Oleh kerana aku sudah mula merasa alahan, aku terasa sangat malas menulis apa-apa di blog ini.Mana tidaknya, baru sahaja nak menulis, kepala sudah rasa berat.Kemalasan bukan sahaja untuk menulis blog, malah juga malas nak buat tugasan.Aku harap pensyarah tidak marah aku hantar lambat tugasan.Aku tidak pernah lagi culas menghantar tugasan,tapi kali ini entahlah...Semoga aku diberi kekuatan untuk menyiapkan tugasan untuk semester ini...
Aku juga malas nak memasak...semuanya dibeli.Dari sarapan hingga ke makan malam.Terima kasih kepada suami yang memahami.Danial dan Anis tidak sabar menatap wajah adik baru...Danial hendak baby boy, Anis hendak baby girl.Setiap hari diciumnya perut aku.Digosoknya perut sambil memanggil 'baby'.Gelaran 'adik' masih tidak mahu digugurkan.Mama dan abah tak kisah.Lelaki atau perempuan akan diterima dengan syukur.Doa diminta agar baby sihat dan sempurna.
Rasa di hati ingin menulis lagi...tapi nampaknya kepala sudah terasa berat.Sampai jumpa lagi...
tahniah liza dh baper bln dah? awal2 mmg ler gitu pas jer 3 bulan mesti kembali normal. take care yer..
ReplyDeleteThanks CT.Baru tadi pergi scan.Doktor kata anggaran 7 minggu.Due date 4.12.2010.Rasa nak makan benda masam aje...Doakan aku kuat semangat...Eh,ko bila lagi nak tambah anak.Jom kita saing...
ReplyDeleteSalam Cikgu Liza,
ReplyDeleteTAHNIAH, semoga ibu n baby berada didalam keadaaan yang sihat sepanjang masa.
Ho ho... tambah anak buah ku....Semoga selamat, sihat dan diberkati. Tak larat nak jaga ...kita bole jaga........
ReplyDelete