14 May 2009

Demam Anis dah Kebah.

Mama rindu pada kaletah kalian yang aktif,nakal,lasak,mencuit hati...Semoga Anis cepat sembuh dari demam...

Setelah 3 hari Anis demam panas, masuk hari ini dia semakin pulih.Dia tidak pernah demam panas selama ini.Selalunya dia hanya demam panas sehari sahaja dan panasnya tidaklah sepanas demam kali ini.Demam kali ini setiap hari suhu badannya sehingga 40 darjah celcius.


Malam tadi hubby dah pulang ke Kedah.Tinggallah aku menjaga anak-anak.Mujurlah demam Anis dah kebah.

Ubat dari 2 klinik.Klinik Amal bagi bentuk syrup.Klinik Ihsan dalam bentuk tablet yang perlu dihancurkan dan campur dalam susu.Semuanya Anis tak mau makan...Nak buat macam mana??

Muka Anis yang pucat selepas demam.Senyum pun tak mau...

"Adik nak makan sate."Dah 3 hari tak selera makan, Anis minta sate.Sate 20 cucuk ni sekali hadap je Anis dan Danial makan.Sate Sukirman, sedap dan menyelerakan.Lebih sedap dari Sate Samuri Kajang cawangan Port Dickson.Oleh kerana anak wak sukirman ni aku ajar, dia selalu bagi diskaun kat aku.Naik segan la pulak...Set sate di atas cuma RM10.

2 comments:

  1. wow....... cedapnya.. sate. Hari tu balik tak sempat nak makan. Tinggal cikit untuk makngah na.....

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah anis dah kebah...tak per makan byk2..cepat sihat hehhhe

    ReplyDelete

saya suka baca komen anda...saya amat menghargainya.