03 December 2009

Takut bawak kereta kat sini.

Masih aku ingat kata-kata mak semasa pertama kali ke rumah sewa aku di Yan."Orang kat sini naik motor tak pasang lampu.Ikut dan dia saja nak belok".

Ya.Aku akui itu.Hampir 2 minggu aku tinggal di sini, aku sentiasa memandu dengan penuh tumpuan.Bukanlah sebelum ini aku tidak memandu dengan sepenuh perhatian.Maksudnya jika sebelum ini aku memandu dengan 98% tumpuan, di sini pemanduan haruslah ditingkatkan lagi penumpuan sebanyak 100%.

Mana tidaknya.Selama seminggu pertama aku tinggal di sini, sudah 2 kali aku hampir berlanggar dengan orang.Kes pertama: Aku sedang memandu di jalan raya yang lurus dengan kelajuan 40km/j.Di satu simpang, kelihatan seorang pemuda berusia belasan tahun tanpa memakai topi kaledar dengan menaiki motorsikal sedang menunggang motorsikalnya.Aku dapat merasakan yang pemuda itu akan membelokkan motorsikalnya ke kiri.Ya, tepat tekaan naluriku.Tanpa memandang kiri atau kanan, pemuda itu terus membelok ke kiri.Aku yang begitu hampir dengannya kira-kira 1 meter sahaja segera menekan brek.Aku bunyikan hon.Bukan hon marah.Sekadar memberi peringatan yang perbuatannya itu berbahaya.Balasannya, pemuda itu menoleh ke arahku dan terus menunggang dengan gaya mengejek,ke tengah ke tepi dan terus memecut.Tersenyum sumbing aku.Senyum kesal kerana ego tak bertempat.Dia tak tahu kalaulah aku tak sempat brek,sudah pasti terpelanting mat motor tu.Dengan tidak memakai topi kaledar, kebarangkalian mendapat kecederaan parah adalah tinggi.

Kes kedua:Aku, suami dan anak-anak ke Alor Setar ikut jalan lama.Jalan raya yang sempit dan jumlah kenderaan yang agak banyak membuatkan pemanduan kereta perlahan.Jika hendak memotong, pastikan tidak ada kenderaan dari hadapan.Sedang leka memandu, dengan kereta yang bertali arus di hadapan, kelihatan dua buah motorsikal sedang bersaing.Dua orang pak cik tidak memakai topi kaledar sedang mununggang motorsikal masing-masing.Yang menariknya, dua orang pakcik tu berborak tanpa menghiraukan di belakang mereka terdapat kereta berderet terpaksa memandu perlahan gara-gara perbuatan mereka.Hendak memotong,keadaan tidak mengizinkan.Hendak hon, terasa tidak sopan pula.Hampir 15 minit aku mengekor pak cik berdua tu.Hai pak cik, kalau nak borak pasal padi pun, boraklah di tempat yang selamat,bukannya beremba(istilah utara) kat jalan.

Kes ketiga:Aku dan keluarga dalam perjalanan ke Yan dari Parit Buntar.Kami sampai di Yan jam sudah menunjukkan 9.30 malam.Suasana malam membuatkan aku memandu dengan penuh berhati-hati.Sedang memandu, aku nyaris terlanggar sebuah motorsikal tanpa berlampu juga sedang melalui jalan yang sama.Mujurlah aku dapat melihat motor tersebut dengan lampu kereta.Itupun sudah hampir sangat.Mujur juga aku sempat mengelak.Mujur juga aku memandu tidak laju.Sudah diingatkan oleh suamiku.Bawa bawah 70km/j di jalan-jalan di sini.urut dada aku.Kalaulah aku terlanggar belakang motor tu, sudah pasti kemalangan akan berlaku.Selepas itu, aku tidak berani memandu terlalu tepi ke kiri jalan.Mana tahu ada lagi motorsikal tidak berlampu.Malam itu, aku dan suami mengira motor yang tidak memasang lampu disepanjang jalan laluan Guar Chempedak-Yan.Ada 6 buah semuanya.

Patutlah tidak sampai setahun suamiku tinggal di sini dia ditimpa kemalangan jalan raya.Aku yang tidak sampai sebulan di sini nyaris-nyaris juga.Aku akan mengubah cara pemanduan aku di sini.Di Port Dickson, jalan raya 2 lorong bagi satu hala.Di sini satu lorong.Di Port Dickson, tidak pernah aku berjumpa orang menunggang motosikal tanpa bertopi kaledar kecuali di taman perumahan.Di sini, biasa...Di Port Dickson, jalan raya diterangi lampu jalan, di sini ada tapi jarang-jarang.Di Port Dickson, jumlah motosikal sedikit.Di sini, penuh dengan motosikal.Aku akur dengan perbezaannya.Port Dickson sebuah bandar.Di sini hanya pekan kecil.Namun begitu, sikap pemandu dan pengguna jalan raya seharusnya sama tidak kira di mana kita berada.Janganlah mentang-mentanglah kita memandu di jalan kampung, aspek keselamatan di ambil sambil lewa.Nyawa manusia amat berharga tidak kira di mana kita berada.Bagi orang-orang yang tinggal di tempat yang aku nyatakan jangan marah atau kecil hati.Ini realiti yang aku alami di sini.

3 comments:

  1. saya setuju dengan kata akak...sbb saya pun asal orang perlis.tak jauh bezanya dengn kedah.memang bahaya budak yang bawah umur tapi parent dah kasi tunggang moto.syabas pada parent yang monitor pergerakan anak mereka...asal skl transfer ke skl.tumpang gembira. im still here,in selangor...up and down with many different chapter of life.when will i get out from taman medan.hatrednye.....

    ReplyDelete
  2. SEKALI KENA LANGGAQ BARU DEPA TAU! BETABOQ BIJIK MATA. HATI2 DI JALAN RAYA.

    ReplyDelete
  3. eemm..susah gak nak educate budak2 ni kalau mak bapak sendiri yang buat..siap berborak saing2 tu atas jalanraya..

    ReplyDelete

saya suka baca komen anda...saya amat menghargainya.