12 July 2009

Wadai Kipeng kuih Banjar


Hari ini genaplah usiaku 32 tahun.Alhamdulillah dan syukur pada Allah kerana memberi aku peluang untuk menghirup udara nyaman dan melihat alam semesta ini.Aku juga amat bersyukur kerana berpeluang merasa zaman kanak-kanak,remaja,berkerja,berumahtangga dan beranak-pinak.Banyak doaku sudah dimakbulkan.Terasa apa yang aku rencanakan, dimakbulkan olehNya.Alhamdulillah...Pintaku, semoga aku diberi peluang untuk melihat anak-anakku berjaya dalam hidup,berumah tangga seterusnya menimang cucu.

Dulu, semasa zaman muda-muda, aku begitu teruja dengan sambutan hari jadi.Zaman maktab dan zaman mula-mula bekerja pasti ada serba sedikit jamuan untuk rakan dan taulan.Kini, seiring dengan peningkatan usia, aku dah tak kisah dengan hari lahir ni.Rasa macam dah tak ada benda.Entah...mungkin banyak tanggung jawab dan agenda yang memenuhi memori otakku.

SMS dan panggilan telefon dari suami amat aku nantikan.Tak sangka pula, suamiku yang tak romantik tu bila duduk jauh macam ni bila menulis bait-bait ucapan, bisa meruntun jiwaku...Betullah kata orang, bila jauh bau bunga, dekat bau ....

Pagi tadi, emak yang tinggal dengan aku membuat wadai kipeng iaitu sejenis kuih tradisional orang Banjar.Mak kata sesuai sangat buat kuih ni sempena ulang tahun kelahiranku...Tak susah buat kuih ni..Cuma nak gentel tepung pulut jadi bulat-bulat dan ditekan di tengahnya makan masa juga.Danial dan Anis pun tolong juga gentel adunan tepung tu.Aku pastikan depa basuh tangan bersih-bersih.Danial kata kuih ni macam duit syiling aje...Emak kata memang kuih ini selalunya dibuat untuk majlis doa selamat atau untuk meraikan sesuatu.Wadai kipeng yang berbentuk seperti duit syiling dan timbul ketika masak memberi 1000 makna yang tersirat.Semoga rezeki dimurahkan dan dipermudahkan...Selepas masak, Danial dan Anis berebut-rebut nak makan.Ini pertama kali depa makan kuih ni.Rasanya yang manis begitu enak tambahan pula ditambah durian bagi menambah perisa...Kak Cik yang kebetulan datang ke rumah aku pun makan wadai kipeng dengan penuh selera...Siap tapau lagi...Rugi pulak rasanya aku tak belajar membuat wadai kipeng ni dari emak.Walaupun nampak senang tapi kena ada ilmu juga untuk membuatnya barulah jadi dan ada umpp..Selain dari wadai kipeng, kuih tradisional Banjar yang sangat enak ialah kalakatar dan balungan ayam.Setiap kali bulan puasa sudah pasti kuih kalakatar ini akan dibuat oleh emak sebagai memenuhi permintaan anak-anaknya.Aku rasa kuih kalakatar emak tidak dapat ditandingi oleh orang lain walaupun sekarang ini kuih itu sudah dikormesialkan.

Pastinya, ulang tahun kelahiranku yang ke32 ini memberi ertinya yang tersendiri...Wadai kipeng, kuih Banjar yang mempunyai seni dan makna yang tersirat...

11 July 2009

Kenduri di Kampung Melayu Kundang.

Pengantin sedang bersanding di pelamin.

Masing-masing sibuk mengambil gambar mempelai di pelamin.

Antara kulaan yang datang.



Selepas pergi kenduri, Anis dan Omey 'naik kuda' di Centre Point.Seronok depa naik kuda..


09 July 2009

PPSMI dimansuhkan.


Ini berita yang aku tunggu-tunggu selama ini.Sebenarnya sejak PPSMI diperkenalkan lagi aku kurang setuju dengan daras kerajaan itu.Namun begitu, siapalah aku hendak mengubah dasar.Aku hanya berjuang agar PPSMI dimansuhkan dan kembalikan Matematik dan Sains diajar dalam B.Melayu melalui kesatuan perguruan sahaja.Selain itu setiap kali ada kajian yang dibuat melalui kaji selidik yang perlu aku isi, aku selalunya akan mengisi borang itu dengan komen yang agak condong ke arah negatif.Walaupun ada suara-suara orang-orang atasan yang meminta agar borang kaji selidik itu kelihatan ' cantik' dan positif, aku masih enggan.Biarlah aku bersikap jujur dan telus.Aku yang mengajar Matematik sudah tentu tahu masalah yang aku dan murid aku hadapi selama ini.

Aku sebagai guru selama ini sebenarnya tidak senang duduk kerana selalu sahaja dipantau oleh pegawai-pegawai pelajaran yang inginkan dasar PPSMI ini berjaya.Aku yang agak lemah dalam penguasaan Bahasa Inggeris sudah tentulah menghadapi sedikit masalah untuk mengajar mata pelajaran itu di dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya.Walaupun kursus demi kursus diberi, ujian demi ujian diduduki, agak mustahil untuk aku hendak bertutur Bahasa Inggeris sepenuhnya dalam kelas.Tambahan pula, keadaan persekitaran anak muridku yang bukanlah 100% datang dari bandar membuatkan kekadang aku terpaksa bertutur juga dalam Bahasa Melayu.Kekadang aku rasa 'berdosa' kerana elaun BISP aku perolehi tapi mengajar tidak sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris.Aku boleh menarik nafas lega selepas ini kerana apabila pengajaran Matematik dan Sains di dalam Bahasa Melayu, elaun itu aku tidak perolehi lagi dan hasilnya, 100% pendapatanku 'bersih' dan aku tidak lagi menanggung perasaan bersalah itu.Aku lebih rela tidak dapat elaun sebanyak RM200+ daripada menanggung perasaan bersalah itu.

Sepanjang aku terlibat dengan PPSMI ini juga, aku dapati kaum melayu terus dihambat kemerosotan dan kaum lain seperti India dan Cina semakin menunjukkan peningkatan di dalam mata pelajaran Matematik dan sains.Apa tidaknya, rata-rata murid Melayu menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa berkomunikasi dan terpaksa berusaha dua kali ganda untuk memahami istilah-istilah khusus Matematik dan sains di dalam Bahasa Inggeris.Bagi kaum lain terutamanya India rata-ratanya menggunakan Bahasa Inggeris di dalam pertuturan harian sudah tentulah mereka dapat memahami Matematik dan Sains dengan lebih mudah.Aku boleh tunjukkan markah Matematik yang menunjukkan markah tertinggi dibolot oleh 'kaum-kaum mereka'.Murid Melayu?...beberapa kerat sahaja yang cemerlang..Itupun orang ke tiga atau ke empat selepas 'kaum-kaum itu'.

Aku berharap agar tahun 2012 nanti, memberi harapan baru kepada anak bangsa kita untuk dapat menguasai Matematik dan sains dengan lebih baik kerana sudah diajar di dalam Bahasa Melayu kembali.Ibu bapa juga tidak ada lagi alasan 'saya nak ajar anak kat rumah, saya pun tak faham sangat sebab buku-buku anak saya dalam bahasa Inggeris'.

p/s: Danial mula sekolah tahun satu pada tahun 2011.Aku masih kurang jelas...adakah semasa tahun satu ajar Maths dan sains dalam BI dan semasa tahun 2 dalam BM?...

08 July 2009

Suamiku ke Manek Urai

Mungkinkah mek kelate yang berada di tempat suamiku bertugas secantik seperti gambar di atas?...





Ahad tadi, suamiku telah menelefon aku dan beritahu yang dia akan ke Manek Urai untuk bertugas di sana.Dijangka suamiku akan bertugas sehingga tamat pilihan raya di sana.Didoakan semoga abang selamat pergi dan pulang dari bertugas.

Semalam, aku telefon suami untuk mengetahui perkembangannya di sana.


Antara yang menarik perhatianku ialah:

* cuaca yang dingin di sana.Terutamanya semasa malam.
*makanan yang enak dan menepati selera suamiku..( pelik gak...kan makanan Kelantan manis2 belaka...suamiku tak suka makanan yang manis.)
*mek kelate menurut suamiku come2 belaka.peramah pulak tu.
*mungkin tak sempat nak pergi membeli belah sebab jauh dari Kota Bharu dan kenderaan juga tak ada.

P/S: Abang jangan terpikat dengan mek kelate sudah la...Nak tengok aku ngamuk??cuba la.



26 June 2009

Gigi Danial Sakit

Tengah makan cucuq jagung buatan mak, tiba-tiba Danial kata gigi dia goyang dan sakit.Aku periksa tengok tak ada pulak gigi yang goyang.Danial kata "sakit la mama.Mak Ngah pandai cabut gigi".Aku ajak pergi klinik pergigian Port Dickson, dia tak mahu."Danial nak Mak Ngah jugak cabut".La...nak tunggu Mak Ngah balik jenuh la.Pujuk punya pujuk, akhirnya Danial mahu ke klinik.

Danial mula-mula tak mahu duduk atas kerusi tu.Doktor tu pandai pujuk.Akhirnya Danial sedia beri kerjasama.Tapi, mama jangan duduk jauh tau.Doktor kata " gigi Danial cantik tapi ada satu gigi lubang sikit.Kena tampal ni."Aku risau gak kot2 la Danial tak dapat tahan ngilu.Nampak doktor tu buat rawatan dengan cermat dan lembut.Danial diam aje...


Bila dah siap, aku tanya Danial sakit tak? "Tak sakit pun", kata Danial.Sekarang, Danial dah boleh makan cucuq jagung kegemarannya tanpa sakit gigi lagi...

25 June 2009

Danial, Anis dan Omey...

Danial, Anis dan sepupunya memang kamceng.Nur Farahin atau lebih mesra dipanggil Omey.Petang tadi Omey dan family datang ke rumah.Kebetulan, birthday Anis baru saja lepas.Aku beli pizza 3 kotak.Maka, masing-masing makan pizza yang masih panas tu...Tanpa kek, tanpa tiup2 kek,tanpa majlis apa-apa.Anis pun bukannya faham sangat party birthday ni..Dan memang aku tidak mahu mengajar anak pasal party2 ni.membazir dan mengagungkan budaya barat.Lebih afdal sedekah makan pada golongan yang lebih memerlukan...Omey sampai tak mahu balik ke rumah sebab seronok sangat main dengan Danial dan Anis.Tapi, ajak bermalam di rumah tak mahu pulak...

23 June 2009

Kenduri-kendara di kampung.

Kalau balik kampung, aku semestinya akan meluangkan waktu untuk pergi ke kenduri di sana.Selain dari meraikan majlis perkahwinan, aku juga sangat suka dengan menu kenduri yang tak dapat di tempat lain.Menu yang paling aku suka ialah air asamnya yang sangat lazat.Aku rasa hanya di sesetengah tempat di Parit Buntar saja ada menu air asam ni... Semasa cuti sekolah tempoh hari, banyak juga kenduri yang dihadiri.Cuma tak sempat nak ambil gambar semuanya.Antara kenduri yang sempat di ambil gambar ialah kenduri Mak Teh, Noraini dan Pak Usop.

Selamat Pengantin Baru kepada sepupuku, Shahbuddin bin Jamhari dan pasangannya, cikgu Syikin yang berasal dari Batu Pahat, Johor.Nampaknya perkahwinan ini menyatukan dua rumpun Melayu Banjar dan Jawa.Bertambahlah lagi kulaan aku...
Pengantin sedang menjamu selera di luar rumah.Warna tema pengantin ialah maroon.Dari warna baju pengantin,baju keluarga pengantin,warna kanopi, pelamin, kelambu pengantin semuanya maroon.


Saudara-mara yang hadir semasa kenduri Mak Teh.Kelihatan Mak Teh (tudung maroon) tersenyum gembira kerana mendapat menantu 'cikgu'.Dah lama mengidam dapat menantu cikgu.Akhirnya tercapai juga hasrat.(Ehmm...kenapa orang tua-tua suka cari menantu cikgu ye?...)

Pelamin pengantin di rumah Mak Teh Titi Serong.Tak sempat nak tengok pengantin bersanding sebab dah nak pergi kenduri lain pulak.



Family Haji Sulaiman saja dah penuh 2 meja.



Anis kata " gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati, Terima kasih la ye tuan rumah".

Danial sedang makan dengan penuh berselera.Dia menambah nasi 2 kali.Danial kata " lauk daging masak hitam sedap".
Anis makan nasi di sebelah mak.Banyak dia makan nasi minyak kenduri di Taman Kerian( rumah Usup).



Omey, sepupu Danial dan Anis yang paling kamceng sedang menjamu selera.

20 June 2009

Selamat Pengantin Baru.


Selamat Pengantin baru kepada Noraini bt Lokman dan pasangannya.Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat.


Bulan 9 nanti jangan lupa kita sama-sama isi borang pertukaran ikut suami masing-masing no...

Kenangan Terindah di Cuti Sekolah.

Aku benar-benar merehatkan fikiran semasa cuti sekolah tempoh hari.Cuti selama 2 minggu dimanafaatkan sepenuhnya.Aku terus lupakan soal kerja, soal sekolah,soal pertukaran yang tidak diluluskan...Cuti digunakan sepenuhnya untuk suami dan anak-anak.Terasa macam honey moon bersama anak-anak...kalau ada kesempatan ruang masa dan kewangan, pasti percutian seperti ini akan berulang kembali.


Hotel tempat penginapan yang boleh tahan la.Berpatutan dengan harga dan kemudahan yang diberikan.Hotel Bella Vista.Hanya 1 km dari pekan Kuah.


Abah dan anak-anak bermalas-malasan di bilik.Penat naik feri selama 1 jam setengah masih terasa.

Bersarapan di tempat penginapan.Danial tak selera makan mungkin masih awal.Selalu kat rumah pukul 10 baru sarapan.Mama,abah dan Anis selera aje.



Anis tengah berangan nak jadi jutawan...

Anis dan Danial asyik bermain buih sabun.Ajak mandi di kolam renang tak mahu.Ramai sangat budak-budak yang mandi kat situ.Rimas agaknya.

Membeli-belah di gerai dekat dengan Makam Mahsuri.Beli air gamat,minyak gamat,kain batik dan kain pelikat.Harga kain batik di sini lebih murah dari di pekan Kuah.Kain batik 3 serangkai sehelai RM9.Kalau di pekan Kuah RM10.Kain batik yang elok sikit, kalau di Kuah RM21.Di sini cuma RM18.Tawar punya tawar boleh dapat RM15.


Tanpa berkunjung ke Dataran Lang, terasa tidak lengkap lawatan ke Pulau Langkawi.


Danial dengan gaya macam burung helang dan Anis dengan 'peace'...Abah? kontrol handsome...


Anis dan Danial sempat lagi bergambar semasa di Jeti semasa hendak balik ke Kuala Kedah.


Mandi di Titi Hayun,Yan.Danial dan Anis mula-mula takut.Lama-lama seronok sampai tak mahu balik.


Anis ketawa gembira bersama abahnya...


"Mama tak nak mandi ke?" jerit Anis.


Semua makanan sangat segar sebab baru naik dari laut di Jeti Kuala Muda.Ikan masak 3 rasa sangat enak.Isi ikan terasa segar dan manis.Kami meratah ikan dan kerang sampai kekenyangan sampai ke pagi esoknya.


Membeli ikan bilis,ikan talang masin,ikan tamban dan belacan tumbuk di Tanjung Dawai.Ikan bilisnya sangat segar dan manis bila digoreng.Yang menariknya, semua hasil laut ni diusahakan oleh orang Melayu.Kesucian dan kebersihannya dijamin.Harganya amat berpatutan.Boleh dapat diskaun jika borong dengan banyak.Jarak dari rumah sewa hubby ke bazar ni cuma 8 km.Abang cik pesan ikan tamban sampai 3 kilo.Mak pesan belacan 2 ketul.Aku cuma beli keropok lekor dengan sos aje... Kepada Mak Ngah Yati yang suka ikan bilis tu, boleh le kirim kat my hubby.


Di tepi laut Tanjung Dawai.Banyak bot-bot nelayan lalu di sini.Terasa damai suasana .Boleh dikatakan 99% penduduknya Melayu.Aku suka dengar depa cakap loghat utara yang pekat...


30 May 2009

70% kesihatan, 30% kecantikan.

Sebelum balik kampung,Kak Nor Rizai dah janji nak serahkan barang yang aku pesan.Malam ni, Kak Nor Rizai pun mengotakan janjinya...

Barang apakah itu? Lihat gambar di bawah...





Encik Azhar,suami tercinta mahu lihat aku macam mula-mula dia lihat aku dulu di awal perkenalan.Kalau tak silap aku diawal perkenalan dulu, berat aku 48kg.Sekarang...buat sakit hati aje nak habaq...Hubby kata tak dapat 48 kg pun, 55 kg pun jadilah.Wah...jenuh aku nak usahakan...
Salah satu usaha aku adalah membeli barangan di atas.Korset yang merangkumi 70 % kesihatan dan 30 % kecantikan.Aku dah lama teringin, tapi harganya telan air liur jugak la.Sekarang, aku nekad nak beli.Dengan bayaran insuran selama 2 tahun, barang di atas sudah menjadi milik aku...Semoga apa yang aku inginkan akan tercapai.Bukan untuk sesiapa, untuk diri sendiri dan kebahagiaan suami juga...Kalau hubby boleh kurus, tak kan aku tak boleh kot...


29 May 2009

Fesyen rambut baru


Lihat rambutku...bergayakan...

Anis dengan gaya lentuknya,Danial dengan gaya machonya...




Aku sebenarnya dah lama nak potong pendek rambut Anis,tapi selalunya aku potong tak elok.Ala-ala macam fesyen orang Penan...Habis hilang kecomelannya...Dengan cuaca yang panas sekarang, rambut yang panjang pasti merimaskan kanak-kanak.
Hari Khamis tadi, aku minta jasa baik Kak Tipah tolong bawak Anis pergi gunting rambut kat kedai.Masa jemput pulang, aku nak gelak jugak tengok Anis.Sebijik macam budak Cina...Kat belakang nampak macam budak lelaki pun ada...Tapi, bila tengok lama-lama, cute gak fesyen macam ni...aku rasa kalau aku buat fesyen macam ni mesti Encik Azhar tepuk dahi...



Majlis Perpisahan

Petang Khamis, Kelab Guru SK Lukut buat majlis perpisahan untuk cikgu yang dapat berpindah.Tahniah pada Kak Yati yang dapat bertukar ke Pahang mengikut suaminya.Sebenarnya Kak Yati memohon tukar dari bulan Disember tahun lepas.Sama dengan aku.Tapi nasibnya lebih baik.Permohonannya diluluskan, sedangkan aku...isk...isk...

Tapi, tak apa...ada hikmah disebalik apa yang berlaku.Semua ketentuan dari Tuhan adalah yang terbaik untuk umatNya...Emosi aku dah stabil.Jangan bimbangkan aku...

Hadiah untuk Kak Yati, aku kongsi dengan Haizy beli hadiah ni.Dengan harga ahli dari Kak Fazlon, kami dapat beli dengan harga yang murah.RM50 aje...(Siti, amacam dengan hadiah Ani tu? dah beli ke? jangan lupa sms akaun bank..)

Ni pulak hadiah untuk Kak Ros.Aku share dengan Kak Zainon.Juga dari Akojaya tapi benda yang berlainan.Dibeli dengan harga ahli Kak Zainon.

Acara makan-makan sebelum acara nangis-nangis...

Orang yang akan berpindah.Kak Yati ( dua dari kanan) dan Kak Ros (tudung kuning paling kanan)



27 May 2009

Kusut...keliru....tension

Hari Isnin satu hari aku tak ada mood kat sekolah.Lawak antarabangsa dari member pun aku sambut dengan senyum dibuat-buat.Senyum plastik...Orang tengah mood tak baik lagi mau buat lawak ka...Konon2 nak bagi aku happy la tu...

Meja aku yang kusut...sekusut tuannya...
Balik sekolah, aku tengok dan tenung pokok cili aku yang hidup subur...Lega sikit kepala otak ni..Kak Shaharani dah ushar pokok cili aku kalau aku pindah, dia nak angkut pi rumah dia...Sorry ye kak Sha, eden tak jadi pindah...

Danial dan Anis tak kisah pun tak jadi pindah...Depa macam tak kisah pun abah ada ke tak...Makan tak ingat mama yang sedang bersedih ni...


Petang semalam, cuci kereta dan vakum sekali...Kereta berabuk dan penuh pasir kat dalam kereta menambah lagi serabut kepala aku...Mat Bangla tu pujuk aku "akak ini kereta kasi polish.Offer kasi akak RM120..." Aku tolak dengan baik.Dia ulang lagi ada la kot 5-6 kali.Kepala hotak kau(aku kata dalam hati la)...Aku buat tak tau je...Dia boring dia pun blah...

Anis tengah memilih dengan ghairahnya kek kat secret recepi...Terhibur gak hati tengok gelagat dia.Pilih sampai 3 jenis.Mama beli sepotong aje ye setiap sejenis...