30 April 2009

Sunah Nabi


Pil herba yang aku beli kat akak tu.Setiap malam makan sebiji setiap pek.Balm tu pulak ekstrak dari air zam-zam.Banyak khasiatnya.

Bekas bekam kat belakang yang mengundang rasa takut anak-anak..Mama kena dera...(18SX tak gambar ni?...)

Gambar tu Danial yang tolong snapkan.Dia terkezut tengok belakang aku jadi macam tu.Dia tanya kat aku sapa yang buat aku.Aku gelak aje tengok reaksi dia.Sayang jugak dia kat aku...

Belakang aku jadi macam tu sebab petang tadi aku buat rawatan bekam.10 cawan bekam digunakan kat belakang aku dan 1 cawan kat kepala aku.

Ngeri??? memang pun.Tapi, nak sihat punya pasal aku tempuhi juga.

Info pasal bekam ni.
APA ITU BEKAM ?


Bekam adalah satu perawatan kesehatan peninggalan Rasulullah SAW yang telah dimodenkan mengikuti kaedah saintifik untuk mengeluarkan sisa–sisa toksid yang berbahaya dari badan kita melalui permukaan kulit.
salah satu cara ‘Detoksifikasi’ (pengeluaran toksid) yang berkesan serta selamat tanpa ada kesan sampingan. Kulit adalah organ terbesar dalam tubuh, karena itu banyak toksid berkumpul di dalam kulit.
Berbekam sangat berkesan untuk melegakan atau menghilangkan kesakitan, memulihkan fungsi tubuh badan serta memberi seribu harapan pada pesakit untuk terus berikhtiar mendapat rawatan.Bekam ialah istilah Melayu yang berarti “Pelepasan Darah”, dipanggil “Cupping” dalam bahasa Inggeris. Dalam bahasa Arab diterjemahkan sebagai “al-Hijamah”.

Hadis-hadis mengenai bekam.
Hadits dari Ibn Abbas r.a. menerangkan : “Bahwa ada 3 cara pengobatan yang dilakukan pada masa Rasulullah SAW, yaitu : Madu (Al ’Asl), Berbekam (Al-hijaamah) dan Pemanasan (Al-Kayy) dan Rasul menghindari pengobatan Kayy”.


Dari riwayat lain yang bersumber dari Mujahid dari Ibnu Abbas disebutkan bahwa Nabi bersabda : “Berobat itu dengan BERBEKAM”.Madu menjadi dasar obat-obatan, terutama obat yang berasal dari tumbuhan (Herba) yang alamiah dan tidak mengandung Kimia sintetis. Bekam, menjadi dasar kepada Pembedahan, dan Api menjadi dasar kepada perobatan Laser.


Dalam Hadits lain riwayat Tirmidzi menerangkan : “Bahwa ketika Nabi SAW dalam perjalanan Isro Mi’raj, Baginda bertemu dengan Malaikat yang memerintahkan supaya umat Muhammad SAW menggunakan Bekam sebagai kaedah rawatan penyakit”. Pesan tersebut berulang-ulang sehingga Baginda Rasul takut hal tersebut menjadi Fardlu atas umatnya.

Rasulullah memuji orang yang berbekam : “Dia membuang darah yang kotor, meringankan tubuh, serta menajamkan penglihatan”. Allah menghususkan dalam satu tahun sebulan di bulan Ramadlan untuk mencuci ‘Rohani’ dengan ber ’puasa’, jadi wajarlah kita mensucikan ‘Jasmani’ dengan ‘Berbekam’. Berbekam sebelum berpuasa akan lebih baik manfaatnya.


Aku buat bekam ni sebab hari ni ada 3 orang akak dari Pusat Rawatan Islam Cinta datang kat sekolah aku.Depa buat promosi pasal bekam ni.1 cawan RM10.Ada diskaun sebab kalau kat tempat lain satu cawan area RM15-Rm25.Aku yang sudah lama menyedari kebaikan bekam ni tekad melakukannya.


Mula-mula Kak Zarina buat rawatan.Aku yang masih takut-takut hanya menonton aje.Ngeri aku tengok akak tu layangkan pisau cukur kat belakang Kak Zarina.Aku tanya Kak Zarina sakita tak? Sebab aku tengok Kak Zarina nampak releks aje.Kak Zarina kata macam semut aje.
Aku ni tanya macam-macam kat akak tu.Ala-ala reporter pulak.
Aku : Apasal darah dalam cawan ni nampak hitam sikit dan cawan sana tu nampak macam darah berminyak ?
Akak petugas :Darah yang kehitaman ni adalah toksid dan darah yang nampak berminyak tu adalah kolesterol dan asid urik.
Aku :Akak tak buat ke bekam lintah?
Akak : Bekam lintah ni okey gak tapi kelemahannya lepas bekam, darah kekadang keluar lagi kat tempat lintah hisap.Jadi leceh sikit la nak solat.Terpaksa pastikan kebersihannya.Bekam cara ni lepas bekam, luka tak keluarkan darah.
Aku : Bekam angin tu pulak apa ?
Akak :Bekam angin tu kelemahannya kulit yang disedut berpotensi nak jadi bisul sebab darah kotor dikumpul kat satu tempat tapi tak dikeluarkan.Bekam tu hanya keluarkan angin jahat saja.
Aku :Bekam kat kepala boleh ke ?
Akak : Bekam kat kepala la yang paling bagus.dapat hilangkan migrain, resdung, terangkan mata dan tajamkan fikiran.
Aku : Kat tempat lain ?
Akak : Kat mana-mana pun boleh kecuali kat tapak kaki, dahi dan lubang-lubang macam lubang dubur, lubang telinga dll.
Sampai la turn aku pulak.Aku berkemban dan meniarap atas katil.Akak tu tanya nama aku dan nama ibu.Lepas tu dia baca doa sambil urut-urut belakang aku guna minyak.
Mula-mula akak tu tekap cawan bekam kat belakang aku.Masa ni rasa macam kulit tegang dan macam ditarik.Lepas tu akak tu buka cawan tu dan dia ambil pisau cukur dan layang-layangkan kat belakang aku.Tiba part ni, aku rasa pedih sikit dan terjerit kecil.Akak tu minta aku baca selawat banyak-banyak.Lama-lama rasa pedih tu hilang.Lepas tu cawan bekam ditekap lagi sekali.Masa ni la darah-darah kotor keluar.Aku boleh lena masa ni.Rasa asyik sekali.Rasa macam disedut-sedut.Rambut aku dicukur sedikit supaya senang nak letak cawan bekam. Darah kotor kat kepala aku agak banyak.Sampai 2 kali akak tu sedut pakai alat vakum dia.Kat area belakang darah tak banyak sebab akak tu kata belakang aku banyak angin jahat.Cawan bekam tu penuh dengan wap-wap udara.Yang kelakarnya, aku asyik sendawa masa rawatan ni.( mujur le tak kentut...)Akak tu kata angin jahat dalam badan aku dah pecah-pecah.Lepas tu, akak tu lap sisa-sisa darah kat belakang aku dan letak ubat sikit kat tempat luka tu.Masa ni pedih la jugak...

Sebelum balik, akak tu bekalkan 2 jenis herba bertujuan nak lancarkan aliran darah dan sistem pencernaan.Semua kos bekam dengan pil herba RM170.Berbaloi juga sebab lepas tu aku rasa kepala aku ringan.Selalu rasa berat aje.Sengal-sengal kat belakang pun dah hilang.Yang ada sekarang cuma rasa pedih-pedih sikit akibat luka torehan.
Aku rasa aku nak bekam lagi sebab ianya sunah nabi dan rawartan ini adalah rawatan Islam serta tiada kesan sampingan.


Tahniah Man.


Tahniah untuk adikku Mohd Noor Azman bin Sulaiman kerana berjaya dengan cemerlang dalam kursus KPLI.Tabik spring dariku kerana anda sudah berjaya membuktikan bahawa kerjaya perguruan bukanlah pilihan kerjaya yang terakhir.Buktinya adikku ini menolak tawaran sebagai jurutera KTM semata-mata ingin berbakti kepada anak bangsa.Kakak salute la kat hang...Bertambahlah lagi keluarga Haji Sulaiman menjadi pendidik anak bangsa!


Adik nak baby macam ni...




Anak-anak aku adalah cucu yang sulung sebelah hubby.Sebelah family aku pulak Danial cucu yang ke 7 dan Anis cucu yang ke 9.Selepas adik ipar aku kahwin, dia ada 2 orang anak yang masih kecil.Umairah nama anak dia selalu jadi perhatian kami setiap kali balik ke kampung.Maalumlah...aku ni suka kat budak-budak kecik ni.
Setiap kali balik kampung, haruslah lunyai pipi anak saudara aku tu di cium oleh Danial dan Anis.Mana tak geram, pipi yang tembam dan kulit yang putih gebu.


Yang bestnya, Anis siap cakap kat aku " Adik nak baby macam ni ye mama".Dia ingat nak buat baby semudah membeli ikan di pasar???


Sebenarnya aku pun teringin baby montel macam tu lagi...Bila ??? Aku pun tak pasti bila.Ada rezeki ada lah...


kesian suamiku


Hari Selasa tadi hubby tersayang balik ke Lukut.Seronoknya.Yang bestnya hubby beli kamera digital Canon Powershot A1000IS.Hadiah, kata hubby.Wah...lepas ni haruslah setiap entry aku ada gambar gitu...
Aku dengan gigihnya study la user guide kat kamera tu.Yang penting cara nak upload gambar.Senang je rupa-rupanya.
Hasilnya, dapat la aku kuarkan gambar di atas.Gambar kat atas adalah gambar rumah sewa hubby kat Yan, Kedah.Hubby sewa rumah kat taman perumahan kat situ.Hubby kata taman perumahan tu depan hospital Yan.
Kesian aku tengok keadaan rumah sewa hubby.Tak terurus...Maalumlah, suri rumah tangga tak ada kat situ.Hubby kata langsir pun tak ada.Semalam jugak aku tempah langsir kat Kak Rubi untuk rumah sewa hubby.Bulan depan hubby boleh pasang langsir.
Sumpah aku tak tahu begitu daif sekali keadaan hubby kat sana.Hubby aku bukanlah jenis yang suka bercerita kecuali kita buka mulut dan bertanya.
Tak apalah, nanti aku pindah kat sana aku akan 'proses' rumah hubby kat sana.

19 April 2009

santau

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, santau bermaksud racun yg paling berbahaya (dibuat drpd berbagai-bagai ramuan).

Aku terpanggil untuk menulis tentang tajuk ini sebab sejak sebulan ni aku dapat berita 2 orang yang aku kenali terkena santau ni.

A yang pada mulanya hanya sakit kerongkong dan tidak dapat makan selama seminggu turut batuk-batuk.Dia terpaksa ditahan di wad sebab kehilangan banyak air dalam badan sebab tidak dapat makan dengan sempurna.semasa di dalam wad, ada seorang pak cik yang kebetulan melawat anak dia terlihat A.Pak cik tu kata A pada firasatnya terkena santau.Dia nasihatkan supaya berubat dengan segera sebaik-baiknya sebelum masa 3 bulan.Keluar dari hospital, A segera berubat dengan seorang ustaz di Pulau Pinang.Semasa berubat, A telah mengeluarkan serpihan berwarna hitam dan dipercayai miang buluh!

Baru-baru ni aku lihat A kelihatan kurus dan cengkung.Masih ada batuk-batuk kecil dan masih terasa ada sesuatu yang menjolok pangkal kerongkongnya.Ustaz yang merawat meminta agar bersabar kerana santau ni memang memakan sedikit masa untuk sembuh.

Aku ada bertanya pada A bagaimana dia boleh terkena? A kata satu hari tu dia makan kat Seremban.Dia order mi goreng mamak.Penuh pinggan dia kata mi yang dia order.Lepas makan, dia rasa kerongkong dia hangat.Tak lama lepas tu sakit kerongkong dan batuk-batuk.Selalu pitam dan pengsan.

Sekarang, aku nak makan kat luar pun dah rasa takut.Tapi, terpaksa gak tak ada pilihan.Cuma mampu bertawakal dan setiap hari baca ayat Qursi yang dipercayai boleh menjauhkan sihir.Aku surf internet, ikut petua orang-orang tua santau hanya aktif dalam makanan yang panas.Jadi, kalau nak order air kat restoran, order je minuman sejuk.Selain tu, kalau air panas kita pegang bawah cawan.Kalau bawah cawan rasa sejuk,jangan minum air tu.Tu kalau air.Kalau makanan tak tau la pulak macam mana.

Baru-baru ni juga aku diberitahu oleh hubby yang isteri kawan dia pun dipercayai terkena santau.Isteri dia yang juga kawan aku, S sekarang sedang dalam proses berubat.Aku harap agar S dan A bersabar dengan dugaan Tuhan dan semoga cepat sembuh.Semua penyakit ada ubatnya dengan izin Tuhan.Yang aku kesalkan di zaman yang semakin canggih dan berkembang maju ni masih ada manusia yang menggunakan ilmu hitam semata-mata melunaskan dendam kesumat.Ada juga pengamal santau yang dan terpaksa melepaskan santaunya pada sesiapa sahaja kerana itu perjanjian ilmu syaitannya itu.Nasiblah sesiapa yang terkena.Nauzubillah...

17 April 2009

Sekolah kena bakar

Pagi semalam, masa aku punch card, suasana kat pejabat agak kelam kabut.Aku buat tak tahu aje.Malas nak ambil tahu.

Masuk ke bilik guru, barulah aku tahu yang kelas 6 Jupiter kena bakar.Kejadian berlaku kira-kira jam 6.50 pagi.Masa tu Roslinda sudah sampai ke sekolah.Murid-murid yang naik bas pun ramai gak yang sudah sampai.

Roslinda cerita yang tiba-tiba ada murid sekolah menengah berlari beritahu yang kelas tingkat atas terbakar.Dia berlari naik atas dan nampak api agak besar gak la.dengan bantuan beberapa orang murid kebakaran dapat dipadamkan.

Budak-budak yang terkenal dengan gangster pulak yang sungguh-sungguh membantu padamkan kebakaran tu.Budak-budak yang lain semua cabut lari.Habis hidung Roslinda hitam kena asap.

Aku jenguk kelas yang terbakar tu.teruk jugak la.Habis langsir kelas yang lawa tu kena jilat api.Meja dan kerusi ada yang dah hangus.

Kira-kira pukul 8 pagi, bomba dan polis datang untuk jalankan siasatan.Bomba ada jumpa 2 puntung rokok kat situ...Kes masih dalam siasatan...

# aku hairan gak, kalau GB ada kat sekolah macam-macam hal berlaku.Masa dia tak ada sekolah terasa aman damai..Ada orang nak sabotaj GB ke ???

14 April 2009

Video Majlis Perkahwinan Adikku.

YouTube - mnazman's Channel

Muka aku tak banyak dalam video ni.Sebab apa no?...sangat sibuk atau buat-buat sibuk...

PJJ ( Perkahwinan Jarak Jauh)

Sekarang, aku sedang menjalani 2 jenis PJJ.Pengajian Jarak Jauh dan Perkahwinan Jarak Jauh.Kedua-duanya begitu mencabar.Calang-calang semangat boleh angkat bendera putih.Mengalah sebelum berjuang.

Dahulu, aku tak pernah ambil tahu tentang PJJ.Sekarang aku dah masak malah ranum dengan keadaan kedua-dua PJJ ini.Di antara keduanya, aku lebih suka PJJ yang pertama.Walaupun aku terpaksa bertungkus lumus menyiapkan tugasan dan dalam masa yang sama terpaksa bekerja, tapi aku seronok kerana aku memilih bidang yang aku minati dan semasa menghadiri kelas setiap hujung minggu, aku rasakan bagaikan satu terapi kepadaku setelah penat bekerja.Penat belajar last minute terasa terubat setelah melihat result yang kekadang tak disangka-sangka.Kekadang cemerlang, kekadang cukup makan..Aku terima seadanya.

PJJ yang kedua...Bulan pertama berjauhan dengan suami tersayang bagaikan satu kejutan bagiku.Walaupun aku berlagak macam super woman, tapi aku terpaksa terima hakikat apabila sudah bergelar seorang isteri kita tak terdaya membuat kesemuanya walaupun semasa bujang dahulu kita sudah terbiasa berdikari.Lain rasanya berdikari semasa bujang dan berdikari semasa bergelar 'puan'.Sunyi rasanya bila balik ke rumah.Sunyi dalam keriuhan telatah anak-anak.Sunyi dalam erti kata lain rindu dengan sokongan orang yang paling rapat dalam hidup.

Aku tidak keseorangan sebenarnya dalam mengharungi PJJ kedua ini.Di sekolahku ada 6 orang guru perempuan yang berPJJ dengan suami masing-masing.Aku,Yusniza,Kak Yati,Aziani,Linda dan Kak Jalila.Senasib denganku.Aku dan Kak Yati banyak persamaan.Sama-sama PJJ UPM, sama-sama tinggal dikuaters,sama-sama permohonan pindah ikut suami tidak diluluskan dan sama-sama mendapat arahan pertukaran suami pada bulan Disember tahun lepas.Yusniza, si pengantin baru dan sedang berbadan dua lebih memilukan.Dengan jarak Negeri Sembilan-Kelantan yang jauh, menyukarkan lagi keadaan.Aziani, Linda dan Jalila nampaknya lebih bernasib baik kerana suami masing-masing bekerja di K.Lumpur.Setiap minggu berjumpa.Mereka langsung tidak mahu memohon pertukaran mengikut suami kerana lebih selesa di sini.

Aku tidak begitu menggalakkan suami balik tiap-tiap minggu.Aku faham jarak yang jauh amat memenatkan jika memandu.Naik bas ekspres??? lagilah aku tak benarkan.Ditambah pula dengan berita kemalangan bas ekspress yang amat menakutkan.Lihatlah sahaja berita hari ini.Kebanyakan penumpang bas yang terlibat dalam kemalangan itu adalah suami-isteri yang PJJ.Suami di KL,isteri di Gurun.Isteri di KL,suami diPerlis...Aku harap dengan perangkaan ini, pihak menteri dapat berfikir sikit agar diberi kemudahan kepada proses pertukaran.Kasihan suami isteri yang terpaksa berjauhan.Itu belum lagi kisah kasih yang beralih arah gara-gara berjauhan..Minta dijauhkan...

Permohonan pertukaran untuk bulan 6 sudah bermula.Aku,Kak Yati dan Yusniza sudah menghantar borang pertukaran.Aku berharap sangat dapat pindah.Sekarang, selalu aje setiap dialog aku dan kawan-kawan di sekolah aku akan cakap " nanti kalau saya pindah...".Dan akhir-akhir ini juga kalau ada lawak tak genius yang dibuat oleh member-member di bilik guru, selalu keluar dialog " nanti, kalau Liza dah pindah, mesti dia ingat lawak bodo ni...".

Ya, aku memang rasa seronok bekerja di sini.Walaupun mula-mula bertugas di sini aku agak terkejut dengan keadaan murid-muridnya yang agak agresif.Mula-mula mendaftar diri juga aku agak gementar sebab dari luar, nampak sekolah ni begitu gah.Ala-ala sekolah wawasan.Tapi, setelah lama bertugas di sini, sebenarnya biasa saja.Banyak yang aku belajar di sini.

Kalaulah, pertukaranku diluluskan,semestinya perasaanku bercampur aduk.Gembira,sedih,hiba,keliru dan sebagainya.Namun...tempat seorang isteri adalah di sisi suaminya..

06 April 2009

Suspen aje...

Dulu, semasa aku bawa anak2 pergi check up kat klinik ibu dan anak PD aku diminta menjalani pap smear.Aku pun buat ajelah walaupun takut2 jugak.
Yang lucunya masa aku diperiksa tu, danial dan Anis intai-intai aku kat celah-celah curtain dalam bilik tu.Depa hairan gak tengok aku berbaring sambil mengangkang kat atas katil.

Danial : Mama ada baby...
Anis : Ye ke? seronoknye...

Aku dan nurse kat situ pun gelak la dengar dialog jujur dan ikhlas dari anak-anakku.Depa ingat asal baring aje atas katil sambil diperiksa oleh nurse ngandung le tu...

Aku gerun jugak masa nurse tu masukkan alat tu dalam ###.Nurse minta aku lembutkan badan.Aku tengok alat tu bentuknya macam mulut itik.Rupa-rupanya tak adalah sakit.Sekejap sahaja prosesnya.Tak sampai 15 minit.

Lepas selesai, aku tanya pada nurse tu lepas ni macam mana kita nak tahu result pap smear tu.Nurse tu kata kalau ada apa-apa kes depa akan hubungi kita.Kalau tak dihubungi maknanya normal.

Hari ni, selepas kira-kira sebulan dari kejadian tadi aku tiba-tiba menerima panggilan dari satu nombor yang aku tak tahu dari siapa.
X : Itu Puan Norhasliza ?
Aku : Ya saya.
X : Saya dari klinik kesihatan PD.Puan ada jalani pap smearkan?
Aku : Ya.Mengapa?
X : Keputusan kami dah terima ( aku dah berdebar masa ni)Hasil dari ujian tu semuanya normal Puan.
Alhamdulillah.Aku syukur sangat.Buat suspen aje nurse tu.Aku yang masih terkejut, nak ucapkan terima kasih pun terlupa.

Aku bukannya apa.Dulu, nurse tu kata kalau keputusan okey depa tak hubungi.Tu yang aku takut tu bila nurse tu tetiba telefon aku.

Aku bersyukur padaMu Ya Allah kerana memberikan nikmat kesihatan kepadaku.Kepada ibu-ibu yang masih belum menjalani pap smear ni aku sarankan buat le.Bukan sakit pun.Tak ada benda...Tapi, malu jugak la sebab dah lama tak kangkang depan orang lepas bersalin dulukan...he..he...

03 April 2009

eG Tukar

1 April, tarikh yang aku nanti-nantikan.Bukan sebab nak April Fool kan orang , tapi sebab nak isi borang tukar yang perlu di isi secara on line di laman web Kementerian Pelajaran Malaysia.
Semuanya selamat diisi dan sudah siap di cetak.Segala dokumen sokongan sudah aku sediakan dengan lengkap.Dah siap semuanya, semua borang dan dokumen sokongan aku hantar pada Pembantu Tadbir sekolah.
Aku tidak mohon tukar ke Kedah, tapi ke Perak.Daerah Kerian, tempat kelahiranku.Harap permohonanku kali ini berjaya.Aku sudah bosan berjauhan dengan suami tersayang.walaupun pengajianku bakal berhadapan dengan sedikit masalah, tapi aku redha sebab aku yakin Tuhan akan sentiasa permudahkan urusan hambaNya yang bersabar,redha dan ikhlas.