26 February 2010

Danial nak diet...

Danial selalu menarik perhatian kemana sahaja dia pergi.Pipinya dicubit,bahu dan lengannya dipicit.Dulu dia selalu marah , tetapi kini dah biasa agaknya.Dibiarkan sahaja.

Abah selalu mengusik Danial kata Danial gemuk.Aku kadang-kadang sedih dan berdesing juga telinga aku mendengar orang kata anak aku gemuk,montel,.Yang tak tahan hati aku dengar perkataan 'gemuk'.Kalau frasa 'badan sihat', 'montel' 'badan sedap' okeylah juga mendengarnya. Danial jenis pemakan orangnya.Apa yang aku masak terutamanya sambal udang akan dimakannya hingga menjilat jari.

Semasa Danial lahir beratnya biasa sahaja.3.1 kg.Menjelang usianya setahun lebih semasa tengah lasak badannya susut dengan begitu mendadak.Hanya minum susu.Makan tidak mahu.Aku dan suami susah hati.Aku minta vitamin menambahkan selera makan untuk Danial.Ada vitamin yang diberi oleh nurse dan ada juga aku beli di farmasi.Nampaknya usaha ini berjaya.Malahan Danial terlebih-lebih berselera.

Mungkin terasa hati agaknya.Minggu lepas Danial mogok tak mahu makan.'Danial nak diet", kata Danial.Mana dia belajar perkataan diet aku pun tak tahu.Yang aku terasa terharu dia tak mahu lagi makan nasi lemak kesukaannya.Hinggakan cikgu Norhana, cikgu pra sekolahnya menyediakan nasi lemak untuk sarapan pagi murid pra sekolah, Danial tidak mahu makan.Balik sekolah Danial makan sedikit sahaja nasi.Selalunya makan akan bertambah.

Seminggu Danial tidak selera makan dan nak 'diet' , badannya agak susut.seluarnya sudah longgar.Suamiku sangat gembira dengan perubahan ini.Dia memberi semangat kepada Danial untuk terus diet.Aku??? sedih pun ada gembira pun ada.sedih sebab tidak ada lagi orang yang beriya-iya makan masakan yang aku masak.Gembira kerana Danial tambah comel dan cute dengan penampilan barunya...

1 comment:

  1. Wah anel.....dah pandai diet... bagus tu... tak elok terlalu gemuk...lagipun susah makngah nak cari baju... kena saiz orang belasan tahun..nanto bagi gambak..baru na depan rumah baru...

    ReplyDelete

saya suka baca komen anda...saya amat menghargainya.