Lega...Itulah sahaja ungkapan yang boleh aku ucapkan pada hari ini.Lega setelah 3 hari memerah otak menjawab kertas peperiksaan akhir PJJ UPM.
Hari Jumaat aku telah memohon cuti tanpa rekod untuk menduduki peperiksaan ini.Sejak hari Rabu, aku ke sekolah membawa buku dan nota peperiksaan.Pantang ada masa terluang, aku akan buka dan baca nota.Tapi, selalunya paling lama pun sejam aku boleh baca dengan khusyuk.Selepas itu...pasti aku akan kalah dengan 'perbincangan meja bulat' di ruang belakang bilik guru.Selalu aku akan menempel di situ bergossip isu semasa di situ.Walaupun mulut bergossip, tapi kerja kami tetap beres.Apa tidaknya, tangan masing-masing ligat menanda buku murid,menulis leson plan dan lain-lain urusan pengkeranian lagi...tangan dan mulut bergerak sama rancak,sama kalut,sama ribut...
Itulah dia cabaran belajar sambil bekerja.Komitmen terhadap kerja jangan sampai terbarai...pengajian jangan sampai terabai...Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah...
Malam Jumaat,sebelum menonton Nur Kasih,aku saja 'gatal tangan' mencari apa-apa bahan yang boleh membantu aku menjawab kertas Komunikasi Antara Perseorangan yang akan aku ambil pada jam 3 petang Jumaat.Tiba-tiba aku terbaca satu blog 'abubakar69....'.Tak ku sangka ada soalan ramalan untuk dua kertas yang bakal aku duduki pada 3 hari yang 'bertuah' ini. Aku segera menyalin dan mencetak contoh soalan ramalan itu.Pada malam itu aku baca soalan ini dan aku cari jawapannya berdasarkan modul yang diberi oleh UPM.
Dengan doa restu suami dan bonda tercinta aku memandu kereta dengan tenang ke tempat peperiksaan.
Jam 12 tengah hari aku sudah berada di kolej Mara Seremban.Tujuanku hanya satu.Berbincang dan berdiskusi bersama-sama teman perjuangan.Sudah pastilah soalan ramalan ini yang kami bincang dan baca untuk saat-saat terakhir.
Tanpa disangka-sangka, soalan yang diberi hampir sama dengan soalan yang ditulis di dalam blog itu...Cuma ada beberapa soalan yang ditokok tambah oleh pensyarah untuk mencukupkan 80 soalan objektif...
Untuk kertas Strategi Perhubungan Awam juga sipenulis blog memberikan contoh soalan ramalan.Soalan yang berbentuk esei ini juga aku cetak dan aku cari isi-isi yang sesuai dengan merujuk pada modul.
Alhamdulillah...90% soalan ramalan si penulis blog telah keluar di dalam peperiksaan akhir ini...Aku lihat rakan-rakan aku juga begitu asyik menjawab esei.Maalumlah aku telah war-warkan perkara ini dan masing-masing mencetak contoh soalan ini.Masing-masing dapat menjawab dengan lancar.Kak Syazelina,Kak Rusimah,Kak Rosilah dan Kak Norzi senyum sampai ke telinga.Thanks Liza...Usah berterima kasih pada aku.Terima kasih kepada sipenulis blog berkenaan...
Cikgu Liza dah dapat pindah? dah cek result blum?
ReplyDeleteSaya juga seorang guru di Selangor.
Saya amat gembira jika permohonan cikgu berjaya...
yus ...
dah 5 tahun berjauhan dari ibu tersayang yang tinggal di perlis. Kekadang susah hati dan sedih memikirkan betapa saya dijaga sampai usia 26 tahun. tetapi saya masih gagal untuk berada dekat dengannya....
ReplyDeletesaya sering membaca catatan cikgu.Garapan yang baik.
Semoga cikgu Liza dapat Bertukar...