27 January 2009

Kenangan kenduri


Gambar Man yang aku ambil dari azimfoto fotopages.Gambar yang lain aku tak sempat nak ambil dalam bentuk soft copy.

Jumaat.

Pagi Jumaat,23 hb aku,hubby dan anak2 sudah meninggalkan Lukut dan menuju ke Parit Buntar.Kami bertolak jam 10.35 pagi.Aku singgah ke Tadika anak2 untuk membayar yuran untuk bulan Februari.Selesai urusan, kami meneruskan perjalanan.Anak2 nampak seronok sangat sebab hendak pulang ke kampung untuk bertemu atok,sepupu dan paling best bak kata Anis,"Acu Nan nak kawin dengan makwe dia".


Sampai di Sepang, anak2 dah tertidur.Aku dah masak dengan feel depa.Dalam kereta, bagi sorang satu botol susu,turunkan kerusi,tak sampai setengah jam tidurlah mereka.Hubby dapat memandu dengan tenang.Kereta di lebuh raya tak banyak sangat.Pemanduan hari ini sangat selesa.


Kami cuma berhenti di R&R Tapah untuk berehat, makan tengah hari dan solat.Jenuh gak nak kejutkan anak2 yang sedang lena diulit intan...Kami makan dengan agak berselera.Maalumlah dari pagi perut tidak diisi...


Kami singgah di Parit Gabis, Bagan Serai rumah mentuaku.Emak mentua menyambut kedatangan kami dengan sangat gembira.Terkocoh2 mak mentua dan Kak Faizah, kakak iparku memasak nasi dan goreng ikan.Aku katakan pada mereka jangan susah2 sebab kami dah makan.Tapi, ibu mentuaku memang begitu, akan memastikan kami makan nasi dahulu jika datang ke rumahnya.


Lepas makan, kami terus ke Parit Tok Ngah.Sampai di rumah, Kak Yati dan Abang Cu sedang sibuk menghias bilik pengantin.Abang Long sedang sibuk membungkus cenderahati tetamu.Selepas bersalaman, semua tekun menyambung kerja.Aku yang masih pening2 lalat hanya mampu berehat.Aku buka tudung saji.Wow! ada lauk masak lemak labu dengan keli goreng dan sambal belacan.Kami makan nasi lagi.Danial begitu berselera makan.Sampai 3 pinggan.Hubby yang dah kenyang pun habis juga sepinggan makan.


Sabtu
Hari ini masing2 sudah sibuk dengan tugas masing2.Aku dari pagi hingga ke petang tidak berhenti buat macam2 kerja.Hubby dan abang iparku menggoreng ayam.Aku menyiapkan bahan untuk menggoreng bihun.Petang itu, ramai jiran2 yang datang untuk menolong kami menyiapkan cenderahati.Kak Yati selaku chef memasak bihun goreng.Hubby ditugaskan membancuh air untuk tetamu.Aku dan Kak Cik menggelarkan diri kami AJK Jamuan menyiapkan hidangan ala bufet.Kami hidangkan bihun goreng, kuih seri muka, air dan kurma dari Mekah yang dibawa oleh Kak Yati.


Petangnya, ramai saudara mara aku yang datang.Mak Lang dari Bagan Datoh, Pak Anjang dari Kajang,mentua Kak Yati dari Melaka dan sepupu2ku yang jauh2.Ada yang bermalam di rumahku,rumah Mak Teh, di rumah jiran yang kami sewa dan ada juga yang tidur di hotel di Parit Buntar.


Malamnya, masing2 sibuk dengan kerja yang ada2 saja dan belum selesai sepenuhnya.Aku tidur jam 12 malam.Aku tak tahu yang lain tidur pukul berapa sebab semasa aku tidur, suasana masih riuh rendah.


Corat-coret di hari kenduri...
1. Tanganku melecur gara2 terpegang besen berisi ayam yang diletakkan berdekatan dengan api gas.4 jari kiriku melecur agak teruk.Suasana agak kecoh sebab aku menangis kesakitan sambil merendamkan tangan dalam kolah bilik mandi.Ada yang lumurkan ubat gigi, madu lebah dan air gamat.Hingga sekarang, pergerakan aku agak terbatas sebab jari aku mengelembung dan agak sakit.

2. Rombongan pengantin terpaksa berjalan sejauh kira2 800meter sebab kereta tidak dapat masuk ke dalam tali air di rumahku gara2 ada tetamu yang parking kereta agak ke tengah dan menghalang laluan kereta lain.Kesian pada pengantin dan rombongan yang terdiri dari orang tua dan yang berkerusi roda sebab terpaksa berjalan jauh.


3. Nasi yang disediakan oleh pihak katering habis di saat ramai tetamu datang.Kelam kabut kakakku masak nasi guna periuk besar di rumah.Akibatnya, tetamu terpaksa menunggu sebentar sementara menunggu nasi masak.Pihak katering menghantar nasi tambahan kemudiannya.


4. Kira2 jam 2 petang, lauk pula habis.Tetamu masih ramai yang datang.Aku segera maklumkan pada kakak2ku.Kami segera mengeluarkan ayam masak merah yang sengaja kami masak pagi tadi.Lauk ikan goreng untuk kenduri tahlil malam sebelum juga kami keluarkan dan hidangkan untuk tetamu.Sambal ikan bilis untuk sarapan pagi tadi juga turut dihidangkan.Timun kami potong dan jadikan jelatah.Tak sangka lauk on the spot tu jadi kesukaan tetamu terutamanya sambal ikan bilis dan jelatah.Depa kata lain dari lain lauk kenduri kali ini.Yang sebenarnya lauk itulah jadi penyelamat keadaan.


5. Tetamu yang datang diluar jangkaan.Tempahan makanan katering untuk 1000 orang tetamu tidak dapat menampung tetamu yang hadir.Mujurlah kami ada lauk penyelamat iaitu ayam masak merah,sambal ikan bilis,jelatah dan ikan goreng.Cenderahati untuk tetamu berjumlah 1000 buah beg juga habis menjelang jam 1 petang.Tetamu yang datang selepas waktu itu terpaksa pulang dengan tangan kosong.


6. Sudah 2 minggu kampungku tidak hujan.Tiba2 semasa rombongan pengantin ingin pulang, hujan turun dengan lebatnya.Orang kata hujan semasa kenduri memberi petanda pengantin sentiasa murah rezeki.Mudah-mudahan.Amin.

7. Kami sekeluarga memakai baju sedondon berwarna ungu.


8. Sariza dan Hasnah rakan sekolahku turut datang bersama suami dan anak masing2.Tak sangka Hasnah yang mempunyai kelulusan Ijazah Kejuruteraan mempunyai anak yang sudah besar berumur 8 tahun dan menjadi suri rumahtangga sepenuh masa.


8. Aku dan hubby ditugaskan untuk menyambut kedatangan rombongan pengantin perempuan di susur keluar Bandar Baharu.


9. Man, selaku pengantin bersiap di rumah Abang cu di Bandar Baharu.Pengantin mengenakan pakaian berwarna kuning.


10. Aku, hubby dan anak2 pulang ke Lukut jam 6 petang hari kenduri tu.Kami singgah di rumah mentua.Selepas makan dan solat, kami tidur sebentar.Konon hendak bertolak ke Lukut jam 12 malam.Hubby terlena sehingga jam 4 pagi.Kami bertolak ke Lukut dari Bagan Serai jam 4 pagi dan sampai ke Lukut jam 8 pagi.

Hubby dah balik Kedah.
Petang semalam, jam 6 petang hubby dah bertolak ke Kedah.Aku sedih sangat.Tak puas lagi nak bermesra dan bermanja. Anak2 pulak nampaknya releks aje.Aku sudah siapkan barang2 untuk hubby bawa ke Kedah.Kuih Almond London 1 bekas, air masak 1 bekas 8 liter dan buah limau mandarin.Aku panjatkan doa agar hubby sampai dengan selamat sebab hubby aku bawa kereta Wira yang aku sendiri rasa risau kalau2 kereta tu buat hal di tengah jalan.Hubby sanggup berkorban dengan meninggalkan kereta yang selesa dan besar untuk aku dan anak2 di sini.Sedangkan hubby terpaksa membawa kereta Wira yang sudah berusia 10 tahun, tak ada aircond dan gear box yang ada sikit problem.Teringat ciuman perpisahan dan lambaian tangan untuk kami anak beranak.
Jam 12 malam aku hantar sms untuk bertanyakan keadaan hubby.Syukur hubby sudah sampai di Jawi dan menurut hubby, jalan tidak sesak dan kereta juga tidak menghadapi masalah.Aku rasa lega sangat dan barulah aku dapat melelapkan mata untuk tidur.Jam 8 pagi, hubby terpaksa bekerja.Maknanya hubby masih ada masa untuk tidur dan berehat.Aku harap hubby dapat ke tempat kerja dengan segar dan ceria.

1 comment:

  1. Sekadar ingat mengingatkan. Doa Qunut Nazilah

    “Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

    Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

    Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”
    Sumber: JAKIM
    View Profile: Rantong

    ReplyDelete

saya suka baca komen anda...saya amat menghargainya.