28 November 2008

Kak Yati

Yati bt.Sulaiman.Ringkas saja nama kakak aku yang nombor 2 tu.Dalam family yang nama ringkas dia dengan abg cu.Jamil.Kami yang lain semua agak panjang.
Dulu, masa aku kecik2 kakak aku ni garang sangat dengan aku.Kalau aku buat salah sikit, alamatnya dipiatnya telinga aku.Aku tak suka sangat dengan Kak Yati ni.Tambah2 masa aku meningkat remaja dia pulak kerja kat KL.Lagi la makin renggang hubungan kami.
Tapi, semakin masa beredar...Usia bertambah.Aku makin rapat pulak dengan dia.Masa aku posting kat Banting masa mula2 keluar maktab dulu, dia la yang tolong cari rumah kat aku.Aku masa tu cuma bawak beg isi baju saja masa tu.Duit kat tangan pun yang ado je...
Kak Yati la yang tolong belikan periuk nasi,kuali,pinggan, besen dan serba sedikit barang lain.Setiap minggu dia datang ke rumah sewa aku.setiap kali datang, tak muat tangan dia bawa makanan kat aku.Aku dan member serumah apa lagi...seronok yang sangat.
Selepas aku dah pandai pergi KL sendiri, destinasi setiap minggu aku pergi ialah rumah Kak Yati kat Taman Batu Muda.Setiap aku pergi mesti dia akan masak makanan kesukaan aku.Masa aku makan, dia tolong cubit lauk.Kulit kerang, kulit udang dia tolong kopek, isi dia susun kat tepi pinggan aku.Baju kurung aku tiap2 bulan dia tolong buatkan.Dia kata kesian kat aku mula2 kerja tak dapat gaji 3 bulan.Setiap kali dia menjemput aku kat Bus Stand Klang, pasti dia akan membawa aku ke butik2 pakaian yang cantik2.Dia akan pilihkan baju untuk aku.Dia kata aku ni tak pandai nak bergaya.Entahlah...aku ni kolot sikit dengan trend semasa.Malu nak pakai baju yang lain ckit.Setiap kali aku pakai baju yang dibeli Kak Yati ke sekolah, pasti ramai cikgu dengan anak murid aku memuji.Kiranya, Kak Yati ni perunding imej aku la... Setiap kali aku balik rumah sewa, pasti penuh beg plastik aku bawak balik.Sampai pernah le abg ipar aku perli " wah, stok seminggu ke ?". Duit dia bagi tak pernah putus sampai la aku dapat gaji pertama.Mewah aku masa tu.Gaji lagi, duit Kak Yati bagi lagi.Setiap kali office dia ada majlis, mesti dia bawak aku.Semua kata muka kami sama.Seiras( dah adik beradik mesti la sama).
Tapi, tak lama lepas tu dia di hantar oleh Wisma Putera ke Caracas.Kami selalu hantar poskad bertanya khabar( masa tu handpone dengan internet ni benda yang asing lagi).Masih aku ingat lagi masa aku kahwin dulu.Kak Yati la yang banyak mengeluarkan duit membuat persiapan perkahwinan aku.Baju pengantin,pelamin, makan beradap semua dia sponsor.Kalau ikut aku ni simple aje.Selepas kahwin pun dia selalu gak telefon aku tanya khabar.Masa Danial lahir dulu, dia sanggup datang dari Caracas untuk menjaga aku dalam pantang.Danial dulu masa pantang selalu menangis malam2.Kak Yati la yang selalu memberi susu pada Danial.Belikan baju Danial.Macam biasa, baju yang dibeli oleh Kak Yati pasti mendapat pujian, sedangkan baju yang aku beli walaupun harganya mahal tak penahnya orang nak puji( memang la aku ni tak pandai bab2 bergaya ni)
Selepas bekerja di Caracas, Kak Yati bekerja di Kedutaan Malaysia di Manila sampai sekarang.
Aku pula dengan hambatan tugas dan kesibukan di rumah seakan terlupa bertanyakan khabar pada Kak Yati.Pagi tadi tiba-tiba Kak Yati telefon meminta maaf sebelum keberangkatannya ke Tanah Suci Mekah pada pukul 3 petang nanti.Aduh...mengapa la aku boleh terlupa menelefon Kak Yati mengucapkan selamat berangkat kepadanya.Suara Kak Yati di talian kedengaran sebak.Aku turut merasa hiba.Bukannya apa.Menyesal sebab aku sering bertangguh menghantar mesej kepada Kak Yati sedangkan aku sudah tahu Kak Yati akan ke Mekah hari ini. Dia meminta agar aku mendoakan keselamatannya dan abang Zul pergi dan pulang.Aku mendoakan agar Kak Yati dan suaminya mendapat Haji yang mabrur...InsyaAllah, aku berhasrat akan mengikut jejak langkahnya yang dapat menunaikan haji dalam usia yang masih muda.Tanpa pengetahuannya, sebenarnya dia aku jadikan idola hidupku...

2 comments:

  1. iskkk..tak baik ko Liza lupa kakak sendiri nak g haji huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. Bukannya lupa tapi entahlah...dari minggu lepas aku tangguh2 nak antar sms special kat dia nak ucapkan Selamat Berangkat kat dia.Sebenarnya tiap2 minggu aku antar sms kat dia tapi aku tak sebut pasal ni.Konon2 nak antar special ckit...Dia bertolak dari Manila, so kitaorang tak dapat hantar dia.Mak aku kat kampung buat kenduri doa selamat ckit malam sebelum keberangkatan dia.Kesimpulannya...benda yang baik jangan tangguh2.Nanti nyesal...

    ReplyDelete

saya suka baca komen anda...saya amat menghargainya.