Dulu, semasa zaman muda-muda, aku begitu teruja dengan sambutan hari jadi.Zaman maktab dan zaman mula-mula bekerja pasti ada serba sedikit jamuan untuk rakan dan taulan.Kini, seiring dengan peningkatan usia, aku dah tak kisah dengan hari lahir ni.Rasa macam dah tak ada benda.Entah...mungkin banyak tanggung jawab dan agenda yang memenuhi memori otakku.
SMS dan panggilan telefon dari suami amat aku nantikan.Tak sangka pula, suamiku yang tak romantik tu bila duduk jauh macam ni bila menulis bait-bait ucapan, bisa meruntun jiwaku...Betullah kata orang, bila jauh bau bunga, dekat bau ....
Pagi tadi, emak yang tinggal dengan aku membuat wadai kipeng iaitu sejenis kuih tradisional orang Banjar.Mak kata sesuai sangat buat kuih ni sempena ulang tahun kelahiranku...Tak susah buat kuih ni..Cuma nak gentel tepung pulut jadi bulat-bulat dan ditekan di tengahnya makan masa juga.Danial dan Anis pun tolong juga gentel adunan tepung tu.Aku pastikan depa basuh tangan bersih-bersih.Danial kata kuih ni macam duit syiling aje...Emak kata memang kuih ini selalunya dibuat untuk majlis doa selamat atau untuk meraikan sesuatu.Wadai kipeng yang berbentuk seperti duit syiling dan timbul ketika masak memberi 1000 makna yang tersirat.Semoga rezeki dimurahkan dan dipermudahkan...Selepas masak, Danial dan Anis berebut-rebut nak makan.Ini pertama kali depa makan kuih ni.Rasanya yang manis begitu enak tambahan pula ditambah durian bagi menambah perisa...Kak Cik yang kebetulan datang ke rumah aku pun makan wadai kipeng dengan penuh selera...Siap tapau lagi...Rugi pulak rasanya aku tak belajar membuat wadai kipeng ni dari emak.Walaupun nampak senang tapi kena ada ilmu juga untuk membuatnya barulah jadi dan ada umpp..Selain dari wadai kipeng, kuih tradisional Banjar yang sangat enak ialah kalakatar dan balungan ayam.Setiap kali bulan puasa sudah pasti kuih kalakatar ini akan dibuat oleh emak sebagai memenuhi permintaan anak-anaknya.Aku rasa kuih kalakatar emak tidak dapat ditandingi oleh orang lain walaupun sekarang ini kuih itu sudah dikormesialkan.
Pastinya, ulang tahun kelahiranku yang ke32 ini memberi ertinya yang tersendiri...Wadai kipeng, kuih Banjar yang mempunyai seni dan makna yang tersirat...
Liza selamat hari jadi yer..moga dipanjang usia, dimurahkan rezeki amin
ReplyDeleteSelamat menyambut besday ... kakak call tenghari tapi HP mak tak angkat..kakak sebuk banyak tamu yang datang dari semalam habis minggu ni visit. Biasalah kakak bahagian penyajian makanan.
ReplyDeleteUcapan untuk kita ber2 (7.7. & 12.7)
"SELAMAT ULANG TAHUN SEMOGA ALLAH MURAHKAN REZEKI, DIPANJANGKAN UMUR DIBERI KESIHATAN YANG BAIK SERTA DIRAHMATI DAN DIREDHAI OLEH ALLAH"
Ya ALLAH, panjangkanlah usiaku,
ReplyDeleteagar lebih lama dapat ku mentaati Mu,
Jadikanlah kehidupan ini sebagai ladang,
moga di akhirat kelak ku mengutip hasilnya.
Ya ALLAH, tambahkanlah amalan ku di saat bertambah usiaku,
Jadikanlah cahaya Mu yang bersinar menyinari jalanku,
Rehatku adalah rantaian zikir,
Rantai yang ku kalungkan pada leherku,
Sebagai tanda cintaku pada Mu,
Ya ALLAH, Engkau tidak mensia-siakan segala usahaku,
Mencari haruman Syurga ciptaanMu,
Tempat rehat dan nikmat abadi…….
happy belated besday...teringat lak kecik2 tok suka wat kuih ni...skang jarang dapt jumpa dah kuih macam ni
ReplyDeleteSelamat hari jadi.....
ReplyDeletesemoga panjang umur n murah rezeki
Selamat menyambut hari lahir.....semoga dilindungi ALLAH...sentiasa dimurahkan rezeki.
ReplyDeleteMAKAN KETUPAT DI RMH ZAHIR,
MKN PULA DGN ANAKNYA,
INI UCAPAN SELAMAT HARI LAHIR,
UNTUK ADIKKU BERNAMA (LIZA)
sesapa nak belajar buat wadai kepeng, bleh refer kt sini -> http://lamanku.com
ReplyDelete