Hotel tempat penginapan yang boleh tahan la.Berpatutan dengan harga dan kemudahan yang diberikan.Hotel Bella Vista.Hanya 1 km dari pekan Kuah.
Abah dan anak-anak bermalas-malasan di bilik.Penat naik feri selama 1 jam setengah masih terasa.
Bersarapan di tempat penginapan.Danial tak selera makan mungkin masih awal.Selalu kat rumah pukul 10 baru sarapan.Mama,abah dan Anis selera aje.
Anis tengah berangan nak jadi jutawan...
Anis dan Danial asyik bermain buih sabun.Ajak mandi di kolam renang tak mahu.Ramai sangat budak-budak yang mandi kat situ.Rimas agaknya.
Membeli-belah di gerai dekat dengan Makam Mahsuri.Beli air gamat,minyak gamat,kain batik dan kain pelikat.Harga kain batik di sini lebih murah dari di pekan Kuah.Kain batik 3 serangkai sehelai RM9.Kalau di pekan Kuah RM10.Kain batik yang elok sikit, kalau di Kuah RM21.Di sini cuma RM18.Tawar punya tawar boleh dapat RM15.
Mandi di Titi Hayun,Yan.Danial dan Anis mula-mula takut.Lama-lama seronok sampai tak mahu balik.
Anis ketawa gembira bersama abahnya...
"Mama tak nak mandi ke?" jerit Anis.
Semua makanan sangat segar sebab baru naik dari laut di Jeti Kuala Muda.Ikan masak 3 rasa sangat enak.Isi ikan terasa segar dan manis.Kami meratah ikan dan kerang sampai kekenyangan sampai ke pagi esoknya.
Membeli ikan bilis,ikan talang masin,ikan tamban dan belacan tumbuk di Tanjung Dawai.Ikan bilisnya sangat segar dan manis bila digoreng.Yang menariknya, semua hasil laut ni diusahakan oleh orang Melayu.Kesucian dan kebersihannya dijamin.Harganya amat berpatutan.Boleh dapat diskaun jika borong dengan banyak.Jarak dari rumah sewa hubby ke bazar ni cuma 8 km.Abang cik pesan ikan tamban sampai 3 kilo.Mak pesan belacan 2 ketul.Aku cuma beli keropok lekor dengan sos aje... Kepada Mak Ngah Yati yang suka ikan bilis tu, boleh le kirim kat my hubby.
wah bestnyer bercuti yerhhh
ReplyDeleteWoow. bestnya. Rasa nak pi lagi kat sana. Hari tu pi dengan abah, mak, Nan dan Safuan. Masih terasa keseronokan.
ReplyDeleteNanti belikan ikan bilis 3 kg na yg dah belah or siang. Nanti ambik masa balik sebelum puasa.