09 February 2010

Beli Rumah di Guar Chempedak

Semasa aku berbual di telefon semasa berkursus, suami memberitahu yang dia ada survey rumah di sekitar Yan hingga Gurun.Dia berjumpa dengan rumah teres yang boleh tahan harga dan lokasi yang strategik.

Petang tadi, semasa kami dalam perjalanan ke Yan dari Pulau Pinang, kami singgah dulu di projek perumahan Taman Desa Aman 4,di Guar Chempedak.

Hmmm...okey jugak.Luas tanah 20 X 70.Luas bangunan 20 X 43.Bilik tidur 3, bilik air 2.Harga RM118,000.Danial dan Anis pun nampak seronok.Siap booking bilik masing-masing ( mujur la anak 2 orang, boleh dapat bilik sorang satu).

Kami pergi ke pejabat perumahan.Malangnya rumah yang diidamkan sudah habis dibeli.Yang tinggal cuma rumah di barisan yang mengadap matahari terbenam.Mengikut petua orang tua, jika membeli rumah sebaik-baiknya mengadap matahari terbit.Kami hampa.Aku minta kerani tu tolong tandakan rumah yang masih kosong kerana kami hendak lihat betul-betul rumah yang paling sesuai.

kami pergi sekali lagi ke projek perumahan tu.Siap meninjau panas atau tidak,jalan sibuk atau tidak, rumah mengadap rumah atau kehijauan hutan.Segala aspek diperhatikan.Masih lagi berkenan pada rumah yang sudah dibeli.Yang masih kosong tidak berapa berkenan di hati.Sebabnya pada waktu petang, ruang tamu terasa panas.Jalan hadapan rumah juga agak sibuk kerana di seberang rumah ada rumah semi D.

Kami ke pejabat semula.Masih berharap agar ada rumah yang kosong di barisan yang mengadap matahari terbit.Kerani kata ada satu lagi projek di Gunung Jerai akan dibuat pada tahun hadapan.Tapi dia juga tidak berapa tahu mengenai rumah berkenaan.Kerani meminta aku bercakap dengan pemaju melalui telefon.Pemaju amat ramah.Walaupun berbangsa Cina tetapi bercakap dengan loghat utara yang fasih.Dia kata rumah di Gunung Jerai semuanya harga dalam lingkungan RM160,000 ke atas.Dia kata projek di Guar Chempedak ini adalah yang paling berpatutan kerana rata-rata harga rumah teres sekarang di Guar Chempedak hingga ke Yan berharga RM118,000.Aku kata sama jugak la dengan rumah ni.Dia kata special harga dia bagi RM99,800.Wah, boleh tahan juga harganya...Aku kata deretan mengadap matahari terbit dah habis.Pemaju kata ada satu lagi yang kosong sebab pembeli sebelum ni loan tak lepas.Aku kata kerani kata semua dah penuh.Dia minta kerani tu tengok balik dokumen rumah tu.

Aku lihat kerani tu belek fail.Akhirnya rumah nombor 19 iaitu nombor 3 dari tepi memang ada kosong.Loan tak lepas.Akhirnya, aku dan suami sebulat suara memilih untuk membeli rumah itu.

Bayaran booking RM500 ( mujur la hari ni hari gaji...).Selepas segala dokumen selesai, kerani tu kata dia akan hubungi kami lagi untuk menyelesaikan dokumen lain.

Kami semua pulang dengan hati yang berbunga.Seronok sebab InsyaAllah raya nanti kami boleh beraya di rumah baru.Tambahan pula memang rumah yang dipilih berkenan di hati dari segi lokasi, harga dan kedudukan rumah yang tidak panas semasa petang.Cuma hendak ke tempat kerja agak jauh.Kira-kira 12km.Nampaknya aku terpaksa bertolak awal untuk ke sekolah apabila berpindah nanti.

Suami kata rumah di Guar Chempedak rumah Anis, rumah di Semanggol rumah Danial dan abah dan mama pencen nanti buat rumah di Parit Gabis, di atas tanah emak mentua.Aku menurut sahaja kehendak suami.Tinggal di tebuk pun tebuklah...

Kami sudah berangan warna tema rumah kami nanti.Macam biasa abah peminat warna hijau.Warna hijau, warna yang damai.Kata abah lagi bila rumah nampak damai dan sejuk, mama tidak mudah naik angin kus-kus...(aik...aku ni cepat naik angin ke???)

Malam ini kami tidur dengan penuh angan-angan dan impian.Mudah-mudahan keluarga kami sentiasa mendapat rahmat yang berpanjangan dari Allah dunia dan akhirat dan diberi peluang mengecapi apa yang diinginkan.

3 comments:

  1. Hush itu rancangan yang bagus...........anak lelaki dekat dengan rumah emak bapa. anak perempuan jauh sikit la tu.......

    ReplyDelete
  2. beli rumah dekat dengan masjid, atau surau senang nak pi solat berjamaah, nak mengaji, nak dengar kuliah, senang nak ajak anak-anak solet berjamaah.....

    ReplyDelete
  3. wah bestnya dah beli rumah..bagus-bagus dah ada rumah untuk anak-anak.

    ReplyDelete

saya suka baca komen anda...saya amat menghargainya.