17 March 2009

Pemenang Peraduan Bayar Bil dan Menang BSN

Minggu lepas abang long beritahu aku yang surat dari BSN telah sampai di rumahku.Aku tanya abang long tentang isi kandungan surat tu.Abang long kata surat tu bertujuan memberitahu aku bahawa aku adalah salah seorang pemenang peraduan bayar bil dan menang.Aku kata pada abang long betul ke.sebabnya pada zaman sekarang ni ramai orang ambil kesempatan dengan menggunakan peraduan.Silap haribulan tertipu.Abang long kata nanti dia hantar emel kat aku tentang isi kandungan surat tu.
Tadi, semasa aku sedang surf internet, abang long hantar sms beritahu surat dari BSN dia dah hantar melalui emel.Aku pun baca la emel tu dengan ghairahnya.Ada nombor telefon untuk dihubungi.Memang sahlah, bukan sindiket penipuan sebabnya ada alamat ibu pejabat BSN KL.
Aku pun telefon la nombor yang diberi.Siap ada sambungan lagi.Panggilan aku dijawab oleh seorang lelaki.Suaranya romantis gitu...Dia ucapkan tahniah sebab aku terpilih sebagai pemenang.Dia sambungkan panggilan aku ke pegawai yang berkaitan.Panggilan aku disambut oleh seorang wanita pula.sungguh lunak dan sopan santun suaranya.Aku pun beritahu tujuan aku telefon.Dia minta alamat baru aku sebab urusan hadiah akan dihantar ke alamat baru aku.Rupa-rupanya aku terpilih sebagai pemenang bulan Februari.Hadiah saguhati aje.Baucer minyak dari Petronas sebanyak RM50.Saguhati pun jadilah...Lepas jugak duit minyak aku untuk seminggu...Sapa nak bagi???
Bulan Mac ni aku bayar bil TNB,bil air,bil telefon dan multimedia,bil astro guna kad ATM Giro BSN.Aku harap potensi untuk aku terpilih sebagai pemenang bulan Mac cerah sebab bulan lepas aku bayar 2 jenis bil aje.Kalau 2 jenis bil aku bayar terpilih sebagai pemenang saguhati, tak kanlah 4 jenis bil yang aku bayar bulan ni tak terpilih sebagai pememang utama kan??
Kalau la ada petugas BSN yang baca blog ku ni, PILIHLAH AKU JADI PEMENANGMU...
Ha...ha...mudah-mudahan.

No comments:

Post a Comment

saya suka baca komen anda...saya amat menghargainya.