Hari Isnin ni cadang nak pergi ke LPPKN untuk membuang implan di tanganku ini.Aku plan nak hantar anak2 ke rumah Kak Tipah( pengasuh anak2) kalau hubby aku kerja.Kak Tipah penah cakap kat aku kalau aku ada urusan, hantar aje anak2 aku kat dia.
Cakap pasal kak Tipah ni teringat aku pada 25hb tadi masa aku pegi rumah dia(hari gaji, selalu aku bagi duit upah kat dia pada hari pertama gaji).Aku "tercakap" kat dia yang aku mungkin berpindah pada tahun hadapan.Aku cadang tak nak la citer lagi kat dia sebab benda ni tak confirm lagi.Tah macam mana Anis yang sememangnya ramah-tamah ni cakap"Mak,adik nak pindah kedah". Kena la aku citer benda yang sebenarnya.Riak muka Kak Tipah terkejut.Sedih.Dia peluk Anis.Terus dia minta kat aku tinggal Danial dan Anis kat rumah dia.Aku pun seronok gak sebab aku boleh kemas rumah tanpa gangguan.
Masa balik rumah,aku citer la kat hubby yang Kak Tipah nampak sedih lepas dapat tau yang kita nak pindah.Hubby kata banyak tau jasa Kak Tipah tu kat kita.Nanti kalau jadi pindah, bagi la hadiah kat dia.
Selepas hubby kata macam tu aku pun rewind la balik kisah aku boleh kenal kakTipah ni.Dulu masa umur Danial 4 bulan, aku hantar ke Taska kat rumah aku.Danial dijaga oleh pekerja Taska kat situ.Aku perhatikan Danial ni kalau pagi2 masa hantar kat Taska tu menangis tak mau berpisah dengan aku.Aku ingat biasa la budak2.Taska tu pulak pekerja dia silih berganti.tak pernahnya kekal.Ada pekerja yang muda2 asyik main sms aje kerjanya.Ada 2 orang pekerja kat situ baik jugak dengan aku.Danial tak meragam kalau masa kakak pekerja ni kerja kat situ.Dari depa la aku dapat tau yang gaji depa hanya 3 ratus aje sebulan.Jaga budak2 ramai.Depa kata sebab tu la ramai yang minta berhenti sebab tak tahan.Aku angguk2 kepala je.Kesian jugak.Tapi nak buat macam mana.
Tak lama lepas tu, kakak pekerja tu pun berhenti gak.Esoknya, ada sorang budak lagi aku tengok yang masuk bekerja.Danial mula meragam.Tak mau dengan pekerja baru tu.Tapi, nak buat macam mana kat sini memang susah nak cari pengasuh anak.Rata2 ibu2 kat sini semuanya berkerjaya.
Hari terus berganti.Aku mula menghitung hari untuk bersalinkan Anis.Aku mula terfikir nak hantar 2 orang anak kat Taska yang kecil dan diragui perkhidmatannya ni sampai bila2 ke???Tup2 esoknya ada sorang makcik kerja kat Taska tu.Kesian aku tengok dia dah sebaya mak aku kena kerja jaga budak2 kecik.Kesian sungguh la...
Satu hari Makcik tu pun cerita jugak kat aku yang kerja kat situ penat sangat.Gaji pulak kecik.Ishh...perkara yang sama disampaikan kat aku.Aku pun offer la kat dia " macam mana kalau saya hantar anak saya 2 orang kat Makcik dan saya bayar 3 ratus.Sama dengan gaji Makcik kat sini.Makcik boleh buat kerja rumah dan hanya tumpukan pada 2 orang budak saja."Makcik tu pun setuju la.Dia kata cukup bulan tu memang dia nak berhenti.
Selepas habis pantang Anis, aku pun hantar 2 orang anak aku ke rumah makcik tu.Rupa2nya dia tinggal dengan anak dia( Kak Tipah).Makcik ni saja2 kerja kat Taska tu sebab tiap2 bulan dia duduk rumah anak2 dia gilir2.Ironinya,lepas aku berhentikan anak aku dari Taska tu, sorang demi seorang cikgu2 kat situ dah tak hantar anak depa kat Taska tu.Akhirnya Taska tu ditutup.
Anak aku secara rasminya dijaga oleh Kak Tipah.Aku tengok Danial dan Anis sentiasa ceria kat rumah Kak Tipah.Lagipun anak2 Kak Tipah yang dah remaja suka melayan depa.Danial pulak sejak dijaga oleh KakTipah makin montel dan berisi badan dia.Kak Tipah kata Danial suka makan nasi lemak yang dijual kat gerai depan rumah dia.Kak Tipah yang berkahwin dengan India Muslim memang pakar memasak makanan ala India.Sampai sekarang Danial suka makan kari,rasam,roti canai,idli tah apa lagi tah nama dia aku pun tak tau nak sebut.Anis yang dijaga sejak bayi sampai sekarang membesar dengan sihat dan cergas( dan mulut yang sentiasa berceloteh).
Memang banyak kesenangan aku hantar anak2 ke rumah Kak Tipah.Aku tidak perlu susah hati jika ada aktiviti pada hari Sabtu , pergi ke kelas tutorial, exam PJJ hatta pergi ke kursus yang terpaksa bermalam berhari-hari sebab Kak Tipah tidak pernah kata "tidak" setiap kali aku meminta pertolongannya.Aku dapat menjalankan urusanku dengan senang hati.Anis yang penakut makan ubat pula, yang peliknya dengan Kak Tipah senang pulak membuka mulutnya untuk memakan ubat.Kalau kat rumah, jenuh aku dan hubby "berperang" nak bagi dia makan ubat.
Lagi satu, sejak tahun 2008 ni aku hantar anak2 aku ke Tadika Kemas kat rumah kak Tipah.Apa yang menyenangkan, anak2 aku mandi dan bersiap ke tadika di rumah Kak Tipah.Aku hanya menghantar baju anak2 yang sudah bergosok pada Kak Tipah.Kat Tipah yang menghantar dan menjemput anak2 aku balik tadika.Kak Tipah jugalah yang menyuap nasi ke mulut anak2 aku(patut la kat rumah depa ngada suruh aku suap nasi kat depa).Cuma baru2 ni je Danial tak mahu makan disuap Kak Tipah.Danial kata " tangan mak itam.Danial tak nak".Isk...anak aku tu kalau cakap laser gak.Budak...jujur.Apa yang dia nampak tu yang dia cakap.Aku kata itam2 mak tu, dia la yang jaga Danial,basuh ***** Danial.Danial kelip2kan je mata dia dengar aku cakap macam tu.
Hati Kak Tipah memang putih bersih.Susah nak cari pengasuh macam tu pada zaman sekarang.Aku selalu dengar keluhan member kat sekolah pasal pengasuh anak2 masing2.Ada yang kalau ambil lambat ckit mula tarik muka masam,hari Sabtu tak nak jaga anak,selalu balik kampung.Akibatnya selalu member2 aku ambil cuti sebab masalah macam ni.Syukur aku tak penah pulak mengalami masalah macam ni.
Orang berbudi kita berbahasa.Aku tahu jumlah 3 ratus yang aku bagi tu tak besar mana.Tambahan pulak anak aku (Danial terutamanya) memang kuat makan.Jadi setiap
hari aku bagi la "duit jajan" depa.Kekadang aku belikan beras, telur, ayam .Hari raya aku hulur la duit raya n baju raya kat Kak Tipah.Kekadang kalau aku makan kat luar aku bungkus la makan untuk 4 orang makan( isi rumah Kak Tipah 6 orang,pandai2 la depa bahagi) kat Kak Tipah.
Kalau la kak Tipah terbaca coretan ini(tapi aku yakin 100% dia tak baca la)aku dan keluarga ingin merakamkan setinggi2 ucapan Terima Kasih kepada Kak Tipah.Aku rasa bimbang juga macam mana la keadaan di tempat baru nanti.Adakah aku akan berjumpa dengan pengasuh sebaik Kak Tipah lagi????
No comments:
Post a Comment
saya suka baca komen anda...saya amat menghargainya.