Pagi Jumaat aku dikejutkan dengan SMS Kak Zainon, rakanku dari SK Lukut."Hai, masuk Metro nampak.Bila diwawancara?" Aku senyum.Mana taknya, aku pun belum beli lagi akhbar pada hari itu.
Tengah hari itu, aku dan suami dalam perjalanan ke Yan.Kami singgah di kedai runcit untuk membeli akhbar Metro.Aku memandu kereta, suamiku membelek lembaran demi lembaran untuk mencari cerita yang turut memuatkan gambar aku.
Tiba-tiba suamiku ketawa."Bulatnya mama dengan Danial".Aku menjeling akhbar di tangannya.Aku pun turut ketawa.Hai...gambar ini rupanya yang dimuatkan dalam Metro.
Baru aku teringat.Pada petang hari Rabu, aku telah menerima SMS dari Siti, rakanku yang bertugas di harian Metro.Dia minta aku memberikan kerjasama kepada rakannya untuk membuat satu artikel berkenaan tadika kerajaan dan tadika swasta.Atas dasar persahabatan aku memenuhi permintaannya.Gambar aku dan anak-anak pula aku minta cari di laman Facebook.Aku tak sangka pula begitu cepat cerita ini ditulis.
Sampai di Yan, suamiku pula menerima SMS bertalu-talu dari rakan dan adik beradiknya yang hairan bila pula wartawan datang ke rumahku untuk membuat temuramah.Aku dan suamiku ketawa.Tugas wartawan sekarang semakin mudah seiring dengan kemajuan teknologi maklumat.Selagi teknologi dimanafaatkan dengan sebaik-baiknya, pasti ia membawa kebaikan.
Suamiku sempat bergurau" mujur gambar abang tak ada.kalau ada, glamour abang kat balai."
Wah glamorlah puan lepas ni
ReplyDeleteHari tu baca kat Majalah Wanita Bulan Disember 2009. Gambar yang sama juga. Tukar la gambor yang lain. Ciut sikit he he....
ReplyDeleteLiza tu ler 2 kali dah kuar ni satu paper satu mag. pasni masuk TV plak ler hehhehe. apa2 pun tq yer memenuhi permintaan aku. Nenti leh tolong lagi hehheheh
ReplyDelete