Tahniah kepada adik aku Mohd Noor Azman atau lebih mesra di panggil Acu Nan oleh anak buahnya kerana berjaya posting ke Negeri Perak.Bila nama dah berada di Perak, mudahlah abang long yang bekerja di PPD Kerian nak susun nama dia agar bertugas di sekolah yang berdekatan dengan isteri dia.Aku tumpang gembira dengan berita gembira ini.Tak payah nak gaduh duduk berjauhan dengan isteri.Macam aku ni bila tah boleh tukar dan tinggal dengan suami..
Sebenarnya adik aku tu mendapat 3 tawaran serentak di KTM sebagai jurutera, di MARDI sebagai pegawai tadbir dan ke Institut Perguruan Kangar untuk kursus KPLI.Kami sekeluarga amat menyokong dia menerima tawaran sebagai jurutera KTM.Maalumlah dalam family kami tak ada lagi yang jadi jurutera ni.
Dia bertugas sebagai jurutera KTM di Kuala Lumpur hanya selama seminggu.Tetiba aje masa aku telefon mak, mak beritahu Man tak mahu jadi jurutera.Dia balik kampung dan terus mendaftar diri ke KPLI.Aku tepuk dahi.Tolak tuah betullah adik aku tu.Orang berlumba nak kejar gaji tinggi, dia tak mahu pulak.Dari 5 ribu orang yang ditemuduga,dia antara yang berjaya dalam temuduga yang hanya mengambil 3 orang sahaja jurutera KTM...Jadi cikgu apa yang ada? Tak glamour langsung.
Semasa aku pulang ke kampung, aku berpeluang bertanya sendiri pada adik aku tu kenapa dia tak mahu teruskan kerjaya sebagai jurutera tu.Dia senyum aje.Dia memang macam tu.Kuat berahsia.
Aku korek cerita dari mak aku.Mak aku pun bercerita.Menurut cerita mak aku memang la jurutera KTM tu nampak glamour.Siap ada driver dan kereta pacuan empat roda diberi.Adik aku pulak ditugaskan di stesyen yang paling sibuk.Tapi,masa dengan keluarga kurang.Cuti hari raya pun belum tentu dapat.Tak macam cikgu, cuti banyak.
Oh...macam tu.Maknanya adik aku tu tak mengejar material.Yang penting bagi dia masa yang diluangkan untuk keluarga lebih banyak.Aku rasa terkilan gak.Tapi dah empunya diri buat keputusan macam tu nak buat macam manakan...Aku dah bayangkan kerjaya sebagai cikgu ni tak semudah yang disangka.Sentiasa berkorban.macam lilin...tapi dia tetap dengan keputusannya.
Tak apalah, cikgu Azman.Teruskan perjuanganmu...
No comments:
Post a Comment
saya suka baca komen anda...saya amat menghargainya.