15 January 2010

Blog Cikgu Azman Dalam Minit Mesyuarat.

Bulan pertama persekolahan, selalunya cikgu-cikgu sibuk dari biasa.Mana nak uruskan kelas baru lagi, karenah murid baru lagi, menulis resit,mengisi maklumat murid, mesyuarat dan sebagainya.Satu lagi yang selalunya dicari-cari oleh cikgu ialah rancangan mengajar tahunan,sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran.walaupun selalunya setiap tahun subjek yang diajar adalah sama, tapi entah kenapa bila tiba tahun yang baru, sukatan entah ke mana, rancangan tahunan entah ke mana.
Aku selalunya mencari rancangan tahunan di dalam intenet.Rupa-rupanya blog adikku ,Blog Cikgu Azman sudah menyediakan rancangan mengajar tahunan bagi semua subjek sekolah rendah.Aku hanya cetak sahaja.Mudah sekali.Thank you my brother...
Semasa aku sedang asyik menulis rancangan mengajar harian, cikgu Sanuri menegurku.Dengan loghat Kedahnya dia menanyakan mana aku dapat rancangan mengajar tahunan yang berada di tanganku.Aku pun cerita yang aku cetak dari internet."Saya dok caghi jugak.tapi tak jumpak pun yang lengkap,"katanya.Aku pun meminta cikgu Sanuri cari di dalam blog Cikgu Azman.
Hari Khamis yang lalu, panitia Matematik mengadakan mesyuarat Panitia yang pertama.Dalam agenda rancangan mengajar tahunan, ada cikgu yang bertanya mana nak cari rancangan mengajar tahunan supaya fail panitia lengkap.Cikgu sanuri mencadangkan agar cikgu yang belum ada lagi rancangan mengajar tahunan agar mencetaknya dari internet menerusi blog Cikgu Azman.Masing-masing menulis nama blog adikku di dalam buku catatan masing-masing.Aku senyum aje.Mereka tidak tahu yang blog ini dikendalikan oleh adikku.Kembang jugak aku sebab cikgu Sanuri memuji blog adikku ini sebab rancangan tahunannya lengkap dan ada maklumat hal-hal pelajaran yang lain.Berguna untuk panduan guru-guru.Hai...berguna juga blog adik aku.Memberi manfaat kepada orang lain.Mudah-mudahan pahala berpanjangan.Aku pun dapat juga pahala sebab menghebahkannya pada orang lain.Kepada Man, lepas ni kalau ada apa-apa lagi maklumat perguruan, masukkan dalam Blog Cikgu Azman no...

1 comment:

  1. Insyaallah, akan diupdate selalu. Penah jugak terpikir, KPM sepatutnya sediakan laman web utk download sukatan pelajaran terkini. Ni pon dpt dr SK serkam darat. Subjek english tak up to date. Kena refer textbook utk sukatan pelajaran. Mcm mana nak memperkasa profesion keguruan, kalau panduan utk guru pon tak up to date... hmmmm...

    ReplyDelete

saya suka baca komen anda...saya amat menghargainya.