelabah.Akhirnya...aku tutup buku.
Pagi2 aku dah bangun.Aku cari maklumat pasal pendidikan dalam internet.Masuk jugala sedikit sebanyak maklumat untuk persediaan PTK nanti.Tapi, tah macam mana...terajin la pulak nak tulis sesuatu dalam blog..Harap aku berjaya dalam PTK nanti.

Perjumpaan Bersemuka UPM
Petang Jumaat aku beritahu Kak Tipah yang esok paginya aku akan hantar anak2 ke rumahnya.Kak Tipah memberitahu aku yang dia nak bawa anak2ku ke kenduri kahwin di Taman Selasih.
Malam itu, aku ambil keputusan untuk membatalkan hasratku ke UPM sebab aku rasa tak sedap hati.Entahlah.Aku pun tak tahu kenapa.Aku segera SMS Kak Norzi yang aku tak jadi ke UPM esok.
Pada hari Sabtu, lepas maghrib, tetiba aku terima call dari Kak Norzi yang dia masih lagi dalam perjalanan ke rumah.Dia terkandas dalam banjir di sekitar UPM.Mujurlah dia tidak keseorangan.Kak Sazelina dan Kak Rusimah turut tumpang kereta Kak Norzi.Mereka terpaksa mencari jalan alternatif lain untuk ke highway seremban.Dia kata tangannya menggigil sebab tak pernah berhadapan dengan keadaan seperti itu.Aku rasa mungkin sebab itu hati aku rasa tak sedap aje nak pergi UPM pada hari Sabtu.
Pagi Ahad, aku sudah bersiap untuk ke UPM.Aku kejutkan anak dan belikan mereka sarapan dahulu barulah dihantar ke rumah Kak Tipah.Danial order nasi lemak dan Anis hendak keow teow goreng.Selepas menghantar anak, aku segera ke rumah Kak Norzi.Sampai di plaza tol ke highway KL, Kak Sazelina dah tunggu aku di situ.Sorry la ye.Lambat sikit.Perjalanan kami berjalan lancar.Aku bawak kereta agak laju.Nak mengejar masa.Macam2 topik yang kami bualkan.Kak Norzi kata kuliah semalam banyak tips berguna yang diberi oleh pensyarah.Rugi gak la aku tak pergi.Tapi Kak Norzi dah tolong ambilkan nota untuk aku.
Sampai di UPM kuliah sudah berjalan kira2 15 minit.Pensyarah Media,Teknologi dan Masyarakat sedang menyampaikan kuliah.Selepas itu, kami minum teh yang disediakan di luar dewan.Selepas itu, Dr.Ma'rof menyampaikan kuliah yang bertajuk Pengantar Psikologi.Seronok sangat dengar kuliah dari Dr. Ma'rof.Jelas, tepat dan kelakar.
Kami bertolak ke rumah jam 12.30 tengah hari.Kami berhenti makan di RnR Seremban.Aku tapau lauk ikan keli masak lemak.Tak larat nak masak balik nanti.
Aku jemput Danial dan Anis dari rumah Kak Tipah.Mereka baru balik dari majlis kenduri doa selamat jiran Kak Tipah.Anis becok cerita yang cucu atok jiran Kak Tipah nak bersunat.Nak kena potong #### dia...Aku tergelak dengar cerita dia...Petang tu, aku suapkan depa makan nasi lauk ikan keli masak lemak cili api.Berselera depa makan.Walaupun pedas, tapi asyik bertambah nasi aje.Wah...selera noghori anak2 aku ni.Macam mana nak balik Kedah? Nampaknya aku kena belajar masak masakan nogori la sebelum berpindah ke sana. Tak apa.Asiah memang terro bab2 memasak terutamanya menu noghori ni...

11 March 2009
Balik kampung?...Mungkin tidak...
Hari ni aku rasa sunyi.Sunyi sebab selalu aku balik sekolah, mak aku ada di rumah.Mak aku ada di rumah aku dah sebulan lebih.Seronok sangat mak ada kat rumah.Setiap masa kami berborak2,bergosip...masak2...makan2.Yang paling aku seronok sangat balik sekolah aje, makanan tengah hari dah siap.Tak perlu lagi aku ke Zafas Cafe nak tapau makanan.Sedapnya...haruslah aku bertambah gemuk masa mak aku ada di sini.Danial pun suka sesangat mak aku ada di sini.Tiap2 hari nak cucur udang atau " coq kodok pisang".Aku tak suka sangat buat coq kodok.Tambah2 rupa bentuknya yang tak jadi bulat dan cantik.Hubby aku kata macam coq kodok yang bertanduk...Tapi, kalau mak aku buat, aku la yang nombor satu tukang makan.Sedap dan cantik aje mak aku buat.
Hari ni, aku kembali dengan rutin harian sebelum mak aku ada di sini.Pagi2 sibuk masak bekal makanan anak2, kejutkan anak2 dan angkat 2-3 beg barang ke kereta.Masa mak aku ada di sini, mak aku yang buat bekal anak2 dan mandikan depa berdua.
Ikut perancangan, aku hendak pulang ke kampung pada cuti sekolah ni.Tapi, nak buat macam mana hubby aku tak dapat jemput aku pulang ke kampung.Sebabnya, mulai 14 mac hingga pilihan raya kat kedah tu ( aku pun tak perasan nama tempat tu) hubby aku kena berada di tempat kursus untuk persediaan.Aku nak drive, sendiri dia tak bagi.Mak aku pun kata tak berani naik kereta dengan aku sebab nak balik kampung tu bukannya dekat...
Masa hubby balik Lukut Ahad tadi,aku pujuk lagi supaya membenarkan aku drive kereta balik kampung.Tapi, hubby tetap tak benarkan.Dia minta aku, mak dan anak2 balik kampung naik keretapi.Aku tak sanggup...Aku tahu sangat fiil anak-anak...2-3 jam boleh la duduk senyap.Lebih dari itu, mula la depa jalan sana sini.Bergurau senda.Silap2 gamat satu gerabak keretapi tu.Aku tak sanggup....
Bincang punya bincang..aku ambil keputusan tak balik kampung masa cuti ni.Hubby janji bulan 4 nanti dia akan pulang ke Lukut lagi.Petang Isnin, hubby dan mak aku bertolak pulang ke utara.Mak aku terpaksa balik ke kampung sebab 27 mac nanti mak ada temu janji dengan doktor di Hospital Taiping.Mak sempat buatkan aku tapai pulut.Hubby pulak tak habis2 berpesan kat aku jaga diri dan anak2 baik2.Aku dan anak2 melambai2kan tangan untuk hubby dan mak dengan sayu.Anak2 aku asyik mengomel"abah balik jumpa kita sekejap sangat".Kalau la ada kakitangan Kementerian Pelajaran yang baca blog aku ni...Ketahuilah kalian bahawa berilah ruang kepada aku untuk bertukar ke Kedah.Tegakah kalian melihat hubungan suami,isteri dan anak2 kian menjauh gara-gara karenah birokrasi untuk pertukaran guru antara negeri ???Andai kalian berada di tempat kami...sanggupkah kalian???Simpati dan berempatilah...
Aku dah susun jadual masa cuti ni supaya masa aku terisi.Sabtu dan Ahad aku akan ke UPM untuk perjumpaan bersemuka.Aku dah janji dengan Kak Norziah nak pergi sama2.Hari Isnin masa untuk aku study buku PTK.Hari Selasa aku akan ke SM Teknik untuk ambil Ujian PTK.Hari seterusnya aku akan siapkan tugasan Bahasa dalam Kesusasteraan Melayu.Tajuk tugasan aku susah gak.Semiotik Sebagai Kajian Lambang.Aku minta pandangan tutor aku untuk tugasan aku.Kawan aku yang lain dapat tajuk yang senang.Nasib aku la dapat tajuk yang agak mencabar.Tutor minta aku hubungi pensyarah, untuk tukar tajuk.Tapi, itu bukan prinsip aku.Aku jenis yang tak suka tukar2 benda yang aku dah dapat.Susah macam mana pun aku akan cuba usahakan.Nampaknya, cuti ni aku akan habiskan masa untuk buat tugasan ni.
Siti Asiah ada beritahu aku yang dia akan pulang ke Batu Kurau lepas PTK.Kalau2 aku nak konvoi dengan dia.Suhaili yang kahwin dengan orang Titi Serong pun ada offer aku untuk konvoi ke Parit Buntar.Jangan terkejut wahai ibu dan hubbyku andai aku dan anak-anak tiba-tiba muncul di hadapan kalian...jeng...jeng..

21 February 2009
Aku tak kira...
Lega rasanya dah siap satu tugasan.Baru satu.Ada 4 lagi tugasan menanti.Suka atau tidak aku terpaksa juga siapkan.Ini jalan yang aku pilih.Aku sabarkan diri...
Dah lama aku tak tulis kat blog aku ni.Walaupun banyak perkara menarik yang berlaku, tapi aku tak ada masa untuk menulis sesuatu di sini.Mak aku yang ada di rumah aku sekarang pun banyak kali cakap pada aku." kesian mak tengok hang ni.Terkejar-kejar ke sana sini." Nak buat macam mana mak.Di sini, akulah ibu, akulah abah anak2ku,akulah guru dan akulah pelajar.
Malam tadi hubby beritahu yang cuti dia dibekukan sebab Bukit Selambau kat Sungai Petani nak buat pilihan raya.Ini bermakna cuti bulan Mac nantilah saja untuk aku dapat berjumpa dengan hubby.Rasa rindu pada hubby hanya Tuhan saja yang tahu.
Pagi tadi aku dapat slip PTK.Ikut jadual PTK jatuh pada hari Selasa,17 Mac iaitu semasa cuti sekolah bulan Mac nanti.Aku tak kira...Aku dah nekad tak mahu ambil PTK sebab aku nak balik Kedah.Nak jumpa hubby aku.Biarlah aku kena penalti sebab tak ambil PTK.Biarkan...

14 February 2009
Aku stress
Tarikh hantar tugasan semakin hampir.Tugasan yang perlu dihantar pada 20hb ni belum siap lagi.Adus...aku semakin tertekan.Maklumat yang dikumpul sudah aku simpan.Aku bercadang hari ini adalah hari aku akan siapkan tugasan tu.Tapi, setelah berhempas pulas, aku akur akan kemampuanku.Hanya 6 mukasurat mampu aku siapkan untuk hari ini.Tajuk tugasan tu" Sila bincangkan bagaimana media teknologi komunikasi dapat menyumbang kepada pembangunan diri anda dalam menjadi pelajar cemerlang".Kalau setakat karangan macam form 6 dulu masa sekolah di Sek Men Panglima aku rasa aku boleh buat dalam masa 2 jam.Tapi ni tahap esei ilmiah.Tak kan aku nak buat tanpa sokongan sarjana dan penulisan ilmiah.
Dari pagi tadi aku ngadap komputer cabuk aku ni.Dah banyak kali jugak aku menjerit kat anak2 sebab kenakalan depa.Biasa la budak2.Sekejap ketawa sambil bergurau.Tak lama lepas tu menangis pulak sambil menyalahkan satu sama lain.Aduh...mama banyak kerja la anak-anakku.Harap faham okey...
Dari pagi tadi aku ngadap komputer cabuk aku ni.Dah banyak kali jugak aku menjerit kat anak2 sebab kenakalan depa.Biasa la budak2.Sekejap ketawa sambil bergurau.Tak lama lepas tu menangis pulak sambil menyalahkan satu sama lain.Aduh...mama banyak kerja la anak-anakku.Harap faham okey...
Label:diari,anak2,pengalaman
Luahan hati
06 February 2009
Mak bapak budak sekolah zaman sekarang...
Pagi tadi, semasa aku parking kereta di hadapan sekolah, aku nampak sorang mak budak yang berpurdah sedang bercakap dengan jaga sekolah aku.Aku kenal mak budak tu.Tahun lepas aku ajar anak dia.
Aku terus ke pejabat, punch card dan ke bilik guru.Selepas masuk kelas 1 Venus, aku free sampai pukul 10.30.Tetiba Haizy ke tempat Hasenah.
Haizy : Apa citer pagi tadi.Aku tengok mak U tu bukan main lagi.
Hasenah : Dia tak puas hati aku kata kat anak dia.
Haizy : Kau kata apa ?
Aku berminat untuk mendengar apa yang berlaku.Menurut Hasenah, dari bulan lepas dia pesan pada semua murid kelas 1Venus supaya membawa buku lukisan sorang sebuah.Dia kata tak payah beli yang mahal, yang harga RM2 pun tak apa.Janji ada buku lukisan.Lebih tersusun dan kemas.Tak perlu murid2 beli kertas lukisan sekeping setiap kali subjek lukisan.
Semua murid dah bawa buku lukisan tu.Hasenah simpan di dalam kelas.Sampai minggu ni, anak mak budak tu tak bawa juga buku lukisan.Dia tanya kenapa tak bawa.Tempoh diberi cukup lama.Budak tu senyap aje.Hasenah pun kata le" tak ada duit sangat ke sampai buku RM2 pun tak boleh nak beli? kalau tak ada duit cikgu boleh bagi."
Itu aje isunya...Mak budak tu datang sebab tak puas hati.Bagi dia cara Hasenah cakap macam menyindir dia.Macam dia tak ada duit sangat.Macam sengkek sangat.Hek eleh...Itupun nak jadi isu..Aku hairan sungguh la.Pakai purdah...Cikgu cakap macam tu pun nak sentap...Rajin sungguh mai sekolah semata2 nak jumpa cikgu pasal benda remeh tu.Kalau jumpa cikgu pasal perkembangan pelajaran anak2 ada jugak faedahnya...
Itu satu kes.Hari Jumaat sebelum cuti raya Cina hari tu, Norliza diserang oleh bapak budak.Budak 1 Venus jugak.Aku tak ada semasa kejadian tu sebab aku ambil cuti rehat khas.Hasenah la yang cerita kat aku.
Pagi Jumaat tu, Norliza sebagai guru kelas 1 Venus macam biasa masuk kelas.Dia perasan mata sorang budak tu, si M merah dan berair.sekejap budak tu gosok mata dia.Norliza pun tegur la jangan gosok mata kamu.nanti lagi sakit.Jangkit satu kelas nanti.
Tetiba semasa semua guru tengah meeting jam 2 petang, ada suara bapak budak berteriak kat bawah.GPK turun nak tengok apa yang berlaku.Tak lama lepas tu, GPK panggil Norliza turun ke dewan.
Bapak budak tu kata Norliza baling buku kena mata anak dia sampai merah.Tuduhan yang tak betul tu sudah pasti dinafikan oleh Norliza.Norliza kata mata budak tu dah memang merah dan berair masa dalam kelas.Dalam kelas saya mengajar, bukannya membaling buku tak tentu pasal pada budak.Bapak budak tu masih tak puas hati.Siap sindir lagi , cikgu gred DG berapa? Isteri saya pensyarah Politeknik tau.Hek eleh...berlagak tak kena gaya.Yang lawaknya, memang la bini dia pensyarah.Tapi dia tu pencen askar dan sekarang tak kerja.Jadi suri rumah tangga.Jaga anak kat rumah.Tu pun nak angkuh tak kena gaya.Yang hairannya, dia tak bawak sekali anak dia.Dia percaya sangat cakap anak dia.Lain kali, kalau nak hantam cikgu, bawak sekali anak dia.Baru la boleh dengar cerita dua belah pihak.
Dia mahu Norliza minta maaf.Norliza kata kalau dia salah memang la dia minta maaf.Ini dia langsung tak sentuh anak dia.Macam mana nak minta maaf.Dalam bebelan yang tak tentu hujung pangkal bapak budak tu pun balik...
Nampaknya kedua2 kes awal tahun ni kelas 1 Venus.Kelas yang aku ngajar tu.Aku mangsa amukan mak bapak yang seterusnya???Minta jauhkan dari bahaya...Kekadang, sikap mak bapak budak yang cepat melatah membantutkan hasrat dan semangat cikgu.Aku senang aje.Aku ikut rentak mak bapak.Dulu aku bagi kerja rumah, ada mak bapak komplen anak depa bukan robot.Hah...sekarang memang aku tak bagi kerja rumah.Hanya kerja dalam kelas sahaja.Setiap hari Jumaat saja aku bagi kerja rumah.tu pun tak banyak.Maalum la anak depa bukan robotkan...Kerja tak siap ??? Tak kuasa aku nak denda anak depa...Aku bagi nasihat aje...Kalau ada perubahan.Good.tapi kalau dah memang memanjang budak yang sama buat kerja cincai, kerja tak pernah siap...aku cuma cakap " Ikut kamulah.Kamu yang hendak pandai.Kamu malas cikgu tak rugi apa2.Gaji cikgu tetap jalan..Nak rotan??? Tak kuasa aku.Nanti ada pulak mak bapak yang datang serang aku...Itu kehendak mak bapak zaman sekarang.Aku cuma mengikut rentak mereka...

Hal sekolah
05 February 2009
Anak2 Penyejuk hati, Penenang fikiran
Antara topik yang paling popular ketika aku dan kawan2 sekolah aku berborak2 semasa waktu free ialah topik anak2.Aku selalu menjadikan kakak2 yang lebih senior sebagai idola cara mereka membimbing dan mendidik anak mereka terutamanya jika anak2 mereka itu ' menjadi'.
Aku bercadang hendak menghantar Danial dan Anis ke kelas Iqra.Ustazah Sumariha, ustazah j-Qaf di sekolah aku bersetuju hendak mengajar Danial dan Anis.Tapi, rumah Sumariha jauh sangat.Kat Springhill.Aku terus cari alternatif lain.Aku pujuk Asiah yang tinggal di kuaters sama dengan aku.Asiah memohon maaf sebab tak dapat mengajar anak2 aku.Kesibukannya menguruskan 3 orang anak yang rapat2 menyebabkannya penat dan tak ada masa.
Kak Zainon, ustazah yang duduk di hadapan aku di bilik guru mencadangkan aku menghantar anak aku ke Pusat Pengajian Islam yang terletak berdekatan dengan kuaters tempat tinggalku.
Petang tadi aku bawa anak2ku ke tempat berkenaan.Anis nampak begitu teruja.Danial nampak takut2.Danial bersongkok dan Anis pulak aku pakaikan tudung.Sampai di situ, ustaz Hafiz meminta aku mengisi borang pendaftaran.Menurutnya, kelas mengaji tu setiap hari Isnin- Jumaat.Bayaran pendaftaran RM40 dan bulanan sebanyak RM40.Aku bayar RM160 untuk bayaran pendaftaran dan bulanan untuk anak2ku.
Ustaz meminta Danial dan Anis masuk ke kelas mengaji.Aku lihat terdapat kira2 6 orang murid2 yang berusia lingkungan 6-10 tahun.Danial mula menyorok di belakangku.Aku memimpin tangan anak2ku masuk.Yang lucunya, semasa aku hendak keluar dari bilik tu, depa berdua pun mengekor sekali.Mahu tak mahu aku pun duduk sekali dengan mereka.Ustaz tu pujuk Danial dan Anis untuk belajar baca Iqra.Anis terus duduk berhadapan dengan ustaz tu.Laju je dia ikut ustaz tu baca " A, Ba, A"... cepat tangkap jugak anak aku tu.Otak anak2 umpama span yang mudah menyerap apa sahaja yang diajar.
Sampai turn Danial, dia dah tunjuk ragam.Dia langsung tak mahu duduk atas kerusi.Pujuk punya pujuk, ustaz tu bawa Danial ke ustazah bilik sebelah pulak.Kali ni tempatnya lebih santai.Duduk bersila atas lantai.Aku turut duduk sebelah Danial.Nak gelak pun ada.Ustazah tu minta Danial ikut dia baca, Danial muncungkan mulut dia.Aku pujuk dia lagi.Akhirnya, dia pun ikut baca.Untuk kali ke dua, ustazah tu tunjuk je dan minta Danial baca.Boleh je dia baca...tak sampai 5 minit dah habis 1 mukasurat.Ustazah tu nak masuk mukasurat kedua, Danial dah angkat punggung.Dia ajak aku balik, 'Danial nak makan, lapar...' katanya.Ustazah tu gelak aje dan meminta agar esok mereka datang lagi.
Selepas bersalaman, kami pun turun ke kereta.Danial nak makan sate, Anis pulak nak pizza.Aku kata hari ni makan pizza dan esok makan sate.Anak2ku bersorak gembira.Aku minta depa berjanji esok mesti datang mengaji lagi.Danial mengangguk dalam paksa.Anis cepat je mangangguk.Aku terus ke PD untuk beli pizza.Aku sebenarnya dah lama tak beli barangan Amerika sebagai tanda boikot aku.Nampaknya hari ini terpaksa berkorban demi anak2.
Di PD, aku singgah ke kedai buku membeli Iqra sebab di rumah cuma ada 1 set sahaja.Nanti berebut pulak Danial dan Anis.Lepas beli buku dan pizza, aku ke kedai Sakan membeli tudung untuk Anis.Aku beli2 helai.Satu warna putih dan 1 lagi warna peach.Sampai ke rumah, aku telefon hubby.Kedengaran suara ceria hubby mendengar anak2nya belajar mengaji.Dia juga bercakap dengan anak2ku dan menasihati anak2 supaya rajin2 pergi mengaji.
Untuk hari ini sahaja habis duitku RM200++ untuk pengajian Al-Quran anak2.Tapi , tak apa, jumlah itu masih kecil jika dibandingkan dengan manfaatnya nanti.Aku rasa tak rugi aku menghantar anak aku ke situ sebab setiap Jumaat, ustaz itu akan mengajar anak2ku sembahyang.Selama ini anak2 aku cuma meniru pergerakan aku dalam solat sahaja.semoga nanti, bacaan dalam solat juga dapat dipelajari oleh anak2ku dengan jayanya.Mulai esok, bermulalah rutin aku menghantar dan menjemput anak2ku ke kelas pengajian Islam.

Mengajar Anak Tidur Di bilik Sendiri.
Aku dah lama nak ajar anak2 aku tidur berasingan dengan aku.Tapi, tak pernahnya menjadi.Mana taknya, semasa nak tidur, selagi tak dapat bau ketiak aku, anak2 tak mahu tidur.Selalunya, aku dan anak2 tidur bertiga di atas tilam yang diletakkan di atas lantai.Seorang di sebelah kiri dan seorang lagi di sebelah kanan.Kepala masing2 diselitkan di bawah ketiakku.Dah lena, barulah aku boleh angkat tanganku yang kekadang sudah lenguh dan umpama seekor burung sedang mengembangkan kepaknya.
Malam tadi, aku dapat satu idea.Anis yang sudah terlena di depan TV aku angkat dan letakkan di atas katil bujang di bilik.Aku minta Danial tidur di katil lagi satu yang terletak bersebelahan katil adiknya.Danial tak mahu.Aku paksa jugak.Akhirnya, aku kunci bilik aku dan biarkan dia di luar.Dia menangis sekejap.Aku buat tak tahu.Tak lama kemudian,suasana menjadi senyap aje.Tak lama selepas itu, aku buka pintu bilik.Kelihatan Danial sudah tidur di atas katil.Akhirnya usaha aku untuk mengajar anakku tidur di bilik berasingan dengan aku sudah berjaya.Walaupun cara aku agak kejam...
Label:diari,anak2,pengalaman
Anak-anak
29 January 2009
Aku lambat bangun pagi
Malam tadi aku set jam kat handphone macam biasa pukul 5 pagi.Lepas pastikan anak2 pergi toilet, aku pun terus berbaring dan terus lena diulit intan.
Sayup2 kedengaran bunyi burung berkicau.Aku buka mata.Ya Allah! dah siang.Aku bergegas ke bilik mandi.Mandi secepat yang mungkin.Aku lihat jam sudah pukul 7.30 pagi.Kalau hari sekolah biasa jam 7.30 aku dah masuk ke kelas mula mengajar.Aku segera hantar sms pada Kak Shaharani yang aku lambat sikit ke sekolah sebab bangun lambat.Lambat sikit?? bukan sikit dah lambat banyak ni...
Aku tepuk dahi.Baju pun belum gosok lagi.Hari ini Khamis.Kena pakai baju batik.Nak gosok baju batik memang lama sikit.Alang2 dah lambat baik aku gosok baju batik sutera tu.Selepas selesai gosok baju, aku segera bersiap.Macam biasa, bekal minuman Danial dan Anis aku sediakan.Walaupun lambat, tugas sebagai ibu tetap aku lakukan.Aku kejutkan anak2 dari tidur.Danial nampak tercengang2 sebab dari cahaya di tingkap, nampak matahari yang semakin meninggi.Dia tanya " hari ni cuti ke mama?" aku jawab " bukan cuti, tapi mama bangun lambat".
Aku bergegas menghantar anak ke rumah Kak Tipah.Dalam perjalanan tanda isyarat minyak sudah menyala.Aku terus belok ke stesyen minyak Shell untuk mengisi minyak.Alang2 lambatkan... Tetiba Kak Sha telefon.Dia pesan jangan tergesa2 bawak kereta tu.Lambat tak apa asalkan selamat sampai ke sekolah.Sayang Kak Sha...prihatin sungguh.
Sampai di sekolah, aku segera ke padang sebab pagi ni ikut jadual masa permainan bola baling.Mujur la permainan bola baling ada 4 orang guru penasihat.Jadi, walaupun aku tak ada masih ada 3 orang guru boleh handle.Di padang, Kak Yanti dah senyum kat aku sambil kata " hai, cik abang tak ada pun bangun lambat gak".Aku cuma gelak je.
Hari ni aku jadi bahan usikan sebab kes bangun lambat.Sebelum ni Kak Pah pun pernah gak pergi sekolah lambat juga kes bangun lambat.Aku pun tak tahu kenapa pagi ni aku boleh tak sedar bunyi jam yang sudah disetkan.Selalunya jam 5 pagi aku akan terjaga dengan sendirinya walaupun jam belum berbunyi lagi.
Aku balik sekolah jam 5 petang sebab ada kelas tambahan Matematik tahun 6.Aku gilir2 dengan Haslinda untuk mengajar kelas tambahan kelas 6 Venus setiap hari Khamis.Hari ini turn aku pulak sebab minggu lepas turn Haslinda.
Bila kawan2ku yang tidak tahu aku ada kelas tambahan bertanya kenapa hari ni aku balik lambat? Aku jawab sambil bergurau." sebab pergi sekolah lambat, so balik pun kena lambat.ganti balik".
Aku harap insiden seperti pagi ini tidak berlaku lagi...Letih aku mengejar masa...

27 January 2009
Kenangan kenduri

Gambar Man yang aku ambil dari azimfoto fotopages.Gambar yang lain aku tak sempat nak ambil dalam bentuk soft copy.
Jumaat.
Pagi Jumaat,23 hb aku,hubby dan anak2 sudah meninggalkan Lukut dan menuju ke Parit Buntar.Kami bertolak jam 10.35 pagi.Aku singgah ke Tadika anak2 untuk membayar yuran untuk bulan Februari.Selesai urusan, kami meneruskan perjalanan.Anak2 nampak seronok sangat sebab hendak pulang ke kampung untuk bertemu atok,sepupu dan paling best bak kata Anis,"Acu Nan nak kawin dengan makwe dia".
Sampai di Sepang, anak2 dah tertidur.Aku dah masak dengan feel depa.Dalam kereta, bagi sorang satu botol susu,turunkan kerusi,tak sampai setengah jam tidurlah mereka.Hubby dapat memandu dengan tenang.Kereta di lebuh raya tak banyak sangat.Pemanduan hari ini sangat selesa.
Kami cuma berhenti di R&R Tapah untuk berehat, makan tengah hari dan solat.Jenuh gak nak kejutkan anak2 yang sedang lena diulit intan...Kami makan dengan agak berselera.Maalumlah dari pagi perut tidak diisi...
Kami singgah di Parit Gabis, Bagan Serai rumah mentuaku.Emak mentua menyambut kedatangan kami dengan sangat gembira.Terkocoh2 mak mentua dan Kak Faizah, kakak iparku memasak nasi dan goreng ikan.Aku katakan pada mereka jangan susah2 sebab kami dah makan.Tapi, ibu mentuaku memang begitu, akan memastikan kami makan nasi dahulu jika datang ke rumahnya.
Lepas makan, kami terus ke Parit Tok Ngah.Sampai di rumah, Kak Yati dan Abang Cu sedang sibuk menghias bilik pengantin.Abang Long sedang sibuk membungkus cenderahati tetamu.Selepas bersalaman, semua tekun menyambung kerja.Aku yang masih pening2 lalat hanya mampu berehat.Aku buka tudung saji.Wow! ada lauk masak lemak labu dengan keli goreng dan sambal belacan.Kami makan nasi lagi.Danial begitu berselera makan.Sampai 3 pinggan.Hubby yang dah kenyang pun habis juga sepinggan makan.

Sabtu
Hari ini masing2 sudah sibuk dengan tugas masing2.Aku dari pagi hingga ke petang tidak berhenti buat macam2 kerja.Hubby dan abang iparku menggoreng ayam.Aku menyiapkan bahan untuk menggoreng bihun.Petang itu, ramai jiran2 yang datang untuk menolong kami menyiapkan cenderahati.Kak Yati selaku chef memasak bihun goreng.Hubby ditugaskan membancuh air untuk tetamu.Aku dan Kak Cik menggelarkan diri kami AJK Jamuan menyiapkan hidangan ala bufet.Kami hidangkan bihun goreng, kuih seri muka, air dan kurma dari Mekah yang dibawa oleh Kak Yati.
Petangnya, ramai saudara mara aku yang datang.Mak Lang dari Bagan Datoh, Pak Anjang dari Kajang,mentua Kak Yati dari Melaka dan sepupu2ku yang jauh2.Ada yang bermalam di rumahku,rumah Mak Teh, di rumah jiran yang kami sewa dan ada juga yang tidur di hotel di Parit Buntar.
Malamnya, masing2 sibuk dengan kerja yang ada2 saja dan belum selesai sepenuhnya.Aku tidur jam 12 malam.Aku tak tahu yang lain tidur pukul berapa sebab semasa aku tidur, suasana masih riuh rendah.
Corat-coret di hari kenduri...
1. Tanganku melecur gara2 terpegang besen berisi ayam yang diletakkan berdekatan dengan api gas.4 jari kiriku melecur agak teruk.Suasana agak kecoh sebab aku menangis kesakitan sambil merendamkan tangan dalam kolah bilik mandi.Ada yang lumurkan ubat gigi, madu lebah dan air gamat.Hingga sekarang, pergerakan aku agak terbatas sebab jari aku mengelembung dan agak sakit.
2. Rombongan pengantin terpaksa berjalan sejauh kira2 800meter sebab kereta tidak dapat masuk ke dalam tali air di rumahku gara2 ada tetamu yang parking kereta agak ke tengah dan menghalang laluan kereta lain.Kesian pada pengantin dan rombongan yang terdiri dari orang tua dan yang berkerusi roda sebab terpaksa berjalan jauh.
3. Nasi yang disediakan oleh pihak katering habis di saat ramai tetamu datang.Kelam kabut kakakku masak nasi guna periuk besar di rumah.Akibatnya, tetamu terpaksa menunggu sebentar sementara menunggu nasi masak.Pihak katering menghantar nasi tambahan kemudiannya.
4. Kira2 jam 2 petang, lauk pula habis.Tetamu masih ramai yang datang.Aku segera maklumkan pada kakak2ku.Kami segera mengeluarkan ayam masak merah yang sengaja kami masak pagi tadi.Lauk ikan goreng untuk kenduri tahlil malam sebelum juga kami keluarkan dan hidangkan untuk tetamu.Sambal ikan bilis untuk sarapan pagi tadi juga turut dihidangkan.Timun kami potong dan jadikan jelatah.Tak sangka lauk on the spot tu jadi kesukaan tetamu terutamanya sambal ikan bilis dan jelatah.Depa kata lain dari lain lauk kenduri kali ini.Yang sebenarnya lauk itulah jadi penyelamat keadaan.
5. Tetamu yang datang diluar jangkaan.Tempahan makanan katering untuk 1000 orang tetamu tidak dapat menampung tetamu yang hadir.Mujurlah kami ada lauk penyelamat iaitu ayam masak merah,sambal ikan bilis,jelatah dan ikan goreng.Cenderahati untuk tetamu berjumlah 1000 buah beg juga habis menjelang jam 1 petang.Tetamu yang datang selepas waktu itu terpaksa pulang dengan tangan kosong.
6. Sudah 2 minggu kampungku tidak hujan.Tiba2 semasa rombongan pengantin ingin pulang, hujan turun dengan lebatnya.Orang kata hujan semasa kenduri memberi petanda pengantin sentiasa murah rezeki.Mudah-mudahan.Amin.
7. Kami sekeluarga memakai baju sedondon berwarna ungu.
8. Sariza dan Hasnah rakan sekolahku turut datang bersama suami dan anak masing2.Tak sangka Hasnah yang mempunyai kelulusan Ijazah Kejuruteraan mempunyai anak yang sudah besar berumur 8 tahun dan menjadi suri rumahtangga sepenuh masa.
8. Aku dan hubby ditugaskan untuk menyambut kedatangan rombongan pengantin perempuan di susur keluar Bandar Baharu.
9. Man, selaku pengantin bersiap di rumah Abang cu di Bandar Baharu.Pengantin mengenakan pakaian berwarna kuning.
10. Aku, hubby dan anak2 pulang ke Lukut jam 6 petang hari kenduri tu.Kami singgah di rumah mentua.Selepas makan dan solat, kami tidur sebentar.Konon hendak bertolak ke Lukut jam 12 malam.Hubby terlena sehingga jam 4 pagi.Kami bertolak ke Lukut dari Bagan Serai jam 4 pagi dan sampai ke Lukut jam 8 pagi.

Hubby dah balik Kedah.
Petang semalam, jam 6 petang hubby dah bertolak ke Kedah.Aku sedih sangat.Tak puas lagi nak bermesra dan bermanja. Anak2 pulak nampaknya releks aje.Aku sudah siapkan barang2 untuk hubby bawa ke Kedah.Kuih Almond London 1 bekas, air masak 1 bekas 8 liter dan buah limau mandarin.Aku panjatkan doa agar hubby sampai dengan selamat sebab hubby aku bawa kereta Wira yang aku sendiri rasa risau kalau2 kereta tu buat hal di tengah jalan.Hubby sanggup berkorban dengan meninggalkan kereta yang selesa dan besar untuk aku dan anak2 di sini.Sedangkan hubby terpaksa membawa kereta Wira yang sudah berusia 10 tahun, tak ada aircond dan gear box yang ada sikit problem.Teringat ciuman perpisahan dan lambaian tangan untuk kami anak beranak.
Jam 12 malam aku hantar sms untuk bertanyakan keadaan hubby.Syukur hubby sudah sampai di Jawi dan menurut hubby, jalan tidak sesak dan kereta juga tidak menghadapi masalah.Aku rasa lega sangat dan barulah aku dapat melelapkan mata untuk tidur.Jam 8 pagi, hubby terpaksa bekerja.Maknanya hubby masih ada masa untuk tidur dan berehat.Aku harap hubby dapat ke tempat kerja dengan segar dan ceria.
Label:diari,anak2,pengalaman
kenduri
21 January 2009
Cuti rehat khas...
Isnin tadi aku hantar message pada guru Besar aku akan keinginanku untuk meminta cuti rehat khas pada hari Jumaat ini.GB aku MC selama 3 minggu kerana tangannya patah akibat jatuh dari bilik air.Tak lama lepas tu GB balas memberi lampu hijau pada aku untuk memohon cuti.Aku pun apa lagi, terus isi borang dan serahkan pada CC, Kak Roslina.Lepas tu, aku beritahu pada GPK 1 Kak Sabidah yang aku bercuti hari Jumaat ni dan harap dapat buatkan jadual relief untuk aku.
Hatiku berbunga riang.Bukannya apa, perancangan yang dibuat berjalan lancar.Cuma aku agak terkilan kerana aku cuma bercuti selama 4 hari di kampung sebab sekolah aku cuma bercuti hingga hari selasa.sekolah lain semuanya cuti seminggu.Dah nasib...
Hari ini, aku bereskan semua kerja yang tertangguh.Hari ini aku buat meeting untuk AJK Nilam.Aku sebagai penyelaras membuat meeting cukup syarat je.Semua bersorak gembira sebab meeting paling cepat habis.15 minit aje meeting yang aku buat.Cuma nak lantik ketua bahagian masing2 aje.Yang lain, pandai la aku taram dalam minit mesyuarat nanti.Aku selalu macam tu.Walaupun aku pengerusi, tapi minit mesyuarat aku yang buat sebab aku akan puas hati kalau aku yang taip dan mencinta ayat tu.Kalau aku setiausaha dah semestinya aku jugak la yang buat minit mesyuarat.
Balik sekolah, aku terus buat 2 minit mesyuarat.sebabnya esok aku akan serahkan pada GPK 1 dan hari Jumaat aku dah cuti.Punya laju aku menaip minit mesyuarat.Akhirnya siap juga 2 minit mesyuarat.Satu AJK Nilam dan satu lagi Panitia Matematik.Aku kalau kerja last minit ni pandai pulak mencipta ayat.Tetiba ilham datang.
Malam ni, aku akan packing baju untuk balik kampung dan kemas sikit2 rumah.Maalumlah, esok pagi hubby akan sampai ke Lukut dari Kedah.Aku dah kemaskan bilik yang selalu hubby aku landing.Pada anak2 aku dah cerita yang abah akan sampai esok.Nampak Danial macam tak percaya aje..Ikut suka hatilah anak2ku...Asalkan mama percaya dan happy sangat2 atas kepulangan suami ke pangkuanku...Yang lucunya, Kak Sha jiran depan rumahku asyik mengusik aku aje kat sekolah tadi.siap dia kata 1 jam sekali dia nak ketuk pintu aku konon2 nak tanya hal sekolah atau nak bagi juadah apa2 yang patut masa hubby aku ada di rumah...Apa-apalah Kak Sha...
Aku telefon mak malam tadi, beritahu tentang kepulanganku yang hanya 4 hari sahaja.Mak aku kata persiapan dah beres.Jangan bimbang.Mak aku kata dijangka ramai sanak saudara aku jauh dan dekat akan datang sebab ini kenduri kahwin yang terakhir di rumahku.Abang long terpaksa tempah Parit Buntar Inn atau Hotel Damai untuk penginapan kawan2 kakakku dari KL dan Filipina.Aku rasa tak adalah sesak sangat kot rumah aku nanti.sesak sangat, aku tidurlah rumah mentua kat bagan Serai.Apa2 pun aku berharap agar kenduri nanti berjalan dengan lancar.InsyaAllah...

17 January 2009
Tetiba aku rasa sebak...
Hari ini aku dan anak2 betul2 berehat di rumah.Sekolah lain hari ini hari persekolahan sebab nak ganti cuti untuk hari raya Cina nanti.Sekolah aku cuma cuti 4 hari untuk hari raya Cina.Jadi, hari ini tak perlu ke sekolah...Anak2 seronok sangat lihat aku ada di rumah.Kalau tidak asal hari Sabtu aje aku akan ke kelas di Seremban dan mereka ditempatkan di rumah Kak Tipah.Hari ini aku hanya berkemas rumah dan menonton televisyen.Makanan pun beli sahaja di kedai.Makan tengah hari di Ijaz Corner dengan menu burung puyuh goreng dan kari sotong pedas.Menu petangnya pula aku beli sate dan nasi impit di Gerai sate Wak Sukirman.Lepas maghrib, anak2 dah tergolek terlena di depan tv.Masing2 kekenyangan dan puas hati sebab hari ini macam2 aktiviti kami lakukan sama2.Sidai baju,sapu sampah, main buaian dan makan2.selepas anak2 tidur, aku pun mula melayari internet.Aku buka blog isuhangat.Tetiba aku rasa sebak baca cerpen ni.Aku memang mudah terasa sayu jika ada cerita berkaitan dengan budak2.Mungkin sebab naluri keibuanku dan anak2 yang semakin membesar.Moral dari cerita ni, walau bagaimana lasak dan nakal pun anak, mulut kita mesti jaga dan jangan cakap yang bukan2.Tambah2 kita sebagai ibu.Kata2 seorang ibu adalah satu doa.Layan dulu cerita di bawah...
Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta di halakan ke dalam garaj. "Horey! Papa balik!" Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya."Tepi! Bahaya tau tak?" Jeritnya. Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar."Aimin bawa adik ke belakang." Arahnya pada anak yang sulong. Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka."Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita," pujuk Laila.Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun. "Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat!Tutup paip tu! Buka shower!" Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya. "Asal saya balik rumah mesti bersepak. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?" sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu."Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman." Balas isterinya lembut. "Fail saya kat depan tu mana?""Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan." "Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi." Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu. Suasana sepi kembali.Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya. "LailaΓ’€¦.." Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa. "Saya nak ke out station minggu depan!.""Lama?" Soal Laila."Dalam seminggu.""Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?""Budak-budak? " "Ikut jugalah.""Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana.Tengok masa kat Legacy dulu tu!""Masa tu Amirul kecik lagi." Balas Laila. Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku.Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi."Bolehlah Pa! Lama sangat kita tak ke mana-mana.""Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung," Muktamad!Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama."Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!""Manalah saya ada masa.." "Takpe.. pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!" Dia tersentak dari khayalannya. "Kalau tak suka pulangkan balik!" Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir. Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan.. bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma.. "Mizi, makan!" Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu.. "Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah." "Papa! Makan!" Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya. "Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?"Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur. "Awak masak apa?""Mama masak sup tulang dengan sambal udang!" jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut."Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!""Papa nak ke mana?" Soal isterinya perlahan."Keluar!""Mama dah masak Pa!""Awak saja makan!""Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!"Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan. "Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?" Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi. "Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan." "Abang tak suka tengok papa marah-marah. ." "Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macamgorilla kan?"Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa? Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong."Laila.." serunya"Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti." Kata ibunya yang muncul tiba-tiba. "Sunyi pulak rumah ni mak,""Lama-lama kau biasalah."Airmatanya menitis laju. "Kalau tak suka pulangkan!" Dia rasa terhukum.Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat. "Papa beli apa untuk Aiman?" Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya."Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu.""Tak ada lah?""Ingat papa ni cop duit?"Aiman termanggu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang mendulang berisi hidangan minum petang.Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya. "Awak tak sihat ke?"Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan."Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi." Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya.Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat."Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!" Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis.Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya."Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!"Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak."Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan. " Ujar Laila perlahan "Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya?Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana, kecah barang. Gila apa?" Omelnya kembali.Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka."Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni."Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang. Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah. "Celaka betul!" Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja."Abang!""Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan!Perangai satu-satu macam tak siuman!" Getusnya kasar.Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak. "Pak Ngah, Eddie nak balik!" Shamizi terpana. Dia mengangguk. "Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti." Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A. "Laila!""Papa nak ke mana hensem-hensem gini?" Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. "Wangi-wangi lagi. Dating ye?""Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff." Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya. "Ikut boleh?""Dia tak ajak family. Staff only!" Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang. "Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami.""Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. ""Papa pesanlah.."Nantilah besar sikit." Dalihnya. "Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun." "Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,"Laila terdiam. "Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki.""Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik." "Mama tanya sikit boleh?"Dia mengangguk "Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?"Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya."Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik," ujar Mr. Kwai, tuan rumah.Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran.. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain.Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan. "Kalau tak suka pulangkan!" Kata-kata itu semakin keras di fikirannya. Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian. "Kamu semua ni.. kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan! " Laila merenungnya dalam..Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah.Bekal di dalam bekas tidak diambil. Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa.. "Kalau tak suka pulangkan," Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan.. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambatrindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila& Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya. Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah. Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan.

renungan
Subscribe to:
Posts (Atom)