19 May 2009

Adik dan Danial pun nak bagi hadiah kat cikgu ...

Semasa aku buka bungkusan hadiah yang aku dapat semasa Hari Guru semalam, Danial pun minta aku bagi hadiah pada cikgu tadikanya.Anis pun merengek sama.Hari ni aku beli tuppaware yang kak Fadzlon jual secara lelong di sekolah.Aku dapat beli tuppaware di atas dengan harga cuma Rm10.
Malam ni dengan gigihnya aku membungkus hadiah tadi.Anis pulak bagi cadangan " Adik nak tulis nama adik...".Aku pun print la nama depa atas kertas kuning...dah siap semuanya, nampak Danial dan Anis bangga.Masing-masing nak pegang hadiah tu dan beri sendiri pada cikgu.
Budak-budak memang begitu...rasa bangga bila dapat bagi hadiah pada cikgu walaupun hadiahnya tak seberapa...

Danial bergaya dengan hadiah yang bakal diberikan kepada cikgunya...


1 comment:

  1. amboi Danial bergaya sungguh...mesti cikgu dia bangga dapat hadiah comei...

    ReplyDelete

saya suka baca komen anda...saya amat menghargainya.