17 May 2009

Siapkan soalan periksa.

Pagi ni aku bangun dan terus siapkan soalan untuk peperiksaan pertengahan tahun.Aku terpaksa mengolah 2 kertas soalan.Soalan Matematik dan Pendidikan Kesihatan.Susah gak la nak olah soalan ni.Kena ikut aras soalan senang ke susah dan ada JPUnya.Kena rujuk banyak buku latihan.Tak mahu ceduk bulat-bulat aje.Cuba elakkan cut and glue...

Siap berperang dengan Danial dan Anis lagi.Mana taknya, depa tengok aku gunting gambar, depa pun nak gunting gak.Sorang satu aku bagi gunting,kertas dan pensel.Habis bersepah ruang tamu gara-gara nak buat 2 kertas soalan aje pun...


Kertas soalan Mathematics Year 1 yang dah siap.Ada 50 soalan.Kacang aje soalan aku buat.Harap murid-murid aku dapat skor A ye...(Nur Iman mesti skor A punyer...)

Hari ni, aku rasa dah dekat 10 kali aku bancuh Milo+Susu kat dua anak bertuah aku ni.Kali ni aku campur air barli yang direbus dengan gula batu.Itu petua untuk sejukkan badan.Kalau anak-anak demam memang aku selalu buat macam ni.Nampaknya petua ni memang berkesan.Danial siap order " mama, nak Milo macam Mak Ngah bancuh.." Sedap sangat la tu Mak Ngah bancuh.

"Nak air Milo macam Mak Ngah bancuh...",kata Danial.

No comments:

Post a Comment

saya suka baca komen anda...saya amat menghargainya.