16 May 2009

Selamat Hari Guru.

Bangun pagi tadi berderet-deret sms yang diterima.Rasa glamour sekejap...Macam-macam bentuk kata ucapan yang diterima..Semuanya dengan satu matlamat, SELAMAT HARI GURU.Dalam banyak-banyak sms yang diterima,sms dari hubby paling menyentuh hati.isk...isk...Thank you abang...
Walaupun aku juga seorang guru, namun jasa guru-guruku juga tidak dilupakan.

Cikgu Fatimah
Cikgu aku masa Tahun 1.Masa tu aku sekolah di SRK Methodist Parit Buntar(Konon-konon nak bagi aku ni terro B.Inggeris..tapi nan ado..)Walaupun garang dia la yang mengajarku membaca dan mengira.Dari buta huruf kepada celik huruf.Paling mengharukan, saat dia kata kat kelas,"Hasliza ni anak petani saja tapi dapat nombor satu dalam kelas.Kamu yang lain sepatutnya lebih baik lagi".Bangga giler aku masa tu.

Cikgu Saayah
Cikgu Tahun 2.Ajar BM subjek yang paling aku suka.Sangat lembut dan selalu memberi dorongan pada aku.

Cikgu Ali bin Mat
Masa ni aku pindah sekolah di SK Parit Haji Wahab.Waktu tu aku tahun 4 Hijau.Dia la yang membuatkan aku jatuh cinta pada Matematik.Dia yang memberikan formula agar aku mudah hafal sifir.Dia jugak la yang memberi dorongan dan asah bakat aku dalam pertandingan pidato dan bercerita.Terima kasih cikgu, jasa cikgu tak akan aku lupa.Satu-satunya cikgu yang pernah dukung aku.Masa tu aku takut kat pacat di padang.Dia la yang dukung aku sebab tengok aku jerit ala-ala histeria.Masa tu aku ni kecik aje.Tu yang boleh dukung tu...Hem...sekarang cikgu dimana ya?

Cikgu Zainal Abidin bin Hamzah
Cikgu Tahun 6.Masa tu aku nak ambil UPSR.Cikgu yang baik dan sporting.Tapi, aku mengecewakannya sebab aku tak dapat 5A masa tu.

Cikgu Norsaadah
Cikgu yang sangat lembut dan pandai ambil hati.Dia ajar BM masa aku form 1 dan form 2.Paling tak lupa dia merajuk kat kelas aku masa form 2 sebab kami tak dengar cakap dia...Minta maaf ye cikgu...

Cikgu S.Rohana
Cikgu yang berjaya membuatkan aku jatuh cinta kali ke-2 pada subjek Matematik.Dia juga ajar subjek kimia.Tapi, masa tu aku tak minat subjek sains tulen ni.Tu yang tak boleh skor Kimia walaupun cikgu ni ajar bagus sesangat.Cikgu, saya juga ikut jejak langkah cikgu...Jadi cikgu Maths...

Cikgu yang lain pun ramai lagi yang masih segar dalam ingatanku.Tapi cikgu di atas paling diingati sebab boleh dijadikan idola dan ikon untuk aku jadikan penanda aras menjadi cikgu yang baik.Ada jugak la cikgu yang paling aku tak suka...Tapi, tak baik la ceritakan keburukan cikgu.
Apa yang baik, aku jadikan teladan dan ikutan.Yang tak baik tu aku cuba elakkan.
Sebab tu la aku ni bukan cikgu yang garang sebab aku dulu tak suka cikgu yang garang......
Kepada cikgu-cikgu di Malaysia,SELAMAT HARI GURU.Semoga ilmu yang kita berikan diberikan pahala di sana...(sebenarnya inilah yang paling utama).

2 comments:

  1. cikgu norsaadah tu sampai nangis sebab merajuk ngan kita lah dik sembang masa dia ngajar. aku pun tak leh lupa bab tuh.

    Cikgu s Rohana juga paling aku suka. dia ajar math bagus sgt. aku suka math pun sebab dialah

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Guru pada adik-adik yang menjadi Guru. Agaknya memang kakak tak tahan dengan gelagat/ karenah budak-budak..... bukan nakal tapi bengap. Sebab tulah kakak hanya jadi guru 5 tahun saja(1981 - 1984). Dah cukup sebelum ramai yang kena piat telinga dan ada yang kakak tuang air atas kepala sebab terlalu ...... dah darjah 6 tapi tak tahu kira sampai seratus. Tapi yang salut tu ada beberapa orang anak murid kakak sampai hari masih ucap terima kasih kerana sebab kakak marah dan tuang air atas kepala (biar otak tak beku kakak kata...)dah jadi orang... berguna kepada masyarakat. Ada sorang tu akhirnya jadi seorang ustad... dan ada juga sampai ke luar negeri lagi.

    SELAMAT HARI GURU............

    ReplyDelete

saya suka baca komen anda...saya amat menghargainya.