30 December 2008

Apa aku buat hari ini.

Hari ini jam 6 pagi aku dah bangun.Selepas mandi dan bersiap, aku kejutkan Danial dan Anis.Rupa2nya Danial dah terkencing kat tilam.Geramnya aku...mungkin sebelum tidur dia minum banyak sangat kot.Aku cepat2 kemaskan tempat tidur.Cadar Danial aku cabut dan campak dalam mesin.Sambil mulut mengomel, aku suruh Danial mandi.Kesian dia sejuk...Pagi2 ni aku kena buat kerja dengan cepat.Barang aku angkat depan pintu.Danial aku pakaikan baju.Baju yang sudah mesin, aku jemur.Cadar Danial aku mesin dulu.Balik sekolah baru jemur.
Dah siap semua, kami pun berjalan menuju ke kereta dengan pantasnya.Aku terus ke gerai Abang Polis.Aku tanya Danial dan Anis nak makan apa.Danial nak nasi lemak,Anis nak keow teow goreng.
Selepas siap beli sarapan anak2, aku bergegas ke rumah Kak Tipah.Pintu rumah Kak Tipah pun tak buka lagi.Tengah sedap tidur agaknya.Aku pun bunyikan mangga pada pagar sambil beri salam.Anak dia, Azreen datang buka pintu.Dah cium pipi anak2 yang 'acem' tu, aku pun segera ke sekolah.
Tengah drive, aku sempat lagi makan karipap seketul.Nak kejar masa...Sampai di simpang Spring Hill, berderet2 kereta Aizan,Hasenah,Norliza,ustaz,kak Zai,Kak Noor dan ada la lagi yang mengekor kereta aku.Kiranya, ramai lagi yang belum sampai ke sekolah.
Meeting hari ni punya la panjang.Habis pukul 2 petang.Mujur la ada break minum pagi.Lepas meeting, ada jamuan.Aku yang memang lapar ni makan dengan berselera sekali.Maalumlah, menu hari ni makanan stail kampung.Ada masak lemak, ikan bakar,air asam,ulam.Aku memang suka makan stail kampung ni.Haruslah aku makan dengan banyaknya...
Balik dari sekolah, aku singgah ke pejabat pos lukut.Cadang nak bayar bil internet.Tapi,orang punya ramai...Aku batalkan niatku itu.Aku cadang nak bayar bil di BSN saja.Tapi, nak dijadikan cerita, tak ada tempat parking pulak...Aku ambil keputusan balik saja ke rumah.Lagipun aku dah kepanasan.Maalumlah, kereta tak ada aircond.
Aku ambil Danial dan Anis dari rumah Kak Tipah.Anis dah melompat2 lihat aku dah sampai.Sampai ke rumah, aku tertidur depan tv sebab kepenatan.Buka mata, jam dah pukul4.30.Anak2 tengah minum Milo dalam botol.Mesti Danial tolong bancuhkan.Hai...boleh harap dah anak teruna aku tu...
Selepas mandi, perut rasa lapar.Aku tanya Danial nak makan apa petang ni.Dia nak keow teow goreng.Hai...kat restoran mana la yang sedap masak keow teow goreng ni...Aku penah beli kat Zafas Cafe dan Restoran Fatimah.Tak sedap sangat.Kat Manap Sate boleh tahan jugak.Aku pun bawa anak2 ke Manap Sate.Alahai...tutup pulak.Aku ligat berfikir nak ke mana ni.Last2 aku terus ke PD.Kat restoran sebelah Tabung Haji PD ada restoran yang buat mi goreng mamak sedap.Aku agak2 mesti keow teow dia pun sedap.
Aku bungkus keow teow 1, mi goreng 1.Lepas tu aku terus gi The Store.Danial dan Anis suka ke situ sebab boleh naik ekskulator.Sebelum pijak tangga, dua2 pakat kira one,two,three.Terus melompat naik tangga.Seronok gak jalan santai2 macam ni.Aku beli dalaman dan selipar anak2.Saja beli selipar baru depa untuk ke sekolah tadika.Bagi up sikit semangat depa nak belajar.Sambil2 tu tengok ada sale baju budak2.Beli blouse Anis dan kemeja Danial.Saja beli sebab murah.Harga biasa Rm20+, tadi aku beli Rm8 je sehelai.Semasa kat ekskulator tadi, ada la lelaki tu sebaya hubby aku.Anis dengan kuatnya cakap "Pak cik tu macam abah kita la..."Siap bye bye kat orang tu.Orang tu pun sporting, lambai2 tangan kat depa.Sedih gak aku tengok.Mungkin Anis rindu sangat kat abah dia.Sabarlah anak2ku....satu hari nanti kita akan duduk dengan abah juga...Lepas tu, aku beli jajan depa dan terus balik.
Sampai rumah, aku bancuh Milo ais dan hidang keow teow goreng kat anak2.Depa makan sambil tengok tv.Licin keow teow.Danial nak lagi tapi aku kata dah habis.Aku bagi kat dia mi goreng aku.Dia makan sesuap, dah tak mahu.Tak sedap kata dia.Aku makan sedap je...Dah masing2 kekenyangan, baru mandi.
Lepas mandi,Anis sibuk tengok buku.Anis kata buku dia dah habis buat.Aku lupa nak beli buku tadi.Buku yang aku beli minggu lepas, dah habis dia buat.Danial punya buku pun dia sapu buat.Aku beli silibus sama sebab senang nak guide depa masa buat latihan tu.Aku tengok Anis lebih cepat tangkap daripada Danial.Danial ni cepat fed up.Kekadang geram gak ngajar Danial ni.Tak mau fokus.Danial tak suka sangat abjad2 ni.Dia lebih cenderung ke Matematik.Aku janji esok lusa mama belikan.Aku kata malam ni kita tengok TV.Cerita Doraemon kat ceria.Masing2 ternganga tengok TV.Perut dah kenyang, suka hati...
Tetiba long hantar sms.Dia kata dia dah cakap sendiri kat orang Kementerian Pelajaran pasal masalah aku.Kebetulan orang tu datang ke PPD Kerian.Orang tu kata InsyaAllah je.Long kata doa ajelah supaya dia kesian dan terbuka hati dia nak tolong...Entahlah...aku rasa kalau ada rezeki, tak ke mana...Malam ni, hubby tak ada pulak antar sms.Malam tadi kami dah bersms dah.Dia kata dia nak balik Lukut.Aku kata balik minggu depan la sebab sekarang aku tengah 'cuti'.Heh...heh...

26 December 2008

Kasih seorang ibu...

Aku hantar sms kat abang long berbunyi " Long, macam mana dengan pertukaran ija? ada perkembangan terbaru tak?" Tak lama lepas tu, abang long balas " belum lagi.Kalau sampai bulan 1 tak ada perkembangan, kira ngajar aje lah kat Lukut dulu."
Aku rasa memang tak ada harapan la aku nak tukar kat Kedah bulan 1 ni.Tak apalah, tugas tahun hadapan pun dah dapat.Kawa-kawan pun ramai bagi semangat.Kak Norzi siap offer ajak aku tidur rumah dia kalau aku takut.Kak Tie pulak pindah depan rumah aku.Kata dia nak kawankan aku kalau2 ada masalah.Kami senasib.Sebab husband dia dah tukar Pahang tapi dia tak dapat tukar lagi...Aku rasa aku boleh hidup dengan anak2 di sini.Ramai yang sedia membantu.Cuma aku kena kuatkan semangat dan lawan perasaan rindu pada hubby tersayang.
Malam tadi, aku fon mak kat kampung.Mak aku kata lepas kenduri Man nanti mak aku nak duduk dengan aku kat Lukut ni.Mak aku risau aku boleh ke handle semuanya seorang diri.Mak...anak mak ni dah besar.Dah jadi mak orang pun...tapi yelah kasih seorang ibu...Sentiasa risaukan keselamatan anaknya.Aku seronok sangat dengar cadangan mak tu.Aku dah plan nak order makanan tengah hari dan malam kat mangkuktingkat.com aje.Aku tak mahu susahkan mak aku kena masak.Ada orang hantar terus lauk ke rumah.Lagipun aku tengok kat website mangkutingkat tu, harga dia pun berpatutan.Menu pun pelbagai dan bertukar setiap hari.Tapi aku tak pasti sama ada kat Port Dickson ni ada tak pengedar dia.Tu aku kena pastikan dulu.
Ada satu bilik yang hubby aku suka lepak2, boleh mak aku tidur kat situ.Ada katil bujang kat situ.Yes, seronoknya mak aku nak duduk dengan aku!

Perancangan tahun hadapan...

Harapan tinggal harapan.Nampaknya tahun hadapan aku terus kekal di SK Lukut.Semasa meeting hari Rabu tadi, aku diberi jadual tugasan untuk tahun 2009.Em...nampaknya pecah rekod aku tahun depan tak jadi guru kelas...Dah tu subjek aku tahun depan very the simple...Maths thn 1,PJK Tahun 1,Muzik Tahun 3 dan 4.Pecah rekod lagi...Aku tak penah ajar Muzik tetiba ajar Muzik.Rupa2nya rasional aku diberi subjek2 ni sebab sekolah tak mahu murid2 tak belajar kalau aku tukar pertengahan tahun dan cikgu baru tak masuk lagi...Kalau aku ajar Muzik, sekurang2nya subjek tu tak penting.Kalau tak ada cikgu pun tak apa.Lagi satu yang pecah rekodnya, tahun ni aku tak pegang jawatan penting banyak sangat.Banyak tugas2 aku yang aku sandang selama ni diberi pada cikgu lain.Kecuali RMT( Rancangan Makanan Tambahan) aku terus jadi pengerusi 3 tahun berturut2.Seronoknya kalau situasi macam ni sepanjang tahun...rileks sokmo.Ringan beban fikiran tak banyak tanggung jawab.
Oleh kerana aku tak penah ngajar Muzik, balik je sekolah aku terus surf internet cari Rancangan Mengajar Harian Muzik.Siap aku save dlm thumbdrive.Nanti kat sekolah aku print.Sayang la nak print guna ink aku.Banyak gak nak kena print.Dah terlanjur surf internet aku cari sekali Rancangan Mengajar Tahunan dan Mingguan subjek2 yang aku ngajar.Hah...dah siap pun kerja aku.Tak adalah aku teraba2 masa bukak sekolah nanti.
Tadi masa meeting, GB bagi tugasan kena buat Perancangan Strategik.Aku jadi ketua unit HEM untuk buat isu kat sekolah.Kumpulan aku ada 7 orang.Tengah bincang2 tu, Cikgu Sharti dengan Cikgu Haizy bertelagah.Bertentang pendapat...Hangat la jugak...Aku tengok kumpulan lain cool aje berbincang.Cikgu Wan yang jadi tukang catat tak tahu nak tulis mana satu.Sebab 2 orang cikgu tu nak tulis pendapat masing2.Kalau pendapat tu boleh "masuk" tak apa.Ni tak, jauh sangat kesinambungannya...Last2 aku mencelah suruh tulis dua2 pendapat.Nanti balik, aku edit sebab aku sebagai ketua bertanggung jawab serahkan laporan pada GB.Nanti pandai2 aku la nak edit macam mana...Depa bukannya tahu aku tulis apa...Satu lagi kerja aku kena buat laporan pulak...
Hari Selasa ni meeting lagi.Tak habis2 dengan meeting.Rabu tadi meeting dari pukul 8 sampai 2 petang.Selasa ni tak tahu lagi sampai pukul berapa.Sabtu 3 Januari kena datang sekolah juga sebab ada pendaftaran murid Tahun 1.Kalau tahun lepas aku adalah orang yang sibuk sebab aku guru kelas tahun 1.Tahun ni, nampaknya aku rileks sikit sebab tak jadi guru kelas lagi...Aku hanya membantu menanda kertas jawapan ujian diagnostik sahaja.Sekarang ni murid Tahun 1 diberi ujian dahulu untuk menentukan kelas mana dia masuk.Sangat penting masa Tadika sudah pandai membaca dan menulis sebab takut Tahun 1 nanti masuk kelas belakang2.(mudah2an anak2 aku sudah pandai membaca dan menulis sebelum masuk Tahun 1...Amin)

23 December 2008

Esok Mesyarat Guru Kali Pertama sesi 2009.

Hari Jumaat tadi aku menerima sepucuk surat dari SK Lukut meminta aku hadir ke mesyarat guru kali pertama untuk sesi 2009.Mesyuarat bermula jam 8 pagi di Bilik Gerakan.Petang tadi aku dah siap iron baju dan tudung.Baju anak2 juga aku dah siap masukkan dalam bakul.Alat tulis aku pun aku dah siapkan dan masukkan dalam beg sekali dengan buku catatan.Aku dah cakap kat anak2 esok kena bangun awal sebab mama nak hantar ke rumah mak.
Untuk pastikan esok pagi anak2 dapat bangun awal, aku kena masuk tido awal dari biasa.Bila mamanya tido awal, anak2 pun kena juga tido awal...

22 December 2008

Beli barang sekolah anak.

Petang tadi aku telefon hubby.Masa Anis bcakap dengan abah dia, aku loud speaker.Dengar dengan jelas abah dia tanya " Mama tak bawak adik gi jalan2 ke?" Anis jawab, " Tak.Kete panas."Adik tengok tv aje"." Ajak mama gi jalan2.Panas sikit aje."kata abah depa.
Aku kesian pulak kat anak2 aku.Asyik terkurung je kat rumah.Nak main kat depan rumah pun tak nak sebab ramai member kamceng depa yang masih bercuti.Aku suruh depa mandi sebab nak pegi jalan.Danial dan Anis bersorak gembira.Aku siap pesan, " Tak nak beli mainan okey."Aku bukannya apa, kalau beli mainan, jangka hayat mainan tu paling lama 2 hari je.Lepas tu, dah jemu main.Tak pun , ada part yang dah tercabut,patah...Danial angguk aje.Anis angguk pun tak, geleng pun tak.Anis ni memang 'keras' sikit.
Sebelum ke Billion, aku singgah ke rumah Kak Tipah dulu.Kak Tipah nampak seronok tengok depa.Anis terus naik atas riba 'mak' dia.Dia report kaki dia sakit.Dia tunjuk riben kat tocang dia.Macam2 la dia cerita.Tapi masa Kak Tipah ajak Anis tido dia geleng.Pandai pulak dia ambil hati."Nanti adik datang la rumah mak.Hari ni adik nak jalan2.'Aku beritahu Kak Tipah hari Rabu ni aku kena hantar anak ke situ sebab aku ada meeting kat sekolah.Kak Tipah kata okey aje.
Kami terus ke Billion.Banyak gak kereta sampai aku kena pusing 2 kali nak dapatkan parking yang sesuai.Macam biasa aku ambil troli dan Anis masuk dalam troli tu.Danial kena jalan sebab badan dia berat.Tak larat aku nak tolak troli.Aku tengok hari ni Milo 1 kilo murah.Harga dia RM12.99.So, aku ambil 2 paket.Barang yang lain harga macam biasa aje.Lepas beli barang dapur, Danial ajak beli pensel dia.
Danial dan Anis pilih colour Swan sorang satu.Aku pilih yang dalam paket siap ada pensel,pemadam,sharpener.Value pack...Tahun ni saja dah 4 kali aku beli colour.Asyik hilang,bilangan tak cukup atau kotak tempat colour tu dah koyak rabak.Cikgu depa suruh aku beli colour yang murah aje kat kedai ceria tu, tapi aku tengok colour yang murah tu malap sesangat.Kesian kat anak2 aku...Lepas tu masing2 nak pilih pensel 2B.Aku beli sekotak.Sampai kat tempat pensel box, depa pilih yang jenis penutup dia ada magnet.Danial pilih yang ada gambar Ultraman.Anis pulak aku pilih la yang colour pink n feminin sikit.Dia tak mau.Dia nak gambar Power Rangers.Dah tu dia pilih yang harga RM14.90.Aku nak adil, aku pilih yang sama harga dengan Danial, RM7.90 aje.Beg sekolah dah ada so, tak payah beli.Aku tanya nak apa lagi? Anis tunjuk nak beli pelampung yang ada gambar kartun.Aku kata "kan mama pesan tak boleh beli mainan".Anis muncungkan mulut dia...
Aku beralih ke bahagian baju sekolah.Tapi, teringat pulak, aku tak tahu lagi nak hantar anak2 aku ke tadika yang mana satu.Baju sekolah tak payah beli lagi.Nanti dah confirm sekolah mana baru la beli.
Masa aku nak keluar dari pintu Billion, ada 2 orang budak jual CD.Kesian aku tengok budak2 yang dieksploitasi oleh sekolah2 yang kononnya jualan tu jualan amal untuk tabung anak yatim.CD tu harga RM10.Aku kata aku tak nak beli CD tu, tapi aku beri sedekah ikhlas je.Kat PD ni ada satu sekolah tu memang suka guna tenaga budak2 suruh kutip derma.selalu aku tengok budak2 tu ada kat mesin ATM atau depan pintu pusat beli belah.Aku teringat cerita CT dulu yang kata hubby dia selalu bagi sedekah dan elakkan daripada prasangka buruk.Ye, aku pun sejak baca cerita Ct, dah buang prasangka buruk dan bagi ajelah ikut kemampuan walaupun tak beli barang yang dijual.Kesian aku tengok budak2 tu, mesti kering tekak dia nak cakap ayat yang sama pada setiap orang yang lalu kat situ.Kebanyakan orang kat situ geleng2 je kepala, tanda tak mahu.( dulu aku pun buat macam tu jugak)
Aku tengok jam dah pukul 7 malam.Cepat2 aku beredar dari situ selepas beli roti john kat depan Billion tu.Masa nak dekat dengan rumah aku, teringat yang baju yang aku upah kat Kak Idah belum ambil lagi.Terus aku belok kat rumah dia.Pintu berkunci.Biasalah, maghrib2 ni semua orang dalam rumah.Aku call Kak Idah.Tak lama kemudian, dia pun keluar bawa baju aku tu.Kami borak2 la sekejap.Lepas bayar upah baju kurung untuk 2 pasang RM50, aku pun beredar dari situ.Suasana makin gelap.Anis dah tidur di belakang.Danial pun dah tersandar keletihan.
Sampai ke rumah, Danial dan Anis terus punggah barang2 pilihan masing2.Air kotak, coklat, kacang,alat tulis.Semua depa selongkar.Masing2 sibuk belek alat tulis baru.Walaupun masih ada alat tulis lama tapi sengaja aku beli sebagai motivasi kepada mereka supaya rajin belajar.Maalum la barang baru mesti rasa seronok masa nak guna.Depa asyik menulis guna pensel baru sampai aku suruh mandi pun depa tak hiraukan.Biarlah...sekurang2nya buku yang dah lama tak diusik, ditulis kembali.
Dah boring menulis, aku suruh depa kemas sendiri alat tulis dan simpan dalam beg.Aku nak disiplinkan depa supaya pandai guna barang, pandai kemas balik.Aku dapat tahu dari cikgu depa, barang depa banyak hilang sebab lepas guna tak reti nak simpan balik dalam beg.Aku tengok colour Danial dah kemik kotak dia.Hai...anak mama ni macam mana la guna colour?.Danial kata' kotak dia lembut sangat.Mama beli la kotak colour besi.Tak kemik la."Aku senyum je dengar cadangan dia tu..

21 December 2008

Gambar sekitar persandingan Mawi-Ekin



Nyampah...

Pelamin yang gah dan mewah...sponsor...

Cunnye...

Kita gambar dulu...



Dahsyat giler kek dia...

Bagai pinang dibelah dua...


Emak mawi menepung tawar anak dan menantu...

20 December 2008

Tahniah Man.

Tahniah kepada adik aku Mohd Noor Azman atau lebih mesra di panggil Acu Nan oleh anak buahnya kerana berjaya posting ke Negeri Perak.Bila nama dah berada di Perak, mudahlah abang long yang bekerja di PPD Kerian nak susun nama dia agar bertugas di sekolah yang berdekatan dengan isteri dia.Aku tumpang gembira dengan berita gembira ini.Tak payah nak gaduh duduk berjauhan dengan isteri.Macam aku ni bila tah boleh tukar dan tinggal dengan suami..
Sebenarnya adik aku tu mendapat 3 tawaran serentak di KTM sebagai jurutera, di MARDI sebagai pegawai tadbir dan ke Institut Perguruan Kangar untuk kursus KPLI.Kami sekeluarga amat menyokong dia menerima tawaran sebagai jurutera KTM.Maalumlah dalam family kami tak ada lagi yang jadi jurutera ni.
Dia bertugas sebagai jurutera KTM di Kuala Lumpur hanya selama seminggu.Tetiba aje masa aku telefon mak, mak beritahu Man tak mahu jadi jurutera.Dia balik kampung dan terus mendaftar diri ke KPLI.Aku tepuk dahi.Tolak tuah betullah adik aku tu.Orang berlumba nak kejar gaji tinggi, dia tak mahu pulak.Dari 5 ribu orang yang ditemuduga,dia antara yang berjaya dalam temuduga yang hanya mengambil 3 orang sahaja jurutera KTM...Jadi cikgu apa yang ada? Tak glamour langsung.
Semasa aku pulang ke kampung, aku berpeluang bertanya sendiri pada adik aku tu kenapa dia tak mahu teruskan kerjaya sebagai jurutera tu.Dia senyum aje.Dia memang macam tu.Kuat berahsia.
Aku korek cerita dari mak aku.Mak aku pun bercerita.Menurut cerita mak aku memang la jurutera KTM tu nampak glamour.Siap ada driver dan kereta pacuan empat roda diberi.Adik aku pulak ditugaskan di stesyen yang paling sibuk.Tapi,masa dengan keluarga kurang.Cuti hari raya pun belum tentu dapat.Tak macam cikgu, cuti banyak.
Oh...macam tu.Maknanya adik aku tu tak mengejar material.Yang penting bagi dia masa yang diluangkan untuk keluarga lebih banyak.Aku rasa terkilan gak.Tapi dah empunya diri buat keputusan macam tu nak buat macam manakan...Aku dah bayangkan kerjaya sebagai cikgu ni tak semudah yang disangka.Sentiasa berkorban.macam lilin...tapi dia tetap dengan keputusannya.
Tak apalah, cikgu Azman.Teruskan perjuanganmu...

Undangan ke majlis perkahwinan...

Tahniah kepada adik aku, Mohd Noor Azman kerana sudah sah menjadi suami kepada Asmaa Al Husna.Kenduri di pihak perempuan sudah berlangsung dengan selamat pada 13 disember tadi.Sepatutnya kenduri di pihak kami berlangsung pada 14 disember.Tetapi memandangkan kak Yati,orang kuat majlis kenduri tu berangkat ke tanah suci, kenduri ditangguhkan kepada tarikh seperti kad undangan di bawah.Semua dijemput hadir.Ini adalah kenduri kahwin yang terakhir diadakan di rumah ini sebab adik aku tu yang paling bongsu.


Gambar semasa pernikahan.Kenduri menyambut menantu akan menyusul.Semua dijemput hadir.


Walimatul Urus

HJH. ZAINAB @ HAMIDAH BINTI HJ. DAHALAN (IBU)
dan
HJ. MOHD NOOR AZMI BIN HJ. SULAIMAN (ABANG)

Sekapur sirih seulas pinang, semekar senyum seikhlas hati dengan
penuh kesyukuran ke hadrat Ilahi kami mempersilakan
Dato’ / Datin / Tuan / Puan / Encik / Cik

………………………………………………………
seisi keluarga ke Majlis Perkahwinan Putera Bongsu kami yang dikasihi

MOHD.NOOR AZMAN BIN HJ. SULAIMAN
dengan pasangannya
ASMAA-ALHUSNA BINTI HJ. ABDULLAH

InsyaAllah pada hari Ahad, 25 Januari 2009
bersamaan 28 Muharram 1430H
di kediaman kami
F-213 PARIT TOK NGAH,
34250 TANJUNG PIANDANG,
PERAK DARUL RIDZUAN.

Aturcara Majlis
11.30 pagi – 4.00 petang (Jamuan Makan)


Semoga kehadiran para hadirin sekalian akan menyerikan
lagi majlis kami dan diberkati Allah S.W.T.

Terima Kasih, Wassalam.

Gambar sekitar pernikahan Mawi & Ekin


Gambar kiri: Tinggal kenangan.Semoga Ina Naim berbahagia hingga ke akhir hayat dengan Ustaz Suhaimi.
Gambar kanan: Mawi...jika itulah pilihanmu.Apa nak buat.Dah jodoh.Moga berbahagia.





Dah kahwin boleh le posing ala manja2 gitu.


Ta..ta..."Ina,aku dah menang."kata Ekin di dalam hatinya.


Wajah teruja pengantin.(Tak malu ke posing over macam tu? macam seronok sangat dah kahwin.


Tunjuk cincin kahwin.


Hantaran dari Mawi kepada Ekin.


Gambar ketika raptai.Kembar Ekin lagi cun dan lembut daripada Ekin..


Gambar ketika raptai.Keluarga Ekin.Muka Ekin iras bapak dia.Bapa dia handsome gak sebab tu la Ekin pun cun...

Masa tengok kat saluran Oasis tadi, jenuh bertekak dengan anak.Depa nak tengok detektif conan.Aku nak tengok oasis.Tak puas tengok sebab asyik tekan remote tukar2 channel.
Malam ni nak tengok majlis persandingan pulak juga di saluran oasis jam 8 malam.

Kenangan di raya haji


daging masak hitam yang aku masak.



kari daging yang aku masak raya haji tadi.



Setiap kali raya tidak kiralah raya puasa atau raya haji, setiap orang ditugaskan memasak masakan masing2 hingga selesai.Hari Raya Puasa hari tu, aku masih di PD.Jadi, aku tidak merasai kemeriahan kesibukan memasak juadah hari raya.Aku balik kampung pada pagi raya kedua.
Mak aku cerita pada hari raya puasa tadi family aku masak nasi beriani lauk ayam masak merah, kari daging dan acar.Masa aku balik raya kedua hari tu, mak aku ada tinggalkan lauk ayam masak merah kat aku.Nasi dah licin.Mak aku kata ramai adik-beradik yang jauh2 datang rumah masa raya puasa tadi.Sampai nasi beriani tak cukup.Kena masak nasi putih pulak.Sesiapa yang datang belah petang, makan kuih raya aje lah.Sebab semuanya dah licin.
Raya haji ni, mak aku nak buat pulut pasung aje.(pulut yang diikat dalam daun pisang dan dikukus).Petang sebelum raya tu, abang long datang ke rumah bawak 5 kilo daging dan 4 ekor ayam.Mak aku tugaskan aku masak kari daging.
Aku pun dengan tekunnya menyiapkan kari daging tu.Bahan2 menumis sudah disediakan oleh kakak ipar dan anak buah.Aku kata kat mak aku banyaknya nak masak kari, apa kata separuh lagi daging tu kita masak daging masak hitam.Mak aku kata ikut sukalah.
Kalau kat rumah aku, aku masak kari tak pernah bubuh santan.Nak kurangkan kolesterol.Tapi kari daging ni, mak aku nak bubuh santan.Biasalah, orang dulu2 kalau kari tak letak santan bukan kari namanya.Aku ikut ajelah cakap mak.Lagipun santan tak payah beli.Mesin aje kelapa yang berlambak kat rumah tu.
Lepas kari daging tu masak, aku masak pulak daging masak hitam.Aku hantam saja resepi dia.Janji ada kaler hitam.Tengah aku masak tu, abang long sibuk masak ayam masak merah.Mak pulak sibuk masak pulut.Kak Cik sibuk bakar ikan keli.Nak makan petang nanti.Aku siap pesan jangan lupa buat air asam sekali.Aku merasa banyak kali sebab takut tak sedap.Dah la masak sampai 3 kilo.Selalu kat rumah aku, aku masak setengah kilo je.Setelah tambah apa yang patut, akhirnya siap sudah daging masak hitam aku tu.
Masa makan nasi petang tu( merangkap makan tengah hari dan malam)daging masak hitam aku tu laku.depa kata sedap...cewah tahun depan mak aku kata aku lagi tangkap kontrak masak kari daging dengan masak hitam.

19 December 2008

Debaran lagi

Pagi2 aku dah bukak internet.Aku nak tengok result untuk semester 4 ni.Tapi masa aku buka portal pelajar, result tak kuar lagi.Dia tulis senat sedang bersidang.Keputusan akan keluar on line pada 20 disember.La...kalau ikut kalander akademik, result kuar hari ni.Tak apalah.Esok pun esoklah.Wah, esok juga keputusan penempatan adik aku ke sekolah akan kuar kat website kem pelajaran.
Aku pun macam biasa habiskan masa dengan anak2 di rumah.Gaji dan bonus dah masuk tapi aku tak ada nafsu nak shopping.Entahlah...sejak hubby duduk jauh ni semangatku seakan terbang entah ke mana.Aku cuma beli barang di kedai aje.Selalunya aku akan ke The Store atau Billion untuk membeli barang keperluan.Entahlah...mood nak pegi jejalan tak ada langsung.
Petang tadi, Danial ajak aku jalan2.Aku kata abah tak ada tak best.Selalunya time abah depa cuti aku akan masak2 dan kami berkelah di tepi pantai.Mungkin dia rindu suasana macam tu.Untuk menunaikan permintaan Danial yang nak pegi jalan2 tu, aku pun ajaklah depa pergi KFC Lukut.Aku bungkus aje dinner plate 1 set.Malas nak layan depa makan kat situ.
Sampai kat rumah, depa tak hiraupun ayam goreng tu.Depa layan tengok TV aje.Lepas maghrib aku try tengok balik website UPM.Tetiba aje result dah kuar.Aku dah agak result aku tak best sangat.Mana taknya, esok exam malam ni baru pulun baca.Subjek yang paling aku boring teori pengenalan komunikasi nasib baik lulus gak.Senior aku semester lepas siap pesan kat aku buat elok2 sebab sem depa ramai yang tak lulus.Aku dah agak GPA aku tak sampai 3 pointer ke atas.Habis la CGPA aku turun.Aku dulu target nak kekalkan CGPA 3 pointer ke atas.Semester ni punya pasal habis semuanya turun.Macam mana nak sambung master? Syarat PJJ Master kat UPM mesti CGPA 3 pointer ke atas.( macam le nak sambung master...degree pun tak lepas lagi he..he..)Penat tengok result aku, aku pun makan la ayam goreng tadi.Aku tengok Danial dan Anis dah mula pegang sorang seketul.Aku punya asyik dengan result aku sampai tak perasan depa ambil sendiri.Selalu aku tolong hidang.Tak apalah, anak mama dah pandai berdikari.Tetiba aku terima sms rindu lagi dari hubby.Aku pun balas guna ayat menggoda punya.he..he..
Debaran nak tahu result dah habis.Esok debaran posting Man pulak.Minggu depan debaran sama ada usaha abang long nak cuba 'seludup' nama aku ke kedah berhasil atau tidak.Abang Long kata Ahad ni dia singgah rumah aku.Dia pergi kenduri kat Gemas hari ni.Thank you abang Long.Abang Long memang abang yang ambil berat kat adik2 walaupun adik2 semuanya dah besar panjang.
Debaran demi debaran...harap debaran berakhir dengan kegembiraan.

18 December 2008

Hentikan anak minum dengan botol???



Tahun depan Danial akan berumur 5 tahun.Anis pula akan 4 tahun.Dalam usia sebegini, dua2 masih menyusu dengan botol lagi.Sehari lebih kurang 10 botol susu yang diminum oleh anak aku tu.Sekarang selera meraka berubah sikit.Mereka hendak campuran susu, milo dan gula.Danial pula sudah pandai bancuh sendiri susu dia.Untuk memudahkan Danial, aku sudah campurkan susu Dugro, Milo dan gula dalam bekas.Botol susu aku susun dalam rak sebelah bekas tu.Air masak pula aku masukkan dalam ' drink jar' dan letakkan atas meja.Jadi, Danial dapat bancuh air dia sendiri tanpa menyusahkan aku dan tertumpah sana sini.Aku ajar Danial cara bancuh air.
Mula2, masukkan 5 camca campuran susu,Milo dan gula tu dalam botol.Kemudian masukkan air.Tutup botol tu dan goncang sambil tutup lubang puting tu guna jari.Yang best tu, secara tak langsung aku dah mengajar Danial tu mengira.Aku dengar dia kira " one,two,three, four, five" sambil masukkan susu dalam botol.Tapi, kekadang sampai time malas dia, aku jugak yang kena bancuhkan.Kalau sampai angin rajin dia, susu Anis pun dia bancuh sekali.Aku pun puji le " pandainya anak mama bancuh Milo".Dia pun dengan senyum2 hisap susu dia sambil cakap "mmm...sedapnya".
Member sekolah aku ada yang hentikan anak minum susu dengan botol semasa anak berumur 2tahun setengah lagi.Dengan alasan takut gigi anak jongang.Betul ke andaian tu? aku dah surf internet kata tak ada bukti saintifik yang mengatakan hisap susu dengan botol boleh menyebabkan gigi anak jongang.Aku tengok gigi anak aku tak ada la jongang pulak walaupun gigi hubby aku agak ' mancung'(he..sorry bang..terngumpat sikit).Ada jugak member sekolah yang tak bagi aku beri minum Milo pada anak dengan alasan nanti gigi anak hitam dan rongak.Aku tengok gigi anak aku putih je.Tak rongak la pulak walaupun ramai rakan sebaya dengan anak aku yang rongak gigi mereka.
Dulu, ada kawan sekolah yang agak senior jugak Kak Normala nama dia.Anak2 dia pandai2 gak.Aku tanya Kak Mala sampai umur berapa Kak Mala hentikan minum susu dengan botol? Kak Mala kata sampai anak dia tak mahu minum dengan botol dengan sendirinya.Tak payah paksa.Secara semulajadi dia berhenti sendiri.Dia cerita anak dia yang nama Akhmal semasa sekolah tadika balik je sekolah terus cari botol sebab sepagi tak jumpa botol susu dia.Bila dah pekena 2 botol susu baru dia buat kerja lain.Anak dia tu aku tengok pandai dan handsome je.Tak jongang pun gigi dia.Aku setuju dengan pendapat Kak Mala.Bagi aku, selagi anak aku minum susu dengan botol tu tidak memberi mudarat aku tak akan paksa diaorang berhenti...Lagipun, minum susu tu kan ke minuman yang berkhasiat.So, tak payah pening2 kepala nak hentikan depa minum susu dengan botol tu...Apa pendapat anda ???

17 December 2008

Boringnya...

Sudah 3 hari hubby tinggal di kedah.Sudah 3 hari jugalah aku dan anak2 ditinggalkan di kuaters ni.Hari pertama ditinggalkan, aku tak rasa apa2.Tapi masuk hari ketiga ni, aku tak dapat membohongi hatiku yang aku rasa kesunyian dan kekosongan.Tapi, aku lihat anak2ku macam biasa aje.Tak bertanya pun kemana abah mereka.Semasa aku telefon hubby pun, anak2 tak menunjukkan keterujaan mereka hendak bercakap dengan abah.Mungkin sebab abah mereka sudah kerap kerja tinggalkan mereka kerja tak tentu masa.Ada kala, hubby pergi kerja semasa anak2 masih tidur,balik kerja anak2 sudah masuk tidur.Jadi, aku lebih rapat dengan anak2 dan mungkin jika aku yang lama tinggalkan anak2 mungkin mereka akan tercari2 aku.
Sejak hubby tak ada di rumah, aku tidak ghairah lagi nak masak atau mencuba resepi istimewa.Hari ini aku cuma masak ikan keli sambal aje.Hendak ke kedai berhampiran pun tak ada mood.Tambahan pula kereta ke-2 yang hubby tinggalkan kat sini panas.Penghawa dingin rosak.Setakat nak ke kedai yang ambil masa 3 minit pun anak2 dah gaduh panas.Aku dan anak2 malas nak berjalan ke mana2.Dari pagi hingga ke malam asyik mengadap TV aje.Sampai dah hafal dialog kartun astro ceria tu...Penat tengok TV, internet la sasaran aku.Habis macam2 benda aku baca.
Petang tadi, semangatku seakan ditiup kembali.Abang long telefon aku memberitahu dia akan mencuba sedaya upaya supaya aku dapat tukar kedah jugak.Aku pun tak tahu dia nak buat macam mana.Aku cuma mengiyakan saja.Dah malas fikir dapat ke tidak.Aku ni jenis malas nak rayu2 ni.Aku ni jenis 'Yes Sir' aje...Buatlah apa yang patut Abang Long...
Hubby aku pun antar sms rindu.Cewah..macam dialam percintaan pulak.Aku pun rindu gak kat dia.Tapi aku malu nak ngaku sebab masa dia nak ke kedah hari tu aku ada cakap kat dia aku ni tak kisah duduk jauh dari hubby.Sebab selalu kena tinggal.Aku kata aku ni super woman...Super women???jauh panggang dari api.
Macam mana la aku nak menempuhi hidup berjauhan begini dalam masa 6 bulan lagi?...Oh tidak...Mudah2an usaha abang long berhasil...

16 December 2008

Aku tak dapat tukar...

Dari malam tadi aku tak sabar2 menantikan kedatangan 16 disember.Apa istimewanya 16 disember ? Sebabnya 16 disember keputusan pertukaran aku ke kedah atau perak akan diketahui.Jam 8.30 pagi aku mula mendail nombor yang org kem pelajaran beri hari tu.Ada 5 nombor semuanya.Semuanya sedang digunakan.Aku dail ulang2 kali.Sampai lenguh tangan aku.Jemu mendail, aku pergi beli udang dengan ikan kat apek lori kat depan kuaters ni.Semasa aku sibuk menumis sambal udang, kak yati dr SK Lukut fon aku.Dia kata permohonan pertukaran dia ke pahang tak lulus.Dia suruh aku dail nombor kedua.Aku pun dail lagi.Dalam 10 kali aku dail baru dapat.Ada suara perempuan yang angkat telefon.Aku pun memberitahu tujuan aku telefon.Dia minta aku semak kat on line.Aku tipu sunat kata yang internet aku problem...Sebenarnya memang aku tak aply kat on line sebab aku punya kes special sikit...
Dia minta nombor ic aku.Akhirnya...dia kata permohonan aku tak lulus.
Tak lulus ??? macam tak percaya jer...
Aku terus hantar sms kat abg long.Dia balas balik kata dia nak ceck balik betul ke aku tak dapat tukar?? hairan gak sebab ada gak kabel yang digunakan walaupun kabel tu tak la besar mana.
Lepas tu, aku pun layan le suap anak2 makan nasi sambil tengok tv. Saja, nak hiburkan hati yang gundah gulana sebab tak dapat tukar ni.
Lepas tu, bertalu2 aku dapat sms dari member2 tanya aku dapat tukar ke tak.Aku pun cakap " muka aku ada lagi kat SK Lukut tahun depan.".Ha...ha...aku pujuk hati aku untuk menerima kenyataan.Ada hikmah disebaliknya...

10 December 2008

Acu Nan dah jadi suami orang

"Acu Nan nak awin" kata Danial dan Anis.

Akhirnya adik bongsuku, Mohd Noor Azman bin Sulaiman sudah sah menjadi suami kepada Asmaa Al Husna (tak pasti ejaan macam mana...)
Seperti yang dibincangkan semasa meeting hari tu, 3 buah kereta digunakan untuk membawa rombongan majlis pernikahan.Kami konvoi sampai ke gerai di Kuala kangsar.Aku makan nasi lauk ikan jelawat masak lemak tempoyak.Sedapnya...Masing2 asyik makan.maalum la perut tengah lapar sebab " makan time".Danial dan Anis asyik dengan belon Doraemon dan bat man yang dibeli di gerai di situ.Makan pun 3-4 suap sahaja.
Lepas makan kami ke Masjid Ulu Kenas.sampai sahaja kami di situ, kedengaran azan Zohor berkumandang.Aku tak dapat solat berjemaah kerana menguruskan danial yang nak ke tandas.Lepas tu aku pulak ke tandas.Aku solat sorang diri aje sebab masa aku masuk ke dalam masjid, semua orang dah habis sembahyang..selesai solat, semasa kami tengah make-up, pengantin perempuan pun sampai ke masjid.
Lama juga proses pernikahan ni.Macam2 kadi tu tengok.Duit mas kahwin, barang iringan,persetujuan pengantin perempuan, dan lain2.Aku lihat, kadi tu tanya man macam2 soalan.dia tanya rukun nikah, apa maksud ijab dan kabul, dia suruh Man baca Surah Al-Kautsar dan al-Fatihah. man jawab dengan confidentnya...Aku yakin man boleh jawab punya...Lagi pun Man ni ada daya keyakinan yang tinggi dari dia kanak2 lagi...
kemuncaknya...Akad nikah...Man dengan sekali lafaz sah menjadi seorang suami.selepas nikah, biasa la, upacara membatalkan air sembahyang, bersalam dan sesi bergambar.Aku terasa sebak semasa man bersalam dengan mak.Aku terbayang alangkah bahagianya jika bapak masih ada...
Selepas bergambar, kami dijemput ke rumah pengantin perempuan.Yang lucunya, kereta hubby aku kehilangan jejak kereta yang lain sebab kami buat u-turn kat perkarangan masjid.Man pulak naik kereta keluarga perempuan.Mak aku pun ingat2 lupa rumah pengantin perempuan kat mana.Jalan punya jalan, jumpa jalan mati...Lama gak kami jalan kat situ.aku fon abang cu tak dapat pulak.Tetiba telefon mak berbunyi.Abang cu kata nanti dia datang jemput kami.Rupa2 nya tersilap lorong aje.Dah dekat dah dengan rumah pengantin...
Kami dijamu makan nasi.Aku tak banyak sangat makan nasi sebab dah kenyang.Tapi, aku suka sangat dengan bubur sagu dia.very nice...
Pengantin pergi bergambar di tepi sungai Perak.Kami kat rumah pengantin perempuan dah rasa gelisah.Anak2 aku dah buat mula buat perangai sebab mengantuk.Danial sampai tertidur kat situ.Anis pulak dah menjerit " nak balik".Geram betul la aku dengan Anis ni, lagi aku pujuk lagi dia buat perangai...
Akhirnya, kami bertolak pulang ke rumah jam 4.15 petang.Masa balik ni kami dah tak konvoi sebab masing2 dah tahu jalan.Kereta kami terus balik ke rumah sebab masing2 dah letih.Anak2 aku dah terlena di dalam kereta..

Mesyuarat

8 Disember 2008( 9 malam)
Aku, abang long,mak,kak cik, abang cu, hubby dan Man sama2 meeting pasal kenduri Man pada 25 Januari tahun hadapan.Setiap perancangan dibincangkan dan dibahaskan( macam kat parlimen pulak...)
Keputusan meeting:
Agenda : Perbincangan kenduri.
-Duit ditangan lebih kurang RM8000.
-Makan cara buffet.
-Masak upah orang.
-Khemah 3 buah.
-Tempahan mufin 700 biji
-Menu makanan nasi minyak dan lauk 4 jenis.Desert mungkin bubur kacang atau bubur pulut hitam
-Menu malam kenduri.Sup atau kari daging, ikan goreng, sambal belacan, ulam.
-Sesiapa yang nak sponsor apa2 dialu2kan.(aku tengah fikir nak sponsor apa)
-Cenderahati untuk tetamu ialah beg berisi mufin dan gula2.
-Uniform warna purple.
Agenda:Perbincangan akad nikah
-kereta long, abang cu dan kereta aku akan digunakan untuk pergi ke KK.
-Yang pergi ke majlis nikah ialah, kereta long ( semua keluarga long),kereta bang cu ( Pak Lang,Tok Cik, 2 orang kawan Man), kereta aku( keluarga aku, mak, Man dan Ikhmal).
-Bertolak pada pukul 10 pagi.Berhenti makan di Kuala Kangsar sebab akad nikah selepas Zohor(nanti berkeroncong pulak perut pengantin).
-Belanja makan ( aku serahkan duit lebih Kak Yati bagi buat langsir sebanyak RM80)Kira abang long guna duit tu la.
-Duit minyak dan tol atas perbelanjaan sendiri.(Aku tak kisah, adik nikah sekali je seumur hidup...)

Mesyuarat ditangguhkan jam 10 malam.
Aku,hubby, Danial dan Anis bertolak ke Bagan Serai selepas meeting.

08 December 2008

Gambar anak di Aidil Adha




"Member kamceng", Danial, Anis dan Omey.Kalau balik kampung depa bertiga inilah yang membuatkan rumah mak sentiasa riuh rendah.Selalunya Omey bertindak sebagai perancang setiap apa yang hendak dilakukanj.Anak2 aku selalunya 'mengekor' je...
Anis terkenal dengan ' happy go lucky'.Suka mengusik dan suka mempersoalkan apa yang orang lain buat.Juga selalu bertindak sebagai 'tukang report' kepada aku apa kesalahan Danial.
Danial pulak lebih bersikap matang.Bertindak sebagai pelindung kepada Anis.Kekadang kaki report juga.Lebih suka b erkawan dengan orang yang lebih dewasa daripadanya.
Gambar di ambil semasa sambutan Hari Raya Aidil adha 8 Disember 2008.


01 December 2008

Aku nak balik kampung

Tapak pasar malam Parit Buntar...tunggu kedatangan aku...

Hari ini hari terakhir hubby bekerja di IPD Port Dickson.Dia kata pukul 3 nanti dia balik.Aku dah siap packing barang nak balik kampung.Dia tak cakap pulak pukul berapa nak bertolak.Selalunya dia buat keputusan last minute.Kekadang dia kata " jom balik kampung" on the dot la kena bersiap balik kampung.Hubby aku ni lagi homesick dari aku.Kalau ikut dia tiap2 minggu nak balik kampung.Impiannya sukar dicapai kerana jadual tugas yang tidak menentu dan sukar mendapat cuti.Tapi aku pelik pulak tengok abang ipar yang selalu dapat cuti.Hari raya tiap2 tahun dapat cuti.Kerja sama, cuma berlainan bahagian je.Abg ipar pengiring, my hubby bahagian MPV.Terlalu komitedkah suamiku itu???atau dia malas nak gaduh2 berebut turn cuti ???Kalau bab komited dan komitmen betul la kot.Aku rasa memang layak la dia selalu dapat sijil penghargaan dan tahun ni dapat Anugerah Perkhimatan Cemerlang.Jika dibandingkan dengan aku ni, biasa2 aje.Tak adalah kerja macam nak rak...Apa2 pun asal dia bahagia sudah.Aku sebagai isteri hanya mendoakan yang terbaik untuknya...Mudah2ah la cepat naik pangkat...
Semalam mak aku kata bubu dawai yang mak aku pasang banyak mengena ikan.Ada ikan puyu, sepat.Mak aku kata hari2 depa bakar ikan keli cicah air asam.Terliur aku...Dapat aku bayangkan betapa sedapnya ikan keli yang dibakar dengan sabut.Aromanya bisa mencairkan air liur...Kak Cik pulak hari2 fon aku ajak balik kpg.Dia awal cuti sekolah dah balik.Dia kata tiap2 hari acara makan2.Jealousnya aku...
Danial dengan Anis dah lama ajak aku balik kampung.Nak jumpa Atok,Omey , Faiz kata depa.Aku saja nak tunggu hubby habis kerja kat sini.Lagipun banyak urusan nak settle dulu.Aku balik kampung ni boleh gak tolong apa2 yang patut untuk majlis pernikahan adik bongsu aku ( Man).Mak kata semua dah settle.Hantaran minta tolong Kak Nah, kak iparku yang kreatif itu buatkan.Nanti aku boleh gak tolong sponsor apa2 yang patut.Kek ke, buah ke.Kami adik beradik dah pakat nak konvoi ramai2 pi Kuala Kangsar rumah kenduri belah perempuan pada 13 disember ni.Saja nak memeriahkan suasana dan nak tengok macam mana kenduri kat Kuala Kangsar.Lagipun bakal adik ipar tu ustazah.Masing2 kena kontrol alim nanti...Kenduri belah lelaki buat masa cuti raya Cina.Saja lewatkan sebab nak tunggu Kak Yati balik Mekah dulu.Kesian gak Kak Yati, dia yang buat persiapan bagai nak rak, tak dapat hadir masa kenduri Man.
Aku balik ni pun nak uruskan rumah hubby aku kat Yan.Adik ipar dah tolong cari rumah kat sana.Tapi selagi tak tengok rumah tu, selagi tu la aku tak puas hati.Lagipun aku rasa sewa rumah tu macam tak logik je.Rumah awam sewa sampai RM230.Baik aku cari rumah teres perumahan sederhana.Berbaloi gak.Tak pun duduk kuaters.Apa2 pun pi sana dulu baru boleh citer panjang.Aku pun nak gak survey sekolah yang dekat2 kat situ.Nanti senang nak isi borang pindah tahun depan.Masa aku balik kampung ni, mungkin blog tak update sebab internet kat kampung tak ada.
Okey la nak pergi mandi.Lepas ni nak antar anak2 ke rumah Kak Tipah, pergi Billion beli puting n baju anak,pergi rumah kak Faridah ambil duit kutu aku(turn aku yang paling last...)dan paling aku takut nak cabut implan kat LPPKN...
Oh, Parit Tok Ngah kampungku yang permai tunggu kepulanganku....