11 May 2009

Anis pulak demam...

Petang semalam elok aje Anis dan Danial bergurau sesama sendiri.Tup-tup sebelum tidur, aku pegang badan dia panas yang amat.Termometer pulak dah patah dua, tak dapatlah aku nak tengok berapa suhu badannya.Aku pujuk Anis untuk makan ubat demam.Dia bukan sahaja tak mahu tapi terus dia bantai tidur.Aku dapat idea.Aku bukak seluar dia dan masukkan ubat demam kat punggung dia.Lepas tu aku pakaikan pampers.
Malam tadi aku tak nyenyak tidur.Aku sentiasa meraba dahi Anis.Panasnya tak kurang jugak...Aku bangun dan ambil tuala lembab dan letakkan atas dahinya.
Pagi tadi jam 5 pagi aku dah bangun.Badan Anis tetap tak reda panasnya.Aku pujuk lagi Anis untuk makan ubat.Dia tetap tak mahu(mewarisi kedegilan aku ke??)Aku masukkan syrup paracetamol ke dalam air susunya.Laju je dia hisap susu.Haus barangkali.Tapi sekali dua hisap, dia terus letak balik botol susunya.Kenapa? Aku tanya dia.'Susu mama buat pahit'.Alahai...tak menjadi taktik aku.
Aku buka pampersnya dan selepas basuh tangan, aku masukkan kembali ubat demam ke dalam punggungnya.Lepas tu aku suruh dia tidur.
Selepas aku solat subuh, tiba-tiba Anis bangun minta aku bukakan TV.Aku layan ajelah kemahuannya.Tiba-tiba part Jim Jam and Sunny tengah menari, dia boleh join menari jugak...
Aku raba lagi dahinya.Agak beransur kurang panasnya.
Aku hantar anak-anakku ke rumah kak Tipah dan minta agar Kak Tipah tolong beri ubat pada Anis jam 12 tengah hari nanti.Nampaknya Danial ajelah pergi sekolah hari ini.Anis terpaksa ponteng sekolah sebab aku takut dia demam di sekolah nanti.
Aku SMS hubby cerita pasal Anis demam.Tanpa disangka hubby beritahu yang dia nak balik pagi ni naik bas untuk menjenguk anak-anaknya.(jenguk anak aje ke? mamanya macam mana pulak?)Dijangka hubby sampai petang nanti dan aku akan jemput hubby kat Terminal One, Seremban.(Hubby nak balik, aku kena prepair apa yang patut...)

09 May 2009

Anak muridku.

Saat yang paling menggembirakan bagi seorang guru itu ialah apabila anak muridnya menjadi tahu daripada tidak tahu(berbelit da...).
Perkara yang paling menyejukkan hati adalah apabila melihat anak murid khusyuk dan teruja membuat latihan kerana dia sudah tahu atau faham segala ilmu yang diajar.
Imbuhan berharga bagi seorang guru adalah apabila anak muridnya berjaya dalam pelajaran...

Anak muridku tersayang.

Nampak aje aku kuarkan kamera, ada yang senyum-senyum sambil teruskan latihan yang diberikan.



Salah seorang anak muridku yang begitu komited dalam membuat latihan yang diberikan.Siapakah namanya? boleh buat menantu ni...

Selamat Hari Ibu.

Ibuku, nombor dua dari kanan semasa majlis pernikahan adikku.

Aku bersyukur padaMu Ya Rabbi,
Kerana dikurniakan seorang ibu,
Bernama Hajah Zainab @Hamidah Dahalan,
Ibu,

Aku tahu akulah anakmu yang 'lain sikit',
Kata ibu,
Dari alahan semasa mengandung,
Sampailah aku dibesarkan,
memang mencabar kesabaranmu,
Masih lagi aku ingat semasa aku demam tatkala hari pertama SRP,
Aku diserang cirit birit dan muntah-muntah,
Ibu bergegas ke hospital kerana mendapat maklumat aku di wad,
Nyaris dikau dilanggar kereta kerana terlalu memikirkan anakmu ini,
Dengan iringan doamu, aku tetap tabah menghadapi peperiksaan walaupun muntah sepanjang kertas Bahasa Melayu,
Dengan iringan doamu, aku berjaya juga menjadi pelajar terbaik BM SRP 1992 ketika itu,
Ibu,
Masih lagi aku ingat,
Semasa kecil, aku yang nakal ini tak mahu ke tadika,

Sanggup aku berlari tanpa kasut dikejar bapak sepanjang tali air,
Ibu yang dalam pantang adikku Man, marah dalam menyumpah,
"Nanti hang, tak mau pi sekolah no, nanti sampai tua hang pi sekolah"
Memang ibu,
Masin mulutmu,
Aku akan ke sekolah sampai pencen bu,
Ibu,
masih lagi aku ingat aku anakmu yang degil ini,
melanggar pantang semasa melahirkan Danial,
Sudah engkau pesan jangan minum air sejuk,
Tapi, maalumlah aku,
Anak yang kau katakan paling degil dalam semua,
Secara sembunyi minum air Milo kotak sejuk ,
Malam itu,
Perutku menggelodak,bagai diramas,
Angin dalam perut terasa tidak tahu mencari jalan keluar,
Aku menangis kesakitan dan penyesalan,
Ibulah yang berlari ke sana sini mencari ubat,
Habis keluar semua minyak angin,
balm,tungku,halia,hatta minyak tanah,
Ibulah juga yang tidak tidur malam itu,
Melayan aku yang kesakitan,
Aku sangkakan tamatlah nyawa aku malam itu,
Akhirnya, berkat usahamu,
Sakit perutku kembali reda menjelang subuh,
Tak habis-habis aku menyusahkanmu ibu,
Ibu,
Kini, kita seakan rakan karib,
Akulah tempat ibu bercerita,
Akulah tempat ibu meluahkan rasa,
Aku faham ibu,
Ibu amat rindukan arwah bapak,
Pasangan ibu sepanjang 50 tahun perkahwinan,
Hampir setiap malam aku lihat ibu bangun malam,
Membaca yassin untuk dihadiahkan kepada arwah bapak,
Aku kagum itu,
Ibu kata,
Bapak tak pernah meninggi suara,jauh sekali mengangkat tangan,
Ibu kata,
Mana nak cari suami yang tolong bawakan kasut isterinya ke muka pintu tatkala berpergian,
Kata ibu,
mana nak cari suami zaman dahulu,
isterinya menebar murtabak, sisuami tolong gorengkan,
Kata ibu,
Mana nak cari suami zaman dahulu,
isterinya membungkus pulut udang,sisuami bergelumang asap tolong bakarkan,
Mana nak cari suami zaman dahulu yang matchingkan baju dan tudung isterinya,
Aku akui itu,
Semakin ibu dan bapak dipanjat usia,
semakin romantis mereka,
Ke kedai makan berdua,
persis orang sedang berdating dan bercinta,
Makan bersuap hatta sebiji kurma,
Ibu kata,
Sampai bila pun ibu tak akan meninggalkan rumah ibu,
Rumah yang dibina dari rasa cinta seorang suami kepada isteri dan anak-anaknya,
Aku faham itu,
Aku tak akan paksa ibu,
Ikutlah kemahuan ibu,
Kerana itulah,
Aku minta izin suamiku,
untuk bertukar ke Parit Buntar,
dengan harapan dapat tinggal dengan ibu,
Meneman dan menjaga kebajikannya,
Dan kerana ibulah,
Aku usahakan juga bergelar seorang guru,
Kerana kata ibu,
Ibu sudah menandatangani perjanjian untuk ke Maktab Melayu Melaka,
Tapi, kerana fikiran kuno datukku,
kononnya perempuan hanya di dapur,
Kononnya nanti jadi Kristian,
Harapan ibuku berkubur ditengah jalan,
Tapi,tak apalah ibu,
Ibu tak jadi cikgu pun anak-anakmu ada jadi penyambung cita-citamu,

Dan kerana ibulah juga,
Aku bermati-matian menyambung pelajaranku,
Kerana kata ibu,
'hang ni bukannya tak pandai, tapi malas belajar,
Berkeras juga masuk maktab walaupun ibu ingin aku habiskan STPM,
Lepas habis maktab, ibu suruh aku sambung belajar,
aku pulak kahwin,
dah jumpa jejaka idaman ibu, takkan nak lepas,he..he..,
Kini, aku juga sudah bergelar ibu,
Sudah faham harapan seorang ibu kepada anaknya,
Harapan ingin melihat anaknya punya masa hadapan yang cerah,
Hanya satu harapanku,
Juga harapan anak-anakmu yang lain,
Agar ibuku dikurniakan kesihatan yang baik,

Diberi ketenangan dan hati yang gembira menjalani kehidupan dengan anak, menantu dan cucu-cucu tercinta,
Ibu,
SELAMAT HARI IBU DARI ANAKMU.KAULAH RATU HATIKU.

07 May 2009

Antara kerja dan anak...




Danial tidur dengan towel lembab di dahi.Bantal bucuk tak akan lepas.
Anis pulak tengok abang ada towel dia pun nak jugak towel kat dahi.Pun kena ada 'baby'peneman tidur.
Semasa sesi persekolahan semalam, heboh kat bilik guru yang Pegawai dari PPD nak datang memantau sekolah hari Khamis.Yang tak sedapnya pegawai yang datang tu nak pantau perjalanan PPSMI.Aku selaku salah seorang guru yang terlibat dengan PPSMI cuak la jugak.Akhirnya keluar list nama guru yang akan dicerap oleh pegawai tu.Walaupun aku tidak dicerap tetapi aku kena jugak buat persediaan.Mana la tahu kalau-kalau tetiba aje pegawai tu berminat masuk kelas aku.

Petang Rabu tu, aku,Kak Yanti,Kak Ana,Linda,Kay,Zai dan Kak Jalila bertungkus lumus menyiapkan beberapa dokumen PPSMI.Kami siap order makanan dari gerai kak Kiah dan siap dihantar ke bilik guru.Sambil makan, sambil buat kerja.Aku pulang ke rumah kira-kira jam 4.30 petang sambil memikirkan lesson plan untuk esok.

Dalam perjalanan pulang, tiba-tiba Kak Tipah telefon beritahu yang Danial menangis sakit kepala.Makan pun tak mahu.
Sampai ke rumah aku beri Danial makan ubat demam yang memang aku simpan di dalam peti sejuk.Berkelip-kelip mata dia.Dia kata kepala dia pening.Aku suapkan Danial mi sup yang aku beli dari gerai Kak Kiah tadi.Banyak jugak dia makan.
Dalam sakit kepala, akhirnya Danial tertidur juga.Tiba-tiba GPK telefon aku beritahu yang esok aku akan dicerap oleh pegawai dari PPD.Dia minta aku buat persiapan apa yang patut.Malam tu sakit kepala aku fikirkan lesson plan untuk esok.Danial pulak asyik mengigau aje.Aku raba dahinya.Sudah kebah sedikit.Sekejap dia nak air, sekejap nak lapkan dahinya dengan air.
Pagi-pagi, Danial mengadu kepala dia sakit lagi.Aku segera sms GPK yang aku mc hari ni.Aku mesti bawa Danial pergi klinik hari ini juga.Dia tak pernah sakit kepala sebelum ini.Biarlah orang-orang atasan di sekolah kata aku sengaja melarikan diri dari pegawai tu.Aku tak kisah.Apa yang penting, kesihatan anak aku.
Pukul 9 pagi aku segera bawa Danial ke klinik Amal.Doktor tu kata panas badan Danial tak keluar sebab tu la kepala dia sakit.Doktor pesan jangan bagi Danial keluar main sebab cuaca sekarang panas.Danial siap cerita kat doktor tu yang dia tak tidur malam tadi sebab kepala dia sakit.Kesian anak aku..
Alhamdulillah.Sakit kepala Danial sudah hilang.Dia begitu mematuhi pesanan doktor.Jangan main kat panas, jangan minum air ais.

06 May 2009

Ais krim lagi

Emm...sedapnya ais krim mama kita buat... Teringin ke???

Dah lama aku tak buat ais krim.Selalu lepas ambil anak-anak dari rumah pengasuh, Anis selalu ajak aku singgah kedai beli ais krim.Selalu dia nak ais krim Mat Cool Traffic Light.Lepas makan lidah kelihatan berwarna merah.Aku tak senang hati sebab pewarna yang digunakan mesti banyak sebab tu la meninggalkan kesan warna pada lidah.

Malam tadi dengan gigihnya aku mula membuat ais krim Malaysia.Aku buat perasa Milo dan mangga.Dapat la dalam 40 batang.Aku bancuh air Milo dengan air mangga dengan pekat.Bior rasanya setanding dengan ais krim di kedai.
Balik sekolah, bukan sahaja anak-anak suka makan ais krim, aku pun dua kali lima..

Ais krim yang sudah siap.Tak boleh makan lagi.Kena bekukan dahulu di dalam peti sejuk.Esok baru boleh makan.



Belilah barangan Buatan Malaysia.

Noraini nak kahwin???

Petang semalam masa aku jadi MC untuk Program Teknik Menjawab UPSR, tetiba aku dapat sms dari Noraini.Aku baca le."Salam.Liza, lama tak dengar citer hang?.La hang duduk mana?" Aku pun jawab la sms dia.Lama jugak la kami berbalas sms.
Tetiba dia minta alamat aku...Aku dah dapat tangkap.Selalunya member-member aku kalau tetiba aje minta alamat aku mesti nak layangkan kad kahwin le tu...
Memang tepat dugaanku.Dia kata majlis tu cuti sekolah bulan 6 nanti.Ala...kalau aku dapat tukar ke P.Buntar, masa tu la aku sibuk nak ngangkat barang...Aku cuba korek la siapa jejaka bertuah tu.Dia nak rahsia pulak...Aku korek lagi.Dia pulak nak masuk kelas sebab dia ngajar sesi petang.Tergantung jugak penyiasatan aku...Tak apa aku akan korek jugak...

04 May 2009

Ingat aku ni cop duit ke ???


Wang,
Asalmu dari kertas tiada berharga,
Diangkat martabatmu jadi buruan manusia,
Keranamu manusia alpa,
Keranamu manusia keluar pagi dan pulang senja,
Keranamu masa dunia seakan tak terkejar manusia,
Keranamu manusia berperang, tak kenal batas susila,

* sajak spontan.


Bengang gak aku hari ni.Bukan sekali, bukan dua kali tapi boleh dikatakan tiap-tiap bulan nak pinjam duit aku.

Hari ni angin jugak la aku.Ingat aku ni cap duit???Asal sesak aje muka aku yang dia cari, asal ada masalah aje, no handphone aku jugak yang dismsnya...Sekali dua boleh la.Dulu boleh la sewa rumah satu bumbung saja.Sekarang dapur ada dua, rumah ada 3 bumbung yang kena bayar setiap bulan.Tak kan la tak boleh fikir situasi aku walaupun aku tak pernah bercerita.Tapi, ada mata lihat, ada otak...lu fikir la sendiri.Kekadang bila kita ni baik sangat...orang ambil kesempatan.Kita pun ada gak la pasang surutnya, ada jugak la budgetnya...ada faham??(lepaskan geram).

02 May 2009

Apa aku buat pada Cuti Hari Pekerja.


Pagi-pagi aku basuh baju dan memasak.Danial dah mandi.Anis malas sikit nak mandi.Sambil tengok TV buka buku buat apa yang patut...Tapi selalunya buat kerja tak takat mana, mata asyik ke TV.


Lauk makan tengah hari dah siap.Simple je.3 orang je nak makan.Sambal udang( masakan yang wajib ada), daging masak kicap, ikan goreng.


Petang, lepas pi cuci kereta bawak Danial dan Anis pergi Billion beli barang dan main-main kejap.


Anis main angsa pulak...Danial tak boleh main sebab terlebih berat.Nanti rosak mainan tu...


Mama nak makan pizza...Tu dah boring le tu tunggu pizza...Lambatnya mama orang tu buat pizza...




Pizza dah siap.Dua keping ni boleh habis sekali hadap aje.Lagi sekeping bagi pada Kak Tipah.Anis awal-awal lagi dah pesan nak belikan pizza kat 'mak' dia.

Makan pizza tak ingat kat mama...


Satu bakul baju yang perlu dilipat.Malasnya...ada sesiapa tak yang sukarela nak tolong lipat ???



30 April 2009

Sunah Nabi


Pil herba yang aku beli kat akak tu.Setiap malam makan sebiji setiap pek.Balm tu pulak ekstrak dari air zam-zam.Banyak khasiatnya.

Bekas bekam kat belakang yang mengundang rasa takut anak-anak..Mama kena dera...(18SX tak gambar ni?...)

Gambar tu Danial yang tolong snapkan.Dia terkezut tengok belakang aku jadi macam tu.Dia tanya kat aku sapa yang buat aku.Aku gelak aje tengok reaksi dia.Sayang jugak dia kat aku...

Belakang aku jadi macam tu sebab petang tadi aku buat rawatan bekam.10 cawan bekam digunakan kat belakang aku dan 1 cawan kat kepala aku.

Ngeri??? memang pun.Tapi, nak sihat punya pasal aku tempuhi juga.

Info pasal bekam ni.
APA ITU BEKAM ?


Bekam adalah satu perawatan kesehatan peninggalan Rasulullah SAW yang telah dimodenkan mengikuti kaedah saintifik untuk mengeluarkan sisa–sisa toksid yang berbahaya dari badan kita melalui permukaan kulit.
salah satu cara ‘Detoksifikasi’ (pengeluaran toksid) yang berkesan serta selamat tanpa ada kesan sampingan. Kulit adalah organ terbesar dalam tubuh, karena itu banyak toksid berkumpul di dalam kulit.
Berbekam sangat berkesan untuk melegakan atau menghilangkan kesakitan, memulihkan fungsi tubuh badan serta memberi seribu harapan pada pesakit untuk terus berikhtiar mendapat rawatan.Bekam ialah istilah Melayu yang berarti “Pelepasan Darah”, dipanggil “Cupping” dalam bahasa Inggeris. Dalam bahasa Arab diterjemahkan sebagai “al-Hijamah”.

Hadis-hadis mengenai bekam.
Hadits dari Ibn Abbas r.a. menerangkan : “Bahwa ada 3 cara pengobatan yang dilakukan pada masa Rasulullah SAW, yaitu : Madu (Al ’Asl), Berbekam (Al-hijaamah) dan Pemanasan (Al-Kayy) dan Rasul menghindari pengobatan Kayy”.


Dari riwayat lain yang bersumber dari Mujahid dari Ibnu Abbas disebutkan bahwa Nabi bersabda : “Berobat itu dengan BERBEKAM”.Madu menjadi dasar obat-obatan, terutama obat yang berasal dari tumbuhan (Herba) yang alamiah dan tidak mengandung Kimia sintetis. Bekam, menjadi dasar kepada Pembedahan, dan Api menjadi dasar kepada perobatan Laser.


Dalam Hadits lain riwayat Tirmidzi menerangkan : “Bahwa ketika Nabi SAW dalam perjalanan Isro Mi’raj, Baginda bertemu dengan Malaikat yang memerintahkan supaya umat Muhammad SAW menggunakan Bekam sebagai kaedah rawatan penyakit”. Pesan tersebut berulang-ulang sehingga Baginda Rasul takut hal tersebut menjadi Fardlu atas umatnya.

Rasulullah memuji orang yang berbekam : “Dia membuang darah yang kotor, meringankan tubuh, serta menajamkan penglihatan”. Allah menghususkan dalam satu tahun sebulan di bulan Ramadlan untuk mencuci ‘Rohani’ dengan ber ’puasa’, jadi wajarlah kita mensucikan ‘Jasmani’ dengan ‘Berbekam’. Berbekam sebelum berpuasa akan lebih baik manfaatnya.


Aku buat bekam ni sebab hari ni ada 3 orang akak dari Pusat Rawatan Islam Cinta datang kat sekolah aku.Depa buat promosi pasal bekam ni.1 cawan RM10.Ada diskaun sebab kalau kat tempat lain satu cawan area RM15-Rm25.Aku yang sudah lama menyedari kebaikan bekam ni tekad melakukannya.


Mula-mula Kak Zarina buat rawatan.Aku yang masih takut-takut hanya menonton aje.Ngeri aku tengok akak tu layangkan pisau cukur kat belakang Kak Zarina.Aku tanya Kak Zarina sakita tak? Sebab aku tengok Kak Zarina nampak releks aje.Kak Zarina kata macam semut aje.
Aku ni tanya macam-macam kat akak tu.Ala-ala reporter pulak.
Aku : Apasal darah dalam cawan ni nampak hitam sikit dan cawan sana tu nampak macam darah berminyak ?
Akak petugas :Darah yang kehitaman ni adalah toksid dan darah yang nampak berminyak tu adalah kolesterol dan asid urik.
Aku :Akak tak buat ke bekam lintah?
Akak : Bekam lintah ni okey gak tapi kelemahannya lepas bekam, darah kekadang keluar lagi kat tempat lintah hisap.Jadi leceh sikit la nak solat.Terpaksa pastikan kebersihannya.Bekam cara ni lepas bekam, luka tak keluarkan darah.
Aku : Bekam angin tu pulak apa ?
Akak :Bekam angin tu kelemahannya kulit yang disedut berpotensi nak jadi bisul sebab darah kotor dikumpul kat satu tempat tapi tak dikeluarkan.Bekam tu hanya keluarkan angin jahat saja.
Aku :Bekam kat kepala boleh ke ?
Akak : Bekam kat kepala la yang paling bagus.dapat hilangkan migrain, resdung, terangkan mata dan tajamkan fikiran.
Aku : Kat tempat lain ?
Akak : Kat mana-mana pun boleh kecuali kat tapak kaki, dahi dan lubang-lubang macam lubang dubur, lubang telinga dll.
Sampai la turn aku pulak.Aku berkemban dan meniarap atas katil.Akak tu tanya nama aku dan nama ibu.Lepas tu dia baca doa sambil urut-urut belakang aku guna minyak.
Mula-mula akak tu tekap cawan bekam kat belakang aku.Masa ni rasa macam kulit tegang dan macam ditarik.Lepas tu akak tu buka cawan tu dan dia ambil pisau cukur dan layang-layangkan kat belakang aku.Tiba part ni, aku rasa pedih sikit dan terjerit kecil.Akak tu minta aku baca selawat banyak-banyak.Lama-lama rasa pedih tu hilang.Lepas tu cawan bekam ditekap lagi sekali.Masa ni la darah-darah kotor keluar.Aku boleh lena masa ni.Rasa asyik sekali.Rasa macam disedut-sedut.Rambut aku dicukur sedikit supaya senang nak letak cawan bekam. Darah kotor kat kepala aku agak banyak.Sampai 2 kali akak tu sedut pakai alat vakum dia.Kat area belakang darah tak banyak sebab akak tu kata belakang aku banyak angin jahat.Cawan bekam tu penuh dengan wap-wap udara.Yang kelakarnya, aku asyik sendawa masa rawatan ni.( mujur le tak kentut...)Akak tu kata angin jahat dalam badan aku dah pecah-pecah.Lepas tu, akak tu lap sisa-sisa darah kat belakang aku dan letak ubat sikit kat tempat luka tu.Masa ni pedih la jugak...

Sebelum balik, akak tu bekalkan 2 jenis herba bertujuan nak lancarkan aliran darah dan sistem pencernaan.Semua kos bekam dengan pil herba RM170.Berbaloi juga sebab lepas tu aku rasa kepala aku ringan.Selalu rasa berat aje.Sengal-sengal kat belakang pun dah hilang.Yang ada sekarang cuma rasa pedih-pedih sikit akibat luka torehan.
Aku rasa aku nak bekam lagi sebab ianya sunah nabi dan rawartan ini adalah rawatan Islam serta tiada kesan sampingan.


Tahniah Man.


Tahniah untuk adikku Mohd Noor Azman bin Sulaiman kerana berjaya dengan cemerlang dalam kursus KPLI.Tabik spring dariku kerana anda sudah berjaya membuktikan bahawa kerjaya perguruan bukanlah pilihan kerjaya yang terakhir.Buktinya adikku ini menolak tawaran sebagai jurutera KTM semata-mata ingin berbakti kepada anak bangsa.Kakak salute la kat hang...Bertambahlah lagi keluarga Haji Sulaiman menjadi pendidik anak bangsa!


Adik nak baby macam ni...




Anak-anak aku adalah cucu yang sulung sebelah hubby.Sebelah family aku pulak Danial cucu yang ke 7 dan Anis cucu yang ke 9.Selepas adik ipar aku kahwin, dia ada 2 orang anak yang masih kecil.Umairah nama anak dia selalu jadi perhatian kami setiap kali balik ke kampung.Maalumlah...aku ni suka kat budak-budak kecik ni.
Setiap kali balik kampung, haruslah lunyai pipi anak saudara aku tu di cium oleh Danial dan Anis.Mana tak geram, pipi yang tembam dan kulit yang putih gebu.


Yang bestnya, Anis siap cakap kat aku " Adik nak baby macam ni ye mama".Dia ingat nak buat baby semudah membeli ikan di pasar???


Sebenarnya aku pun teringin baby montel macam tu lagi...Bila ??? Aku pun tak pasti bila.Ada rezeki ada lah...


kesian suamiku


Hari Selasa tadi hubby tersayang balik ke Lukut.Seronoknya.Yang bestnya hubby beli kamera digital Canon Powershot A1000IS.Hadiah, kata hubby.Wah...lepas ni haruslah setiap entry aku ada gambar gitu...
Aku dengan gigihnya study la user guide kat kamera tu.Yang penting cara nak upload gambar.Senang je rupa-rupanya.
Hasilnya, dapat la aku kuarkan gambar di atas.Gambar kat atas adalah gambar rumah sewa hubby kat Yan, Kedah.Hubby sewa rumah kat taman perumahan kat situ.Hubby kata taman perumahan tu depan hospital Yan.
Kesian aku tengok keadaan rumah sewa hubby.Tak terurus...Maalumlah, suri rumah tangga tak ada kat situ.Hubby kata langsir pun tak ada.Semalam jugak aku tempah langsir kat Kak Rubi untuk rumah sewa hubby.Bulan depan hubby boleh pasang langsir.
Sumpah aku tak tahu begitu daif sekali keadaan hubby kat sana.Hubby aku bukanlah jenis yang suka bercerita kecuali kita buka mulut dan bertanya.
Tak apalah, nanti aku pindah kat sana aku akan 'proses' rumah hubby kat sana.

19 April 2009

santau

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, santau bermaksud racun yg paling berbahaya (dibuat drpd berbagai-bagai ramuan).

Aku terpanggil untuk menulis tentang tajuk ini sebab sejak sebulan ni aku dapat berita 2 orang yang aku kenali terkena santau ni.

A yang pada mulanya hanya sakit kerongkong dan tidak dapat makan selama seminggu turut batuk-batuk.Dia terpaksa ditahan di wad sebab kehilangan banyak air dalam badan sebab tidak dapat makan dengan sempurna.semasa di dalam wad, ada seorang pak cik yang kebetulan melawat anak dia terlihat A.Pak cik tu kata A pada firasatnya terkena santau.Dia nasihatkan supaya berubat dengan segera sebaik-baiknya sebelum masa 3 bulan.Keluar dari hospital, A segera berubat dengan seorang ustaz di Pulau Pinang.Semasa berubat, A telah mengeluarkan serpihan berwarna hitam dan dipercayai miang buluh!

Baru-baru ni aku lihat A kelihatan kurus dan cengkung.Masih ada batuk-batuk kecil dan masih terasa ada sesuatu yang menjolok pangkal kerongkongnya.Ustaz yang merawat meminta agar bersabar kerana santau ni memang memakan sedikit masa untuk sembuh.

Aku ada bertanya pada A bagaimana dia boleh terkena? A kata satu hari tu dia makan kat Seremban.Dia order mi goreng mamak.Penuh pinggan dia kata mi yang dia order.Lepas makan, dia rasa kerongkong dia hangat.Tak lama lepas tu sakit kerongkong dan batuk-batuk.Selalu pitam dan pengsan.

Sekarang, aku nak makan kat luar pun dah rasa takut.Tapi, terpaksa gak tak ada pilihan.Cuma mampu bertawakal dan setiap hari baca ayat Qursi yang dipercayai boleh menjauhkan sihir.Aku surf internet, ikut petua orang-orang tua santau hanya aktif dalam makanan yang panas.Jadi, kalau nak order air kat restoran, order je minuman sejuk.Selain tu, kalau air panas kita pegang bawah cawan.Kalau bawah cawan rasa sejuk,jangan minum air tu.Tu kalau air.Kalau makanan tak tau la pulak macam mana.

Baru-baru ni juga aku diberitahu oleh hubby yang isteri kawan dia pun dipercayai terkena santau.Isteri dia yang juga kawan aku, S sekarang sedang dalam proses berubat.Aku harap agar S dan A bersabar dengan dugaan Tuhan dan semoga cepat sembuh.Semua penyakit ada ubatnya dengan izin Tuhan.Yang aku kesalkan di zaman yang semakin canggih dan berkembang maju ni masih ada manusia yang menggunakan ilmu hitam semata-mata melunaskan dendam kesumat.Ada juga pengamal santau yang dan terpaksa melepaskan santaunya pada sesiapa sahaja kerana itu perjanjian ilmu syaitannya itu.Nasiblah sesiapa yang terkena.Nauzubillah...

17 April 2009

Sekolah kena bakar

Pagi semalam, masa aku punch card, suasana kat pejabat agak kelam kabut.Aku buat tak tahu aje.Malas nak ambil tahu.

Masuk ke bilik guru, barulah aku tahu yang kelas 6 Jupiter kena bakar.Kejadian berlaku kira-kira jam 6.50 pagi.Masa tu Roslinda sudah sampai ke sekolah.Murid-murid yang naik bas pun ramai gak yang sudah sampai.

Roslinda cerita yang tiba-tiba ada murid sekolah menengah berlari beritahu yang kelas tingkat atas terbakar.Dia berlari naik atas dan nampak api agak besar gak la.dengan bantuan beberapa orang murid kebakaran dapat dipadamkan.

Budak-budak yang terkenal dengan gangster pulak yang sungguh-sungguh membantu padamkan kebakaran tu.Budak-budak yang lain semua cabut lari.Habis hidung Roslinda hitam kena asap.

Aku jenguk kelas yang terbakar tu.teruk jugak la.Habis langsir kelas yang lawa tu kena jilat api.Meja dan kerusi ada yang dah hangus.

Kira-kira pukul 8 pagi, bomba dan polis datang untuk jalankan siasatan.Bomba ada jumpa 2 puntung rokok kat situ...Kes masih dalam siasatan...

# aku hairan gak, kalau GB ada kat sekolah macam-macam hal berlaku.Masa dia tak ada sekolah terasa aman damai..Ada orang nak sabotaj GB ke ???

14 April 2009

Video Majlis Perkahwinan Adikku.

YouTube - mnazman's Channel

Muka aku tak banyak dalam video ni.Sebab apa no?...sangat sibuk atau buat-buat sibuk...

PJJ ( Perkahwinan Jarak Jauh)

Sekarang, aku sedang menjalani 2 jenis PJJ.Pengajian Jarak Jauh dan Perkahwinan Jarak Jauh.Kedua-duanya begitu mencabar.Calang-calang semangat boleh angkat bendera putih.Mengalah sebelum berjuang.

Dahulu, aku tak pernah ambil tahu tentang PJJ.Sekarang aku dah masak malah ranum dengan keadaan kedua-dua PJJ ini.Di antara keduanya, aku lebih suka PJJ yang pertama.Walaupun aku terpaksa bertungkus lumus menyiapkan tugasan dan dalam masa yang sama terpaksa bekerja, tapi aku seronok kerana aku memilih bidang yang aku minati dan semasa menghadiri kelas setiap hujung minggu, aku rasakan bagaikan satu terapi kepadaku setelah penat bekerja.Penat belajar last minute terasa terubat setelah melihat result yang kekadang tak disangka-sangka.Kekadang cemerlang, kekadang cukup makan..Aku terima seadanya.

PJJ yang kedua...Bulan pertama berjauhan dengan suami tersayang bagaikan satu kejutan bagiku.Walaupun aku berlagak macam super woman, tapi aku terpaksa terima hakikat apabila sudah bergelar seorang isteri kita tak terdaya membuat kesemuanya walaupun semasa bujang dahulu kita sudah terbiasa berdikari.Lain rasanya berdikari semasa bujang dan berdikari semasa bergelar 'puan'.Sunyi rasanya bila balik ke rumah.Sunyi dalam keriuhan telatah anak-anak.Sunyi dalam erti kata lain rindu dengan sokongan orang yang paling rapat dalam hidup.

Aku tidak keseorangan sebenarnya dalam mengharungi PJJ kedua ini.Di sekolahku ada 6 orang guru perempuan yang berPJJ dengan suami masing-masing.Aku,Yusniza,Kak Yati,Aziani,Linda dan Kak Jalila.Senasib denganku.Aku dan Kak Yati banyak persamaan.Sama-sama PJJ UPM, sama-sama tinggal dikuaters,sama-sama permohonan pindah ikut suami tidak diluluskan dan sama-sama mendapat arahan pertukaran suami pada bulan Disember tahun lepas.Yusniza, si pengantin baru dan sedang berbadan dua lebih memilukan.Dengan jarak Negeri Sembilan-Kelantan yang jauh, menyukarkan lagi keadaan.Aziani, Linda dan Jalila nampaknya lebih bernasib baik kerana suami masing-masing bekerja di K.Lumpur.Setiap minggu berjumpa.Mereka langsung tidak mahu memohon pertukaran mengikut suami kerana lebih selesa di sini.

Aku tidak begitu menggalakkan suami balik tiap-tiap minggu.Aku faham jarak yang jauh amat memenatkan jika memandu.Naik bas ekspres??? lagilah aku tak benarkan.Ditambah pula dengan berita kemalangan bas ekspress yang amat menakutkan.Lihatlah sahaja berita hari ini.Kebanyakan penumpang bas yang terlibat dalam kemalangan itu adalah suami-isteri yang PJJ.Suami di KL,isteri di Gurun.Isteri di KL,suami diPerlis...Aku harap dengan perangkaan ini, pihak menteri dapat berfikir sikit agar diberi kemudahan kepada proses pertukaran.Kasihan suami isteri yang terpaksa berjauhan.Itu belum lagi kisah kasih yang beralih arah gara-gara berjauhan..Minta dijauhkan...

Permohonan pertukaran untuk bulan 6 sudah bermula.Aku,Kak Yati dan Yusniza sudah menghantar borang pertukaran.Aku berharap sangat dapat pindah.Sekarang, selalu aje setiap dialog aku dan kawan-kawan di sekolah aku akan cakap " nanti kalau saya pindah...".Dan akhir-akhir ini juga kalau ada lawak tak genius yang dibuat oleh member-member di bilik guru, selalu keluar dialog " nanti, kalau Liza dah pindah, mesti dia ingat lawak bodo ni...".

Ya, aku memang rasa seronok bekerja di sini.Walaupun mula-mula bertugas di sini aku agak terkejut dengan keadaan murid-muridnya yang agak agresif.Mula-mula mendaftar diri juga aku agak gementar sebab dari luar, nampak sekolah ni begitu gah.Ala-ala sekolah wawasan.Tapi, setelah lama bertugas di sini, sebenarnya biasa saja.Banyak yang aku belajar di sini.

Kalaulah, pertukaranku diluluskan,semestinya perasaanku bercampur aduk.Gembira,sedih,hiba,keliru dan sebagainya.Namun...tempat seorang isteri adalah di sisi suaminya..

06 April 2009

Suspen aje...

Dulu, semasa aku bawa anak2 pergi check up kat klinik ibu dan anak PD aku diminta menjalani pap smear.Aku pun buat ajelah walaupun takut2 jugak.
Yang lucunya masa aku diperiksa tu, danial dan Anis intai-intai aku kat celah-celah curtain dalam bilik tu.Depa hairan gak tengok aku berbaring sambil mengangkang kat atas katil.

Danial : Mama ada baby...
Anis : Ye ke? seronoknye...

Aku dan nurse kat situ pun gelak la dengar dialog jujur dan ikhlas dari anak-anakku.Depa ingat asal baring aje atas katil sambil diperiksa oleh nurse ngandung le tu...

Aku gerun jugak masa nurse tu masukkan alat tu dalam ###.Nurse minta aku lembutkan badan.Aku tengok alat tu bentuknya macam mulut itik.Rupa-rupanya tak adalah sakit.Sekejap sahaja prosesnya.Tak sampai 15 minit.

Lepas selesai, aku tanya pada nurse tu lepas ni macam mana kita nak tahu result pap smear tu.Nurse tu kata kalau ada apa-apa kes depa akan hubungi kita.Kalau tak dihubungi maknanya normal.

Hari ni, selepas kira-kira sebulan dari kejadian tadi aku tiba-tiba menerima panggilan dari satu nombor yang aku tak tahu dari siapa.
X : Itu Puan Norhasliza ?
Aku : Ya saya.
X : Saya dari klinik kesihatan PD.Puan ada jalani pap smearkan?
Aku : Ya.Mengapa?
X : Keputusan kami dah terima ( aku dah berdebar masa ni)Hasil dari ujian tu semuanya normal Puan.
Alhamdulillah.Aku syukur sangat.Buat suspen aje nurse tu.Aku yang masih terkejut, nak ucapkan terima kasih pun terlupa.

Aku bukannya apa.Dulu, nurse tu kata kalau keputusan okey depa tak hubungi.Tu yang aku takut tu bila nurse tu tetiba telefon aku.

Aku bersyukur padaMu Ya Allah kerana memberikan nikmat kesihatan kepadaku.Kepada ibu-ibu yang masih belum menjalani pap smear ni aku sarankan buat le.Bukan sakit pun.Tak ada benda...Tapi, malu jugak la sebab dah lama tak kangkang depan orang lepas bersalin dulukan...he..he...

03 April 2009

eG Tukar

1 April, tarikh yang aku nanti-nantikan.Bukan sebab nak April Fool kan orang , tapi sebab nak isi borang tukar yang perlu di isi secara on line di laman web Kementerian Pelajaran Malaysia.
Semuanya selamat diisi dan sudah siap di cetak.Segala dokumen sokongan sudah aku sediakan dengan lengkap.Dah siap semuanya, semua borang dan dokumen sokongan aku hantar pada Pembantu Tadbir sekolah.
Aku tidak mohon tukar ke Kedah, tapi ke Perak.Daerah Kerian, tempat kelahiranku.Harap permohonanku kali ini berjaya.Aku sudah bosan berjauhan dengan suami tersayang.walaupun pengajianku bakal berhadapan dengan sedikit masalah, tapi aku redha sebab aku yakin Tuhan akan sentiasa permudahkan urusan hambaNya yang bersabar,redha dan ikhlas.

28 March 2009

Saman + Hadiah

Khamis tadi, lepas aje sekolah tamat, aku segera ke Terminal One, Seremban.Saja jejalan nak cari kain ela dan kain tudung kat situ.
Aku cari parking di aras satu.Semuanya penuh.Aku ni jenis gayat nak bawak kereta naik tempat tinggi.Sampai aras dua aku tengok ada tempat kosong tapi ada tu parking reserved.Hantam sajalah..Tuan dia lambat lagi kot nak parking.Aku cukup trauma nak ke tempat yang tinggi.Asyik teringat kereta jatuh langgar tembok..
Lepas shopping baju dan tudung seba sedikit, aku pun jalan2 cuci mata sekejap.Lepas tu aku ke tempat parking.
Tu dia...tayar kereta aku dah kena rantai da...Nak menjerit rasanya..Lepas tu aku nampak sorang pak cik tu baru kemas2 barang yang dia lock tu.Dia datang ke tempat aku.Dia kata ikut undang2 kat sini, kalau nak bukak rantai tu kena bayar denda dulu RM50.Aku terkedu.Mak ai...mahal bebenor.Aku kata tak kan tak boleh kurang kot.Aku ngaku aku salah, tapi aku kata aku parking sekejap aje, takut naik tinggi2.Dia kata dia jalankan tugas.Aku kata undang2 manusia boleh diubah.Bukan tak nak bayar, tapi aku minta kurang sikit aje.Aku tengok muka pak cik tu dah seba salah.Kesian pun ada.Tapi...kesian lagi kat aku.RM50 tu boleh lepas duit minyak kereta aku seminggu wo...Aku pun goreng la kata duit aku dah habis buat shopping tadi.Duit yang ada ni cukup2 nak bayar duit tol aje.Aku kata aku datang dari jauh ni.Dia tengok plat kereta aku plat KL dia percaya kot aku dari jauh.
Last2 pak cik tu kata berapa sajalah anak boleh bayar berapa.Aku nak kata aku sanggup bayar Rm10 je rasa kesian lak pulak nanti pak cik tu kena marah dengan boss dia.Aku kata RM20 boleh pakcik? Dia kata bolehlah.Kesian kat anak tak dak duit.Iskh..iskh...dia perli aku ke atau memang dia kesian kat aku tak tau la..Akhirnya, duit bertukar tangan dan aku dengan rasa nyesal + marah + terkilan =berasap meninggalkan tempat itu tanpa menoleh lagi.Aku perasan ada sorang mamat security kat situ senyum sinis kat aku.Rasa macam nak tunjuk penumbuk aje kat mamat tu...
Aku ngadu kat hubby.Dia kata anggap la duit tu sedekah.Dah memang salah pun.Dah hampir 3 kali dah aku buat salah yang sama.Dulu, aku parking kat depan Billion PD kena gak denda.Pun denda RM20 gak kena bayar kat Majlis Perbandaran PD.Lepas tu sekali aku parking kat depan SBC Bookstore PD nyaris-nyaris gak kena saman majlis perbandaran sebab parking bukan di tempat sepatutnya.Tapi aku nasib baik masa tu sebab baru aje dia nak keluarkan surat saman, aku segera pergi ke situ dan minta maaf.Dia tak jadi nak saman.
Tapi, kali ni peristiwa ni memang meninggalkan kesan. Sebabnya...tayar kereta aku kena rantai dengan besi yang gadang..Ngeri betul...
Aku balik ke rumah dengan longlai.Sampai kat rumah ada sepucuk surat dari BSN.Baucer minyak Petronas hadiah peraduan tu dah sampai.Aku senyum sinis.Sebabnya, hadiah kemenangan tu jugak RM50.Sama dengan denda aku.Ironi sekali...

18 March 2009

ais krim Malaysia

Danial dan Anis suka sangat pergi rumah Abang Khalid, jiran aku yang tinggal di Blok B.Depa ke situ untuk membeli ais krim Malaysia.Selalu aku bagi duit RM1 kat depa untuk beli ais krim.Depa bawak balik 6 batang ais krim.Isteri abang Khalid cakap beli 5 percuma 1...
Aku risau gak depa selalu pergi situ.Bukan apa...nak pergi Blok B kena seberang jalan sebab blok aku dengan blok B setentang.Dah tu rumah Abang Khalid aras 1.Depa berdua kena naik tangga.Selalu aku yang teman depa berdua.Aku risau kalau2 Anis tu jatuh tangga ke, apa ke...sapa tak sayang anak wo...
sepanjang cuti sekolah ni aku fikir baik aku buat sendiri ais krim tu.Bukan susah sangat pun.Aku pergi kedai Hadhari.Aku beli plastik ais krim.Baru RM1.80 sepeket.Balik rumah aku bancuh air Milo.Guna setengah tin susu pekat.1 senduk Milo.Bubuh sikit gula.Aku pun dengan tekunnya buat la ais krim Malaysia perasa Milo.Danial dan Anis duk perati aku buat ais krim.depa nak tolong aku tak bagi.Aku cakap boleh tolong tapi tolong tengok aje...
Dah siap, maka dimasukkan ke dalam tempat pembeku.Danial dan Anis seronok sangat.depa tolong kira ada berapa semua ais krim.Satu, dua...wah ada 31 batang air krim semuanya...
Pagi2 bangun dari tido, selalu depa order susu sorang sebotol.sekarang terus ke peti sejuk dan ambil sorang satu batang ais krim.Anis kata " mama buat ais krim sedap..."Mana tak sedap, pekat dan bersari aku buat.
Mulai semalam, anak2 aku mewah dengan ais krim.Tak payah gi lintas jalan ke rumah Abang Khalid lagi...jimat belanja.Mama pun tak risau lagi keselamatan mereka.