Aku sebenarnya bengang dengan satu ejen insurans yang popular di Malaysia.Mana taknya, aku tolong buat tuntutan bagi tinggal di wad suamiku yang kemalangan.Aku pos ke alamat cawangan insurans tu di salah sebuah negeri di Semenanjung.Bila aku telefon tanya perkembangan tuntutan tu.Boleh kakitangan yang jawab telefon tu kata borang yang aku pos tak ada pun.Hairan bin ajaib jugak.Selama ni Pos Malaysia jarang sekali surat tak sampai pada penerima.Tak apa...aku pos lagi dokumen yang diperlukan.Bab telefon pegawai yang mengendalikan urusan tuntutan tu jangan ceritalah.Bil telefon aku rasa dah lebih RM50.
Baru-baru ni aku telefon lagi pegawai yang bertanggung jawab.Orang lain yang angkat.Katanya pegawai tu tak ada.Esok aku telefon balik.Pun tak ada.Esoknya lagi aku telefon nombor telefon bahagian Khidmat pelanggan.Dah la asyik mesin aje yang jawab, bila dapat bercakap dengan pegawai ibu pejabat dia semak tuntutan yang aku buat pun tak ada jugak.Dah dekat 3 bulan tuntutan dibuat.Tak jalan jugak...Selalu orang komplen orang kerja gomen buat kerja lembab, ni swasta pun 5 kali lebih lembab...
Aku dah makin bengang.Mungkin mendengar nada suara aku yang kedengaran agak tinggi, pegawai tu minta aku bersabar dan dia kata dia nak pos borang tuntutan baru dan kena isi lain.Esoknya, kebetulan aku pergi Alor Setar.Aku nampak ada cawangan insurans ni kat situ.Aku jumpa pegawai kat situ.Mujur la layanan yang diberi amat baik.Sejuk jugak hati aku yang hangat ni...Akhirnya aku isi borang dan serah semua dokumen di cawangan Alor Setar.
Aku yang rasa kesal dengan apa yang berlaku, terus tulis surat buat komen di ruangan Surat Pembaca di Berita Harian menyuarakan kekesalan aku.Suami pada mulanya menghalang."Biar la ayang...kesian orang tu.Nanti dia kena tindakan pulak".Tapi, aku tak peduli.Dah lama kami jadi pelanggan insurans tu.Baru nak buat tuntutan yang ciput tu pun depa buat macam peminta sedekah.Padahal itu hak kita.
Akhirnya, surat aku tersiar di akhbar.Tadi, semasa aku sedang berkursus di Pulau Pinang, suamiku telefon kata ada pegawai insurans tu dari Kuala Lumpur bak tanya aku beberapa soalan sebab nak buat siasatan.Hai...pandai pulak depa cari aku...Bila berita dah keluar barulah berusaha mencari nombor telefon pelanggan padahal sebelum ni aku yang asyik telefon depa tanya pasal tuntutan tu.
Pukul 5.30 petang pegawai tu telefon aku meminta maaf atas kesilapan yang dibuat oleh kakitangan dia.Barulah sejuk hati aku.Minta maaf pada pelanggan apabila melakukan kesalahan kerana tanpa syarikat insurans boleh berjalan atas wang pelanggan.Kepada syarikat insurans berkenaan, ambil ikhtibar atas apa yang berlaku.Kelak reputasi syarikat akan tercalar pada kaca mata orang ramai...
Hem...boleh claim tak bil telefon aku yang dah banyak membazir tu????
Salam Cikgu Liza,
ReplyDeleteAlhamdulillah akhirnya telefon juga mereka ye..tapi takkanlah sampai dah masuk paper baru nak call.
Apa-2 pun semoga menjadi ingatan buat kita semua.
Yelah masa nak suh ambil insuran tak senang diam kita dicarinya, bab bila nak buat claim sambil lewa aje.
Tapi alhamdulillah, kami sekeluarga jumpa agen insuran yang tersangatlah bertanggungjawab.