06 January 2009

Tahniah Maisarah

Semasa aku sedang panaskan enjin kereta pagi Isnin tadi, tetiba bunyi isyarat message diterima.Aku cepat2 buka.Rupa2nya message tu dikirim oleh Maisarah, member aku semasa sekolah dahulu.Dia beritahu aku yang dia sudah selamat melahirkan cahayamata ke-2 pada pukul 4 pagi tu.Terkejut juga aku sebab baru pukul 8 malam tu aku berbalas2 sms dengan dia.Patut la masa bersms tu dia ada tanya aku kalau perut rasa tegang, tanda2 nak bersalin ke.Aku pun balas kalau aku la, tanda tegang perut, kuar lendir sikit, tak sampai sehari la aku akan bersalin.Dia ada cerita yang dia cadang nak pergi hospital lepas tu sebab dia terpaksa bersalin di hospital taiping.Jauh dari rumah mak dia.Aku pun ada nasihat kat dia baik pergi hospital awal sebab di hospital, ada nurse dan doktor.Keselamatan terjamin.Rupa2nya memang malam tu la dia bertolak ke hospital.
Aku nak balas sms, aku pulak sibuk kat sekolah.Aku hanya sempat sms dia semasa tengah hari.Baby kedua dia ni juga lelaki.Maknanya, ada 3 hero kat rumah dia termasuk hubby.Dia sorang ajelah perempuan.Tak apa, boleh cuba lagi untuk mendapatkan anak perempuan pulak.Dulu anak sulung dia operate, anak kedua ni dia kata bersalin secara normal.Wah, dua2 dia rasa macam mana.Aku tanya mana lagi okey, operate ke normal ? Dia kata sama2 sakit cuma bezanya bersalin normal letih nak teran.Operate tak payah nak teran.Tapi, bersalin normal ni lepas bersalin dah boleh berjalan ke sana kemari tanpa rasa sakit kat perut.Operate dia kata hai, jangan harap la nak berjalan2.Nak bangun pun seksa.Oh, begitu rupanya...
Bila tengok member ada baby kecik ni, teringin gak aku nak ada baby lagi.Anis pun dah bising nak adik.Kalau dia nampak baby kecik, siap la pipi baby tu dia cium.Siap cakap lagi" mama, adik nak baby macam ni."Aku bukan tak nak tambah ahli keluarga lagi, tapi buat masa sekarang ni tangguh la dulu.Aku dah selesa dengan keadaan sekarang.Tidur malam tak diganggu, tak perlu dukung anak ke sana ke mari.Cuma bab mandi, cebok,kena pantau la sikit.Kalau aku rasa rindu zaman depa kecik2 dulu, sekali sekala aku suapkan makanan depa.Saja, nak bagi 'air tangan' aku ni meresap kat depa walaupun jarang aku masak(sekarang aje la, dulu selalu masak).Lagi pun kesibukanku dengan study dan tugas seharian, membuatkan aku menangguhkan hasratku itu.Sejak akhir2 ni juga aku selalu diserang selsema.Bila selsema, sakit kepala dan badan terasa lemah.Kalau ada baby, sukar juga aku hendak uruskan dalam keadaan yang kurang sihat tu.
Aku target tahun 2010 adalah tahun aku hendak menambah anak lagi.InsyaAllah.

1 comment:

  1. wahh member kita dah tambah anak..mmglah best ada anak kecik ni..ttp tuhlah macam ko cakap mmg kena tumpu kat anak jer tak leh buat benda lain. ehhh nak ngandung 2010 aku pun cadang2nyer cam tuh juga bg si kecik genap 2 tahun maknanya julai 2010 umur dia 2 thn dah bleh plan yg ketiga. bukan apa biarlah membesar sekali senang jaga..ini kalau anak-anak dah besar pastu ada anak kecik balik mesti kekok.apa-apa pun rezeki tuhan yg bg kan...

    ReplyDelete

saya suka baca komen anda...saya amat menghargainya.