Aku bercadang hendak menghantar Danial dan Anis ke kelas Iqra.Ustazah Sumariha, ustazah j-Qaf di sekolah aku bersetuju hendak mengajar Danial dan Anis.Tapi, rumah Sumariha jauh sangat.Kat Springhill.Aku terus cari alternatif lain.Aku pujuk Asiah yang tinggal di kuaters sama dengan aku.Asiah memohon maaf sebab tak dapat mengajar anak2 aku.Kesibukannya menguruskan 3 orang anak yang rapat2 menyebabkannya penat dan tak ada masa.
Kak Zainon, ustazah yang duduk di hadapan aku di bilik guru mencadangkan aku menghantar anak aku ke Pusat Pengajian Islam yang terletak berdekatan dengan kuaters tempat tinggalku.
Petang tadi aku bawa anak2ku ke tempat berkenaan.Anis nampak begitu teruja.Danial nampak takut2.Danial bersongkok dan Anis pulak aku pakaikan tudung.Sampai di situ, ustaz Hafiz meminta aku mengisi borang pendaftaran.Menurutnya, kelas mengaji tu setiap hari Isnin- Jumaat.Bayaran pendaftaran RM40 dan bulanan sebanyak RM40.Aku bayar RM160 untuk bayaran pendaftaran dan bulanan untuk anak2ku.
Ustaz meminta Danial dan Anis masuk ke kelas mengaji.Aku lihat terdapat kira2 6 orang murid2 yang berusia lingkungan 6-10 tahun.Danial mula menyorok di belakangku.Aku memimpin tangan anak2ku masuk.Yang lucunya, semasa aku hendak keluar dari bilik tu, depa berdua pun mengekor sekali.Mahu tak mahu aku pun duduk sekali dengan mereka.Ustaz tu pujuk Danial dan Anis untuk belajar baca Iqra.Anis terus duduk berhadapan dengan ustaz tu.Laju je dia ikut ustaz tu baca " A, Ba, A"... cepat tangkap jugak anak aku tu.Otak anak2 umpama span yang mudah menyerap apa sahaja yang diajar.
Sampai turn Danial, dia dah tunjuk ragam.Dia langsung tak mahu duduk atas kerusi.Pujuk punya pujuk, ustaz tu bawa Danial ke ustazah bilik sebelah pulak.Kali ni tempatnya lebih santai.Duduk bersila atas lantai.Aku turut duduk sebelah Danial.Nak gelak pun ada.Ustazah tu minta Danial ikut dia baca, Danial muncungkan mulut dia.Aku pujuk dia lagi.Akhirnya, dia pun ikut baca.Untuk kali ke dua, ustazah tu tunjuk je dan minta Danial baca.Boleh je dia baca...tak sampai 5 minit dah habis 1 mukasurat.Ustazah tu nak masuk mukasurat kedua, Danial dah angkat punggung.Dia ajak aku balik, 'Danial nak makan, lapar...' katanya.Ustazah tu gelak aje dan meminta agar esok mereka datang lagi.
Selepas bersalaman, kami pun turun ke kereta.Danial nak makan sate, Anis pulak nak pizza.Aku kata hari ni makan pizza dan esok makan sate.Anak2ku bersorak gembira.Aku minta depa berjanji esok mesti datang mengaji lagi.Danial mengangguk dalam paksa.Anis cepat je mangangguk.Aku terus ke PD untuk beli pizza.Aku sebenarnya dah lama tak beli barangan Amerika sebagai tanda boikot aku.Nampaknya hari ini terpaksa berkorban demi anak2.
Di PD, aku singgah ke kedai buku membeli Iqra sebab di rumah cuma ada 1 set sahaja.Nanti berebut pulak Danial dan Anis.Lepas beli buku dan pizza, aku ke kedai Sakan membeli tudung untuk Anis.Aku beli2 helai.Satu warna putih dan 1 lagi warna peach.Sampai ke rumah, aku telefon hubby.Kedengaran suara ceria hubby mendengar anak2nya belajar mengaji.Dia juga bercakap dengan anak2ku dan menasihati anak2 supaya rajin2 pergi mengaji.
Untuk hari ini sahaja habis duitku RM200++ untuk pengajian Al-Quran anak2.Tapi , tak apa, jumlah itu masih kecil jika dibandingkan dengan manfaatnya nanti.Aku rasa tak rugi aku menghantar anak aku ke situ sebab setiap Jumaat, ustaz itu akan mengajar anak2ku sembahyang.Selama ini anak2 aku cuma meniru pergerakan aku dalam solat sahaja.semoga nanti, bacaan dalam solat juga dapat dipelajari oleh anak2ku dengan jayanya.Mulai esok, bermulalah rutin aku menghantar dan menjemput anak2ku ke kelas pengajian Islam.
Mengajar Anak Tidur Di bilik Sendiri.
Aku dah lama nak ajar anak2 aku tidur berasingan dengan aku.Tapi, tak pernahnya menjadi.Mana taknya, semasa nak tidur, selagi tak dapat bau ketiak aku, anak2 tak mahu tidur.Selalunya, aku dan anak2 tidur bertiga di atas tilam yang diletakkan di atas lantai.Seorang di sebelah kiri dan seorang lagi di sebelah kanan.Kepala masing2 diselitkan di bawah ketiakku.Dah lena, barulah aku boleh angkat tanganku yang kekadang sudah lenguh dan umpama seekor burung sedang mengembangkan kepaknya.
Malam tadi, aku dapat satu idea.Anis yang sudah terlena di depan TV aku angkat dan letakkan di atas katil bujang di bilik.Aku minta Danial tidur di katil lagi satu yang terletak bersebelahan katil adiknya.Danial tak mahu.Aku paksa jugak.Akhirnya, aku kunci bilik aku dan biarkan dia di luar.Dia menangis sekejap.Aku buat tak tahu.Tak lama kemudian,suasana menjadi senyap aje.Tak lama selepas itu, aku buka pintu bilik.Kelihatan Danial sudah tidur di atas katil.Akhirnya usaha aku untuk mengajar anakku tidur di bilik berasingan dengan aku sudah berjaya.Walaupun cara aku agak kejam...
No comments:
Post a Comment
saya suka baca komen anda...saya amat menghargainya.